Anda di halaman 1dari 40

KEADAAN ALAM ISLAMI SEBELUM PERANG

SALIB.
Alam Islami sebelum perang salib berada dalam keadaan huru-hara dan
perpecahan. Keadaan ini memberi peluang kepada musuh bertindak dengan mudah.
Mesir umpamanya, berlaku kebuluran dan beberapa percubaan mengguling kerajaan.
Suasana ini telah menggugatkan keamanan di negara ini. Di Iraq, berlaku perselisihan
dikalangan pemerintah sementara Syam pula menjadi medan pertempuran diantara
Fatimiah dan Bani Saljuk.

Keadaan umat Islam di sebelah barat pula sama seperti di timur. Tunis misalnya,
berlaku huru-hara, perpecahan dan hilang kesatuan dalam politik. Andalus pula telah
mengalami zaman kemunduran dan tentera salib pula telah mengambil kesempatan ini
untuk menawan bandar-bandar yang berada dibawah pemerintahannya.

PEPERANGAN SALIB.

Perang salib merupakan serangan ketenteraan yang dilancarkan oleh orang-orang


kristian barat sepanjang dua kurun bertujuan merampas tanah suci Baitul Maqdis dari
orang Islam. Ia juga bertujuan menyekat kemaraan pengaruh Agama Allah, Islam yang
telah tersebar luas di bumi Eropah di samping percubaan mereka untuk menjajah bumi
Islam.

MENGAPA DINAMAKAN PERANG SALIB

Ia disebabkan peperangan ini diasaskan atas nama agama Kristian. Gereja-gereja di


Eropah menyeru kepada peperangan ini dan memberi sokongan dan bantuan kepada
tentera salib sama ada dalam bentuk material mahupun moral. Perang Salib tercetus
pada akhir kurun ke sebelas masehi (1096/490H) berikutan ucapan yang disampaikan
oleh Pope Urbain II di perhimpunan Clermont, selatan Perancis yang dihadiri oleh
orang-orang Kristian Eropah.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERANG SALIB.

Ahli sejarah berselisih pendapat dalam menentukan faktor-faktor yang


mencetuskan peperangan ini. Mengikut ahli sejarah barat ekonomi, sosial dan politik
adalah faktor utama sementara faktor agama adalah faktor sampingan. Ahli sejarah
Islam dan umat Islam yang hidup di zaman tersebut pula menganggap bahawa faktor
agama adalah faktor utama manakala faktor lain hanyalah sampingan. Ini berdasarkan
kepada peristiwa pertama yang menyebabkan tercetusnya perang salib ini iaitu apabila
Pope Rome Urbain II mengistiharkan perang salib untuk menentang umat Islam.
Mereka yang mendengar khutbah ketika itu mengangkat suara sambil berkata “Ini
adalah kehendak Allah”, lantas dengan segera mereka mengambil salib dan dengan
semangat membabi-buta menuju timur Islam untuk merampas Baitul Maqdis dan
bahagian timur dari tangan umat Islam.

Pada masa itu gereja-gereja di Eropah mendapat tempat di hati masyarakat Eropah.
Agama dijadikan penggerak utama kepada pemikiran dan sentimen orang-orang
kristian ketika itu. Maka lahirlah di sana syiar yang menyatakan tidak sepatutnya
orang-orang masihi bermusuh sesama sendiri. Mereka menyeru supaya tenaga disatu
dan ditumpukan sepenuhnya untuk menentang kemaraan Islam yang kian mendapat
tempat di seluruh alam. Hasilnya, kesedaran betapa pentingnya merampas Baitul
Maqdis dari tangan umat Islam lahir dikalangan orang-orang kristian Eropah pada
kurun ke 11.

Rombongan haji orang-orang Kristian ke Baitul Maqdis semakin bertambah.


Mereka dibenarkan membawa senjata untuk mempertahankan diri daripada bahaya di
sepanjang perjalanan ke Palestin. Apabila kembali ke Eropah, mereka mereka-reka
berita bahawa orang Islam telah menzalimi dan membunuh mereka. Padri Perancis
Pierre I’ermit merupakan orang yang kuat menabur fitnah dan berusaha menyatukan
orang-orang kristian untuk menentang orang Islam.

Orang-orang Kristian merasakan tidak sepatutnya Baitul Maqdis yang menjadi


tempat lahir nabi Isa a.s. berada di bawah jagaan orang lain. Semangat ini semakin
berkobar-kobar dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh paderi-paderi bahawa
mereka yang menyertai perang salib ataupun memberi saham sama ada berbentuk harta
benda dan sebagainya dihapuskan dosa-dosa dan kesilapannya. Mereka juga akan
berada di bawah jagaan gereja. Paderi-paderi telah memainkan peranan yang penting
dalam meniup semangat ini melalui khutbah-khutbah. Mereka juga menjelajah ke
seluruh pelusuk Eropah untuk membakar semangat ini. Beberapa pertubuhan agama
Kristian di Eropah pada masa tersebut juga telah memainkan peranan yang sama.

PERANAN POPE.

Penguasaan paderi dalam semua bidang semakin ketara kesan daripada kesedaran
agama. Ini membuka jalan kepada gereja-gereja untuk membentuk satu kekuatan yang
mampu menjaga orang-orang Kristian dan menyebar agama tersebut ke segenap
pelusuk alam. Paderi adalah pemimpin ruhi yang utama dalam masyarakat barat.
Mereka mula menghadapi kelemahan dan perpecahan dengan lahirnya mazhab
Orthodok yang menentang mazhab Khatolik. Mazhab Orotodok dianuti oleh pemimpin
Constantinaple manakala Khatolik pula dianuti oleh gereja Rome. Permusuhan wujud
di antara kedua-dua mazhab ini. Pada tahun 1071M, Baizantine dikalahkan oleh tentera
Islam Bani Saljuk dalam peperangan Mantzikert. Rasa takut timbul dikalangan
masyarakat barat terhadap kemaraan Islam ke bumi Eropah melalui Constantinaple.
Lantaran itu orang-orang Kristian Constantinaple meminta bantuan daripada Pope
Rome untuk menentang orang Islam. Permintaan ini disambut baik oleh Pope Rome
demi menjayakan beberapa matlamat antaranya menyatukan dua gereja yang berbeza
aliran dan menambahkan kekuatan di pihak Kristian untuk menghadapi orang-orang
Islam.
FAKTOR EKONOMI.

Sistem Feudal yang menguasai barat telah mewujudkan hubungan buruk di


kalangan pemimpin sesama mereka. Layanan buruk kepada para hamba dan petani,
peperangan, huru-hara dan bencana alam berlaku secara meluas di Eropah. Faktor-
faktor tersebut telah mendorong sebahagian besar pemimpin Eropah mencari
penempatan baru yang subur dan aman.

Mengenai pembahagian pusaka pula, harta hanya diberikan kepada saudara yang
tua. Ini mendorong kepada pemuda yang tidak mendapat sebarang habuan mencari
jalan keluar untuk menghasilkan harta, khususnya tanah. Bagi golongan hamba pula,
perang salib memberi peluang kepada mereka membebaskan diri dari kezaliman
tuannya. Di samping itu terdapat golongan yang suka kepada kemegahan dan nama.
Penyertaan mereka dalam peperangan ini akan menampakkan kehebatan dan
keberanian mereka. Mereka akan digelar “Battle”.

Hasil pengeluaran tanaman di Eropah pula sebelum berlakunya perang salib


pertama mengalami kemerosotan secara menyeluruh. Kebanyakan penduduk Eropah
mengalami kebuluran. Di setengah kawasan pula, mereka terpaksa memakan daun
kayu. Suasana bertambah buruk apabila tersebarnya wabak penyakit. Seruan menyertai
perang salib memberi peluang kepada mereka keluar dari negara tersebut ke alam baru
di Timur untuk menikmati keamanan dan ketenteraman.

FAKTOR POLITIK.

Ahli sejarah menyatakan bahawa kerajaan dan pemerintah barat menyertai perang
salib berdasarkan kepada kepentingan politik mereka. Kebanyakan pemimpin
terpengaruh dengan kata-kata paderi dan sebahagian yang lain pula menerima ugutan
dari gereja bahawa mereka tidak akan merasai kebahagiaan di akhirat dan tidak akan
ditaati oleh rakyat. Di antara pemimpin yang menyertai peperangan ini kerana inginkan
nama dan kepentingan politik serta mengharapkan sokongan pihak gereja ialah Frederic
Barbe-rossa, Richard Philipe Augustus dan Frederic II.

FAKTOR PERNIAGAAN.

Negeri di bawah pemerintahan Itali yang terletak di utara laut Mediterneam seperti
al-Bondoqiah, Janwa dan Beza berusaha dengan membelanjakan harta dan senjata
untuk menggalakkan berlakunya perang salib. Mereka bertujuan menyempitkan
keadaan umat Islam dan memiliki sebahagian daripada pelabuhan yang terletak di
timur dan selatan laut Mediterneam. Mereka ingin menjadikan pelabuhan tersebut
sebagai pusat perdagangan yang penting. Dengan ini mereka bersedia membantu
tentera salib dengan memindahkan mereka melalui laut ke timur. Di sebalik itu, mereka
mengenakan sekatan ekonomi dan ketenteraan ke atas Syam dan Mesir.

Jelas di sini bahawa matlamat orang Itali hanyalah untuk kepentingan peribadi dan
perniagaan mereka. Matlamat ini tidak akan tercapai kecuali dengan menghancurkan
kekuatan Islam dan memberi bantuan kepada tentera salib.
PERANG SALIB I
DETIK-DETIK PEPERANGAN

Pierre I’Ermite seorang paderi yang berasal dari Amiaen, Perancis mengasingkan
diri dan hidup secara rahib. Pada tahun 1093M/486H beliau keluar bersama
pengikutnya untuk menziarahi dan menunaikan haji di Baitul Maqdis.
Walaubagaimanapun beliau terkejut apabila mendapati Baitul Maqdis berada di bawah
pemerintahan Islam menyebabkan beliau bersedih dan mendorong beliau untuk
menemui ketua paderi Baitul Maqdis. Dipertemuan tersebut, beliau diberitahu
bagaimana muslimin berjaya mengambil alih Baitul Maqdis dan bagaimana kristian
ditindas di Baitul Maqdis sehingga kedua-duanya menangis dan berpelukan. Ini
menguatkan keazaman Pierre untuk membebaskan Baitul Maqdis dari penguasaan
Muslimin.

Beliau berangkat menuju ke Rom untuk berjumpa dengan Pope Urbain II dan
mengadu kepadanya apa yang berlaku di Baitul Maqdis sebagaimana yang diceritakan
oleh ketua paderi Baitul Maqdis dan keazamannya untuk merampas Baitul Maqdis.
Pope berjanji akan memberikan sepenuh bantuan untuk tujuan itu. Atas arahan Pope,
Pierre mengelilingi Eropah (Itali dan Perancis) dengan hanya menaiki kaldai dan
membawa salib di tangannya sambil menyeru di jalan-jalan dan gereja menceritakan
tentang kedudukan Kristian di timur yang tertindas serta melaungkan supaya diadakan
peperangan. Semasa menjelajah, beliau ditemani oleh orang kristian timur yang berada
di Eropah. Beliau mendapat sambutan yang hangat di sepanjang perjalanannya. Mereka
menangis bersamanya dan berjanji untuk sedia berkorban demi menawan Baitul
Maqdis.

PERHIMPUNAN DI PLAISANCE

Setelah melihat kejayaan usaha yang dijalankan oleh Pierre I’Ermite, Pope berusaha
untuk mengadakan perhimpunan di bandar Plaisance, Utara Itali. Perhimpunan ini
mengumpulkan paderi-paderi dan cendikiawan-cendikiawan. Implikasinya, kesemua
yang hadir bersepakat untuk bersama-sama pergi ke Baitul Maqdis bagi melancarkan
perang. Walaubagaimana pun oleh kerana suasana yang tidak stabil di Eropah dan
tiada persediaan, keputusan perhimpunan ini tidak dapat dilaksanakan.

PERHIMPUNAN DI CLERMONT

Rentetan dari kegagalan perhimpunan di Plaisance, pada 26 Nov. 1095/488H


diadakan pula perhimpunan kedua di bandar Clermont, Perancis. Perhimpunan ini
dihadiri oleh gabenor-gabenor, ketua-ketua paderi dan wakil-wakil raja. Berbekalkan
semangat yang tinggi, mereka bersepakat mengisytiharkan perang ke atas Baitul
Maqdis. Kemudian perisytiharan perang ini disebar ke seluruh Eropah sehingga
mendapat sambutan dari penduduk-penduduk England, Austria, Itali dan Sepanyol.
Suasana di Eropah yang sedang mengalami kebuluran dan bencana alam ketika itu
menjadi faktor pendorong utama pengistiharan ini mendapat sokongan. Fenomena ini
dieksploitasikan oleh Pope dengan membangkit-bangkitkan kekayaan yang dimiliki
oleh timur kepada penduduk Eropah yang miskin dan melarat.

PERJALANAN PEPERANGAN
Angkatan pertama yang dipimpin oleh Pierre I’Ermite berada dalam keadaan yang
tidak teratur dan tidak lengkap, bahkan tidak mempunyai ketua tentera.
Kebanyakannya tanpa senjata dan disertai sama oleh ahli keluarga mereka. Mereka
berjalan dalam keadaan tidak terkawal, merosak dan merampas harta benda sehingga
berlaku pertempuran dengan penduduk-penduduk negeri yang dilalui terutama di
Hungary menyebabkan kematian yang ramai di pihak mereka.

