Anda di halaman 1dari 16

BULLETIN o/rrre BUII.MalaysianMath. Sc.Soc.

(SecondSeries)23 (2000)IBZ-220
Melaysrenr
MATHEMATICAL
ScIENcES
Socmrv

Angka Melayu SebelumKedatangan Islam

SURSRRTR BIN MoHAMAD ZAIN


PusatPengajian
SainsMatematik,FakultiSainsdanTeknologi,UniversitiKebangsaan
Malaysia,
43600UKM Bangi,Selangor DarulEhsan,Malaysia

Sekelumit sejarah Melayu pralslam

Istilah Melayu di dalam kertas ini perlu dijelaskankeranatanah kediamanorang-orang


Melayu, Asia Tenggara,berpecah-belah akibat ditakluki oleh penjajah(setengahnya silih
berganti): Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, atau/dan Amerika Syarikat, malah
Perancis,Thailand, atau/dan,daripadasatu perspektifnya,Kemboja, Vietnam dan Cina.
Secara ijmaknya memanglah dipersetujui bahawa orang-orang Melayu ialah sekurang-
kurangnyabangsapribumi/bumiputerayang diam di meratakawasandi TenggaraAsia ini
yang dirujuki, oleh hampir semuapenulis,sebagaiGugusanKepulauanMelayu atauAlam
Melayu itu. Perincian pertamanya tentang geografi dan aspek kebiopelbagaian
di Kepulauan Melayu dilakukan oleh Wallace (1863) dan lebih komprehensif lagi
menerusibukunyayang terkenal,"TheMalay Archipelago",yangpertamakali diterbitkan
dalam tahun 1869 dan beberapakali diulangcetakoleh berbagai-bagai penerbitdan yang
terbarunya oleh Oxford University Press 1986. Berasaskantabii kebiopelbagaian,beliau
mentakrifkan Gugusan Kepulauan Melayu (atau yang beliau ingin namainya semula
sebagai Gugusan Indo-Australia), sebagai "rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir
berbentuk segi tiga bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon
di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan", lalu
dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor,
Kepulauan Meluku dan Kepulauan Papua. Orang-orang Barat dahulu juga (abad
ke-l8M) sentiasamerujuk kawasanini sebagaiGugusanKepulauanIndia Timur atau
Hindia Timur (nama syarikat yang berpusatdi India), yang kedua-duanyatidak disukai
oleh Wallace dan berpendapat lebih baik sahaja dinamai Gugusan Kepulauan Indo-
Australia. Ternyata nama GugusanKepulauanMelayulah yang sesuaidan dapat diterima
umum sebagaimanayang terpancardaripadanama makalahdan buku Wallace itu sendiri,
keranaberasaskanrupa bangsamanusiadi rantauini yang dikelaskansebagaiorang-orang
Melayu oleh orang-orang Barat sendiri sekurang-kurangnya sejak Marko Polo
menceritakanpelayarannyamelalui Rantau ini pada abad ke-13M lagi. Sesungguhnya
Alam Melayu sebenarnyayang berasaskanpada bahasaadalahalam yang lebih luas lagi,
iaitu merangkumiASEAN, Madagaskardan Taiwan (Lihat lampiran 1).
188 Shaharir

Takrif Melayu sebagaisatu bangsa(ras, yang dicirikan oleh sifat-sifatjasmaninya)


yang mendiami lama di rantau ini dan sebagaisuatuetnik (dicirikan oleh kebudayaan)
memangkontroversi,samasepertitakrif bangsaatauetnik yang lain juga keranaakhirnya
semuabangsaadalahserumpun,iaitu daripadaNabi Adam ataudaripada85 pasangorang
dalam kapal Nabi Noh itu. Tetapi Allah sendiri menegaskanbahawaDia menjadikan
manusiaini berbagai-bagaibangsadan etnik untuk kenal-mengenalantarasatu dengan
yang lain (al-Quran,Surah al-Hujarat (49): l3l), dan pembangunan sesuatubangsadan
etnik itu mestilahdilakukandalam acuanbangsadan etnik itu (al-Quran, Surah lbrahim:
4, dan Surah AIi'lmran: 161). Oleh itu sesuaidengansunnatullah ini, pentinglahkita
mengenalitamadunMelayu dahulu kala dan seterusnyadaripada kekuatan itu membina
tamadunMelayu kontemporer. Malangnya,rupa bangsa dan etnik Melayu kini sudah
tidak bitara lagi, dan mudahmengundang lagi
kontroversi berbanding dengan bangsa atau
etnik yang lain, kerana perubahan sejarah, geografi, politik negara-bangsa selepas
penjajahannya.Sejak mereka dijajah itu minda orang-orangMelayu beransur-beransur
"Melayu" itu, sendiri pun turut berubah-ubah
berubahsehinggakonseprupa bangsanya,
terutamanyaakibat kebangkitannegara-negara baru di GugusanKepulauanMelayu ini,
hasil daripada pembebasannyadaripada penjajahnya yang berbeza-beza(waktu/dan
bangsa),atau keruntuhannyadan kebangkitannegara-bangsa baru sama sekali seperti
Malaya, PersekutuanTanah Melayu, Sabah, Sarawak, Malaysia, Indonesia, Brunei,
Singapura, Philippina/Filipina dan wilayah-wilayah dalam Thailand (seperti Patani),
Kemboja, Vietnam (seperti Campa), Madagaskar,Taiwan dan lain-lainnya. Ekoran
daripada itu, istilah Melayu di Malaysia sahaja pun sudah berubah semantiknya. Ini
adalahsatu daripada akibat Perlembagaandan amalanpolitik Malaya/Persekutuan Tanah
Melayu sejak 1957, Indonesiasejak 1945, serta rantau-rantautradisi Melayu yang lain
lagi yang masih beradadi bawahjajahan Inggerissehingga1963 sepertiSingapura(yang
menjadi negara-bangsatersendiri pula selepas 1965), Sabah dan Sarawak (sehingga
menganggotai Malaysia 1963), dan Brunei yang terus bersendirian mengukir sejarah
negara-bangsanya hingga kini. Apatah lagi denganpenubuhannegara-bangsa baru yang
lain lagi di alam Melayu ini, seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, Madagaskar dan
Taiwan yang setengahnya meninggalkan langsungkewujudan peribuminya, Melayu.
Mengikut perlembagaanPersekutuanTanah Melayu (PTM), Melayu ditakrifkan
sebagaiorang di PTM yang mengamalkankebudayaanMelayu dan beragamaIslam.
Takrif ini bukan sahaja kabur kerana bolak-baliknyaitu, tetapi menyempitkanmakna
Melayu yang asalkepadaorang-orangyang di PTM sahajadan memberiimplikasi kepada
orang-orang yang seketurunan,seperdu atau serumpun,dengan orang-orangMelayu di
PTM tetapi di luar PTM bahawa mereka bukan lagi Melayu. Orang yang seperduatau
serumpundenganorang Melayu PTM dan beradadi PTM tetapi bukan Islam juga serta-
merta menjadi bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera terpaksadiperkenalkanbagi
merangkumi Melayu yang tidak Islam seperti Orang Asli itu. Perlembagaan ini
diperluaskankepada perlembagaanMalaysia apabila Sabah, Sarawak dan Singapura
bercantumdenganPTM menjadi Malaysia pada 1963, denganmengusutkanlagi makna
Melayu.
Segi etniknya,orangMelayu di Semenanjung Malaysiatidak lain daripadasuku-suku
kaum yang secarageneriknyadinamaiorangMelayu Singapura,Sabah,Sarawak,pribumi
Indonesia,Brunei, Philippina/Filipina(terutamanyaselatanPhilippina/Filipina)itu juga'
Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam 189

