Anda di halaman 1dari 26

KOLEJ MARA BANTING

PENDIDIKAN ISLAM

TOPIK 13: SOLAT / SEMBAHYANG


NUR SYAFIQA BINTI DARANI
Solat pada bahasa ialah doa dan
pada istilah syarak pula ialah
beberapa perkataan dan
perbuatan dimulai dengan
takbiratul ihram dan disudahi
dengan salam dengan niat
kerana Allah S.W.T
Akak, solat tu ape
ea??
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan
yang diwajibkan atas orang- orang yang beriman,yang
tertentu waktunya..An- Nisaa’ 103
SEJARAH SOLAT

Semasa peristiwa Mikraj(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui


Allah)
Nabi menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya dan
lantas baginda bersujud kepada Allah.
Kemudian berlaku dialog antara Nabi dan Allah di mana Allah
memfardhukan ke atas Baginda dan umatnya 50 waktu
sembahyang.
Seterusnya Baginda dibawa bertemu dengan Nabi Ibrahim A.S
dan Nabi Musa A.S yang meyuruh Baginda bertemu dengan
Allah S.W.T agar diberi keringanan iaitu mengurangkan jumlah
waktu solat.
Baginda merayu sebanyak sembilan kali(setiap kali
dikurangkan lima waktu).
Akhirnya Allah memfardhukan solat sebanyak lima waktu
sehari semalam.
SYARAT WAJIB SOLAT
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada
pendengaran atau penglihatan. Sembahyang
tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta
dan pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang
tidak wajib kepada mereka yang tinggal
terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan
pendakwah Islam.
SYARAT SAH SOLAT
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.

2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada


sebarang najis yang tidak dimaafkan.

3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama


ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau
bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.

4. Menutup aurat.

5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).


RUKUN SOLAT

BERDIRI BAGI YANG MAMPU


NIAT
TAKBIRATUL IHRAM
MEMBACA AL FATIHAH
RUKUK DENGAN TAMA’NINAH
IKTIDAL DENGAN TAMA’NINAH
SUJUD DUA KALI DENGAN TAMA’NINAH
DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD DENGAN TAMA’NINAH
TASYAHHUD AKHIR
DUDUK DALAM TASYAHHUD AKHIR
SELAWAT KEPADA NABI DALAM TASYAHHUD AKHIR
MEMBERI SALAM
TERTIB
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
* Meninggalkan salah satu rukun solat
Nabi s.a.w pernah menyuruh seorang Badwi ulang solatnya,
kerana tidak takbiratul ihram (tinggal rukun). Sabda Nabi
s.a.w:
"Kembalilah bersolat. Engkau sebenarnya belum dianggap
bersolat." HR Bukhari & Muslim

* Berhadas kecil atau besar


Mafhum hadis; Apabila seorang itu didatangi hadas besar,
maka diharamkan ke atasnya bersolat, oleh itu sekiranya
berlaku hadas kepada sesipapa yang sedang besolat maka
dilarang terus meneruskan solatnya.

* Makan atau minum


Jumhur ulama berpendapat makan atau minum semasa solat
membatalkan solatnya.
•Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali
berturut-turut

* Berkata-kata
Hadis Nabi s.a.w: Daripada Zaid bin Arqam katanya "Dahulu kami
pernah bercakap-cakap dalam solat, yang seorang mengajak
teman di sebelahnya bercakap-cakap sehinggalah turun ayat "Wa
quumuu lillahi qaanitiin.." (Tegaklah kamu menyembah Allah
dalam keadaan yang khusyuk) maka kami diperintahkan diam dan
dilarang bercakap-cakap."

* Berpaling dada daripada arah kiblat

* Ragu- ragu samada hendak meneruskan solat atau tidak

* Ketawa, berdehem, menangis atau mengerang kesakitan


dengan mengeluarkan suara dengan sengaja
*Terbuka aurat dengan sengaja

* Terkena najis pada pakaian, badan atau tempat solat.