Akhirnya pada julai 1096/489H, baki angkatan pertama ini sampai di


Constantinopal. Mereka terus dibawa ke Bosfour oleh Maharaja Constantinopal. Berita
pendaratan mereka di Asia Kecil sampai di pengetahuan Sultan Qalij Arsalan as-Saljuki.
Sultan Qalij mengambil keputusan untuk menyerang mereka dan berjaya
menghapuskan angkatan ini berhampiran dengan bandar Naqih. Baki angkatan
pertama ini melarikan diri ke Constantinopal.

Dalam masa yang sama di Eropah, golongan Feudel iaitu dari golongan
pemerintah dan bangsawan bersiap-sedia memperlengkapkan angkatan kedua, juga di
bawah peyelenggaraan Pope. Angkatan ini bergerak secara tersusun di bawah empat
kumpulan:
1) Angkatan dari selatan Perancis di bawah pimpinan Raymond de Saint-Gilles.
2) Angkatan dari utara Perancis di bawah pimpinan Robert courte-House dan
Robert II Comte de Flandre.
3) Angkatan dari pendalaman Perancis dibawah pimpinan Godefroi de Bouillin dan
Baudouin de Boulogne.
4) Angkatan dari selatan Itali di bawah pimpinan Tancrete dan Bohemond.
Angkatan kedua ini berjaya menarik ramai sukarelawan di sepanjang perjalanan
mereka terutama dari Jerman, Austria dan Hungary sehingga bilangan mereka
meningkat membentuk satu angkatan tentera yang amat besar disertai oleh beratus-
ratus ribu orang. Mereka sampai di Constantinapol dalam jangka waktu yang berbeza
kerana perbezaan jarak jalan yang dilalui.

BERMULA DARI CONSTANTINAPOL.

Maharaja Constantinopal, Alexis Comnene merasa takut dan curiga apabila melihat
bilangan tantera salib yang terlalu ramai menyebabkan berlaku perselisihan antara
mereka sehingga hampir berlaku perang sesama sendiri. Walaubagaimana pun kedua-
kedua pihak bersetuju untuk berdamai. Tentera salib bersetuju mengembalikan semula
semua tanah yang berjaya dirampas dari kerajaan Saljuk untuk diserahkan kepada raja
Constantinopal.
Sebagai balasannya Alexis berjanji untuk memberikan segala bantuan kepada
tentera salib.
PERJALANAN TENTERA SALIB DI ASIA KECIL.

Selepas perjanjian dimeterikan, tentera salib menuju ke Bosfour kemudian ke


Naqih dan sampai di sana pada Mei 1097. Mereka mengepung Naqih dan di sana
berlaku beberapa siri pertempuran dengan tentera Qalij Arsalan. Akhirnya selepas 50
hari Naqih berjaya ditakluk. Walaubagaimana pun menurut perjanjian, Naqih terpaksa
diserahkan kepada raja Constantinopal yang dilakukan pada Jul, 1097.

Mereka meneruskan perjalanan dan berlaku pertempuran sengit dengan tentera


Qalij Arsalan berdekatan dengan Dourili. Oleh kerana bilangan tentera salib yang ramai,
tentera Qalij Arsalan terpaksa menerima kekalahan. Selepas itu, Qalij Arsalan berundur
dan melakukan tektik perang bumi hangus, membakar semua tanaman di sepanjang
jalan untuk melemahkan tentera salib. Ini menyebabkan tentera salib menghadapi
kehausan dan kebuluran sehingga ramai yang mati tetapi akhirnya mereka sampai di
kawasan lembah di Pisidie yang mengandungi air.

Mereka seterusnya menuju ke Qounia dan melalui jalan pergunungan Tourous


sehingga sampai ke Armenia Kecil. Di sana, mereka disambut dengan baik dan diraikan
oleh penduduk setempat yang majoritinya kristian. Mereka juga menerima bantuan
tentera sukarelawan. Dari Armenia Kecil mereka berangkat menuju ke Antokiah.

PENGEPUNGAN ANTOKIAH DAN PENAKLUKANNYA.

Antokiah memiliki banyak kubu yang kuat dan berada di bawah pemerintahan
Yaghisan as-Saljuki. Apabila mendengar berita kemaraan tentera salib, Yaghisan
membuat persediaan untuk berkubu. Tentera salib sampai di Antokiah pada 20 Okt.
1097/491H.
Disebabkan kekuatan kubu Antokiah mereka memgambil keputusan untuk
membuat kepungan. Mereka terpaksa mengalami susah-payah
kelaparan dan keletihan apabila kepungan berjalan selama lapan bulan
menyebabkan ramai yang berputus-asa dan lari pulang. Yang peliknya, orang yang
pertama lari ialah Pierre I’Ermite, orang yang bertanggungjawab terhadap peperangan
ini. Walaubagaimana pun ia dikejar dan dibawa semula oleh Tancrete.

Dalam masa yang sama Kerajaan Fatimiah di Mesir mengambil peluang dari
kegamatan dan kesibukan raja-raja Saljuk mempertahankan Antokiah dengan menawan
Baitul Maqdis. Selepas itu Khalifah Fatimiah, Musta’li Billah menghantar wakilnya
berjumpa tentera salib untuk membuat perdamaian dan berjanji menyerahkan gereja di
Baitul Maqdis kepada mereka serta membuka pintu untuk pelawat-pelawat Kristian.
Walaubagaimana pun permintaan ini ditolak.

Antokiah menerima bantuan dari Muslimin sekitarnya untuk membebaskannya


dari kepungan terutama dari Halab dan Damsyik tetapi tidak berjaya. Akhirnya, pada
Jun, 1098 tentera salib dapat menawan Antokiah selepas hampir setahun membuat
kepungan hasil pengkhianatan yang dilakukan oleh ketua tentera Islam penjaga salah
satu menara kubu Antokiah, Fairuz Armani. Beliau berasal dari Armenia dan memeluk
Islam. Seorang yang sukakan harta dan gilakan kedudukan. Sultan Yaghisan cuba
melarikan diri tetapi dapat ditawan dan dibunuh oleh tentera salib.
Dalam masa yang sama, bantuan dari Imaduddin Karbughar dan pemerintah
Saljuk yang lain datang untuk membebaskan semula Antokiah. Mereka mengepung
Antokiah dan hampir berjaya menawan kembali tetapi berlaku perselisihan antara
pemimpin-pemimpin tentera Islam menyebabkan kepungan mereka gagal. Dengan ini
Antokiah kekal di bawah pemerintahan kristian dan Bohemond dilantik menjadi
pemerintah.

PENAKLUKAN BAITUL MAQDIS


Selepas enam bulan berehat, pada Jan. 1099 tentera salib berangkat menuju ke
Baitul Maqdis dan sampai di sana pada Jun, 1099. Pada masa ini Baitul Maqdis di bawah
amir Fatimiah, Iftikhar Daulah. Kelemahan khalifah dan semangat ada pada tenteranya
menjadikan kejatuhan Baitul Maqdis lebih cepat, hanya empat puluh hari sahaja dari
tarikh pengepungan tentera salib. Pada khamis 14 Jul. 1099 tentera salib mengadakan
serangan besar-besaran ke atas Baitul Maqdis. Akhirnya pada 15 Jul. 1099, Baitul Maqdis
jatuh ke tangan tentera salib. Kejayaan ini mengembirakan mereka kerana ia berlaku
pada hari Jumaat bertepatan dengan masa dan hari kematian Isa mengikut anggapan
mereka.

Mereka memasuki Baitul Maqdis dengan penuh keganasan, membunuh semua


Muslimin tanpa mengira sama ada lelaki atau wanita, orang tua atau kanak-kanak.
Seramai 70,000 orang dibunuh di dalam masjid dan tentera salib mengambil keputusan
untuk membunuh semua muslimin dan yahudi. Mereka melakukan pembunuhan
sewenang-wenangnya selama beberapa hari dan membiarkan mayat-mayat
bergelimpangan di jalan-jalan. Ada diantara mereka yang melarikan diri ke Asqalan.
Sementara Yahudi yang bersembunyi di tempat ibadat mereka dibakar hidup-hidup.
Berita kekejaman tentera salib dan pembunuhan beramai-ramai muslimin sampai ke
pengetahuan Khalifah Abbasiah melalui mereka yang berjaya melarikan diri dan pergi
ke Baghdad mengadu kepada Khalifah. Mereka membaca syair yang menggambarkan
kekejaman tentera salib dan tragedi yang menimpa muslimin Baitul Maqdis
menyebabkan muslimin menangis beramai-ramai. Khalifah meminta raja-raja Saljuk
menawan semula Baitul Maqdis tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana
mereka masih bertelagah sesama sendiri.

Kerajaan Fatimiah di Mesir merasakan kedudukan mereka dalam bahaya. Mereka


membuat percubaan untuk menawan semula Baitul Maqdis di bawah pimpinan ketua
tenteranya al-Afdal Syahan Syah pada 14 Ramadan 492H/12 Ogos 1099.
Walaubagaimana pun percubaan ini dapat dipatahkan oleh tentera salib berdekatan
dengan Asqalan dan malangnya Asqalan pula jatuh ke tangan tentera salib.

BERAKHIRNYA PERANG SALIB I

Setelah kekalahan tentera Fatimiah di Asqalan, tentera salib dapat merasakan


kelemahan tentera Islam dan berkurangnya ancaman kepada kerajaan Baitul Maqdis
yang baru. Mereka mengambil keputusan untuk balik ke Eropah dan bersetuju melantik
Godefroi sebagai pemerintah Baitul Maqdis. Godefroi menolak untuk memakai
mahkota dan gelaran raja tetapi ingin digelar sebagai ‘Penjaga Kubur al-Masih’. Baki
tentera salib neneruskan penaklukan ke kawasan persisiran pantai dan berjaya membina
kerajaan-kerajaan salib di kawasan-kawasan tersebut.

PEMBENTUKAN KERAJAAN-KERAJAAN SALIB

1) Kerajaan Raha. Dibina oleh Baudouin de Boulogne pada 18 Jul. 1098/489H selepas
pemerintah Raha, Armani meminta pertolongan tentera salib. Kerajaan ini kekal
sehingga tahun 1144/539H apabila berjaya dibebaskan semula oleh az-Zinki.
2) Kerajaan Antokiah. Dibina oleh Bohemond disebabkan pembelotan Fairuz al-
Armani. Kerajaan ini kekal sehingga tahun 1267/667.
3) Kerajaan Baitul Maqdis. Merupakan kerajaan salib yang paling besar dimana
kerajaan-kerajaan lain tunduk kepadanya. Pemerintahnya digelar raja. Kerajaan
ini kekal sehinggalah datang Salahuddin al-Ayubi membebaskan Baitul Maqdis
dan menjadikan kerajaan ini hanya kekal di persisiran pantai dan A’ka dijadikan
ibu negeri.

4) Kerajaan Tarablus. Dibina pada tahun 1102/496H dan kekal sehingga tahun
1289/688H.
KEBANGKITAN KELUARGA ZINKI
Keadaan sosial dan politik masyarakat Islam ketika itu merupakan faktor utama
yang membantu kejayaan angkatan tentera salib I. Pertembungan dalaman dan
peperangan sesama sendiri antara pewaris-pewaris kerajaan Saljuk adalah faktor
pembantu kepada kejayaan Salibiah di negeri Syam.

Suasana yang buruk ini berpunca dari hilangnya asas agama, keruntuhan akhlak
dan nilai kemasyarakatan. Dunia Islam memerlukan kepada kebangkitan baru dan
seorang pemimpin yang mampu menyelamat dan mengembalikan keamanan,
menghapuskan kezaliman dan kerosakan kepada muslimin khususnya dan dunia
seluruhnya.

Suasana buruk ini terus kekal walaupun selepas penjajahan salibiah sehinggalah
Allah mendatangkan beberapa orang pemimpin yang soleh yang berusaha
menghapuskan suasana tersebut. Gerakan ini bermula dengan kebangkitan keluarga
Zinki yang kemudiannya diikuti dengan kebangkitan keluarga al-Ayubi.

KELUARGA ZINKI

Keluarga Zinki (Qasimuddaulah Aqsanqar) mula dikenali di zaman Sultan


Malikshah as-Saljuki. Beliau adalah hamba dan sahabat kepada Malikshah. Apabila
Malikshah ditabalkan sebagai sultan, Aqsanqar dilantik menjadi menteri dan ketua
tenteranya. Kemudian Aqsanqar dilantik menjadi gabenor di Halab dengan arahan dari
Malikshah.

Pentadbiran Aqsanqar di Halab berterusan sehinggalah berlaku peperangan antara


beliau dengan Tajuddaulah yang berakhir dengan kematiannya pada tahun 487H.
Beliau hanya meninggalkan seorang anak kecil bernama Imaduddin berusia 10 tahun.

IMADUDDIN ZINKI AL-ATABIK

Imaduddin di zaman kecilnya berada dibawah jagaan pewaris dan sahabat-sahabat


ayahnya. Diantara yang terkenal ialah Imaduddin Karbughar, raja Mausil. Beliau
terlibat dalam serangan ke atas kerajaan salibiah pada zaman mudanya yang
menampakkan ketokohan dan keberaniannya sehingga mendapat perhatian sultan
Saljuk dan Khalifah Abbasiah. Pada tahun 516H, beliau dilantik menjadi ketua polis
Basrah dan pada tahun 519H dilantik menjadi ketua polis di Baghdad dan Iraq.
Akhirnya, pada tahun 521H beliau dilantik sebagai gabenor di Mausil. Dari sinilah
terbukanya ruang untuk beliau memulakan kebangkitan.