atau orang-orang Campa di Kemboja dan Vietnam, atau orang-orangMelayu di Patani,


Thailand Selatan,atau orang Melayu Taiwan. Malah hampir tiada "Melayu" di PTM
yang ibu, bapa, datuk, nenek atau leluhurnya yang bukan Jawa, Sumatera (seperti
Minang, Batak, dan Aceh), Bugis, Banjar, Riau, Campa (versi lainnya ialah
Champa/Cempa/Cepa/Capadan dilatinkan/diltaliakan sebagai Zampa, 7npa, Canpa
(selaindrp Campa),Capa dan dilnggeriskanmenjadi Champ sertadiPeranciskankepada
Campe), Kemboja/Kambuja (asalnya Kambujadesadan dilnggeriskan/diPeranciskan
menjadi Cambodge,Cambodia, Cambochea,Campuchea,Kampuchea dan Kambochea),
Patani (versi lainnya, Petani/Fatani),atau Taiwan dan pelbagaisuku pribumi yang lain
dari sekitar Asia Tenggaradan Lautan Pasifik, atau yang sudah tiada kedengaranlagi,
Madagaskar. Keadaan ini sedemikianrupa sehingga menimbulkan hipotesis bahawa
perkataan Melayu itu berasal daripada perkataanJawa yang bermaksud "lari" atau
"hijrah"
ke Nosa Koncana ini [Nasa Koncana ialah nama SemenanjungMalaysia dan
ThailandSelatankini sebelumabadke-7 M, yang bermaksuddaerahemas[Lihat Shaharir
(2000)1. Nama Nosa Koncana ini (bahasaMelayu kini, Nusa Kencana)dipakai dalam
peta Batlamus atau Ptolemy kurun ke-2M lagi, dan diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris sebagaiGolden Khersonese,yang menjadi judul buku Wheatley (1966)1. Ini
mungkin hipotesisnakal keranamalaya dalam bahasaSanskrit ataumalai dalam bahasa
Tamil kedua-duanyabermaksudbukit [Lihat Sastri (1949)], tetapi memang ada unsur-
unsur kebenarannya juga. Apabila Singapura,Sabahdan Sarawakmenjadi sebahagaian
daripadaMalaysia, takrif Melayu mengikutPTM itu menjadi semakinkacaulagi kerana
pribumi di kedua-duanegeritersebutsudahdipupuk begitu kuat dengankebanggaansuku
kaumnya sehinggapribumi yang Islam sekalipunsudah tidak begitu senangdipanggil
orang Melayu sahaja. Malah istilah Bumiputera pun tidak begitu disenangi kerana
mereka merdsakanBumiputeraialah untuk orang Asli di Semenanjungsahaja. Mereka
lebih suka menggelardiri mereka sebagaipribumi (sama seperti istilah di Indonesia).
Bagi Indonesiapula istilah Melayu digunakansebagaisuku kaumnyadi kepulauanRiau
sahaja. Penolakan Melayu Malaysia kepadaperluasanmakna Melayu yang lebih luas
terpancarapabila ahli-ahli UMNO (PertubuhanMelayu Bersatu)tidak senangdengan
penerimaanBumiputera atau Pribumi Malaysia yang bukan Islam menganggotaiparti
tersebut,sekurang-kurang padaperingkatawalnyadahulu.
Asal-usul Melayu tidaklah muktamad. Mengikut kajian awal ahli antropologi,dan
arkeologi Barat orang-orangdi Kepulauan Melayu (disebut juga Alam Melayu) ini
berasal daripada (Dataran) Yunan di sempadandengan Nepal itu (Barat Daya Cina
bersempadan denganBurma dan India). Pendapatini bersesuaian pula denganpandangan
para evolusis yang kononnya orang tertua ialah "Orang Peking". Pandanganini
tersangkalapabila diketahui fosil "Orang Peking" itu adalah palsu. Segi bahasapun
terdapatperbezaanyang ketara antarabahasaMelayu (Purba atau klasik) denganbahasa
Yunan itu sehinggateori ini tidak dapat dipertahankanlagi. BahasaMelayu tidak ada
kesamaanlangsungdenganbahasaYunan itu, malah bahasaMelayu amat dekat dengan
bahasa Sanskrit (India). Ini malah menjadikan alasan yang kuat bahawa sekurang-
kurangnya keturunan raja-raja Melayu itu memanglah berasal daripada keturunan raja
Sulan dari India seperti yang diriwayatkan di dalam buku Sejarah Melayu yang
dibicarakanlagi di bawahini nanti. Lagi pun fosil "Orang Jawa" yang sehinggakini tidak
terbukti kepalsuannyadan lebih tua daripadafosil "Orang Peking" (ika fosil ini tidak
190 Shaharir

palsu sekalipun)menunjukkanorang Melayu adalahpribumi di KepulauanMelayu ini.


(1997) dan Nik Hassan
iI-itrut juga perinciannyadalam Shaharir(1992), Wan Hashim
S huhaim(i 199 8 )1 .
Mengikut buku SulalatusSalatin (SejarahMelayu), karya Tun Sri Lanang(ataubagi
Winstedt,Tun Bambang)pada l6l2 itu [versi SamadAhmad (1979)], Melayu ialah nama
sebuahhulu sungaidi Bukit Si Guntang,Palembang,Sumatera.Raja Palembangpertama
itu bernama Demang Lebar Daun yang berasal daripada anak-cucuraja Sulan di India
yang berketurunan Raja Iskandar Zulqarnain dengan Putri Syahrul Bariyah anak Raja
Kida Hindi. Tetapi ternyatadi dalam Buku itu juga pada masayang samaatauterdahulu
daripada kerajaan Demang Lebar Daun itu, terdapat kerajaan lain di merata tempat
di KepulauanMelayu ini menerusicerita Raja Suran(keturunanraja Sulan itu) menawan
beberapa buah negeri seperti Gangga Negara (Kedah atau Perak'l) dengan rajanya
bernama shah Johan, negeri Langgiu (Langkawi?, Riau-Lingga?) dengan rajanya
bernamaCulan. Tiada sebarangtarikh bagi setiap sejarahini yang tercatat dalam buku
..SejarahMelayu" itu. Namun, apabila mengenangkanprasasti(dikenali juga sebagai
batu bersurat dan piagam) yang tertua di Nusantaraini (sehinggakini) yang ada catatan
(dalam bahasa Melayu Purba) rentang penubuhan kerajaan Srivijaya/Sriwijaya
di palembang itu tidak lain daripadaprasastiKedukan Bukit di sekitar Bukit Si Guntang
itu juga, dan bertarikh yang bersamaandengan 683M, maka bolehlah kita membuat
kesffiulan bahawa kesah Demang Lebar Daun, raja Melayu pertama yang tersebut
di atas itu adalah berkemungkinanbesar raja pertama kerajaan Srivijaya sekitar abad
ke-7M itu juga. (Perinciannya dibicarakan selepas ini). Kebetulan pula perkataan
*mAIAyA", "mAlAyO", "mAlAyIt", ataU "malAiyUr" yang teftUa (Sehinggakini) iUga
terdapat pada prasasti di Palernbang (pada patung di Padang Ruku/Roko atau
Sungai Langat, batang Hari, bertarikh yang bersamaandengan 1029M, dan prasasti
Tanjore beitarikh yang bersamaan 1030M). Pada prasasti di arca Amoghapasa,
di palembang,yang t"ttutitt 1347Mrilihat Sastri (1949)l terdapatpuji-pujian kepadaraja
Sri UdayadityavarmasebagaipemerintahMalayapura dan Udaya.
Dalam catatan Marko Polo (pengembaradari Eropah yang terkenal pada abad
"Malaiuf'apabila
ke-13M, walaupunkesahihantokoh ini dipertikaikan),beliau menulis
merujuk kepada orang atau kawasan di negeri-negeridi antara Selat Melaka sekarang
menunggu
yang dilaluinya itu dan terpaksatinggal di Sumateraselamalima bulan kerana"Malayur"
musim ribut reda; manakalapenulis Arab pada zaman yang sama menyebut
bagi merujuk kepada bangsa/bahasa yang kini dikenali sebagaiMelayu itu. Marko Polo
"Malaiuf itu yang berekor
orang di
iup menceritakanbetapabeliau mendapatiadanya
dan ada pula yang makan manusia. Tentang manusiayang makan manusiaitu memanglah
itu
terbukti benarnya(terutamanyabagi orang Batak dahulu) tetapi manusiayang berekor
mungkin satu daripada khayalannya sahaja, atau tersalah fahamnya beliau tentang
pakaiansuku kaum Melayu yang dijumpainya itu.
Mengikut catatan Eredia sekitar 1600M-1604M semasabeliau berada di Melaka
sebagai seorang pegawai Portugis (terjemahan catatannya diterbitkan kembali oleh
l'Moloio" bagi merujuk kepada "Melayu" sekarangini
MBMS (lgg7)), U"tiuu menulis
"Attayo" " atau "Attay",
dan beliau berpendapat nama bangsa ini berasal daripada
"Cattayo"), satu bangsa daripada Serika (Seryca)
(yang kemudiannyu d-ik.nali sebagai
Ja.i neg"ri Skith (Scyth) atau Skithia (Scythic) di Parsi. Keturunan bangsayang sama
Angka Melayu SebelumKedatanganIslam 1.91

