Anda di halaman 1dari 12

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI

KERTAS KERJA
PROGRAM MAJU DIRI
&
ORIENTASI MURID-MURID TAHUN SATU

BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tarikh : 25 – 29 JANUARI 2011


Hari : Isnin - Jumaat
Tempat : SKTBM

PENDAHULUAN
Program Maju Diri (PMD) sekolah rendah adalah satu pendedahan dan pengalaman baru dalam
wadah pendidikan sejajar dengan era masa kini. Program ini boleh dimanfaatkan oleh pihak
sekolah umumnya dan pelajar khususnya untuk mencari arah dan hala tuju serta mengembangkan
potensi yang ada untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik dan sahsiah. Pendidikan
dan kecemerlangan adalah aspek penting yang perlu ditekankan kepada pelajar kerana dengan
pendidikan yang sempurna dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dapat
melahirkan individu yang boleh berjasa kepada diri, ibubapa, keluarga, dan masyarakat.

RASIONAL
Matlamat Program Maju Diri (PMD) adalah untuk melahirkan murid sekolah rendah berwatak
dan berwibawa, serta lebih berkemahiran yang dapat meningkatkan potensi diri bagi mencapai
kejayaan yang cemerlang.
Modul yang dijalankan adalah terdiri daripada modul Potensi Diri, Motivasi, Kemahiran Belajar,
Kemahiran Mengurus Diri dan Kerjaya.

Oleh itu, setiap tahun (aras) mempunyai tajuk modul yang berlainan. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa tajuk modul yang telah diselaraskan bagi setiap kelas bagi memperkukuhkan
semangat yang sedia ada kepada yang lebih baik.

OBJEKTIF
Setelah murid-murid berpeluang mengikuti dan menjalani sepenuhnya program ini, murid-murid
dapat:
 Mengenal potensi diri dan membina wawasan diri
 Merasa yakin pada diri sendiri
 Mengenalpasti dan mempraktikkan salah satu kemahiran belajar yang berkesan.
 Mengetahui bidang kerjaya yang bakal mereka tempuhi.
 Mengenal dunia kerjaya sebagai perangsang masa depan.

PERLAKSANAAN
Tarikh : 4 hb – 6 hb Januari 2011
Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKTBM

SASARAN
Semua murid SKTBM.

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En Saadun bin Kasim
Naib Pengerusi : Pn Rodhiah bt Ibrahim
Pn Salbiah bt Othman
Pn Cheah Ya Hoo
Penyelaras : Cik Noor Azah bt Abd Aziz

JAWATANKUASA PELAKSANA
JK Tahun 6 : Penyelaras Tahun 6 (Ketua)
Guru-guru kelas Tahun 6
Guru mengajar matapelajaran Tahun 6
JK Tahun 5 : Penyelaras Tahun 5 (Ketua)
Guru-guru kelas Tahun 5
Guru mengajar matapelajaran Tahun 5
JK Tahun 4 : Penyelaras Tahun 4 (Ketua)
Guru-guru kelas Tahun 4
Guru mengajar matapelajaran Tahun 4
JK Tahun 3 : Penyelaras Tahun 3 (Ketua)
Guru-guru kelas Tahun 3
Guru mengajar matapelajaran Tahun 3
JK Tahun 2 : Penyelaras Tahun 2 (Ketua)
Guru-guru kelas Tahun 2
Guru mengajar matapelajaran Tahun 2

Jurufoto : En Fathil Azeem bin Jamhor

Dokumentasi : Cik Noor Azah bt Abd Aziz


Aktiviti Tahun 1

Bidang : Akademik.

Tajuk : Orientasi dan Kepentingan Mata Pelajaran.

Pada akhir sesi murid dapat:-


Objektif : 1 Memberikan maklumat tentang mata pelajaran yang perlu
dipelajari dalam tahun satu.
2 Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran A/1A

Langkah- : Set induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan beberapa
lagu/suara dalam pelbagai bahasa/isyarat yang melambangkan
setiap mata pelajaran.
Contoh: - Lagu ”Good Morning” – Bahasa Inggeris
- Lagu ”Ten Little Indians” – Matematik
( Lampiran A/1A )

1. Murid menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan secara kelas


dan kumpulan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memperkenalkan setiap mata
pelajaran Tahun 1.
3. Soaljawab secara lisan.

Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid.

:
Pendedahan setiap mata pelajaran dapat membantu mengenalpasti
Rumusan mata pelajaran yang akan dipelajari.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam


akademik.
LAMPIRAN A/1A

“ Good Morning ”

Good morning, good morning,


Good morning to you,
Good morning, good morning,
And how do you do.

“ Ten Little Indians ”

One little two little three little Indians,


Four little five little six little Indians,
Seven little eight little nine little Indians,
Ten little Indian boys.

One little two little three little Indians,


Four little five little six little Indians,
Seven little eight little nine little Indians,
Ten little Indian girls.

Aktiviti Tahun 2
Bidang : Akademik.

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran – Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1 Memberikan maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2 Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan Kertas A4

Set Induksi:
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab tentang kepentingan
menguasai setiap mata pelajaran.