Imaduddin Zinki adalah seorang yang mempunyai hemah yang tinggi. Beliau
tidak mempunyai kepentingan atau tujuan lain selain dari membentuk sebuah kerajaan
Islam yang bersatu dan mampu menyekat kemaraan salibiah sekaligus menghapuskan
bahaya mereka. Sistem politiknya dibina di atas asas mewujudkan keamanan dan
keadilan di dalam negeri disamping berusaha meluaskan wilayah kerajaannya di luar.
Dari sini kerajaannya mula meluas sehingga meliputi Jazirah Furat, Utara Furat, Hamsa,
Halab, Baklabak dan Mi’ratun-Nu’man. Semua wilayah dalam negeri Syam berjaya
ditakluk kecuali Damsyik dan Kerajaan-kerajaan salibiah. Perlu diingat bahawa
kerajaan-kerajaan salibiah dan kerajaan Damsyik merupakan musuh utama kepada
kebangkitan yang di bawa oleh Imaduddin Zinki.

PEMBUKAAN RAHA

Pembukaan terbesar yang pernah dilakukan oleh Imaduddin Zinki ialah


pembukaan Raha pada tahun 1144/539H dari rajanya Goslene II. Raha merupakan
kerajaan salibiah yang pertama dibina oleh mereka semasa perang salib I dan orang-
orang kristian menganggapnya sebagai bandar yang mulia selepas Baitul Maqdis.

Imaduddin meneruskan jihadnya sehingga tahun 1146/541H apabila beliau mati


dibunuh ketika tidur oleh hamba yang dirancang oleh musuh-musuhnya. Peristiwa ini
berlaku semasa kepungan ke atas kota Ja’bar dilakukan.

NURUDDIN MAHMUD ZINKI

Dengan kematian Imaduddin, kerajaannya telah dibahagikan kepada dua orang


anaknya yang tertua. Sebelah timur diserahkan kepada anaknya yang tertua, Saifuddin
Al-Ghazi yang berpusat di Mausil sementara sebelah timur diserahkan kepada
Nuruddin Mahmud yang berpusat di Halab. Ini bermakna kerajaan yang dipegang oleh
Nuruddin terpaksa berhadapan dengan kerajaan salib. Perhubungan yang baik dan
intim antara kedua-dua saudara ini merupakan jaminan yang besar kepada kestabilan
kerajaan mereka.

Selepas kematian Imaduddin Zinki, musuh-musuh beliau mengambil kesempatan


dari kematiannya untuk merampas kawasan-kawasan yang berada di bawah
kekuasaannya. Goslene II merampas kembali Raha dan raja Damsyik merampas
Baklabak. Rampasan ini telah menggerakkan tentera Nuruddin seramai sepuluh ribu
untuk mengambil kembali Raha. Akhirnya pada Nov. 1146/Jamadil Akhir 541H Raha
berjaya dikembalikan ke tangan muslimin iaitu hanya selepas seminggu dirampas oleh
Goslene II. Seterusnya Nuruddin bertindak meluaskan kerajaannya ke kawasan jajahan
salibiah.

Di tengah-tengah kesibukan usaha ini, Eropah menerima berita kejatuhan Raha


dan kebangkitan keluarga Zinki dan Nuruddin. Meraka mula merasa bahaya dari
kebangkitan ini lalu membuat persediaan untuk melancarkan perang salib II.
PERANG SALIB II
FAKTOR PENDORONG KEPADA PERANG

Pembukaan semula Raha yang dilakukan oleh Imaduddin Zinki pada tahun
1144M/539H dan Nuruddin Zinki pada 1146M/541H merupakan sebab utama yang
mendorong berlakunya perang salib II. Raha dianggap sebagai bandar yang mulia bagi
orang-orang kristian. Di sinilah bermulanya pendudukan salibiah di timur. Sementara
itu, kebangkitan semula Islam yang dipelopori oleh Imaduddin Zinki dan Nuruddin
Zinki adalah bahaya baru kepada pendudukan kristian.

MUKTAMAR QUDS DAN BANTUAN POPE.

Melihat kepada bahaya kebangkitan yang dibawa oleh Nuruddin terhadap


kerajaan salib di timur, pemerintah-pemerintah salib telah mengadakan muktamar di
Baitul Maqdis dan mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari Pope dan raja-
raja Eropah. Seorang utusan dihantar menemui Pope untuk mengadu dan meminta
bantuan. Pope ketika itu Eugene III, bersetuju untuk menulis surat kepada raja-raja
Eropah khasnya raja Perancis, Louis VII bagi melancarkan peperangan sebagai bantuan
kepada penduduk kristian di timur. Tugas sebagai perancang utama diserahkan kepada
paderi Perancis, Saint Bernard de Clairvaux. Untuk tujuan tersebut, beliau telah
mengelilingi Eropah dan menemui raja-raja Eropah. Seruan mereka disambut baik oleh
Raja Perancis, Louis VII dan Maharaja German, Conrad III.

Perhimpunan gereja diadakan di Venzelay, Perancis pada Mac 1146/540H atas


arahan Louis VII. Dalam perhimpunan ini Saint Bernard memberikan ucapannya
ditambah dengan kata-kata Pope yang menaikkan semangat pendengar lalu mereka
laungkan ‘Inilah yang tuhan mahukan’. Selepas itu diadakan pula perhimpunan di
Ratisbon, Jerman yang dihadiri oleh ketua-ketua paderi dan mereka bersepakat untuk
mengisytiharkan perang.

PERJALANAN PEPERANGAN.

Mereka berangkat merentasi Eropah dan sampai di Constantinopal pada Okt.


1147/542H. Oleh kerana hubungan yang tidak baik dengan maharaja Byzantin,
Emmanuel, mereka meneruskan perjalanan menuju ke Asia Kecil.

Conrad III melalui jalan yang pernah dilalui oleh angkatan perang salib I.
Walaubagaimana pun, mereka diserang di Qounia oleh tentera Islam Saljuk dan
terpaksa kembali ke Naqih. Dari Naqih mereka menaiki kapal menuju ke Baitul Maqdis.
Sementara Louis VII pula, berjalan melalui persisiran pantai tetapi diserang oleh tentera
Islam Saljuk di Pisidie dan mereka lari ke Itolia. Di sana Louis VII meminta bantuan dari
gabenor Byzantin untuk mendapat kapal menuju ke Antokiah. Di Antokiah mereka di
sambut baik oleh Raymond, raja Antokiah. Raymond berhasrat menyertai peperangan
bersama-sama mereka. Walaubagaimana pun mereka berselisih pendapat apabila
Raymond bercadang untuk terus memerangi Halab dan Qisaria yang berada di bawah
pemerintahan Nuruddin kerana kesan penaklukan ke atas kedua-dua buah bandar
tersebut akan dapat melemahkan tentera Nuruddin dan menjamin keamanan kerajaan
salib, sebaliknya Louis VII berkeras untuk menziarahi Baitul Maqdis terlebih dahulu.
Akhirnya timbul ketegangan antara keduanya dan Louis VII berangkat menuju Baitul
Maqdis.

DAMSYIK DIKEPUNG.

Di Baitul Maqdis, mereka bertemu dengan maharaja German yang telah sampai
terlebih dahulu. Berlaku perbincangan bersama antara Louis VII dan Conrad III dengan
raja Baitul Maqdis dan ketua-ketua paderi di bandar Aka. Hasil perbincangan ini
mereka bersetuju untuk menyerang Damsyik terlebih dahulu walaupun Damsyik
merupakan sekutu yang dapat menolong mereka menyerang Zinki. Ini disebabkan
dengan penaklukan ke atas Damsyik akan melemahkan muslimin dan menjamin
keamanan kerajaan salib dari serangan baru muslimin serta dapat menjadikan Damsyik
sebagai benteng kepada Baitul Maqdis.

Dengan keputusan ini pada Mei 1148/543H mereka berangkat menuju ke Damsyik
dan mengepungnya. Pemerintah Damsyik ketika itu, Muinuddin mengambil langkah
meminta bantuan dari Saifuddin Zinki. Saifuddin bertindak segera menggerakkan
tenteranya dan diikuti oleh saudaranya Nuruddin Zinki menuju ke Syam. Beliau
menghantar surat kepada Muinuddin dengan katanya, ‘Aku datang dan bersamaku
semua pemikul senjata dari negeriku, aku berharap inilah giliranku bertemu tentera
salib di Damsyik. Sekiranya aku kalah, aku akan masuk ke kota dan bertahan di
dalamnya. Sekiranya aku menang, Damsyik adalah hak kamu dan aku tidak akan
mengambilnya dari kamu’.

TENTERA SALIB BERUNDUR DAN BERAKHIRNYA PERANG

Apabila mendengar kemaraan tentera Saifuddin dan Nuruddin, tentera salib


merasa gerun dan takut. Raja Baitul Maqdis, Boudouin dan ketua-ketua paderi
berhimpun dan berjumpa dengan Louis VII dan Conrad III. Mereka menyatakan
kebimbangan terhadap kekuatan yang dimiliki oleh tentera Saifuddin dan sekiranya ia
berjaya menguasai Damsyik maka ia merupakan ancaman yang besar kepada kerajaan
Baitul Maqdis. Sementara itu, Damsyik berjanji menyerahkan Banias sekiranya
kepungan dibatalkan. Pada tahun 1148/543H, mereka mengambil keputusan berundur
dan kepungan dibatalkan.

Dengan ini bermakna tamatnya Perang Salib II tanpa mencapai sebarang matlamat
disebabkan kesilapan yang mereka lakukan iaitu menyerang Damsyik sekutu mereka.

KEMARAAN NURUDDIN

Nuruddin meneruskan kemaraannya dengan memerangi musuh-musuhnya dari


kalangan salibiah dan kerajaan Damsyik. Beliau berjaya membuka beberapa kota di
utara Halab. Beliau juga menyerang Antokiah dan membunuh raja Antokiah, Raymond
dan raja Raha, Goslene II sehingga Raha dan sebahagian besar Antokiah tunduk di
bawah kerajaannya.

PENAKLUKAN DAMSYIK

Pada tahun 1153M/548H, tentera salib menyerang Asqalan dan berjaya


menaklukinya. Penaklukan ini memberi kesan yang besar kepada Nuruddin apabila
beliau tidak berupaya memberi sebarang bantuan kerana dihalang oleh Damsyik, lebih-
lebih lagi apabila beliau mendapati kerajaan Damsyik tunduk kepada kerajaan salibiah.
Dengan ini, Nuruddin mengambil keputusan untuk menyerang dan menawan
Damsyik. Tindakannya mendapat bantuan dari dalam Damsyik iaitu dari ketua tentera,
Ayub bin Syazi. Akhirnya pada tahun 1154M/549H Damsyik jatuh ke tangan
Nuruddin. Ini bermakna kesemua wilayah di dalam negeri Syam kini berada di dalam
kekuasaannya. Nuruddin melantik Ayub bin Syazi sebagai pemerintah Damsyik dan
saudaranya Syirkuh bin Syazi sebagai pemerintah di wilayah sekitarnya.

MESIR: ANTARA NURUDDIN DAN SALIBIAH

Mesir ketika ini berada dalam keadaan yang tidak stabil disebabkan perebutan
kuasa yang berterusan untuk menjawat jawatan menteri. Khalifah Fatimi hanya
merupakan simbol sedangkan kuasa berada di tangan menteri dan ketua tentera yang
sentiasa bertelagah.

Pertelagahan ini membawa kepada campur tangan Nuruddin dan Kerajaan


salibiah. Walaubagaimana pun kedua-dua belah pihak merasa bimbang terhadap
ancaman antara satu sama lain. Namun mereka menaruh harapan untuk menaklukinya
dengan tujuan menguatkan kedudukan masing-masing.

PEMBERONTAKAN SYAWIR AS-SA’DI

Pada tahun 1162/558H berlaku pemberontakan menjatuhkan menteri kerajaan


Fatimi, Ruzaik bin Tola’ik yang dilakukan oleh Syawir Sa’di, gabenor di utara Mesir.
Ruzaik berjaya dibunuh dan Syawir Sa’di dilantik menjadi menteri.

Syawir Sa’di menjalankan pentadbiran yang buruk sehingga mendorong ketua


tenteranya, Dhorgham bin A’mir al-Lakhmi berpakat dengan khalifah untuk merampas
kuasa. Rampasan ini memaksa Syawir lari ke Damsyik dan meminta bantuan Nuruddin
dengan janji untuk menanggung semua perbelanjaan perang dan membayar ufti
tahunan sebanyak satu pertiga hasil negara. Nuruddin teragak-agak untuk membantu
sehingga beliau menerima berita salibiah menyerang Mesir dan Dhorgham
memeterikan perjanjian dengan salibiah serta membayar jizyah kepadanya.

Ini memaksa Nuruddin menerima pelawaan Syawir. Beliau menghantar ketua


tenteranya Asaduddin Syirkuh untuk menyerang Mesir. Turut sama dalam barisan
tentera ini Salahuddin al-Ayubi, anak saudara Asaduddin. Asaduddin Syirkuh berjaya
mengalahkan Dhorgham dan Syawir dilantik menjadi menteri yang baru.
Walaubagaimana Syawir tidak menepati janjinya bahkan beliau membuat perjanjian
dengan kerajaan Baitul Maqdis.