inilah juga yang menjadi orang-orangYunani (bukan Yunan atau Funan, tetapi Grik
Purba)itu. Pendapatini juga agakserasidenganceritadalambuku "sejarahMelayu" itu.
Mengikut sumber Cina yang tercatatdalam buku Liang LUi (1996), rekod tertua
yang menyebutperutusan"Mo-lo-yu", "Molo-yoou", "Mo-lo-yeu", atau"Mali-yu-euf'
ke negeriCina buat kali ke-5 bertarikh644M. Mengikut sumberCina yang rercatatdalam
Chatterji(1966), padatahun435M sudahada raja dari Ja-va-da(-Jayadvipa = Sumatera
dan Jawa sekarang)yang bernama Se-li Pa-do-a-la-pa-mo(yang jelas ada perkataan
Sri Paduka) yang menghantarutusan kepada maharajaCina zaman dinasti Sung itu.
Tetapi mengikutsumberLiang LUi ( 1996)itu, perutusansebeginisudahberlakuberkurun
sebelumini lagi, malah padatahun 13lM lagi kerajaanyang dikenali dalam tulisanCina
Purba itu sebagai Ye Diao, iaitu rantau yang kini dikenali sebagaiJawa dan Sumatera
yang berasingan,sedangkandahulunyasebagaisebuahkerajaansahaja(terutamanya jika
dikira bahagianJawaTimur sekarangini yangjuga dikenali sebagaiSundaitu), membawa
ufti ke negeriCina dan dibalaspula oleh raja Cina itu dengan"Cap kempakain dewangga
unggu". {kempa = alat apitan seperti dalam tenunanitu; dewangga= bercorak indah
sepertibiru atau kuning di atas dasar merah). Sebelumitu, ada catatansejarah zaman
Yin I7-llSM yang menyebut adanya orang-orangCina datang ke Asia Tenggara inr
kerana mendapatkankulit kura-kura dan kulit binatang tenuk (Ma lai Mo). Pada zaman
Dinasti Han (abad ke-2M) pula ada catatanpenjelajahanCina yang sampaike Dungun
(Du Yuan, Qu Du Kun/Quan/Qian, dan Du Qun), Pulau Pisang (Pi Zhong), dan Kedah
(Du Yuan). Pada zamankerajaanWu (selatanCina) abad ke-3M kapal-kapalbesarCina
dinamai "Po" yang dipercayai pinjaman daripada perkataan Melayu Purba yang versi
kininya ialah "kapal". Dalam kurun itu juga dicatatkan adanya kerajaan yang bernama
Funan, dipercayai sebuahlagi kerajaanMelayu Purba, iaitu kerajaanMelayu-Kemboja
(Khmer Asli) purba yang berpusat di Kemboja (Kambuja/Kambodia) sekarang
(Lihat Lampiran 2). Kemuncak kerajaan ini ialah sekitar abad ke-6M, walaupun
kesinambungankerajaan ini wujud sehinggakurun ke-15 (dikenali sebagaiEmpayar
Khmer), dengankeluasanwilayahnyasemakinkecil. Manifestasikeagungankerajaanini
terpancardaripada keseniandan kejuruteraanpada Wat Angkor itu (dibina sekurang-
kurangnyapada kurun ke-12M, walaupunsetengahpihak mengatakanabad ke-9M lagi).
Namun sejauh mana keMelayuannyakerajaan purba ini masih menjadi tanda tanya
keranakajian bahasanyadi prasasti-prasastinya belumdilakukandengantelitinya vis-a-vis
dalam konteks hubungannya dengan rumpun bahasa Austronesia, khususnya
bahasaMelayu Kuno/Purba(Malah dalam Lampiran 1, hakikat ini masih tidak tertera
dalam peta itu, sedangkandi Kemboja terdapat beberapa tempat yang penduduknya
majoriti orang Melayu sepertiyang terkenalnyadi tempatyang bernamaKampong Campa
hingga sekarang yang dipercayai warisan kerjaan Melayu Campa atau kerajaan
Funanitu).
Mengikut buku kompilasi RISEAP (1996), kini di Kemboja terdapatkira-kira 400
ribu orang Campa yang kebanyakannyatinggal di Kampong Campa, dan sebahagaian
lagi di Kampong Cenang(Chenang/Ch'nang) dan di provinsi Kampot. Di Phnom Penh
sendiri terdapatkira-kira 30 ribu orang Campa. Mengikut Buku Intan (1991), Othman
dan Halim (1990), Gallop (1994),dan lebih asli dan berwibawalagi karya Coedes(1964),
kerajaan Melayu purba yang lebih berjaya lagi (dan keMelayuannyatidak dipertikaikan
lagi) ialah yang berpusat di Vietnam sekarang [mulanya di Annam, kemudian makin
lg2 Shaharir

(Binh-dinh)l
ke selatansepertidi Hue, Inderapura(Quang-nam)dan akhirnyadi Vijaya
(Melayu) Campa yang wujud sejak kurun ke-3M
yang terkenai dengan nama Kerajaan
(Lihat Lampiran 3). Kemuncak kerajaan ini ialah
iugiu.rpusat di Annu* sekarang
Walaupun kerajaan Campa dapat dikalahkan dan
sekitar abad ke-9M hingga ke-10M.
l47l oleh orang-orang Vietnam, namun saki baki
diusir keluar kota Vijaya iiu puOatahun
Cina
takhtanyamasih ruuiuOsehinggaabad ke-16M, sehinggadilaporkandalam rekod
pernah menghantar bantuan kepada kerajaan Melaka untuk
bahawa kerajaan Campa
lebih awal
melawanpertugis. orang-s1angCampa ini memeluk agamaIslam mungkin
Nusantara kerana mereka telah pun beragama Islam sekurang-
daripadaorang-orangdi
kurangnyapada ubuJ ke-llM lagi. Orang-orang Campa yang berhijrah ke Semenanjung
Kelantan
tvtataysiabeberaparatus tahun dahulu dapat ditemui dengan agak ramainya di
di ku*urun yang bernama Pengkalan Cepa, Kota Bharu, dan di Gong Capa
terutamannya
Campa di
di Pasir Puteh. Mengikut Luku kompilasi RISEAP (1996), orang-orang
bahagian selatan
Vietnam kini dianggu.kunsekitar 4l ribu yang Islam dan tinggal di
vietnam (yang tera'mainyadi provinsi chau Doc dan Tay Ninh), dan puluhan ribu lagi
"Islam Lama", iaitu campuranIslam-
yang tinggal di pedala.un yong dikatakanberagama
Hindu-Budha.
dalam
Sementaraitu terdapatpula beberapakerajaanMelayu Purba lain yang tertulis
abad ke-2 M, Pan Pan (utara
catatanCina, iaitu Lang Ya Xiu (Fatani/Patani sekarang)
(bermaksud Tanah Merah, sekarang di Thailand
SegentingKera) abad ke-5M, Senggora
Selatan), OunZhu Bo (pulau Jawa sekarang)semuanyatelah wujud sekurang-kurangnya
yang juga
pada abad ke-5M lagi, manakalaDan Dan atauTan Tan (Kelantan sekarang,
Cina yang kemudian) telah wujud sebelum abad
disebut Ki-lan-tan oleh penulis-penulis
(1991), sumber cina yang lain lagi juga mencatatkan
ke-6M lagi. Mengikut buku Intan
pada kurun
kebesarankerajaanHo-Lo-Tan atau Kuo-Lo-Tan di SemenanjungMalaysia
juga ditafsirkan sebagai Kelantan sekarang. Kerajaan ini dikatakan
ke-5M itu yang
dan ufti ke negeri Cina pada 430M, 433M, 436M' 437M dan
pernah mengirim-uturun
seperti yang
452M. Mengikut catatan pada zaman Dinasti Liang abad ke-6M,
Liang r-rjl gg6),kerajaan Kelantan pada abad sebelumnya lagi, iaitu
diterjemahkanoleh tr
Dinasti Syui, adalahsepertiberikut:
"Negeri Dan Dan sudah terkenal pada zaman Dinasti Syui lagi' Keluarga raianya
dua puluh ribu
bernama Ksyatriya,namanya Raia Sri Linga, memerintahlebih daripada
Lapan Teras, dan Menteri Besarnya
keluarga. Mentirinya ada lapan oran,, disebut
r)ipupuri dengan bedak harum, bermahkota
clipeging oleh seorang Brahmin. Tubuh raia
menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu maknikam, berpakaian warna-warni'
-Kalau
berkasut kulit. berpergian; dekat naik kenderaan, iauh naik gajah' Ketika
keras: pencuri
berperang orang meniup slerunaidan memalu gen.derang.Hukumannya
semuanya dibunuh." (Liang Liii' ibid., m.s' 18)'
tak panding doiorya; b,esarkecil
sejarahdi
Namun kerajaanMelayu Purba yang termasyhursekali di kalanganpelajar
Sumatera
Malaysia ialah kerajaan siivi;aya atau Sriwijaya yang berpusatdi Palembang,
Srivijaya dikatakan
dan beragama Budha Mahayana (bukannya Hindu). Kerajaan
didominasi oleh
bermula pada abad ke-7M dan berakhir pada abad ke-12M setelah
yang berpusatdi Jawa dan diikuti
kerajaanMajapahit (abad ke-l3M hingga ke-l5M)
ke-16M) itu. peta kerajaan-
oleh kerajaan Meraka (abad ke-r4M hingga ke [Lihat
Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam 193

