Anda di halaman 1dari 2

Apakah Sindrom Down?

Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada
kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21
(biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.

Ciri-ciri fizikal termasuklah:

* Tubuh yang pendek


* Kepala bersaiz kecil
* Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
* Lidah terjelir
* Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang
yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
* Pertumbuhan yang lambat.
* Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

uasana membesarkan kanak-kanak SD:

* Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan


kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
* Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak
kebosanan mereka.
* Kanak-kanak SD perlu, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu
membentuk imej diri positif berasa selamat dan mendorong mereka belajar.
* Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak
dibenarkan.
*

Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

Membantu kanak-kanak SD bertutur

Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara
langkah perlu diambil:

* Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
* Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
* Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang
menjawab.
* Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
* Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
* Latihan berterusan.
* Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
* Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan
baru.
* Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
* Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.

Peringatan kepada ibu bapa:


* Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
* Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
* Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
* Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
* Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
* Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh
dibiarkan bermain sendirian.
* Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima
tindak-balas daripada rakan.