Sekali lagi memaksa Asaduddin Syirkuh dan Salahuddin al-Ayubi menyerang


Mesir. Mereka bertembung di Balbis pada Ramadan 559H/1164. Di tengah kesibukan
Tentera salib ini Nuruddin mengambil kesempatan untuk menakluk kota Harem dan
Banias. Oleh kerana takut ancaman Nuruddin ke atas kerajaannya, Amuary I meminta
perdamaian dari Asaduddin Syirkuh dengan syarat kedua-dua pihak berundur dan
menyerahkan Mesir kepada penduduknya.

Dengan ini tamatnya pertembungan pertama antara Nuruddin dan Kerajaan Baitul
Maqdis merebut Mesir.

PERTEMBUNGAN KEDUA DAN YANG TERAKHIR

Setelah melihat kedudukan Mesir dalam pertembungannya pada kali pertama,


Asaduddin Syirkuh menyakini kepentingan menakluk Mesir bagi tujuan melemahkan
salibiah. Di atas dasar ini beliau meminta izin dari Nuruddin untuk menyerang Mesir
sekali lagi iaitu pada tahun 1167/562H.

Apabila mendengar kemaraan tentera Nuruddin, Syawir meminta bantuan dari


Amaury I, raja Baitul Maqdis. Peperangan berlaku di al-Munia dengan kemenangan
besar dicapai oleh tentera Nuruddin. Asaduddin meneruskan perjalanan ke utara dan
berjaya menawan Iskandariah tanpa sebarang tentangan. Beliau meneruskan
perjalanannya untuk menawan Kaherah dan Fustat setelah menyerahkan pimpinan
tenteranya di Iskandariah kepada Salahuddin al-Ayubi.

Di sini Salahuddin telah menyerlahkan ketokohan dan kecerdikannya. Semasa


Asaduddin menuju Kaherah, salibiah melancarkan serangan ke atas Iskandariah dan
mengepungnya dari darat dan laut. Walaubagaimana pun Salahuddin berjaya
menahannya sehingga datang Asaduddin. Sebagaimana peperangan yang pertama,
kedua-dua pihak bersetuju untuk berundur dan menyerahkan Mesir kepada
penduduknya. Walaubagaimana pun, Amaury I tidak menepati perjanjian apabila
sebahagian tenteranya tidak berundur dengan niat untuk menakluki Mesir selepas
tentera Nuruddin berundur. Amaury I kemudiannya menakluk Balbis dan mara menuju
Fustat sehingga berlaku perjanjian antaranya dengan Syawir. Dalam masa yang sama
Nuruddin mengerakkan tenteranya yang diketuai oleh Asaduddin. Berlaku peperangan
antara tentera salib dengan tentera Asaduddin yang bergabung dengan tentera Mesir
sehingga tentera salib berundur.

Dengan ini Asaduddin berjaya menawan Mesir dan kemudiannya merancang


untuk membunuh Syawir. Syawir berjaya dibunuh pada tahun 1169/564H dan
Asaduddin dilantik menjadi menteri bagi Khilafah Fatimi. Pemerintahannya hanyalah
dua bulan. Beliau meninggal dunia pada Jamadil Akhir 564H/ Mac 1169M.
KERAJAAN SOLAHUDDIN AL-AYUBI

PERLANTIKAN SOLAHUDDIN SEBAGAI MENTERI

Selepas kematian Asaduddin Syirkuh, Khalifah Fatimiah al-A’did bersetuju


melantik Salahuddin sebagai menteri yang baru. Oleh kerana kerajaan Fatimi
berfahaman Syiah dan tidak tunduk kepada kerajaan Abbasiah di Baghdad, Solahuddin
cuba mengikis suasana ini. Semasa usaha dilakukan, Khalifah Fatimiah al-A’did
meninggal dunia iaitu pada Muharram 567H/1171. Dengan ini bermakna berakhirnya
kerajaan Fatimiah di Mesir yang telah memerintah semenjak tahun 362H.

KERAJAAN SOLAHUDDIN

Dengan kematian al-A’did, semua kuasa diserahkan kepada Salahuddin. Kerajaan


ini secara langsung tunduk kepada kerajaan Nuruddin. Solahuddin meneruskan
penaklukannya ke selatan Mesir dan selatan Jazirah, iaitu Hijaz dan Yaman. Kerajaan ini
kekal tunduk kepada kerajaan Nuruddin sehinggalah kematiannya pada Syawal
569H/1173. Nuruddin hanya meninggalkan seorang anak yang berumur sebelas tahun
menyebabkan kerajaannya di Syam mengalami perpecahan dan pentadbirannya tidak
terurus.

Melihatkan kepada keadaan ini, Salahuddin mengambil tindakan untuk menakluk


Damsyik pada tahun 1174/570H dan kemudian meneruskan kerjanya menyatukan
semua kerajaan Nuruddin di bawah kekuasaannya. Beliau mencapai tujuannya pada
tahun 1186/582H apabila Utara Iraq, Kurdistan, Syam, Yaman, Mesir dan Barqah
berada di bawah kerajaannya.

PENAKLUKAN SEMULA BAITUL MAQDIS.

PERANG HITTIN

Pada tahun 1187/583H, Solahuddin berazam untuk membebaskan Baitul Maqdis.


Beliau bertolak Dari Damsyik menuju ke Ras al-Mak iaitu tempat tenteranya
berkumpul. Dari situ, beliau meneruskan perjalanan menuju ke Karak dan Syawabak
kemudian kembali ke Tabariah. Apabila salibiah merasa bahaya dari tindakan
Solahuddin, mereka berhimpun dan keluar menuju ke Tabariah. Kedua-dua pihak
bertemu di Hittin dan pertempuran hebat berlaku yang berakhir dengan kemenangan
besar kepada Salahuddin. Salibiah mengalami kekalahan yang teruk dimana sepuluh
ribu orang tenteranya mati dan raja Baitul Maqdis ditawan.

Salahuddin melahirkan sikap tolenrasi dan lemah-lembut dengan memaafkan raja


Baitul Maqdis dan membebaskannya. Walaubagaimana pun, beliau memerintah supaya
rahib Dawiah dan rahib Istibariah dibunuh dan beliau sendiri membunuh raja Karak
yang pernah melanggar perjanjian.

PENYERAHAN BAITUL MAQDIS

Setelah mencapai kemenangan yang besar di Hittin, Salahuddin menuju ke Aka.


Penduduk Aka meminta keamanan dan pada Jamadil Awal 583H/1187. Beliau
memasuki Aka sementara penduduknya berpindah ke Sour. Kemudian beliau
meneruskan kemaraannya untuk membebaskan Asqalan. Selepas mengepungnya
selama 14 hari, Asqalan jatuh ke tangan muslimin. Dari sini (selepas menguasai
kawasan persekitaran pantai dan di sekitar Baitul Maqdis) Salahuddin mula melancar
serangan ke atas Baitul Maqdis.

Pengepungan ke atas Baitul Maqdis hanya berjalan selama seminggu apabila


penduduk Baitul Maqdis meminta keamanan. Penyerahan ini menamatkan penguasaan
salibiah dan Baitul Maqdis kembali ke tangan Muslimin selepas 88 tahun jatuh ke
tangan salibiah. Pada Okt. 1187M/ Rejab 583H Salahuddin masuk ke Baitul Maqdis.
Beliau tidak melakukan kekejaman sebagaimana yang pernah dilakukan oleh tentera
salib terhadap muslimin dalam perang salib yang pertama dahulu. Beliau memberi
kebebasan kepada mereka untuk menebus diri dengan bayaran sebanyak 10 dinar bagi
lelaki, 5 dinar bagi perempuan dan 2 dinar bagi kanak-kanak. Sesiapa yang tidak
mampu membayarnya selepas 40 hari akan dijadikan hamba. Orang-orang kristian
keluar beramai-ramai di bawah pengawasan tentera Islam menuju ke Sour dan mereka
disyaratkan supaya tidak kembali memerangi muslimin.

Tindakan yang dilakukan oleh Salahuddin ini bertujuan untuk menjaga jiwa
manusia semampu yang mungkin. Walaubagaimana pun, tindakan ini telah
merangsangkan mereka untuk melanggar perjanjian yang dibuat setelah mereka
mendapati bilangan mereka yang ramai.
PENGEPUNGAN AKA DAN PERANG SALIB III
PENGEPUNGAN AKA

Apabila semua orang kristian telah berkumpul di Sour, timbul niat jahat untuk
membatalkan perjanjian yang dibuat dengan Salahuddin dan menyerang balas. Pada 8
Rejab 585H/1189M mereka bergerak melalui jalan pantai menuju ke Aka dan
melancarkan serangan dari darat dan laut. Tentera Islam di bawah pimpinan
Salahuddin mengepung tentera salib dari arah laut. Berlaku beberapa pertempuran
antara kedua-dua angkatan tentera. Keadaan semakin tertekan setiap hari. Sultan
Salahuddin meminta bantuan dari segenap penjuru negara yang berada dibawah
pemerintahannya sementara salibiah menerima bantuan dari Eropah yang terkejut
dengan kejatuhan Baitul Maqdis oleh Salahuddin.

PERANG SALIB III


Ketika salibiah di timur melancarkan kepungan ke atas Aka, raja-raja di Eropah
membuat persiapan bagi melancar serangan yang baru ekoran dari kemenangan yang
dicapai oleh Salahuddin dan kejatuhan kembalinya Baitul Maqdis ke tangan umat Islam.

Perang salib kali ini berbeza dari sebelumnya kerana ianya disertai oleh raja-raja
Eropah yang teragung di zaman itu:-

1)Maharaja Jerman, Frederic Barbe-Rousse


2)Raja Perancis, Philippe Auguste
3)Raja England, Richard the Lion Heart

PERJALANAN ANGKATAN JERMAN

Maharaja Jerman bergerak bersama tenteranya yang berjumlah 100 ribu orang
merentasi Hungary menuju ke Constantinopal. Walaubagaimana pun, di
Constantinopal angkatan ini tidak mendapat sebarang bantuan dari maharaja
Constantinopal sebagaimana sebelumnya. Bahkan sebaliknya, maharaja Constantinopal
memberitahu Sultan Salahuddin akan kedatangan angkatan tentera salib Jerman.

Angkatan ini menyeberang ke Asia Kecil melalui jalan yang pernah dilalui oleh
angkatan perang salib I. Tentera Islam Saljuk cuba menyekat perjalanan mereka.
Walaubagaimana pun, cubaan ini gagal dan mereka meneruskan perjalanan sehinggalah
sampai di Armenia. Di sana mereka menerima bantuan dari penduduk tempatan yang
majoritinya kristian.

Malangnya semasa di Armenia Maharaja Jerman, Frederic Barbe-Rousse mati


lemas di sungai Salif, di pergunungan Armenia. Kematiannya menyebabkan berlakunya
perselisihan dan perpecahan di dalam barisan tentera Jerman sehingga mengakibatkan
kebanyakan tenteranya mengambil keputusan untuk pulang ke Eropah. Sementara
bakinya meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal menuju ke Aka dan Sour di
bawah pimpinan Frederic de Souabe, anak Frederic Barbe-Rousse. Dalam perjalanan,
Frederic de Souabe pula meninggal dunia. Oleh kerana pelbagai halangan dan penyakit
yang menimpa, akhirnya hanya seribu orang sahaja dari 100 ribu orang tentera Jerman
yang sampai ke Aka.

ANGKATAN TENTERA PERANCIS DAN ENGLAND.

Angkatan tentera salib Perancis dan England bertemu di Soqlia. Mereka menetap
di sana beberapa ketika. Pada akhir Mac 1191, angkatan tentera Perancis berlayar
menuju ke Aka. Angkatan tentera England menyusur dari belakang selepas sepuluh
hari kemudian.

Tentera Perancis tiba di Aka pada 20 April. Ini menjadikan kekuatan tentera salib
di sana semakin bertambah. Sementara itu, angkatan tentera England dihanyutkan oleh
ribut ke Cyprus. Tentera ini menetap di sana beberapa ketika sehingga datang raja
Baitul Maqdis meminta bantuan mereka.

KEJATUHAN AKA.

Dengan kedatangan tentera salib di bawah pimpinan Richard the Lion Heart ini,
bererti kekuatan tentera salib yang mengepung Aka semakin bertambah. Walaupun
Sultan Salahuddin telah mengadakan berbagai usaha untuk menyelamatkan Aka dari
kepungan dan dari jatuh ke tangan salibiah tetapi semua ini tidak mendatangkan
sebarang faedah. Akhirnya, pada Zohor hari Jumaat, 17 Jamadil awal 587H/ Julai
1191M, penduduk Aka mengambil keputusan menyerah kalah setelah melihat usaha
menyelamat mereka tidak berjaya.

PERSELISIHAN DI KALANGAN PEMERINTAH SALIBIAH.

Berlaku perselisihan antara raja Baitul Maqdis yang disokong oleh Richard the Lion
Heart dengan raja Sour yang disokong oleh raja Perancis dalam merebut mahkota
kerajaan Baitul Maqdis. Perselisihan ini berakhir dengan persetujuan kedua-dua belah
pihak menyerahkan mahkota kerajaan Baitul Maqdis kepada raja Baitul Maqdis selama
seumur hidupnya dan kemudian diambil pula oleh raja Sour, Conrad de Montferrat.

Hasil dari perselisihan ini, raja Perancis mengambil keputusan untuk kembali ke
negerinya. Sementara Richard masih lagi ingin meneruskan usahanya merampas
kembali Baitul Maqdis dari Sultan Salahuddin.

Berlaku banyak pertempuran di antara kedua-dua angkatan tentera. Di antara yang


termasyhur ialah peperangan Arsouf pada Syaaban 587H/ Sept. 1191M yang dimenangi
oleh tentera salib.