kerajaanini di lampiran 4l Pada kemuncaknya,kerajaanSrivijaya memerintahsehingga


ke sebahagianbesar pulau Jawa dan membina candi Borobudur di Yogyakarta,Jawa
Tengah,yang menjadi satu daripadabendaajaib dunia, malahjauh lebih ajaib daripada
ahram (piramid) di Mesir atau di Amerika Selatan(empayarMaya dan Aztek) atau war
Angkor (tinggalanEmpayarFunan-Khmer)itu. (Lihat gambarberkenaandi lampiran 5).
Empayarnyayang berpusatdi Palembangitu termasuklahjuga seluruh Sumatera,Riau,
JawaBarat,Semenanjung Malaysia,Singapura,SelatanThai (berpusatdi Patani),Campa
(di Vietnam sekarang),Kemboja dan Sri Langka. Buku-bukuyang mengandungisejarah
kerajaanSrivijayaini bolehlahdilihat dalamCoedesdan Damais(1992),Slametmuljana
(1970,1981),Chatterji(1966) dan Sastri(1949). Suatuyang menariklagi ialah betapa
adanyapula sebuahprasastidi Vietnam sekarangbertarikh'r 87M (prasastizamanMelayu
Campa) yang menceritakanasykar Srivijaya mendaratdi Campa dan membakarcandi
Hindu di situ [Lihat Sastri (1949)]. Ini menunjukkan kerajaan Srivijaya pernah
menyerangkerajaanCampa untuk menaklukinya,tetapi tidak pula tercatatdalam sejarah
tentang lamanya kerajaan Srivijaya pernah memerintahCampa dan Empayar Funan-
Khmer itu.
Mengikut sumberCina lagi (sepertiyang dilaporkandalam buku-bukusejarahyang
dirujuk di atas),Srivijaya dirujukinya sebagaiSye-li-fo-sye'(She-li-fo-she',Shelifosche),
Se-li-fo-se,San-fo-ts'i, Sanfotsi, atau Fo-che. Mengikut Sastri(1949), istilah-istilahini
dipakai oleh penulisCinadalam kurun l0M hingga 14M). Mengikut Liang LUi (1996),
ada juga penulis-penulisCina pada Zaman dinasti Tang Lama abad ke-7M merujuk
Srivijaya sebagai He Ling atau Ka Ling, tetapi jelaslah nama ini tidak popular.
Bagaimanaperkataan-perkataan ini berasaldaripadaSrivijaya dijelaskandenganpanjang
lebarnyadalam Coedesdan Damais(1992). Padakemuncaknya kerajaanini, mengikut
Sastri (1949) dan Slametmuljana(1970), terdiri daripada 15 buah negeri di sekitar
TenggaraAsia ini, termasukbeberapadaerahdi Nosa Koncana (Malaya/TanahMelayu
atau SemenanjungMalaysia dan termasuk selatan Thai sekarang)yang disenaraikan
mengikutsumberCina sebagarPa-ta' (drp Batak,dengantujuanmerujukkepadakawasan
yang didiami oleh suku kaum Melayu ini di Sumateradan di Semenanjung Malaysia),
Tan-ma-ling (Tamralinga,Ligor), Kia-lo-hi (Grahi di teluk Bandon, selatanThailand),
Ji-lo-ting (Jelutong,Pulau Pinang), dan Ling-ya-asi- kia (Langkasuka,iaitu sekurang-
kurangnya Kedah dan Thailand Selatan sekarang),bahkan termasukjuga Silan atau
Sirandip/Suvarndip/Suvarnadvipa (Silon/Ceylon atau Sri Langka sekarang)! Tetapi
mengikut Nehru (1963), empayar Srivijaya merangkumi Philippina, separuhTaiwan,
Borneo,Sulawesidan separuhJawa(lihat Lampirana(a)). Catatanterkenalnyaialah yang
dibuat oleh /-Tsing, Ye-Sing,atauYi Jing (dan berbagai-bagai versi ejaaanyang lain lagi),
seorangsami dari benua Cina, yang belayar ke India untuk menuntut agama Budha.
Sesampainyabeliau di pusatSrivijayadi Sumatera[ataumengikutSastri(1949), mulanya
sebutanCina ialah Ku-Kang, dan kemudiannyadisebutP'o-lin-pang, Pao-lin-pang,Pa-
lin-pang, atauPa-lin-fong) beliau dikatakanbegitu terpesonadengantamadundi situ lalu
tinggal di situ selama 7 tahun, iaitu 688-695M (setengahsumber mengatakanbeliau
tinggal selama 4 tahun dan ada yang berkata 14 tahun). Pada abad ke-12, Java
(Majapahit) dan sanfotsi disebut-sebutoleh para penulis Cina dahulu kala sebagaidua
buah negarakomersyang pentingdan kerajaanyang besar.
Shaharir
Ig4

