Anda di halaman 1dari 12

PEMBENTANGAN 1

BMM 3112 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN


DAN TERJEMAHAN
PENSYARAH : ENCIK SUBANDI BIN KASIDAN

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu


____________________________________________________________________
1.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU
1. Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui
asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah
kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan
pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi.
2. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui
asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa
Melayu.
3. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa
Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua
pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa
bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua
menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan
Melayu atau Nusantara ini.

2.0 BERASAL DARI ASIA TENGAH

Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah satunya ialah
Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori ini disokong oleh beberapa ahli
sejarah dan bahasa. Berikut merupakan kajian mereka.

1. R.H. Geldern
 Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Beliau juga menemui
kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di
kawasan Nusantara.
 Geldern membuat kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu ini.
2. J.H.C Kern
 J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan
sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu.
Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini
terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di
Lautan Pasifik.
 Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang,
pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern
berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang
ada di Asia.

3. W. Marsden
 W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa
yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik)
merupakan bahasa yang serumpun.

4. E. Aymoneir, A. Cabaton dan Hamy


 E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa
serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa
bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa
Melayu Kontinental.

5. W. Humboldt
 W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama
bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

6. J.R. Foster
 J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam
bahasa Melayu dan bahasa Polinesia.
 Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa
yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

7. A.H Keane
 A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa
dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

8. Slametmuljana
 Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana berkesimpulan bahawa
bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari
Asia.

9. Asmah Haji Omar


 Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari
daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu
laluan.
 Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan
ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang
mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan
yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi.
 Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan
perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal
daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada
bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.
3.0 SEJARAH BAHASA MELAYU

Terdapat banyak pendapat mengenai asal usul bahasa Melayu. Ada yang
berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang
berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Bahasa Melayu Berasal daripada Asia Tengah


1. Menurut beberapa ahli bahasa dan sejarah, Melayu Moden berasal daripada
bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu
Induk.
2. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga
merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno.
3. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan
daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat
hubungannya dengan dialek yang lain.
4. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau
berasal daripada Melayu Klasik.

Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu


1. Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan
Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti
pendapat sesetengah ahli sejarah.
4.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1. Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah
menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno,
bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.
2. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami
bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya.
3. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap
utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya
bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan
bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam.
4. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat
terutama sekali Inggeris.

5.0 PENULISAN BAHASA MELAYU KINI


Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan
beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan
Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan.
Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:
a) Tulisan Rencong.
b) Tulisan Pallava.
c) Tulisan Kawi.
d) Tulisan Jawi
e) Tulisan Rumi

1. Pengaruh daripada Bahasa Asing


 Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit,
Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.
2. Pengaruh Bahasa Sanskrit
 Bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa
Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu
mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
 Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam
batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa
Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai
a) di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b) di Talang Tuwo, Palembang (684 M)
c) di Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
d) di Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).
 Faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa
dari bahasa Sanskrit kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang
dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno.
 Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara
perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman
perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga
dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap
bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana
bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.
 Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa
Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang
dipinjam ke dalam bahasa Melayu:

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu


dosa dosa
dukkha duka
deva dewa
rupa rupa
samsara sengsara

3. Pengaruh Bahasa Jawa


 Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua
bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor
utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
a) Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
b) Pengaruh melalui interaksi sosial.
 Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai
wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di
seluruh nusantara sehingga di Kemboja.
 Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di
bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa.
Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara
berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di
negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor.
 Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan
pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-
unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu.
 Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:

Perkataan Maksudnya
Andong Kereta kuda(sewaan)
Batok tempurung
berangasan mudah naik marah
wedana ketua daerah
adipati raja

4. Pengaruh Arab
 Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam
bahasa Melayu:
Bahasa Arab Bahasa Melayu
Abi Abah
Kursiyun Kerusi
Shukran Shukur
Jadual Jadual
Sahsiah Sahsiah

6.0 KESIMPULAN
1. Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak
tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia
Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat
primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.
2. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia
kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya
kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.
3. Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan
perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang
lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini
menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang
strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu
Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
4. Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai
timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di
Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di
Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan
Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.
5. Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa
Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan
Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung
memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di
Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir
pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia
(kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.
6. Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia
yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan
struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di
Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia
Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa
bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa
Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan
sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain.
Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur,
Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat
kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.
7. Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di
Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini.
Penemuan tersebut di antara lain ialah:
a) Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000
tahun.
b) Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
c) Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.
8. Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau
Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun
terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan
dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak
manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia
1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di
atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah
sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
9. Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini
sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal
mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan
mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang
mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar
seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.
10. Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada
tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke
Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah
ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di
Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud
yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.
Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi
pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di
Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu
kajian baru perlu dilakukan.

7.0 SUMBER RUJUKAN

Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. Ensiklopedia Indonesia (F-M), 1955, m.s. 592.
Safioedin, Asis. Tatabahasa Indonesia, 1963, m.s. 6.
Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara, 1975. passim., m.s. 12-18.
Ibid., m.s. 30.

Asmah Hj. Omar. Susur galur bahasa Melayu, 1985, m.s. 395.

Ibid., m.s. 16.Ibid., m.s. 31-32.

Ryan. N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, 1965, m.s. 5-6.

Asmah Hj. Omar, passim., m.s. 28-29 dan Slametmuljana. passim., m.s. 11-28.

Keraf, Gorys. Linguistik bandingan historis, 1984. passim., m.s. 184-201.

Mees, C.A. Ilmu perbandingan bahasa-bahasa Austronesia. 1967, m.s. 2.


Ibid., m.s. 28.

Keraf, Gorys. op. cit., m.s. 196-198.

Marsden, W. A grammar of the Malayan language, 1812, m.s. vi.

Safwan Fathy. Kisah dari al-Quran, 1988. passim., m.s. 53-55.

Anda mungkin juga menyukai