PERJANJIAN DAMAI AL-RAMLAH.


Pertempuran antara kedua-dua pihak berterusan memakan masa yang lama.
Salibiah membuat percubaan beberapa kali untuk menghampiri Baitul Maqdis sehingga
pada satu masa mereka hanya berada sejauh 6 batu dari Baitul Maqdis.
Walaubagaimana pun Richard tidak berhasrat untuk mengepung Baitul Maqdis kerana
bimbang kekalahan akan menimpa tenteranya. Ini disebabkan semangat tenteranya
terhadap Baitul Maqdis tidak sebagaimana tentera salib semasa perang salib I.

Oleh kerana salibiah tidak mampu untuk menguasai Syam, sementara Salahuddin
pula tidak mampu untuk menghapuskan salibiah, akhirnya kedua-dua belah pihak
bersetuju untuk mengadakan perdamaian. Pada Sya’ban 588H/ Sept. 1192M, diadakan
perdamaian antara kedua-dua belah pihak. Antara isi perdamaian yang penting ialah:-

1)Salibiah akan menduduki kawasan di persisiran pantai antara Sour sehingga ke


Hifa.
2)Kebenaran diberikan kepada orang kristian untuk menziarahi Baitul Maqdis tanpa
dikenakan sebarang cukai.
3)Perdamaian ini berlangsung selama 3 tahun 8 bulan.

Hasil dari perdamaian ini menjadikan wilayah kerajaan salibiah Baitul Maqdis
semakin meluas dan Aka dijadikan sebagai ibunegeri yang baru. Selepas perdamaian,
Richard berangkat pulang ke negerinya setelah mencatatkan kemasyhurannya dalam
peperangan ini. Dengan perdamaian ini, bererti tamatnya perang salib III dan Baitul
Maqdis kekal di bawah peliharaan muslimin. Disamping itu kebanyakan wilayah
kembali menjadi hak muslimin kecuali sebahagian kecil wilayah di persisiran pantai
yang masih kekal berada di tangan kerajaan Antokiah, kerajaan Tarablus dan kerajaan
Baitul Maqdis yang baru.

KEMATIAN SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI

Selepas perdamaian, Sultan Salahuddin menuju ke Baitul Maqdis dan


menjalankan beberapa pembaikan dan menyusun semula pentadbirannya. Kemudian
beliau meneruskan perjalanan dan tiba di Damsyik pada 25 Syawal 588H. Salahuddin
tidak hidup lama selepas perdamaian apabila pada 4 Mac 1193M/ 27 Safar 589H rohnya
diangkat menemui tuhannya ketika beliau masih berada di Damsyik. Semua ini berlaku
setelah beliau menyempurnakan tugas dengan sebaik-baiknya yang telah mencatatkan
kegemilangan dalam jihad dan akhlaknya.

Apa lagi yang ditunggu-tunggu oleh seorang mujahid apabila selesai menjalankan
tugas selain berangkat menemui tuhannya untuk menerima balasan dan ganjaran.
Moga-moga Allah merahmati Salahuddin al-Ayubi.

Amin...
PERANG SALIB IV
MUQADDIMAH

Perselisihan antara mazhab Katholik yang menguasai Eropah Barat (ibunegerinya


terletak di Rom dan dipimpin oleh Pope) dengan mazhab Orthodok yang menguasai
Eropah Timur (ibunegerinya di Constantinopal berpusat di Gereja Aya Sofia) telah
menimbulkan permusuhan dan beberapa siri peperangan yang berpanjangan.
Permusuhan ini dapat kita lihat dalam siri peperangan salib sebelum ini. Rentetan dari
permusuhan ini, angkatan salib dalam perang salib IV mengubah arah mereka dan
berusaha menakluki Constantinopal.

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG

Sebagaimana peperangan sebelum ini, faktor asasi yang menggerakkan angkatan


salib adalah keinginan mereka untuk merampas kembali Baitul Maqdis dan
mengekalkan kerajaan salib di timur.

PERJALANAN PERANG

Perang salib kali ini dilancarkan oleh Pope Innocent III dan tugas menyebarkan
seruan Pope ini diserahkan kepada Foulouques de Nevilly. Pada mulanya seruan ini
tidak mendapat sambutan sama ada dari raja England, Richard atau dari raja Perancis,
Phillipe kerana Perancis ketika itu sedang menghadapi serangan dari England.
Walaubagaimana pun seruan ini mendapat sambutan yang baik dari golongan feudal
dan golongan bangsawan Perancis yang lain antaranya, Boudouin IX.

Mereka bersepakat untuk menyerang Mesir kerana ia dianggap sebagai pusat


pemerintahan Baitul Maqdis. Mereka juga bersetuju untuk berangkat melalui jalan laut
dan menghantar wakil ke Bonduqia meminta Duke Bonduqia supaya menyediakan
kapal untuk mereka. Duke bersetuju dengan syarat angkatan salib membayar 85 ribu
duit perak ataupun keuntungan perang dibahagi dua. Pope bersetuju dengan syarat
pertama.

PEMESONGAN ARAH TENTERA SALIB

Setelah sampai di Bonduqia, mereka gagal membayar harga yang ditentukan oleh
Duke. Mereka hanya mampu membayar sebanyak satu pertiga dari jumlah tersebut.
Melihat keadaan ini Duke Bonduqia, Henry Dandolo mengambil kesempatan ini
meminta angkatan salib membantunya menakluk Zara yang terletak di Hungary
sebagai ganti kepada baki bayaran. Tawaran ini diterima oleh pemimpin-pemimpin
salibiah tetapi mendapat tentangan dari tentera dan wakil Pope kerana menyimpang
dari tujuan asal mereka. Duke berjaya menyakinkan mereka. Mereka meneruskan
perjalanan untuk menakluk Zara di bawah pimpinan Duke.

PENAKLUKAN CONSTANTINOPAL

Angkatan salib bersama penduduk Bonduqia mengepung Zara selama dua


minggu. Pada Nov. 1202/599H, Zara jatuh ke tangan mereka dan harta rampasan
perang dibahagi dua. Di Zara, Alexis de Jeune meminta pertolongan mereka untuk
membantunya merampas kembali takhta dari Alexis III yang merampas Constantinopal
dari ayahnya. Tawaran ini di sambut baik oleh angkatan salib dengan syarat Alexis
hendaklah membayar sebanyak dua ratus duit perak sebagai tanggungan kepada
angkatan salib dan berjanji meletakkan kerajaan Rom tunduk di bawah pentadbiran
gereja Pope serta membantu angkatan salib menyerang Baitul Maqdis. Dengan ini sekali
lagi arah tentera salib dipesongkan. Tindakan ini mendapat bantahan dan kecaman dari
Pope tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan. Pada 11 Jul. 1203, mereka menuju ke
Constantinopal dan mengepungnya dari segenap penjuru; darat dan laut. Akhirnya,
pada April 1203/601H selepas berlakunya pertempuran hebat mereka berjaya
merampas Constantinopal dan menyerahkannya kepada Alexis de Jeune.

Selepas mencapai kemenangan, angkatan salib menuntut janji yang dibuat dengan
Alexis de Jeune. Oleh kerana tuntutan ini terlalu berat, Alexis de Jeune terpaksa
mengutip harta dari rakyatnya. Tindakan ini menimbulkan kemarahan penduduk
kepada salibiah. Akhirnya Alexis Morzofla bangun melakukan pemberontokan
menentang Alexis de Jeune menyebabkan Alexis de Jeune mati dibunuh. Peperangan ini
berlarutan selama tiga hari dan berakhir dengan angkatan salib berjaya menguasai
Constantinapol. Mereka membunuh penduduk Constantinopal dan membakar bandar
sehingga tidak ada satu rumah pun yang tidak diceroboh dan dibunuh ahlinya. Harta
kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan Constantinapol dirampas dan mereka melantik
Boudouin IX sebagai maharaja dengan gelaran Boudouin I.

PEMBAHAGIAN KERAJAAN BYZANTIN DAN TAMAT PERANG SALIB IV

Kerajaan Rom dibahagikan kepada dua oleh Boudouin, sebahagian untuk angkatan
salib dan sebahagian lagi untuk penduduk Bonduqia. Kerajaan ini kekal di bawah
kekuasaan orang-orang Perancis sehingga dirampas kembali oleh orang-orang Greek
pada tahun 1261/660H di bawah pimpinan Mikhail, Maharaja Naqih.

Dengan kemenangan ke atas Constantinopal ini bermakna berakhirnya Perang


Salib IV tanpa mencapai maksudnya yang asal. Ia juga menunjukkan lemahnya
semangat agama di kalangan tentera salib.
PERANG SALIB V
SERUAN KEPADA PERANG SALIB

Pada tahun 1209/606H John de Brienne dilantik sebagai raja Baitul Maqdis
menggantikan Amaury. Selepas perlantikannya, beliau menghantar utusan kepada Pope
meminta Pope dan raja-raja Eropah melancarkan Perang salib V untuk merampas
kembali Baitul Maqdis dan menguasai semula semua kerajaan Islam di Syam.

Rentetan dari permintaan tersebut, pada 1216/612H diadakan perhimpunan di


bandar Rom di bawah kelolaan Pope Innocent. Perhimpunan ini dihadiri oleh lima ratus
orang terdiri daripada ketua-ketua paderi antaranya ketua paderi Constantinopal, ketua
paderi Baitul Maqdis dan wakil-wakil raja bagi raja Jerman, raja Perancis, raja England
dan raja Hungary. Perhimpunan ini bersetuju untuk melancarkan perang salib V.

Pada tahun 1216/613H Pope Innocent meninggal dunia. Usaha beliau diteruskan
oleh penggantinya Pope Honorius III. Beliau menghantar utusan kepada raja-raja
menyeru supaya dilancarkan perang salib V untuk merampas kembali Baitul Maqdis.
Seruan beliau mendapat sambutan dari Raja Hungary, Andre II

PERJALANAN PEPERANGAN

Raja Hungary, Andre II bersama ketua-ketua tenteranya berangkat ke Bonduqia


dan kemudian menaiki kapal menuju ke Aka. Di Aka, beliau bersama raja Cyprus
melancarkan serangan ke atas kerajaan Islam di sekitarnya dan bergerak menuju ke
Baitul Maqdis.

Kerajaan Ayubiah ketika itu berada di bawah pemerintahan Malik Adil (Abu Bakar
bin Ayub). Apabila mendengar kedatangan tentera salib ke Aka pada Sept. 1217/613
beliau bersama angkatan tenteranya bergerak menuju ke Syam untuk menghadapi
tentera salib. Walaubagaimana pun beliau terpaksa mengelak dari bertembung dengan
tentera salib kerana bilangan tenteranya kecil berbanding dengan tentera salib. Tentera
salib terus mara sehingga ke kubu Thur dan berjaya menawan beberapa buah bandar di
Syam. Mereka mengepung kubu Thor selama 17 hari tetapi gagal menawannya lalu
berundur dan kembali ke Aka.

Kegagalan mereka di Syam menyebabkan Raja Hungary mengambil keputusan


untuk pulang ke negaranya. Walaubagaimana pun beliau meninggalkan separuh dari
tenteranya kerana takut kepada kemarahan salibiah yang lain. Dalam masa yang sama
sampai berita kemaraan tentera salib dari Perancis dan Itali yang terlambat kerana
terlibat dalam serangan ke atas Andalus. Kedatangan mereka menggembirakan tentera
salib yang sedia ada. Bersama raja Baitul Maqdis serta baki tentera salib yang masih ada,
mereka mengambil keputusan menuju ke Mesir kerana Mesir dianggap sebagai negara
yang bertanggungjawab ke atas Baitul Maqdis. Rancangan pertama mereka ialah
menyerang Dimyat yang terletak di cabang sebelah timur sungai Nil.

PENGEPUNGAN DIMYAT
Pada Mei 1218/Safar 615H tentera salib yang terdiri dari 70 ribu pekuda dan 400
ribu pejalan kaki mendarat di Dimyat dan melakukan kepungan. Dimyat dikelilingi
oleh kubu yang kuat menyebabkan tentera salib terpaksa membuat kepungan dalam
jangka masa yang lama. Malik Kamil yang memangku pimpinan ayahnya di Mesir mara
bersama tenteranya menuju Dimyat untuk memberi bantuan kepada penduduknya.
Kepungan dan serangan berlangsung selama empat bulan sehingga kedatangan Malik
Adil. Walaubagaimana pun ditakdirkan Allah, Malik Adil meninggal dunia semasa
dalam kepungan. Anaknya Malik Kamil dilantik menggantikannya. Kacau-bilau
berlaku dalam barisan tentera Islam apabila timbulnya pemberontakan Imaduddin
Ahmad bin Al-Masytub yang tidak bersetuju dengan perlantikan Malik Kamil
menggantikan ayahnya. Kesempatan ini telah digunakan oleh tentera salib dengan cara
memperhebatkan lagi serangan sehingga mereka berjaya merampas Dimyat pada Nov.
1219/Syaaban 616H.

Selepas kejatuhan Dimyat, mereka mengambil keputusan meneruskan perjalanan


menuju ke Kaherah. Pada masa itu, Malik Kamil berjaya memulihkan kembali suasana
dalam barisan tentera Islam dengan bantuan saudaranya Malik Mu’zam, raja Syam.
Beliau kemudiannya meminta bantuan dari umat Islam di Syam untuk bertembung
dengan tentera salib di Mansuro.