di Benua cina yang bernama


Pada abad ke-l3M seorang pegawai kastam
pentadbiran Srivijaya yang hebat dan
Cau (Chau) Ju-Kutt banyak menulis kesah
Srivijaya' Antara 9-04M hingga ke abad
teknologi yang canggih tentangpelabuhandi
Melayu di Alam Melayu ini yang melawat
l5M begitu banyakl"eritaperwakilanraja-raja
Cudamanivarmanyang dikatakan
Cina. Yang besarnyaialah Maharaja yung bernama loceng
pada 1003M untuk menghadiahkan
pernahmengahantarwakilnya ke n.ie.i"cina cina itu
itu diberi nama oreh mah araja
untuk sebuahcandi Budha di sanal Loceng
s e b a g a i . . K e h i d u p a n S e r i b u T a h u n Y a n g d i A n u g e r a h d a r i S y u r g ayang
. ' ' P abernama
datahunl0T9
pembesardari Srivijaya
tercatat di kuil raois di Kanton nama seorang
srivr.layayang bernamaDivakara untuk
ci-lo-lo (chi-lo-lo) yang dihantaroleh maharaia Srivijaya
gelarankepada^maharaja
membaiki kuil tersebut. Maharajacina itu memberi yang dijumpai
..JeneralAgung,,. Mengikut catatandi praiasti di negericina
itu sebagai saudagar Cina
Liang LUi (1996)' sgoran'
pada 1959,sepertiyun! diceritakaridalambuku
tnt*uinu semula kull Tian Qing pada
srivijaya bernama zhi Luo pernah menderma oleh pemberontak
keranadimusnahkan
zamandinastirong abad ke-bM hingga ke-10M
perkara yang ,ilnatit juga ialah tentanggelarankepadapembesar-
dinasti rartg rtu. Satu
maharaja Cina mulai kurun ke-lgM'
pembesardari Srivijuyu yung dilnugeran tf"n (1949)]
apabilapembesar-pembesar ini merawatdenganrasminyanegeritersebut[Sastri
daripada Haji, selain daripada gelaran
Geraran rersebut rarahHia-tch,e yang berisal sou-tvou'
gelaran Hia-tch'e
si_li_ma_hia_io_cho (=sri Maharaja),piou 1017Madadiberi
pada I l56M ada
tch,a-p'ou-nti (Haji Sumatra Bumi) kepada seorangpembesar'-dan
pembesar dari Srivijaya'
diberi gelaranSi-li-ma-hia-lo-chekepadaseorang
M e n g i k u t S u m b e r H i n d u p u l a ' t e r d a p a t s e o r a n g s a m i B u d h a d a rdaripada
i l n d i a p asami
daabadke-
(sumatera)untuk belajar
7M bernamaAtisa yang datangke suva,ndvipa "saijana Agung"' Pada-abadke-10M dinasti
yang bernamaphaimafirti yang bergelar
Kataha (Kedah)dan Srivijaya'
Cola (Chola)di India ada menyebutmaharaja
MengikutsumberArabpulaSrivijayadiruiukinyasebagaizabaia tauzrtbag'dan
yang dikarakannya *"n'Lrintoh Kalih (segenting Kra dan Kedah) pada
sribuza/sribusa, "seorang.daripadaemperor yang
sebagai
kurun ke-9M, aan t-eraiaanini iiunggupnya
ke-9M blrnama Sulaimanmenulispada 815M
agungdi dunia". PengembaraArab tuiun
(daripada Sanskrit Sribhoia
menceritakan kebesaran zabajz,abag, Sribusa/Sribuza juga
Ramni atau Ramrnr (sumatera). Beliau
daripada cina chelfosche) dan Rami, Kemboja itu' Kurun
kerajaan Khmer di
mengesahkanbagaimana srivijaya menakluki
Arab yang bernama rvlasudimenuliskesahseorangmaharaja
ke_lOM seoranglagi penulis
Mengikur chatterji (1966) penulis-
zabag di Katah(Kedah) dansiranaii 6rrlangka).
tentang Zabai ialah Ibnu Hordadbeh
penulis Arab yang lain y11g menceritakan
ig++-+gNa)dan al-Biruni 1030M'
ialah istilah yang sesempit-sempitnya
walau apa pun, dalam makalah ini, Melayu
sumatera,KepulauanRiau' Jawa' selatan
pun perlulah merangkumipribumi Malaysia,
yang seluas-luasnya'mengikutistilah
Thailand,Brunei, Singapura,dan Campa' Melayu
mengilut kelaziman dunia akademik hingga
sejarahdunia pra-pering ounia Kedua atau
termasukpribumi di Madagaskar,Filipina'
kini, ialah pribumi di Rlam Melayu (yang
peta Alam_.Melayuitu mengikut
malah pribumi di Taiwan). t-u*pirurr'l rienunjukkan
penger t i a n y a n g l u a s n y a (y a n g ." p u .u .nyutermasukl ahj ugasecui tdi K emboj ai tu).Isti l ah
Nusantara[Mengikut Coedes dan Damais
Melayu Raya, (Zaman Sukarno, l94d-an),
Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam 195

(1992), istilah ini disyorkan oleh Prijana, 1954, dalam majalah Bahasa dan Budaja
2(5):56-581,Maphilindo (tahun 1960-an:drp Malaysia, Philippina dan Indonesia),
Malindopura Idiperkenalkan oleh Shaharir, 1987, dalam pengenalan bukunya,
"Pengenalan
Sejarahdan FalsafahSains"l, dan lain-lain lagi pernah dipopularkanbagi
menamaisemula Alam Melayu Moden tetapi ternyatatidak berjadi. Walaupun istilah
Nusantara agak popular hingga kini tetapi oleh sebab semantik Indonesia dengan
Malaysia tentang istilah ini agak berbeza (di Indonesia,perkataanNusantarabererti
kawasan yang Asia Tenggara ini tetapi tidak termasukJawa), maka istilah ini tidak
menjadi istilah rasmi bagi Alam Melayu, walaupunsemuanyabersetujubahasanasional
masing-masingnya(umpamanya bahasa Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam,l
berasaskanbahasaMelayu. Tidak hairanlahmajlis kerjasamabahasaantara Malaysia
dengan Indonesiasejak 1970 itu dikenati sebagaiMajlis BahasaIndonesia-Malaysia
sahaja, atau singkatannya MABIM yang kemudiannya menjadi Majlis Bahasa
Brunei Darusslam-Indonesia-Malaysia apabila Brunei turut serta menjadi ahlinya, atau
singkatannyaMABBIM sahaja.

Aksara Melayu purba

Mengikut catatanCina kurun ke-7M, I-Tsing (Ye-Singatau Yi Jing versi ejaanyang lain
lagi itu) setelahberadabertahun-tahun di Srivijaya itu, membuatperakuansupayaorang-
orang Cina yang ingin mempelajariagamaBudha perlulah rerlebih dahulu ke Srivijaya
untuk satu atau dua tahun, kerana beliau mendapatikitab-kitab asli Budha dan Hindu
banyakterdapatdalam bahasaSrivijaya. Beliau sendirimenyalinberatus-ratus buah kitab
agamaBudha dan Hindu mentbawanyabalik ke negeriCina. Beliau juga ada menyebut
adanyakitab agamaBudha yang bernamaKitab Tripatika yang terkenal itu sebanyak500
gatha yang katanyajika diterjemahke dalam bahasaCina berjumlahribuanjilid. Tidak
hairanlahselepasbeliau terdapatl9 orangsarjanaCina lagi yang datangke Srivijaya.
Padamasayang samatamadun-tamadun Melayu di sekitarabad ke-5M di Nusantara
ini juga didapati sudah agak kukuh sepertidi Kalimantan,dan di Bali. Malah prasasti
yang tertua yang dijumpai setakatini di Nusantaraialah prasastidi KalimantanTimur
(di tempat yang bernamaKotai/Kotei, dan juga di SemenanjungMalaysia (Kedah dan
Pulau Pinang) yang dianggarkanbertarikh sekitar 400 Masehi). Aksara-aksarayang
digunakan dalam tulisan di prasasti-prasastipralslam di Nusantara ini alah aksara
Palavi/Palawi (dipengaruhi oleh aksara dari kerajaan Palava di selatan India), dan
kemudiannyadirujuki huruf KawilKavi (Jawa Purba) yang banyak dihuraikan oleh de
Casparis (1975). Mengikut de Casparis (ibid.) huruf-huruf ini bermula daripada
pengubahsuaianaksara dari kerajaan Palava./Palawa di selatan India pada abad ke-4M,
dan kemudian berkembangsecaraevolusi kepadahuruf Kawi itu. Beliau membahagikan
zaman-zamanaksara ini sebagaizaman aksara Palavi Awal abad ke-4M hingga ke-7M
[dijumpai tertulis di prasastidi Kalimantan Timur, Jawa Barat, Kedah-PulauPinang
(Bukit Meriam di Kuala Sg. Merbuk, Ceruk Tokun, Province Wellesley dan Sungai
Bujang)l; zaman aksara Palavi Kemudian pada abad ke-7M hingga pertengahanabad
ke-8M (dijumpai pada prasastidi Sumatera,Jawa Tengah,dan SemenanjungMalaysia);
aksara Kawi Awal atau Jawa Kuno pada pertengahanabad ke-8M hingga awal abad
Shaharir
196