* Orang yang bersolat menjadi gila, pengsan atau mabuk

* Berubah niat

* Murtad
SUNAT AB’ADH

Membaca tahiyat awal


Selawat kepada Nabi dalam tahiyat awal
Duduk tahiyat awal
Doa qunut
Selawat dalam qunut
Berdiri dalam qunut
Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada
tahiyat terakhirJika tertinggal dengan
sengaja atau tidak
sengaja, kita
hendaklah melakukan
sujud sahwi
SUNAT HAI’AH

Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika


iktidal
Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan
memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat
Membaca doa iftitah
Membaca A'uzubillah
. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada
tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan
Membaca amin selepas fatihah
 Membaca surah al-Quran
Membaca tasbih ketika rukuk, sujud dan bangkit dari rukuk.
Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari
kesemuanya
Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki
kiri
Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
Salam yang kedua
DOA IFTITAH
BACAAN SUJUD

BACAAN RUKUK
TAHIYAT AKHIR
SOLAT KETIKA SAKIT

Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan


berdiri,jika tidak mampu,maka lakukanlah dalam
keadaan duduk,dan sekiranya kamu tidak mampu
juga,tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring…
HADIS RIWAYAT IMAM AL BUKHARI

…..Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan


dan Dia tidak menghendaki kamu menghadapi
kesukaran…
AL BAQARAH:185
SOLAT SECARA DUDUK:
Duduk seperti semasa membaca tahiyat awal.Ketika
rukuk,kepala ditundukkan sedikit iaitu dahi berada
setentang dengan tempat sujud atau setentang
dengan hadapan lutut.Sujud dilakukan seperti biasa.

SOLAT SECARA MENGIRING:


Baring secara mengiring di atas rusuk kanan.Muka
dan dada ke arah kiblat.Rukuk dan sujud guna
isyarat kepala.

SOLAT SECARA MENELENTANG:


Berbaring secara terlentang.Kaki ke arah
kiblat.Kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat
menghala kiblat.Rukuk dan sujud guna isyarat
kepala.
SOLAT MENGGUNAKAN ISYARAT KELOPAK
MATA:
Berbaring sambil terlentang.Kaki ke arah
kiblat.Rukuk dilakukan dengan menggerakkan
kelopak mata manakala sujud dilakukan dengan
memejam mata.

SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI:


Menggerakkan ingatan di dalam hati mengikut
tertib solat
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu
orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu)
orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-
Ma'un : ayat 4-5]
HADIS RASULULLAH S.A.W
“Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi
yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana
mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” “Tidak ada
habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya
kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
“Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“.
serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah
sembahyang ini sembahyang perpisahan“.
CARA - CARA UNTUK KHUSYUK DALAM SOLAT

1) Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat


tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang
halal
2)sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan
amat hampir dengan kita serta solat tersebut
merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang
terbaik.
3) Mendirikan sembahyang di awal waktu atau
pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa
hampir luput.
4) Membaca dengan baik , berusaha untuk
memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk
ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al
Fatihah
5) menyedari bahawa Allah memperhatikan
sembahyang itu.
6) Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap
Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan
Allah.
7) Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima
solat dan amal kita
8) mengosongkan hati dari segala urusan yang
boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan
dengan solat.
9) Membesarkan Allah dalam solat, merasakan
kehebatan Allah dalam solat.
10) Menggunakan sejadah yang tidak terlalu
banyak gambar yang akan menghayalkan
pemikiran.
11) Mendirikan sembahyang secara berjemaah
12) Mengambil wuduk dengan sempurna.
13) Mengurangkan pergerakan anggota-anggota
seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan
kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat
anak jari.
14) Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun
mendirikan sembahyang bersendirian ataupun
sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15) Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang
ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan
lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang
kekhusyukan ketika berjemaah.
 
“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai
penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian
itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini,
bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan
bahawa mereka akan kembali kepadaNya”
[Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Anda mungkin juga menyukai