Di Eropah, Pope masih meneruskan usahanya menyeru penduduk Eropah untuk


membantu saudara-saudara mereka yang sedang menghadapi peperangan di timur.
Seruan ini terus mendapat sambutan sehingga tentera bantuan terus-menerus sampai ke
timur.

PERANG MANSURO
Bilangan tentera salib ketika ini berjumlah 200 ribu pejalan kaki dan 10 ribu
pekuda. Sementara itu, Malik Kamil menghantar wakil ke segenap Mesir dari Aswan
hingga ke Kaherah, dari timur hingga ke barat untuk mendapat bantuan tentera
tambahan. Di waktu yang sama, iaitu pada 1221/618H sampai bantuan dari saudaranya
di Syam menjadikan bilangan tentera muslimin seramai 40 ribu pekuda. Berlaku
pertempuran yang hebat antara kedua-dua angkatan tentera di Mansouro. Malik Kamil
meminta supaya perjanjian perdamaian ditanda-tangani disebabkan bimbang
kemenangan menyebelahi pihak tentera salib dan mereka dapat menawan Kaherah.
Pihak tentera Islam menawarkan Baitul Maqdis kepada tentera salib disamping Asqalan
dan bandar-bandar lain di sekitar Syam tetapi tentera salib meminta tambahan dua
wilayah iaitu Karak dan Syawabak serta pampasan 300 ribu dinar sebagai gantirugi
peperangan. Pihak Islam tidak dapat memenuhi tuntutan tambahan tersebut.

Apabila tawaran tersebut tidak diterima maka satu pasukan tentera Islam dihantar
dengan menyusup kedalam tentera salib untuk merobohkan empangan di terusan al-
Mahalla. Dalam masa yang sama, air sungai Nil sedang naik ke paras tertinggi. Ini
menyebabkan kawasan tentera salib ditenggelami air sementara semua jambatan
penghubung dirobohkan oleh tentera Islam. Dan satu-satunya jalan keluar untuk
mereka pula berjaya dikuasai oleh tentera Islam. Gejala buruk ini memaksa mereka
menyerah kalah dan berundur dari Mesir tanpa sebarang syarat.

BERAKHIRNYA PERANG SALIB V

Pada 19 Rejab 618H/1221, Dimyat diserahkan kepada Malik Kamil selepas


pegunduran tentera salib. Dengan ini bermakna tamatnya Perang salib V. Peperangan
ini berlangsung selama 3 tahun 4 bulan 19 hari dan tentera salib hanya berjaya
menduduki Dimyat selama setahun 10 bulan 24 hari.
PERANG SALIB VI
LATAR BELAKANG SEBELUM PERANG.

FREDERIC II

Frederic II, maharaja Jerman merupakan raja Eropah yang teragung di zaman itu.
Kerajaannya meliputi Jerman, Itali Utara dan Soqlia. Kerajaan Baitul Maqdis juga berada
di bawah kekuasaannya apabila beliau berkahwin dengan pewaris kerajaan tersebut.
Perkahwinan ini dirancang oleh Pope Honorius III bagi mengeksploitasi kekuatan yang
dimilikinya untuk perang salib yang baru. Ini jelas dapat dilihat apabila raja Baitul
Maqdis pergi ke Itali pada tahun 1222/619H selepas kekalahannya di Dimyat dengan
tujuan meminta bantuan dari Pope. Persetujuan bersama telah ditanda-tangani dengan
Frederic II untuk melancarkan perang salib bertujuan merampas kembali Baitul Maqdis.

FREDERIC II DAN TAMADUN ISLAM

Frederic II adalah seorang raja yang meyukai orang-orang Islam dan tamadun
Islam serta kagum dengan ilmu pengetahuan Islam bahkan beliau mempunyai ilmu
tentangnya dan banyak bergantung kepada orang Islam dalam urusan-urusannya.
Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan raja-raja Islam terutama Malik Kamil,
raja Mesir.

Pendirian beliau yang sebegini tidak disenangi oleh orang-orang kristian yang lain
terutama Pope sehingga beliau dianggap murtad dan telah memeluk Islam. Kemarahan
ini lebih ketara apabila Frederic II sengaja melambat-lambatkan pemergiannya ke timur
untuk merampas Baitul Maqdis menyebabkan akhirnya Pope mengisytiharkan laknat ke
atasnya dan diharamkan pergi bersamanya ke tempat suci (Baitul Maqdis). Implikasi
dari pengharaman ini kita dapat lihat apabila hanya beberapa ratus orang sahaja yang
bersamanya menuju ke Baitul Maqdis.

PERPECAHAN DALAM KERAJAAN AYUBIAH

Selepas kematian Salahuddin kerajaan yang dibinanya menjadi gelangang


persengketaan. Walaubagaimana pun, Malik Adil saudara Salahuddin berjaya
mengembalikan kestabilan kerajaan tersebut. Malangnya, selepas kematian beliau
berlaku kembali perselisihan antara anak-anaknya merebut takhta kerajaan Ayubiah
iaitu:-
1) Malik Kamil, raja Mesir
2) Malik Mu’zam, raja Damsyik dan Baitul Maqdis
3) Malik Asyraf, raja Jazirah dan Khalat
Pada masa yang sama bermulanya serangan tentera Tartar ke negara Islam.
PERJALANAN PERANG SALIB VI

Malik Mu’zam yang bermusuhan dengan saudaranya Malik Kamil telah membuat
perjanjian dengan Jalaluddin bin Khawarzam shah, raja di Khawarzim yang dikalahkan
oleh Genghiz Khan ketua tentera Tartar untuk menentang Malik Kamil di Mesir. Malik
Kamil merasa bimbang dengan pakatan ini kerana Jalaluddin bin Khawarzam Shah
memiliki tentera yang kuat.

Atas alasan ini Malik Kamil menghantar utusan ke Frederic II meminta


kedatangannya ke Syam bertujuan mengalih perhatian Malik Mu’zam kepada tentera
salib di bawah Frederic II. Malik Kamil berjanji menyerahkan Baitul Maqdis kepada
Frederic II. Walaubagaimana pun Malik Mu’zam meninggal dunia pada Nov.
1227/Zulkaedah 624H sebelum kedatangan Frederic II.

PENAKLUKAN BAITUL MAQDIS

Pada Sept. 1228/625H, Frederic II sampai ke Aka. Malik Kamil ketika itu berada di
Syam kerana mengambilalih kerajaan saudaranya. Kerajaan ini kemudiannya
diserahkan kepada anaknya Daud, Malik Nasir. Walaupun bilangan tentera di bawah
Frederic II sedikit tetapi perjanjian damai antara Malik Kamil dengan Frederic II tetap
berlaku. Hasil dari perjanjian ini kedua-dua pihak bersetuju untuk menerima beberapa
asas, antaranya:-

1) Penyerahan Baitul Maqdis kepada tentera salib dengan syarat kubunya


dibiarkan runtuh. Sementara umat Islam diberikan hak ke atas masjid aqsa dan kubah
batu
serta wilayah kampung-kampung.
2) Raja salibiah akan memiliki bandar-bandar antara Aka dan Baitul Maqdis.
3) Berjanji untuk saling bantu-membantu menghadapi musuh samada dari
golongan Islam atau kristian dan tidak memberi sebarang bantuan kepada kerajaan
salibiah di Syam selama 10 tahun setengah.

HAKIKAT PERJANJIAN

Pada hakikatnya Malik Kamil terpaksa membuat perjanjian tersebut


memandangkan masalah perselisihan yang berlaku dalam kerajaan Ayubiah di samping
peribadi Frederic II yang bersikap tolak ansur dan tidak taasub agama.

Perjanjian ini menjadikan Baitul Maqdis milik bersama antara Islam dan Kristian.
Walaubagaimana pun perjanjian ini tidak direstui oleh Muslimin dan Orang-orang
kristian yang lain.

Selepas perjanjian ini Frederic II pergi menziarahi Baitul Maqdis dan kemudian
pulang ke Eropah sementara Malik Kamil pula berusaha menyatukan kembali kerajaan
Ayubiah di bawah panjinya. Malangnya, kerajaan ini kembali berpecah setelah
kematian Malik Kamil pada 1237/635H.
PERANG SALIB VII
SEBELUM PERANG

Pada 1239/637H Malik Salih bin Malik Kamil memegang takhta pemerintahan
Mesir, menggantikan ayahnya. Beliau menguruskan pentadbiran dengan cara yang baik
dan dianggap antara raja-raja teragung yang terakhir bagi kerajaan Ayubiah.
Walaubagaimana pun masih wujud permusuhan antara beliau dengan pemerintah-
pemerintah kerajaan Ayubiah yang lain terutama bapa saudaranya Malik Soleh Ismail,
raja di Damsyik yang berbaik dengan salibiah bahkan menyerahkan sebahagian dari
kawasan takluknya kepada Salibiah.

Pada 1244/642H, tentera salib di bawah Thibaut IV dan Pierre Mauclere tiba ke
Aka dari Perancis dengan tujuan untuk menakluk Baitul Maqdis. Berlaku pertempuran
hebat antara Malik Salih dengan tentera salib yang dibantu oleh Malik Soleh.
Kemenangan berpihak kepada Malik Salih. Baitul Maqdis dan wilayah di Syam kembali
semula ke tangan pemerintahan Muslimin. Kemenangan ini mengembirakan umat
Muslimin tetapi bagi Eropah, ia merupakan kehilangan dan kesedihan. Peristiwa ini
mendorong Eropah melancarkan perang salib yang baru.
PERHIMPUNAN DI LYON
Setelah kejatuhan Baitul Maqdis, paderi Beirut belayar ke Eropah meminta bantuan
dari Pope dan raja-raja Eropah untuk merampas kembali Baitul Maqdis. Beliau
menemui Pope, Innocent IV dan Pope berjanji untuk memberikan bantuan. Pada tahun
1245/643H diadakan perhimpunan di Lyon yang mengumpulkan ketua-ketua paderi
dan pemerintah-pemerintah salibiah di timur termasuk maharaja Constantinopal.
Mereka bersetuju untuk bersiap-sedia dan melancarkan perang salib VII. Pope dan
ketua-ketua paderi diminta menanggung sebahagian perbelanjaan.

ANGKATAN LOUIS IX

Rentetan dari perhimpunan di Lyon, Pope dan ahli perhimpunan menghantar


utusan meminta raja Perancis, Louis IX membuat persiapan ketenteraan bagi merampas
kembali Baitul Maqdis. Louis IX menerima permintaan tersebut dan membuat persiapan
yang besar untuk melancarkan perang salib VII.

Pada tahun 1248/646H angkatan Louis IX berangkat dari Paris. Turut bersama,
golongan pemerintah Perancis termasuk tiga orang saudaranya iaitu Robert D’Artos,
Alphonse de Poitiers dan Charles D’Anjou.

Pada Sept. 1248/646H, armada Louis IX sampai di Cyprus dan menetap di sana
selama 8 bulan sambil membuat hubungan dengan kerajaan salibiah di Syam. Semasa
mereka di Cyprus, merebak wabak penyakit sehingga menyebabkan kebanyakan dari
tenteranya mati. Berdasarkan nasihat dari ketua-ketua tenteranya, mereka menuju ke
Mesir pada Mei. 1249M kerana Mesir merupakan pusat pemerintahan Baitul Maqdis
dan yang bertanggungjawab membuka semula Baitul Maqdis pada kali pertama dan
kedua.

PENAKLUKAN DIMYAT

Berita ketibaan tentera salib ke timur diterima oleh Malik Salih. Beliau ketika itu
berada di Damsyik dan sedang sakit tenat. Setelah menerima berita tersebut Malik Salih
terus berangkat ke Mesir. Beliau membuat persiapan di Dimyat dengan membekalkan
makanan dan senjata yang banyak supaya apa yang berlaku semasa perang salib V
tidak berulang.

Diperjalanan, armada-armada tentera salib menghadapi ribut menyebabkan


mereka berpecah dan sampai ke Mesir dalam masa yang berlainan. Kapal Louis IX
adalah yang pertama sampai di Dimyat iaitu pada Jun 1249/Safar 647H. Mereka
mengambil keputusan untuk terus melancarkan serangan ke atas Dimyat. Beberapa
pertempuran di darat dan di laut berlaku. Semasa serangan ini, ketua tentera Islam
Fakhruddin Yusof melarikan diri tanpa sebarang sebab menyebabkan penduduk
Dimyat turut melarikan diri meninggalkan bandar dan senjata-senjata mereka. Dengan
ini, tentera salib berjaya menakluk Dimyat tanpa sebarang tentangan hebat dari tentera
Islam. Tindakan ini menyebabkan kemarahan Malik Salih dan beliau bertindak tegas
dengan menggantung mati seramai 54 orang ketua pengawal yang lari kerana
meninggalkan Dimyat tanpa izinnya.

Setelah berjaya di Dimyat, Louis IX bersama angkatan tenteranya berehat selama 6


bulan menunggu baki armada yang masih belum sampai. Kelewatan ini memberi
peluang kepada tentera Islam membuat persiapan dan mengumpulkan tentera
tambahan untuk menghadapi tentera salib. Malik Salih menuju ke Mansuro untuk
bertembung dengan tentera salib di sana dan menghalang mereka dari menakluk
Kaherah.

PERANG MANSURO DAN KEMATIAN MALIK SALIH

Pada Nov. 1249/Safar 647H semasa tentera Islam sedang manghadapi tentera salib,
Malik Salih meninggal dunia. Kematiannya dirahsiakan oleh Isterinya, Syajaratudur dan
ketua-ketua tentera supaya tidak melemahkan tentera Islam sehingga datang anaknya
Malik Mu’zam Turanshah dari Jazirah Furatiah.