Selatan' Jawa Tengah' Jawa Timur' dan


ke-10M (dijumpai pada prasasti di Thai
Kemudian pada awal abad ke-10M hingga
SemenanjungMalaysia); aksara Kawi
p e r t e n g a h a n a b a d t c e _ r r u ( d i j u m p a i p a d a p r a s a s t i d i J a w a T i m u r , Adijumpai
i r l a n g g apada
,Kediri,Bal
zaman Majapahit yang
Sunda,dan SumateraSelatan)dan aksara Kawi
kemasukanaksaraArab menerusiIslam itu'
prasastiseluruhAlam Melayu ini sehinggalah
Lampiran 6' Bahasayang dipakai dengan
contoh aksara-aksaraini dapat oitinal di
Melayu Purba' sanskrit' atau Jawa
menggunakanaksara-aksaraitu ialah bahasa
purba. Namun mengikutIsmail Husein (l9gr) dan Amat Juhari (1996)' orang-orang
tersendiri sebelumaksaraPalavi itu dan
Melayu di Nusantaraini juga mempunyaiaksara
(Lampiran7). Tetapi sehinggakini
aksara-aksara ini dinamai huruf Rencong/Rencung
yang bertarikh lebih.,""
tiada prasasticlalam huruf Rencong yu,ry alumpai lil|*
tuiitun-tulisan yang tertua dalam huruf rencong lnl
prasasti dan aksara Palavi itu.
t er dapat d a l a mb u k u H o o y k a a s (1 9 5 1 ) yangdi anggarkanbertari khdal amZamankeraj aan
7), sedangkantulisan terawal dalam huruf
Majapahit (kurun ke-tZM) sahaja(Lampifun pada abad
palavi dan berbahasasanskritialah kurun ke-4M lagi, Jan berbahasa.Melayu
Melayu belum tertulis sebelum abad ke-7M'
ke-7M. Ini tidaklahpula bermaknabahasa lagi' iaitu yang
Campa pula lebih lama
malah aksara pada zaman kerajaan Melayu bentuknya seakan-
berbeza ragi (walaupun
tertuanyaialah pada abad ke_4M, dan agak
Palavi juga, Lihat Lampiran 8)' Mengikut Intan ( l99l )' tamadun
akan huruf Hindu atau
(98 dalam bahasaMelayu Purba-Campa'
Melayu Campameninggalkan206 buah pru,utii
tidak diketahui bahasa arau aksaranya
43 Sanskrir, 29 dwi_bahasaitu dan 36 lagi
di Kauthara(Nha-trang'vietnam
(tidak terbaca). Prasastiini yang tertuanyaoliumpai
sekarang)yangbertarikh|gz.MdanberbahasaSanskrit,manakalayangtertuadala
b a h a s a M e l a y u P u r b a i t u i a l a h d i s e k i t a r a b a d k e - 4 M . A k aada
s a r pengubahsuaiannya
ayangdigunakanadala
India, walaupunsudah
aksarayang sebentukdenganaksaradari
di Nusantara' TranskripsiprasastiMelayu
yang tersendiridan lebih ,ni.ip r."fuOuaksara
beberapa perkataannyamasih boleh dikenali
tertua ini terdapatdalam Intan (1991) dan (seribu)'
(syurga),uo'oio (neraka)'sarivu/sariwu
termasuklah urang (orang), svarggah nasibnya
piasasti ini menceritakanbagaimana
thttn (tahun),davam (daram), datituiu'h.
kepada Naga punya putauv (Nagadewa
seseorangyang menghormatiatau sebaliknya
iaitu yang *"nghottnatinya akan beroleh
kepunyaanRaja) dewasa itu (kurun ke-4Mi,
ukun beroleh sengsarasehinggatujuh
anugerahdari syurga dan yang mengkhianatinyu
yang mengatakanorang-orangMelayu dahulu
keturunan. oleh itu, pandanganpopular
luitu 1ANAH' BESI dan BABI adalahsatu
kononnyahanya tahu tiga perkataansahaja,
fitnah besarsahaja.
P ad a * o ,o y u n g S a m a ta m a d u n -ta madunMel ayudi seki tar-abadke-5Mdi Ndan
usantara
di SemenanjungMalaylia' di Kalimantan'
ini juga didapati suiah agak kukuh seperti prasasti
dijumpai setatcaiini di Nusantaraialah
di Bali. Malah prasastiyang tertuuyung juga di Semenanjung
Kotai/Kotei, dan
di Kalimantan Timur (di tempat yang 6rrnu*u
(Kedah dan pulau pinangllang dianggarkanbertarikh sekitar 400 Masehi)'
Malaysia ialah aksara
Aksara_aksara yang digunakandallm-tulisan di prasasti-prasasti.pralslam
palava di selatan India), dan
palavi/palawi (dipengaruhi oleh aksara dari kerajaan
yungLunyak dihuraikanoleh de Casparis
kemudiannyahuruf {awi/Kavi (Jawa Purba)
b".tula daripadapengubahsuaian
(1g75). Mengikut de casparis (ihid.) huruf-huruiini
Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam
t97

aksara dari kerajaan Palava./Palawa di selatanIndia pada abad ke-4M, dan kemudian
berkembangsecaraevolusikepadahuruf Kawi itu, sepertiyang telahdibicarakan
di atas.
Sementaraitu, aksara pada zaman kerajaan Funan (dikenali juga kemudiannya
sebagaiEmpayar Khmer) tidaklah dapat kami jumpai setakatini akan sumber
aslinya
(seperti dengan fotograf prasastinyadan transkripsi ruminya), walaupun
pungutan
transkripsi dalam bahasaSanskrit dan terjemahannyake dalam bahasaInggeris
lung
berjumlah lebih daripada200 buah prasastidengan80 buah daripadanyadalam
bahasa
Khmer purba atau campurandengansanskrititu terdapatdalam Uutu Majumdar (1953).
Walaupundemikian, tulisan dalam bahasaMelayu zamankerajaanFunan yang
dijumpai
setakatini tidaklah setua yang di Campa, kerana PrasastiFunan yang tertuanya
dalam
bahasa Khmer purba itu ialah yang bertarikh 53lS (=609M). tetapi forograf
dan
transkripsirumi tidak dapat kami perolehnyalagi, walaupunMajumdar (1953)
menyebut
kedua-duanyaterdapatdalam BEFEO (Bultetin de l'Ecole Francais d'Extreme-Orient,
Hanoi, XXXIII: 530-531. Walau bagaimanapun,contoh aksara zamanempayar
Funan
dalam bahasasanskritpadaabadke-5M ada di lampiran9.
Berkenaandenganbahasadan tulisanMelayu Purba ini, mengikutsumber
Cina lagi
[catatanpada Zaman Dinasti Tang Lama, abad ke-7M, sepertiyang disebutdalam buku
Liang Lui ( 1996)itul, bahasaMelayu (yangdipanggilnyabahasa,,iun-lun,,) pada
kurun
ke-7M itu sudah pun maju dan dipelajarioleh pendita-pendita Cina (bermuladengan
I-Tsing itu) dan bahasa ini telah menggunakanaksaranyayang tersendiri.
Tidaklah
diketahuiapakahaksarabahasa'Kun-lun"ini , iaitu aksaruru^in kerajaanFunan,
atau
CampaatauPalavi atauaksaraRenconsitu.