1. Murid menyenaraikan mata pelajaran yang diketahui.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan perbincangan


mengenai kepentingan setiap mata pelajaran.

Penilaian : Melalui catatan maklumat yang dilakukan oleh murid

Rumusan : Pendedahan kepada kepentingan setiap mata pelajaran dapat


membantu memperoleh kemahiran asas.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam


akademik

Aktiviti Tahun 3
Bidang : Akademik.

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran – Kepentingan Mata Pelajaran.

Pada akhir sesi, murid-murid dapat :


Objektif :
1. memberikan maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.
`
2. meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Lampiran A /3A

Set Induksi:
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya mengenai mata pelajaran yang diminati.
langkah
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang kepentingan
menguasai setiap mata pelajaran.

2. Murid menyenaraikan beberapa mata pelajaran teras yang perlu dikuasai untuk
persediaan UPSR.

3. Murid mengisi Lampiran A /3A yang diedarkan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata


pelajaran teras dan elektif.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan lampiran yang diberi.

Murid mengetahui kepentingan setiap mata pelajaran teras.


Rumusan :

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam akademik

Aktiviti Tahun 4
Bidang : Akademik

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif : Murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang kepentingan setiap mata pelajaran dalam Tahap 2.


2. Mendedahkan kepentingan setiap mata pelajaran di peringkat sekolah rendah.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kertas A4

Set induksi:
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap


mata pelajaran.

2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata pelajaran menggunakan kertas A4


yang diberikan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran Tahap 2:

a. Bahasa Malaysia
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains
e. Pendidikan Agama Islam / Moral
f. Kemahiran Hidup
g. Kajian Tempatan
h. Pendidikan Seni Visual
i. Pendidikan Jasmani / Pendidikan Kesihatan
j. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Penilaian : Melalui catatan maklumat yang dibuat oleh murid.

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan murid memperolehi kemahiran asas,
ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni.
Rumusan :

Falsafah : Ilmu Panduan Hidup

Aktiviti Tahun 5
Bidang : Akademik

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif : Murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2. Meningkatkan motivasi dan minat belajar kepada setiap murid.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Kertas A4

Set Induksi:
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut beberapa mata pelajaran yang mereka
langkah pelajari.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan beberapa mata pelajaran yang
mereka pelajari.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap mata pelajaran.

6. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mata pelajaran yang dipelajari.

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran:

i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
iii. Matematik
iv. Sains
v. Agama Islam
viii. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
viiii. Kemahiran Hidup
x. Kajian Tempatan
xi.. Pendidikan Seni dan Visual
xii. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya satu kepentingan bagi setiap mata pelajaran.
Penilaian :

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan murid memperoleh kemahiran
Rumusan : asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah : “Ilmu Pelita Hidup”.

Aktiviti Tahun 6
Bidang : Akademik

Tajuk : Orientasi Ke Alam Sekolah Menengah

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :

1. Mengetahui aliran pengajian yang wujud di sekolah menengah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 6

Bahan : Lampiran A 6A & Kertas A4.

Langkah- : Set Induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menulis nama sekolah- sekolah berasrama penuh

1. Murid menyebut nama sekolah yang di tulis.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan contoh nama-nama


sekolah menengah mengikut kategori;
i. Sekolah Berasrama Penuh
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
iii. Sekolah Sukan
iv. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
v. Sekolah Menengah Harian(Kawalan)
vi. Sekolah Menengah Harian
vi. Sekolah Seni.
vii.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi

3. Murid menyenaraikan nama sekolah yang berdekatan dengan


persekitaran mereka.

4. Murid mengenalpasti syarat kelayakan yang perlu untuk memasuki


sekolah pilihannya.
Contoh :
Kelayakan ke SBP/SBPI – 5A/ aktif kokurikulum/ Kepimpinan

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan fokus aliran bagi setiap kategori sekolah
menengah yang dinyatakan serta kelebihannya.

Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling

Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan mencapai kecemerlangan bagi setiap mata pelajaran
membolehkan pelajar memilih sekolah yang dikehendaki.

Falsafah : Kenali potensi diri untuk merebut pelbagai bidang yang sedia ada mengikut citarasa.
PENUTUP
Setiap aktiviti bagi setiap kelas dimulakan dengan aktiviti modul Mengenal diri
supaya murid-murid dapat mengenal diri dengan lebih baik bukan sahaja dari
perspektif diri malah juga dari perspektif orang lain. Modul Sekolahku Sayang
juga telah direka khas bagi mengingatkan dan memperkukuhkan murid-murid
akan peraturan-peraturan sekolah, sikap sopan santun, berbudi bahasa dan
saling hormat menghormati samada sesama guru mahupun rakan-rakan.

Di akhir program ini, murid-murid telah di sediakan dengan modul Ikrar Saya
agar murid- murid akan berasa terikat dan mempunyai komitmen yang tinggi
dalam memastikan visi dan misi sekolah tercapai secara amnya dan juga
matlamat serta impian diri dicapai khususnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. …………………………………
(NOOR AZAH BT ABD AZIZ) (SAADUN BIN KASIM)
Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Besar
SK Tmn Bukit Maluri SK Tmn Bukit Maluri

Anda mungkin juga menyukai