KEKALAHAN TENTERA SALIB


Setelah menang di Dimyat, tentera salib mula mengarahkan perjalanan mereka
menuju ke Kaherah. Kedudukan tentera salib pada kali ini sama dengan kedudukan
mereka dalam perang salib V di mana mereka berada di kedudukan yang dianggap
tidak strategi. Mereka berada pada kedudukan segi tiga yang dikelilingi oleh cabang
sungai Nil, sungai kecil dan teluk. Kedudukan ini menjadi sebab kekalahan tentera salib
di dalam peperangan ini.

Melihatkan kedudukan tentera salib ini, langkah pertama yang diambil oleh
Turanshah ialah menyekat saluran bantuan kepada tentera salib dari Dimyat. Tentera
Islam meletakkan kapal-kapal buruk dan pecah di cabang sungai Nil yang
menghubungkan tentera salib dengan Dimyat. Dengan ini bermakna terhalang satu-
satunya laluan bagi bekalan mereka. Dalam pada itu, armada Islam berjaya
menghapuskan 30 kapal armada tentera salib di teluk.

Berbagai musibah terpaksa dihadapi oleh tentera salib apabila bekalan makanan
mereka semakin berkurangan dan berlaku wabak penyakit yang merebak.
Walaubagaimana pun, pertempuran yang hebat tetap berlaku di antara kedua-dua
pihak. Tentera Islam berjaya membunuh 30 ribu orang tentera salib menyebabkan
tentera salib meminta perdamaian dan berjanji menyerahkan kembali Dimyat tetapi
Baitul Maqdis hendaklah dikembalikan kepada mereka. Permintaan ini ditolak oleh
Turanshah.

Apabila kemenangan hampir menyebelahi tentera Islam, tentera salib mula


berpecah dan kebanyakannya melarikan diri ke Dimyat. Louis IX pula bersembunyi di
Tel Menia Abdellah, Mansuro. Beliau dikepung dan akhirnya menyerah diri bersama-
sama 5 ribu orang tenteranya. Beliau kemudiannya dipenjarakan di Dar-Qadi Ibrahim
bin Lokman.

BERAKHIR PERANG SALIB VII

Baki tentera salib yang melarikan diri menuju ke Dimyat dikejar oleh tentera Islam
dan dikalahkan di Fariskor. Dengan ini, bermakna berakhirnya serangan tentera salib
dalam perang salib VII yang berjalan selama setahun.

Louis IX dan tenteranya dibebaskan dengan membayar tebusan sebanyak 500 ribu
prances dan menyerahkan Dimyat tanpa syarat. Pada 8 Mei 1250/648H Louis IX
bersama tenteranya berangkat menuju ke Aka. Beliau menetap di sana selama empat
tahun apabila diminta oleh pemerintah salib di Syam untuk menyusun kembali
kerajaan-kerajaan salibiah yang masih wujud dan membantu mereka menjaganya dari
serangan tentera Islam. Pada April 1254/652H, beliau berangkat balik ke Perancis
setelah kematian ibunya yang menggantikannya memegang pemerintahan Perancis
semasa ketiadaannya.

KEMATIAN TURANSHAH

Sebelum Louis IX kembali ke Perancis, lahir gerakan untuk membunuh Turanshah


di Mesir oleh Mamalik yang disertai bersama oleh Syajaratudur. Gerakan ini timbul
kerana dasar pemerintahan yang dijalankan oleh Turanshah yang telah memecat
pemimpin-pemimpin di zaman ayahnya dan melantik pengikutnya yang turut
bersamanya dari Jazirah Furatiah.

Akhirnya, pada Mei 1250M/ Muharram 648H, Turanshah mati dibunuh dengan
cara yang kejam semasa berada di Fariskor. Pemerintahannya hanya berjalan selama
lebih dua bulan dikira dari tarikh ketibaannya ke Mesir hingga kematiannya.
Dengan ini berakhirnya kerajaan Ayubiah yang kemudiannya digantikan oleh
kerajaan Mamaluk. Kerajaan ini kekal memerintah Mesir sehingga tahun 1517M/923H.

Sebanarnya, perang salib VII inilah yang telah membawa kepada kebangkitan
Mamaluk. Rentetan dari ini, perubahan besar berlaku kepada timur Islam di mana
berlakunya keruntuhan menyeluruh kerajaan salibiah di timur iaitu selepas timbulnya
perang salib baru yang berlaku di Tunis.
PERANG SALIB VIII DAN KERUNTUHAN
KERAJAAN SALIBIAH DI TIMUR
LATARBELAKANG SEBELUM PERANG

DAULAH HAFSAH

Pemerintahan Tunis ketika ini tunduk di bawah kerajaan Muwahiddin di Barat


Jauh. Ibnu Ghaniah melakukan pemberontokan di Tunis tetapi Nasir bin Mansour,
pemerintah Muwahiddin berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. Sebelum
kembali ke pusat pentadbirannya, beliau melantik Abu Muhammad Abdul Wahid bin
Abi Hafs sebagai gabenor di Afrika (Tunis).

Semasa jawatan berpindah ke tangan anaknya Abu Zakaria, pemerintahan


Muwahiddin di Barat Jauh sedang mengalami krisis. Abu Zakaria mengambil
kesempatan ini untuk menuntut kuasa autonomi bagi Afrika iaitu pada tahun 632H.
Selepas berjaya memperolehi kuasa autonomi, banyak wilayah di sekitarnya berbai’ah
kepadanya termasuk kerajaan Andalus. Kerajaan Andalus telah meminta bantuan
darinya untuk menghadapi serangan Kristian. Abu Zakaria adalah di antara raja yang
termasyhur di sebelah barat sehingga Tunis yang merupakan ibunegeri menjadi
tumpuan penghijrahan.

Abu Zakaria mengadakan hubungan perdagangan dengan negeri-negeri di Itali


iaitu Bonduqia, Piza dan Ganwa. Beliau juga membuat hubungan dua hala dengan
Frederic II, maharaja Soqlia dan membayar bayaran tahunan sebagai balasan jaminan
kebebasan perdagangan pedagang Islam di kawasan-kawasan takluk German.

MUSTANSIR BILLAH

Pada tahun 1249/647H, Abu Zakaria meninggal dunia dan digantikan oleh
anaknya Abu Abdillah Muhammad Mustansir Billah. Di zaman pemerintahan
Mustansir Billah, wilayah takluknya semakin meluas. Semasa kejatuhan Baghdad ke
tangan Tartar pada tahun 1258/656H, Mustansir Billah menerima bai’ah yang
dinamakan bai’ah Mekah dan kemudian digelar Amirulmukminin. Beliau dianggap
sebagai khalifah kepada Muslimin.

Pada zaman Mustansir Billah, selepas kematian Frederic II, hubungan dengan
kerajaan Soqlia, jajahan German menjadi renggang. Pemerintahan Soqlia ketika itu di
bawah Charles D’Anjou, saudara Louis IX. Perlantikannya adalah berdasarkan arahan
Pope yang tidak menyukai Frederic II. Walaupun begitu, perlantikannya tidak
dipersetujui oleh orang-orang Soqlia dan mereka meminta bantuan dari Mustansir
Billah.
Perselisihan telah berlaku antara Mustansir Billah dengan Charles D’Anjou apabila
Mustansir diminta membayar bayaran yang pernah dibayar oleh orang-orang Hafs
kepada kerajaan Soqlia sebagai balasan kepada kebebasan perdagangan di kawasan
Soqlia tetapi Mustansir Billah enggan membayarnya.

MENYERANG KERAJAAN SALIBIAH DI TIMUR

Satu lagi peristiwa yang berlaku sebelum perang salib VIII ini adalah serangan
Zahir Babris ke atas kerajaaan-kerajaan salibiah di timur. Serangan ini merupakan faktor
utama tercetusnya perang salib VIII.

Setelah kuasa pemerintahan Mesir berpindah ke tangan Mamaluk, pemerintah-


pemerintahnya mula menumpukan serangan mereka kepada kerajaan salibiah yang
masih wujud di timur. Pada tahun 1260/657H, Zahir Babris memegang tampuk
pemerintahan Mesir dan memulakan langkah melancarkan serangan habis-habisan
untuk memberikan pukulan maut kepada kerajaan salibiah yang masih wujud di timur.
Serangan ini merupakan ancaman yang besar kepada kewujudan salibiah di timur
sekaligus menggerakkan Eropah untuk melancarkan perang salib yang baru bagi
menyelamatkan kewujudan mereka di timur.

ANGKATAN LOUIS IX

Apabila berita mengenai serangan habis-habisan yang dilakukan oleh Zahir Babris
ke atas kerajaan salibiah di timur sampai ke Eropah, semangat agama timbul pada diri
Louis IX untuk mempertahankan kristian di Timur dan beliau lupa janjinya untuk tidak
lagi terlibat dalam serangan terhadap muslimin.

Angkatan ini menjadikan timur sebagai tujuan disebabkan kedudukan kristian di


sana berada di dalam keadaan yang genting. Walaubagaimana pun arah mereka telah
berubah ke Tunis. Charles D’Anjou, saudara Louis IX yang bermusuhan dengan
kerajaan Tunis berjaya memesongkan arah tentera salib VIII ke Tunis yang didakwa
sebagai kuasa baru muslimin. Sebenarnya, tujuan asalnya adalah untuk kepentingan
sendiri.

PENDARATAN TENTERA SALIB DI QARTOJIA

Apabila khabar kedatangan tentera Louis IX sampai ke pengetahuan Mustansir


Billah, beliau mengadakan mesyuarat dan kemudian mengambil keputusan untuk
membiarkan tentera salib mendarat di Qartojia supaya mudah diadakan persiapan.
Utusan dihantar ke segenap penjuru negara untuk mendapatkan sukarelawan.

Pada tahun 1270 iaitu akhir Zulkaedah 668H, angkatan Louis IX mendarat di
Qartojia berjumlah 6 ribu pekuda dan 30 ribu pejalan kaki menaiki 300 buah kapal.
Angkatan tentera salib tidak terus melakukan serangan seperti sebelumnya tetapi Louis
IX menunggu kedatangan saudaranya Charles D’Anjou dari Soqlia.

RANCANGAN MUSTANSIR
Mustansir Billah tidak melakukan sebarang serangan bahkan beliau hanya
bertahan dan mengepung tentera salib dari laut dan darat. Tidak berlaku sebarang
pertempuran yang penting kecuali sekali sahaja, sebagaimana yang disebut oleh Ibnu
Khaldun iaitu pada tahun 1270/669H mengakibatkan kematian yang ramai di kedua-
dua belah pihak.

KEMATIAN LOUIS IX

Pengepungan yang dilakukan oleh tentera Islam berjalan lama sehingga


menyebabkan kelaparan dan keletihan di kalangan tentera salib. Keadaan bertambah
teruk apabila wabak penyakit merebak sehingga Louis IX mati terkena wabak tersebut
pada 1270/Muharram 669H. Pada hari yang sama Charles D’Anjou sampai iaitu
beberapa jam selepas kematian Louis IX. Beliau mengambil alih teraju pimpinan dan
peperangan berterusan.

Bebanan yang terlalu tinggi yang terpaksa dipikul oleh tentera salib dan penyakit
yang menimpa Philippe, pewaris kerajaan ayahnya, Louis IX di samping keengganan
barisan sukarelawan tentera Islam untuk meneruskan peperangan mendesak kedua-
duanya untuk berdamai. Akhirnya peperangan berakhir dengan perjanjian.

PERJANJIAN ANTARA MUSTANSIR DAN CHARLES

Perjanjian antara Mustansir Billah dan Charles D’Anjou ditanda-tangani pada Okt.
1270/669H. Antara isi perjanjian penting yang dipersetujui bersama ialah:
1) Bersetuju berdamai selama 15 tahun.
2) Mustansir membayar kerugian yang dialami semasa perang.
3) Bersetuju untuk sama-sama memelihara kepentingan agama dan perdagangan.
4) Tentera salib tidak menyerang mana-mana kawasan yang berada di bawah
takluk kerajaan Tunis secara langsung atau tidak langsung.
5) Terdapat juga kandungan khas bagi raja Soqlia mengenai tuntutan kewangan
kerajaan Soqlia ke atas kerajaan Tunis.

KERUNTUHAN KERAJAAN SALIBIAH DI TIMUR

Malik Zahir Babris yang memegang tapuk pemerintahan kerajaan Mamaluk di


Mesir pada tahun 1260M/659H telah bertindak menyerang dan berazam melenyapkan
pemerintahan salibiah di timur. Hasil dari tindakan ini, beberapa buak bandar dan kota
berjaya dibuka sama ada melalui peperangan ataupun perjanjian antaranya Qisaria,
Arsouf, Yafa, Syaqif dan Antokiah sehingga pada tahun 1277/676H kerajaan salibiah di
timur hanya meliputi dua kawasan sahaja iaitu di Aka dan Tarablus serta kawasan
sekitarnya.

Zahir Babris berjaya mengalahkan salibiah walaupun mereka telah memgadakan


pakatan dengan Moghul. Rahsia kemenangan beliau ialah kejayaannya mewujudkan
kuasa Islam yang kuat dengan mewujudkan pakatan bersama-sama dengan kerajaan
Byzantine dan bangsa tartar yang telah menganut Islam. Beliau juga telah bekerjasama
dengan kerajaan Mesir bagi menghadapi Moghul.
QOLAWOON AS-SOLEH

Selepas kematian Zahir Babris pada tahun 1277/676H, tampuk pemerintahan


kerajaan Mamaluk diserahkan kepada anaknya As-Sa’id Barkah Khan dan
kemudiannya Malik Adil. Zaman pemerintahan kedua-duanya tidak lama sehingga
kuasa pemerintahan jatuh kepada Qolawoon as-Soleh pada tahun 1279/678H.