Angka Melayu purba

Dengan pengertianMelayu yang luas seperti yang cliperkatakandi atas, maka apabila
seseorangmembicarakanisu Melayu pra-Islamatau pra-penjajahan di Asia Tenggaiaini,
maka maudukini bermaksudperkara-perkara yang berhubungdenganorangMelayu yang
terdapat di Alam Melayu mengikut pengertianluas ini (iaitu bukan Ai Uataysia ini
sahaja). Khususnya, perihal angka Melayu pra-Islam (atau angka Melayu purba,)
bermakna sebarangangka yang wujud di kalangan orang Melayu di Alam Melayu
mengikutpengertianyang luas itu. Tegasnya,seseorang perlu membicarakanangku-unglu
yang wujud dalam tamadunbesarAlam Melayu sebelumkedatanganIslam, iaitu
tamadun
Melayu padazamansepertikerajaanFunan,Campa,Srivijaya,AanVta.lapahit itu.
Angka Melayu Purba sepatutnyadiperoleh sekurang-kurangnya daripada catatan
prasastidi Campa yang berjumlah lebih daripadadua ratus itu, khususnyadaripada
9g
buah prasastidalam bahasaMelayu Campaitu. Jika sesorangmahu mengkajikewujudan
angka Melayu yang tebih awal lagi, maka seseorangitu perlulah mengkajinyamenerusi
prasasti-prasastipada zaman tamadun Funan itu dalam bahasa yang dikatakan
hampir
denganMelayu juga iaitu bahasaKhmer purba itu yang perihal kanJunganbagi ratusan
prasastidalam bahasa Khmer purba itu dapat dilihat dalam buku Majumdai (1953).
Tetapi penulis tidak memperolehsumber-sumbersekundersekalipunyang mencukupi
untuk membuatkajian tersebut. Oleh itu dalam kajian ini, kami rn.nggunukantranskripsi
prasasti-prasasti(dikenali juga sebagai batu bersurat dan piaga.i ai Alam
Melayu
sebelumkedatanganIslam atau zaman peralihanIslam-pralslamsepertiyang terkumpul
198 Shaharir

dalam buku de Casparis(1975, 1978),Coedesdan Damais(1992), Othmandan Abdul


Halim (1990), Slametmuljana(1970, l98l), Chatterji(1967), dan Sastri (1949). Pada
kebanyakan prasasti ini kami dapati tiada aksara angka secara tersurat walaupun
setengahnyaada perkataan-perkataan simbolik yang mewakili tarikh-tarikh berbentuk
nombor (iaitu denganperkataan)dan yang lainnya tiada tarikh (dalam bentuk perkataan
simbolik atau angka) yang jelasnya. Contoh prasastiyang tarikhnya disimboli dengan
perkataan-perkataankhas ialah pada prasasti yang terutamanya menggunakanbahasa
Sanskrit seperti prasasti Canggal Jawa Tengah yang tarikhnya dapat ditafsirkan sebagai
6545 (S=Syaka/Saka, 15-78M) dan prasastiLigor, SelatanThailand,yang dapat
ditafsirkan bertarikh 697S masing-masingnyaditulis dalam perkataan simbolik:
srutindriyarasa yang terdiri daripada perkataansruti (mewakili Veda yang bermaksud
empat), indriyas (bermaksud lima), rasas (bermaksudenam), dan muninavarasa yang
terdiri daripadaperkataanmunis (bermaksudtujuh), navan (bermaksudsembilan),dan
rasas (bermaksudenam). Pada patung Amoghapasadi PadangCandi, Sumatera pula
terdapatperkataanyang boleh ditafsirkan sebagaibertarikh | 2695, iartu patanga carana
nandanta yang terdiri daripada perkataan patanga/patange (bermakna matahari an
mewakili dua belas), carana (secara harafiahnya bererti lebah tetapi segi nombornya
bermakna enam) dan nanda./nandanta/nardanta(bermakna sembilan). Transkripsi
kepadaketiga-tigaprasastiini terdapatdalam Sastri(1949). Semuatulisanpada prasasti
adalah dari kiri ke kanan termasuk perkataanyang mewakili sesuatunombor, iaitu
mengikut susunanrumah rendah ke rumah yang lebih tinggi dari kiri ke kanan. Ini
berbezadaripadasistem istilah nombor Melayu (dan Inggeris) sekarang. Umpamanya
nombor yang angka sekarangditulis sebagai697 adalahmewakili nombor yang diberi
nama "enam ratus sembilanpuluh tujuh" (Inggerisnya,sixtyhundredsand ninety seven),
tetapi mengikut sistem Melayu dahulu, yang diambil daripada sistem Sanskrit (yang
kebetulannyasama dengansistemArab), nombor ini ialah "tujuh sembilanpuluh enam
ratus". Oleh sebab angka 697 itu angka Muslim-Arab maka tidak hairanlahnamanya
dibaca dari kanan ke kiri mengikut rumah yang meningkat iaitu sab'i tis'ina wa sittatun
(yang terjemahanharafiahnya, "tujuh sembilanpuluh dan enam ratus"). Tulisan angka
muslim ini dikekalkanoleh di seluruhdunia hinggasekarang,walaupunbacaannyatelah
berubahkepadabacaandari kiri ke kanan.
Hampir semua prasasti itu mengandungi perkataan-perkataannombor kardinal
sehingga yang besar-besaryang menunjukkan orang-orangMelayu sekurang-kurangnya
sejak kurun kelima Masehi sudahtahu membilangsehinggakepadaribuan malah puluh
ribuan, kalau pun tidak hinggajutaan. Contohnya(selainnombor tujuh dan seribu pada
prasastiMelayu tertua di Campa itu), pada prasastiKotai di KalimantanTimur yang
dianggarkanditulis sekitar abad ke-5M itu terdapat cerita hadiah dua puluh ribu ekor
lembu dari raja yang bernama Mulavarman kepada para Brahminnya [Lihat Chatterji
(1967)l; manakalapada prasastiTugu, Bekasihdi JawaBarat pula terdapatcerita terusan
yang dibina oleh kerajaandi situ, rajanya bernamaPurnavarman, sepanjangenam ribu
satu ratus dua puluh dua daruildhanu (sukatan panjang zaman itu: I danu/dhanu =
4 hasta) [Lihat Chatterji (1967) lagi]; dan pada prasastiberbahasaMelayu Purba yang
tertua, iaitu prasastiBukit Kedukan, Sumatera,itu terdapatcerita seorangraja berangkat
dengandua laksa (l laksa= 10 ribu) bala tenteranyall-ihat Lampiran 10].
Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam I99

yang mengandungitulisan angkayang dapat kami temui ialah pada


Prasasti-prasasti
yang berikut mengikut susunantarikhnya [tahun Syaka = Saka -- $ =
prasasti-prasasti
78M. Sejarahtahunini dihuraikandenganpanjanglebarnyaolehde Casparis(1978)l:

KedukanBukit (Palembang,
Prasasti 605S= 683M[Lampiranl0]
Sumatera),
PrasastiSambar(Kemboja),6055 [LampiranI l]
PrasastiTalangTuwo (Palembang), 6065 [Lampiranl2]
PrasastiKota Kapur(Bangka,Sumatera), 6085 [Lampiran13]
PrasastiDinaya(Jawa),6825 [Lampiranl4]
PrasastiPolengan(Yogyakarta),7975 [Lampiranl5]
Prasastipinggantembagadi Randusari(Surakarta),8275 [Lampiranl6]
PatungGunungTua,TapanuliTimur (Sumatera), 9465 [Lampiran17]
PatungGanesadi KarangrejoKediri (JawaTimur), 10565[Lampiran l8]
(JawaTimur), 12145[Lampiranl9]
PrasastiCandiSingosari/Singhasari
Prasastidi pinggantembagaPenanggungan/Penang-Gungen (Penang-Gungen)di Kretarajasa
(Surabaya, Jawa),l2l85 [Lampiran20]
Prasasti
di CandiPenataran (JawaTimur),l29l S, dan l30l S [Lampiran2l ]
PrasastibatunisanTralaya(JawaTimur), 12985,13895,dan 13975[Lampiran22)
Prasasti
Renekl30lS [Lampiran23]
PrasastiNgadoman(Semarang, Jawa)l37lS [Lampiran24]
PrasastibatunisanAhmadMajanu(Pangkalan Kempas,PortDickson),13855 [Lampiran25]

Berasaskanpada prasasti-prasastiyang disenaraikandi atas itu, kami dapati angka


Melayu pra-Islampun berupaangkayang direka daripadasistemyang berasaskan sepuluh
dan mengandungiangka sifar dan berkedudukansepertiangkayang kita pakai sekarang
(angkaMuslim) dan angka Hindu Purba,walaupunsimbolnyaberlainansekali (sila lihat
Rajah A1 dan A2). Rajah Al menunjukkanperkembanganangkaMelayu Purba (ruang
kosong bermakna tiada perubahan). Mungkin sekali ada yang berpendapatbahawa
angka-angkaMelayu ini berupa ubahsuaianangka-angkaHindu sepertilahdenganhuruf
Jawi Melayu yang berupa ubah suaian abjad Arab itu. Tetapi pandanganini sukar
diterima karana tiada satupunangka yang serupa. Tetapi suatu yang jelasnya, sistem
angka Melayu ini bertentangandenganhipotesiskami dahulu (lihat Shaharirdan Abdul
Razak, 1998) yang menjangkakan angka Melayu Purba besar kemungkinannya
berasaskan lima kerananama-namanombornvaberasaskan lima.

