Anda di halaman 1dari 3

7 Ramadhan 1428H

19 Sept 2007

Hari ini pagi-pagi lagi saya mencari akhbar. Tujuan untuk mengikuti berita kanak-kanak
dibunuh. Semalam saya tidak sempat langsung melihat media cetak, maklum sahaja
Ramadhan, hendak fokus khatam Quran. Namun berita keganasan jenayah terhadap
seorang anak perempuan kecil menyebabkan saya rasa terpanggil.

Memang terkedu, sebak terlalu sebak diikuti dengan rasa marah yang amat sangat melihat
wajah tidak bernyawa anak perempuan yang tidak berdosa tersebut. Apa kata-kata yang
paling sesuai selain dari mengatakan ini kerja iblis yang paling laknat, binatang pun tidak
sehina dan sezalim itu. Binatang melepaskan nafsunya hanya kepada pasangannya yang
sudah matang (baligh).

Tetapi binatang bertopeng manusia ini memang sengaja memilih budak untuk dikerjakan,
diseksa dan diperlakukan tanpa sekelumit pun belas kasihan. Ngeri saya memikirkan
bagaimana budak ini 'disula' sehingga tembus ususnya. Astaghfirullah....ngeri
memikirkan kesengsaraan dan penderitaan anak kecil ini sebelum nyawanya putus.

Sebenarnya ini bukan pertama kali berlaku di Malaysia. Saya masih ingat beberapa tahun
lalu seorang budak perempuan juga dibunuh dan diperlakukan sedemikian kejam. Saya
masih ingat lagi budak perempuan yang berbasikal kekedai dirogol oleh Jaga yang tidak
boleh kawal dan jaga nafsu gilanya.Saya masih ingat bagaimana seorang 'monster' yang
mabuk balik kerumahnya lalu mengopak dinding kayu rumahnya yang terletak disebelah
bilik tidur anak perempuan jiran lalu merogol kemudian tertidor dalam keadaan menindih
anak malang itu sehingga tidak boleh bernafas dan mati disitu juga.

Saya masih ingat lagi bagaimana jurutera muda yang dirogol dan diliwat oleh pemandu
bas yang juga seekor lagi binatang yang bernamakan nama manusia, dikatakan juga
diperlakukan secara buas. Kita semua tentu masih ingat Canny Ong yang dilarikan dari
tempat letak kereta, dirogol lalu dibakar. Tentu tidak mampu kita kongsi perasaan
kesedihan dan amarah ibu-bapa yang satu-satu anaknya didunia dirogol dan dibunuh
dalam perjalanan kesekolah, semasa berbasikal balik sekolah, dalam perjalanan pergi
mengaji, dan baaanyak lagi.

Statistik kejadian rogol naik mendadak iaitu kenaikan lebih 60%. Dari bilangan 3-4 orang
sehari, meningkat kepada 6-7 orang sehari dalam 2-3tahun ini. Dahsyat dan
menggerunkan. Apa sudah jadi?? Negara kita dihuni perogol kejam, perogol ganas,
perogol gila.

Apa pihak berkuasa buat? Apa tindakan pihak polis? Jangan setakat garang dengan orang
ramai yang hendak mendengar ceramah, jangan setakat jaguh menembak orang yang
tidak bersenjata. Kenapa perogol kucing yang menculik dan merogol budak-budak di Kg
Baru masih belum ditangkap ? Adakah ini orang yang sama , yang telah meningkatkan
modus operandimya kerana tidak terhidukan oleh polis.
Pelbagai persoalan bermain-main dalam minda kita. Selamatkah kita untuk ketempat
kerja, selamatkah anak-anak kesekolah, selamatkah kita atau anak kita kekedai ke pasar
malam. Malah selamatkah kita dalam lingkungan rumah kita sendiri ??

Tun Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara kata tidak selamat. "Saya dan keluarga saya
tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur ini". Kini bukan sahajan
berjalan-jalan diluar tidak selamat Tun, tetapi rumah Tun yang sentiasa dikawal boleh
dicerobohi baru-baru ini !! Selamatkah kita ? Memang kita sudah hilang rasa aman dan
selamat di negara sendiri. Dikatakan negara kita Malaysia aman, tiada perang tetapi
nyawa lelaki, nyawa kanak-kanak dan wanita seolah-olah murah sebab setiap hari ada
saja kes bunuh, kes rogol dan bunuh. Malah pelawat dari luar negara pun tidak selamat.
Bukan sahaja dibunuh malah diletupkan dengan peledak, dan yang sedang dibicarakan
dalam kes ini orang yang paling rapat dengan pemimpin negara dan polis lagi...Bukan
sebarang polis tetapi polis dari unit tindakan khas yang menjadi pengiring PM dan TPM.
Apa lagi yang tinggal untuk jadi pilihan rakyat Malaysia . Bukan sahaja tidak boleh harap
pagar, bukan sahaja pagar makan padi, sawah padi pun hancur dikerjakan..

Saya dan semua orang-orang yang beriman dengan janji Allah yakin dan sangat yakin
bahawa yang boleh menyelesaikan kekusutan yang sangat kronik ini adalah dengan
mengguna-pakai undang-undang Allah, 'Jurutera' Yang Mencipta alam ini dan Yang
Maha Mengetahui segala-segala tentang makhluk ciptaanNya. Tapi ramai yang tidak
yakin termasuk orang Islam, termasuk pemimpin Islam. Saya ingat lagi seorang Timbalan
Menteri semasa berforum dengan saya mengeluarkan kata-kata, ”ingat dengan Quran aje
selesai masalah”. Itulah tahap keyakinan yang ada pada Islam, sebab itulah perlu
ditambah dengan hadhari.

Walau bagaimana pun sebagai manusia yang daif kita wajib berusaha terus sementara
bekerja keras meletakkan hukum Allah ditempatNya. Berikut 'Tip-tip untuk mengelakkan
kejadian rogol' yang pernah saya siarkan dalam Harakahdaily beberapa bulan yang lalu.

‘TIPS’ UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL


Terhadap Kanak-kanak:

1- Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan ibu-bapa, guru-


guru atau penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh
dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu
sentiasa ada rasa ‘cemburu’ dan berhati-hati.
2- Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau
perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak
dirumah atau Tadika / Sekolah.
3- Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut
disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibubapa atau pengasuh
semasa mandi atau masa buang air.
4- Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku
sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan
memaklumkan perkara2 yang mungkin tidak difahaminya yang
berlaku keatasnya.
5- Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak2 cuba
dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini takut nanti kita
menyesal.
6- Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah orang lain
kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai
keluarga yang amanah dan berhemah.
7- Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut ”API-API” jika
ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. Kajian
mendapati jeritan ’API” lebih diberi perhatian oleh orang ramai
dari jeritan minta tolong.
8- Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak2, jadi ibu-
ibu perlu maklumkan pada anak2 juga tentang perkara tersebut.
9- Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh
tentang isu-isu keselamatan anak2
10- Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon keselamatan
serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah,
contoh: ”Bismillahi tawakkaltu ’alAllah”

Disediakan oleh DEWAN MUSLIMAT PAS TITIWANGSA


Hubungi kami 0192852723, 0176080832, 0133904807

Anda mungkin juga menyukai