Pada tahun 1280/679H, Qolawoon terpaksa mengadakan perdamaian dengan


salibiah apabila pemerintah di Damsyik, Sanqar al-Asyqar mewujudkan pemerintahan
sendiri yang tidak tunduk kepada kerajaan Mesir dengan gelaran Malik Adil.

Pada tahun 1281/680H, Tartar di bawah pimpinan Abakah Khan bertindak


menyerang Mamaluk. Qolawoon membuat persediaan untuk berhadapan dengan
Tartar yang sedang menuju ke Syam. Pertempuran berlaku berhampiran dengan Hamsa
pada tahun 1282/680H yang berakhir dengan kemenangan yang besar kepada
Qolawoon. Perjanjian perdamaian dimeterikan untuk menghentikan pertumpahan
darah.

Setelah merasa aman dari ancaman Tartar, Sultan Saifuddin Qolawoon mula
mengalihkan kembali pandangannya kepada salibiah. Pada tahun 1285/684H, beliau
berjaya menawan bandar Murqib dan pada tahun 1289/688H beliau berjaya pula
menawan Tarablus selepas mengepungnya. Dengan ini bererti salibiah di timur hanya
dapat menguasai Aka dan sekitarnya sahaja.

Sultan Qolawoon berazam membuka bandar Aka dan membuat persediaan yang
besar untuk tujuan ini. Semasa membuat persediaan ini, Sultan Qolawoon meninggal
dunia iaitu pada tahun 1290/689H. Pemerintahan Mamaluk kemudiannya digantikan
oleh anaknya, Sultan al-Asyraf Khalil di mana di zamannya dunia menyaksikan
keruntuhan menyeluruh salibiah di timur.

KEJATUHAN AKA DAN BERAKHIRNYA SALIBIAH

Pada tahun 1291/690H, al-Asyraf Khalil memegang tampuk pemerintahan


Mamaluk. Beliau meneruskan rancangan ayahnya untuk menyerang dan menakluk
Aka. Beliau mengadakan persediaan yang besar di mana dua angkatan tentera, Mesir
dan Syam disatukan bagi tujuan tersebut. Sultan al-Asyraf mengadakan pengepungan
yang hebat ke atas Aka. Di sana beberapa pertempuran kecil berlaku diantara muslimin
dan salibiah sehingga memaksa penduduk Aka menyerah kalah pada Mei 1291M/17
Jamadilawal 690H. Sebahagian besar dari mereka melarikan diri ke Cyprus dan juga ke
Eropah. Sultan al-Asyraf memerintahkan agar yang baki dibunuh dan kota Aka
dimusnahkan. Peristiwa ini berlaku pada 17 Jamadiawal hari Jumaat sama dengan
tarikh dan hari kejayaan salibiah merampas Aka dari Salahuddin al-Ayubi pada tahun
1191/578H. Mereka telah membunuh semua penduduk Aka yang muslimin dan
peristiwa pembunuhan berulang lagi di sini.

Kejatuhan Aka memberi kesan yang besar kepada kerajaan salibiah yang lain
dimana mereka telah menyerah kalah tanpa sebarang tentangan pada tahun yang sama.
Bandar-bandar Sour, Soida, Beirut dan Torsos jatuh semula ke tangan Muslimin.
KEKALAHAN SALIBIAH

Kejatuhan Aka dan bandar di sekitarnya menyaksikan berakhirnya pertembungan


yang lama antara muslimin dan salibiah yang telah berlangsung selama dua kurun
(490H - 690H). Ini bererti berakhirnya kewujudan salibiah di timur.

Selama dua kurun berlakunya pertembungan antara dua dunia, Islam dan Kristian
yang banyak memberi kesan kepada kedua-dua pihak terutamanya Kristian di Eropah.
Pertembungan ini berakhir dengan kemenangan yang menyeluruh kepada pihak Islam
setelah timbulnya kebangkitan kembali umat Islam yang dipelopori oleh keluarga Zinki
yang kemudiannya disambung oleh keluarga al-Ayubi dan Mamaluk.

Salibiah, walaupun telah mancapai kemenangan pada perang pertama semasa


tidurnya kebangkitan dan kesatuan muslimin tetapi akhirnya terpaksa akur dengan
kebangkitan ini sehingga di halau keluar dari timur Islam, tambahan pula berlakunya
perselisihan sesama salibiah pada saat-saat akhir sebelum kekalahan mereka.

HAKIKAT PERANG SALIB

Serangan tentera salib ke atas Tunis dalam perang salib VIII merupakan
peperangan yang terakhir berdasarkan kepada bilangan bagi siri peperangan ini.
Walaubagaimana pun jika dilihat dari segi realitinya, serangan yang dilakukan oleh
tentera salib terhadap Dunia Islam menjangkaui bilangan ini. Selepas tamat perang salib
VIII, salibiah di barat masih memberi bantuan kepada kristian di timur dan hubungan
antara keduanya masih tidak terputus hingga ke saat ini.

Dari segi konsepnya, perang salib adalah peperangan yang diwujudkan oleh Pope
bermatlamatkan memelihara kristian dan pengikut-pengikutnya. Oleh kerana itu,
peperangan yang dilakukan terhadap kerajaan Othmaniah tidak jauh bezanya dari
konsep ini. Bahkan kita dapat lihat dengan lebih jelas lagi melalui serangan yang
dilakukan terhadap Andalus. Walaupun Muslimin mampu menghalang gerakan
salibiah dalam peperangan salib di timur tetapi peperangan di barat iaitu di bumi
Andalus telah berakhir dengan kemenangan yang besar kepada salibiah. Bumi Andalus
telah ditukar wajahnya. Kesan sejarah keadilan dan keagongan Islam cuba dilenyapkan
bahkan sebahagiannya telah berjaya dihapuskan dan berbagai usaha dilakukan untuk
tujuan tersebut. Semua ini kita boleh lihat apabila kita mengkaji sejarah kejatuhan
Andalus. Ini merupakan bukti yang jelas terhadap terus-menerusnya perang salib yang
dilakukan oleh salibiah terhadap Dunia Islam. Ia dilaksanakan dalam berbagai bentuk
yang berbeza.

NOTA; Terdapat beberapa perselisihan pendapat berkenaan dengan fakta-fakta sejarah


mengenai perang salib. Fakta-fakta yang tersebut dalam tulisan ini adalah salah satu
dari pendapat-pendapat tersebut yang dipilih oleh penulis untuk dimuatkan di dalam
kajian dan penulisan ini. Oleh itu sekiranya terdapat perbezaan sila rujuk pada buku-
buku yang menjadi sumber rujukan penulisan ini.

RUJUKAN

1) Peperangan Salib Di Timur Dan Barat oleh Muhammad al-‘Arusi al-Matwi.


2) Peperangan Salib Sebab, Siri Dan Kesannya oleh Dr. ‘Isam Muhammad Syabaru.
3) Jihad Muslimin Dalam Peperangan Salibiah oleh Dr. Faid Hammad Muhammad
‘Asyhur
4) Ambillah Pengajaran Dari Peristiwa dalam Tarikh. oleh As-Syeikh Abdul Hamid
Kiskh.
5) Solahuddin al-Ayubi, Pahlawan Hittin Dan Pembebas al-Quds dari Salibiyyin. oleh
Abdullah Nashih ‘ilwan.
6) Mahiyah Peperangan Salib. oleh Dr. Qasim Abd. Qasim.

KANDUNGAN
KEADAAN ALAM ISLAMI SEBELUM PERANG SALIB. 1
PEPERANGAN SALIB....................................................................................1
MENGAPA DINAMAKAN PERANG SALIB..............................................2
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERANG SALIB.............................2
PERANAN POPE.............................................................................................3
FAKTOR EKONOMI......................................................................................4
FAKTOR POLITIK.........................................................................................5
FAKTOR PERNIAGAAN...............................................................................5

PERANG SALIB I........................................................7


DETIK-DETIK PEPERANGAN.....................................................................7
PERHIMPUNAN DI PLAISANCE................................................................8
PERHIMPUNAN DI CLERMONT................................................................8
PERJALANAN PEPERANGAN.....................................................................9
BERMULA DARI CONSTANTINAPOL. ..................................................10
PERJALANAN TENTERA SALIB DI ASIA KECIL................................10
PENGEPUNGAN ANTOKIAH DAN PENAKLUKANNYA.....................12
PENAKLUKAN BAITUL MAQDIS ...........................................................14
BERAKHIRNYA PERANG SALIB I...........................................................15
PEMBENTUKAN KERAJAAN-KERAJAAN SALIB...............................15

KEBANGKITAN KELUARGA ZINKI...................17


KELUARGA ZINKI.......................................................................................17
IMADUDDIN ZINKI AL-ATABIK..............................................................18
PEMBUKAAN RAHA...................................................................................19
NURUDDIN MAHMUD ZINKI....................................................................19

PERANG SALIB II....................................................21


FAKTOR PENDORONG KEPADA PERANG...........................................21
MUKTAMAR QUDS DAN BANTUAN POPE. .........................................21
PERJALANAN PEPERANGAN...................................................................22
DAMSYIK DIKEPUNG.................................................................................23
TENTERA SALIB BERUNDUR DAN BERAKHIRNYA PERANG.......23
KEMARAAN NURUDDIN............................................................................24
PENAKLUKAN DAMSYIK..........................................................................24
MESIR: ANTARA NURUDDIN DAN SALIBIAH.....................................25
PEMBERONTAKAN SYAWIR AS-SA’DI.................................................25
PERTEMBUNGAN KEDUA DAN YANG TERAKHIR...........................26

KERAJAAN SOLAHUDDIN AL-AYUBI...............28


PERLANTIKAN SOLAHUDDIN SEBAGAI MENTERI..........................28
KERAJAAN SOLAHUDDIN........................................................................28
PENAKLUKAN SEMULA BAITUL MAQDIS..........................................29
PERANG HITTIN..........................................................................................29
PENYERAHAN BAITUL MAQDIS............................................................29

PENGEPUNGAN AKA DAN PERANG SALIB III31


PENGEPUNGAN AKA..................................................................................31
PERANG SALIB III.......................................................................................32
PERJALANAN ANGKATAN JERMAN.....................................................32
ANGKATAN TENTERA PERANCIS DAN ENGLAND...........................33
KEJATUHAN AKA.......................................................................................33
PERSELISIHAN DI KALANGAN PEMERINTAH SALIBIAH..............35
PERJANJIAN DAMAI AL-RAMLAH........................................................35
KEMATIAN SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI..................................36

PERANG SALIB IV...................................................38


MUQADDIMAH.............................................................................................38
FAKTOR-FAKTOR PENDORONG............................................................38
PERJALANAN PERANG.............................................................................38
PEMESONGAN ARAH TENTERA SALIB................................................39
PENAKLUKAN CONSTANTINOPAL.......................................................39
PEMBAHAGIAN KERAJAAN BYZANTIN DAN TAMAT PERANG SALIB IV 40

PERANG SALIB V....................................................42


SERUAN KEPADA PERANG SALIB.........................................................42
PERJALANAN PEPERANGAN...................................................................43
PENGEPUNGAN DIMYAT .........................................................................45
PERANG MANSURO....................................................................................46
BERAKHIRNYA PERANG SALIB V.........................................................46

PERANG SALIB VI...................................................47


LATAR BELAKANG SEBELUM PERANG..............................................47
FREDERIC II ................................................................................................47
FREDERIC II DAN TAMADUN ISLAM....................................................47
PERPECAHAN DALAM KERAJAAN AYUBIAH...................................48
PERJALANAN PERANG SALIB VI...........................................................48
PENAKLUKAN BAITUL MAQDIS............................................................49
HAKIKAT PERJANJIAN.............................................................................49

PERANG SALIB VII.................................................51


SEBELUM PERANG.....................................................................................51
PERHIMPUNAN DI LYON..........................................................................52
ANGKATAN LOUIS IX................................................................................52
PENAKLUKAN DIMYAT............................................................................53
PERANG MANSURO DAN KEMATIAN MALIK SALIH......................53
KEKALAHAN TENTERA SALIB ..............................................................54
BERAKHIR PERANG SALIB VII...............................................................55
KEMATIAN TURANSHAH.........................................................................56

PERANG SALIB VIII DAN KERUNTUHAN KERAJAAN SALIBIAH


DI TIMUR..............................................................57
LATARBELAKANG SEBELUM PERANG...............................................57
DAULAH HAFSAH.......................................................................................57
MUSTANSIR BILLAH..................................................................................58
MENYERANG KERAJAAN SALIBIAH DI TIMUR................................58
ANGKATAN LOUIS IX................................................................................59
PENDARATAN TENTERA SALIB DI QARTOJIA..................................59
RANCANGAN MUSTANSIR.......................................................................60
KEMATIAN LOUIS IX.................................................................................60
PERJANJIAN ANTARA MUSTANSIR DAN CHARLES........................61
KERUNTUHAN KERAJAAN SALIBIAH DI TIMUR..............................61
QOLAWOON AS-SOLEH ...........................................................................62
KEJATUHAN AKA DAN BERAKHIRNYA SALIBIAH..........................63
KEKALAHAN SALIBIAH............................................................................63
HAKIKAT PERANG SALIB........................................................................64
RUJUKAN.......................................................................................................65

Anda mungkin juga menyukai