Kurun sifar satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan

7M o 1\
J 7 5 €. e af v D
13M n J d t )

t4M
-l c-f
c t g 2t',r
Kini
(Jawa)
0 n1 v b G 6) e w( ry "r4
Rajah A l. PerkembanganAngka Melayu Sebelum Islam
200 Shaharir

Cara penulisanangka puluhan,ratusandan seterusnyasamalahsepertiangka sekarang,


iaitu sistemperpuluhan.

si faf
r ::::7 ? ".""J ; "."iJ
dua

s
empat
)
6
t;
I
K
I apan
?rvX
tujuh ratus lioa
pul uh enarn

Rajah A2. Angka Hindu Purbaabad ke-5M (Midonick, 1965)

Kami juga memperolehangka dalam huruf Rencongmenerusibuku Zainal Arifin


Aliani et al. (1979) seperti yang diturunkandi bawah ini (Rajah A3). Cara penulisan
angka puluhan,ratusandan seterusnyajuga sama sepertisistem sekarang,iaitu sistem
perpuluhan.

sifar satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan

, / c

Rajah '{3. Angka Huruf Rencong

Selain daripada nombor dan sukatan panjang ini prasasti-prasastiitu juga


menunjukkanorang-orangMelayu di Nusantaraini memiliki sukatanmasa: tahun, dan
bulan tersendiri. Tahun dinamai Syakaatau Saka itu, mengikutkajian sarjana,lihat de
Casparis(1975), ialah nama yang berasaldaripadanama seorangraja di India Selatan
bernamaAji Syaka atau Saka yang hidup sekitar tahun pertamaMasehi dahulu, dan tahun
pertama Syaka bersamaan78 Masehi. Bulan-bulanyang tercatatdi prasastiVieng-Sa
atau Wiang Sa, di SelatanThailand (bertarikh6975), prasastiCanggaldi Jawa Tengah
(bertarikh 6545), prasasti Kedukan Bukit (bertarikh 605S) dan prasasti Dinaya
(bertarikh 6825) yang transkripsi dan terjemahannyarerdapatdalam Coedesdan Damais
(1992) ialah bulan Caitya (Chaitya), Caitra (Chaitra), Falgana (Phalgana), Karttika,
Margasirsya (Margasirsha), dan Waisyaka/Vaisakha.Aspek-aspekistilah nombor dan
sukatanyang terdapatdi prasastipurba akan dibicarakandalam kesempatanlain lagi.
Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam 207

Penghargaan

Penulis berterima kasih kepada UKM yang memberinya bercuti sabatikal mulai I Mei
hingga I Oktober, 1998 bagi membolehkan penyetidikan ini. Penulis juga berterima
kasih kepada Alinor yang sentiasa membantunya dengan pantasnya menghantar salinan
sumber-sumber rujukan yang diperlu bagi penyelidikan ini dari United Kingdom.

Rujukan

l. Amat Juhari Moain, PerancanganBahasa: Sejarah Aksara Jawi, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasadan Pustaka,1996.
2. B'R. Chatterji, Hisrory of Indonesia.Early and Medieval,Delhi: Meenakshiprakashan.1967.
3. G. Coedes,SejarahCampa, dari awal sampai tahun 1471, 1964. Dalam Abdul Rahman
Al-Ahmadi, A[am Melayu: Sejarah dan KebudayaanCanrya. KementerianKebuclayaandan
Pelancongan Malaysia,I 988.
4. G' Coedes dan L-C Damais, Sriwiiaya; Hisrory, Religiort and Inngttage of an Early Malay
Polity, Kuala Lumpur: MBRAS, 1992.
5. J.G. de casparis,IndonesianPalaeography,Leiden:Korn Brill, 1975.
6, J.G. de Casparis,IndonesianChronolog,, Lei<Ien:Koln Brill, 197g.
7 . A.T. Gallop, warisan warkah Melayu, London: The British Library, 1994.
8. C. Hooykaas,Perintis Sastera,Djakarta:Wolters-Gronigen, 1951.
9. Intan,Malaysia KitaKualaLumpur:Intan, 1991.
10. Ismaif Hussein, Sejarah Pertumhultan Bahasa KehangsaanKita, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasadan Pustaka.l98l ,
I l. Liang Liii, Hubungan Empayar Melaka-DinastiMing abrtd ke-15, Bangi: PenerbitUniversiti
Kebangsaan Malaysia.1996.
12' R.C. Majumdar.Inscriptionsof Kambuja, Culcutta:The Asiatic Society,1953.
l3' R.C. Majumdar, Hindu Colonies in the Far East. Firma K.L. Mukhopadhyay, Agents,
Culcutta.1962.
1 4 . MBRAS, G. de Eredia, Eredia's Descriptiott of Malaca (terjemahanmanuskrip de Eredia,
l 6 l 0 d a l a mb a h a s aP e r t u g i s )1, 6 1 0 . M B R A S , K u a l aL u m p u r ,1 9 9 7 .
t 5 . H. Midonick, Tlrc Treasuryof Mathematics,yol.l, pelican,1965.
1 6 . J. Nehru, JawctharlalNehru Que.st,London: Asia pub. House,1963.
t 7 . Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, Menyusuli asal-usul orang Melayu: Dari
perspektif arkeologi SemenanjungMalaysia. Di dalam Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd.
Rahman, Mohd bin Samsudin. dan Kamaruzaman Yusoff (Pyt.). Sejarah dan proses
Pemantapan Negara-Bangsa. Prosiding Kongres Sejarah Malay,sia Kedua. Jilid II. Kuala
Lumpur:Persatuan SejarahMalaysia,1998:641-658.
1 8 . Othman Yatim dan Halim Nasir, Epigrafi Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.1990.
1 9 . RESEAP,Muslim Almanac.Asia Pacific, Kuala Lumpur: Berita Pub. Sdn. Bhd., 1996.
20. N.K.A. Sastri,History of Srivijaya, Uni. of Madras, 1949.
2 1 . SejarahMelayu (SulalatusSalatin), Versi A. SarnadAhmad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
d a nP u s t a k a , 1 9 7 9 ,
2 2 . Shaharir bin Mohamad Zain, Asal-usul Melayu dan hubungan bahasadengan peradaban
bangsa,Jurnal Dev,an Bahasa, Mac (1992) 210-218,
202 Shaharir

23. Shaharir bin Mohamad Zain, Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains, Bangi: Penerbit
Universiti KebangsaanMalaysia. Snt. Ke-2, 2000 [Snt. I: 1987, Akademi Sains Islam
Malaysial.
24. Shaharir bin Mohamad Zain dan Abdul Razak bin Salleh, Sistem nombor Melayu, Kertas
kerja Kolokuium ATMA, UKM, 1998. Sebahagiannya terbit dalam Shaharir(2000).
25. Slametmuljana,Sriwidjaja, PertjetakanArnoldus,Ende-FloresN.T.T,1970.
26. Slametmuljana,Kuntalct,Sriwijaya dan Suwarnabhutni,Jakarta:YayasanIdayu, l98l .
27. A.R. Wallace, On the PhysicalGeographyof the Malay Archipelego,J. Royal Geographical
S o c .X X X I I I ( 1 8 6 3 )2 1 7 - 2 3 4 .
28. Wan Hashim bin Wan Teh, Tamadun Silam dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh
Satu,Bangi:PenerbitUKM, 1997.
29. Y. Wheatley,TheGolden Khersonene,Kuala Lumpur: Universiti MalaysiaPress,1966.
30. Zainal Ariffin Aliana, S. SalamahArifin, A. Malian Erman dan Hasbi Yusuf, Bahasa Serawai,
Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Department Pendidikan dan
Kebudayaan,1979.

Beri Nilai