Anda di halaman 1dari 2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH sains politik

SAINS POLITIK

Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara banyak bergantung kepada kestabilan dan
kekukuhan politik dalaman.Krisis politik seperti perebutan kuasa, skandal, perbalahan
di kalangan parti politik yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya ketidakstabilan
dan kucar-kacir.
Sebenarnya bidang politik mempunyai peranan yang cukup besar dan penting kepada
setiap individu mahupun masyarakat kerana tanpa politik tidak mungkin kita dapat
menjalani kehidupan yang baik, aman dan tenteram seperti yang kita alami sekarang.
Bagi pelajar yang meminati bidang politik dan bercita-cita untuk terus terlibat secara
langsung di bidang ini, mereka boleh mengikuti pendidikan secara formal di bidang sains
politik di peringkat universiti. Apatah lagi negara memerlukan lebih ramai warga yang
berminat serta menceburi bidang ini sama ada sebagai ahli politik atau pengkaji politik.
Sains politik memang menarik untuk dipelajari terutamanya berkaitan teori dan
falsafah politik yang dicetuskan oleh tokoh-tokoh politik yang terkenal. Pelajar juga
boleh mempelajari dan mendalami tentang hal ehwal politik tempatan dan antarabangsa.
Pelbagai kursus ditawarkan yang membayangkan ruang lingkup disiplin itu yang luas
serta kompleks fenomena politik itu sendiri.
Semasa pengajian di universiti, pelajar akan mempelajari tentang sains politik yang
merangkumi sub-bidang dalam disiplin berkenaan iaitu teori dan falsafah, politik per-
bandingan, hubungan antarabangsa, ekonomi politik dan sosiologi politik.
Di UKM misalnya, di samping menawarkan kursus-kursus yang merangkumi sub-
bidang di atas, beberapa modul diperkenalkan iaitu politik dan dasar awam, politik dan
pengurusan organisasi, politik dan ekonomi antarabangsa serta politik dan tasawwur (cara
hidup) Islam.
Melalui sistem modul ini, pelajar dibolehkan mengambil kursus yang berkaitan
dengan modul dan fakulti lain seperti Fakulti Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Undang-undang dan Fakulti Pengajian Islam.
Sebagai contoh, modul politik dan dasar awam membolehkan pelajar mengambil
kursus ekonomi Malaysia dan ekonomi penswastaan yang ditawarkan Fakulti Ekonomi
dan kursus undang-undang pentadbiran yang ditawarkan Fakulti Undang-undang.
Sementara modul politik dan pengurusan organisasi membolehkan pelajar mengambil
kursus seperti pninsip pengurusan perniagaan, pengurusan organisasi, pengurusan sumber
manusia, teori organisasi, perhubungan industri, mereka psikologi industri dan organisasi
dan undang-undang buruh yang merupakan kursus luar jabatan dan fakulti. Namun
begitu dalam modul apa pun, sebahagian besar kursus mestilah diambil dan Jabatan Sains
Politik sendiri.
Lulusan dan bidang sains politik sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk
mendapat pekerjaan. Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat mereka yang mempunyai
boleh pengetahuan yang mendalam tentang sains politik serta politik serta ekonomi dan
pengurusan boleh memilih sama ada untuk bergiat secara aktif dalam bidang politik,
pentadbiran awam atau pengurusan. Ramai lulusan sains politik yang berkhidmat sebagai
pengurus, pentadbir dan eksekutif sama ada di sektor awam atau swasta. Tidak kurang
juga yang menjalankan perniagaan sendiri.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1/2


Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH sains politik

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati bidang ini


(ii) Berpengetahuan di bidang politik dan ekonomi tempatan dan antarabangsa
(iii) Rajin membaca dan mengikuti perkembangan tentang politik dan ekonomi
(iv) Mempunyai pengetahuan di dalam kerja-kerja menganalisis perkembangan politik
(v) Mempunyai kemahiran berkomunikasi

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Beberapa universiti tempatan sepenti UKM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) menawarkan kursus ini di peringkat sarjana muda yang mengambil masa selama
tiga tahun.
Di luar negara, boleh dikatakan universiti-universiti yang mempunyai Fakulti Sains
Sosial atau Fakulti Sastera seperti di United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat
rnenawarkan kursus sains politik di peringkat sarjana muda.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN


Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di peringkat
sarjana muda.

Cara pertama: Pengajian sains politik di UKM, USM dan UIAM memerlukan calon lulus
pepeniksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat kepujian bahasa Melayu.
Selain itu perlu lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan
mendapat prinsipal yang baik dalam pengajian am dan mata pelajaran aliran sastera yang
lain.

Cara kedua: UNIMAS yang menawarkan program kajian politik dan pemerintahan
memerlukan calon lulus SPM serta kepujian bahasa Melayu. Calon juga perlu lulus
STPM serta prinnsipal yang baik mata pelajaran pengajian am.

Cara ketiga: UKM dan USM turut menawarkan program ini di bawah Pengajian Jarak
Jauh yang memerlukan kelulusan yang hampir sama seperti kemasukan cara pertama
di atas.

Cara keempat: Kemasukan melalui program matrikulasi yang mengambil calon lepasan
SPM/SPMV. Calon perlu rnendapat pangkat satu dan mendapat kepujian mata pelajaran
bahasa Melayu dan Inggeris serta lima kepujian mata pelajaran lain. Selepas menamatkan
pengajian calon akan ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda.

Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 2/2