Anda di halaman 1dari 25

Isu Etika Guru

Maksud etika :
-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan

Maksud Etika Guru :


-    Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru
saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta
boleh menguruskan kehidupan dengan baik

Etika perlu dalam profesion perguruan :


-    Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang
berhubung dengan mereka
-    Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak
bertentangan dengan hak asasi umum.
-    Guru dikawal oleh etika perguruan.

Fokus Etika Guru :


-    Kesantunan guru
-    Kepedulian guru
-    Penampilan guru
-    Berniaga di sekolah
-    Pengurusan masa
-    Kerjaya sambilan
-    Kerjaya sambilan
-    Pengurusan kewangan

1.0    ISU KESANTUNAN GURU


-    Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat.
-    Fokus kesantunan guru ialah :
a)    Perlakuan dalam percakapan
-    Kawalan suara
-    Memonopoli sidang perbualan
-    Cakap banyak
-    Puji diri secara langsung dan tidak
b)    Tatacara berkomunikasi
-    Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

2.0    ISU KEPEDULIAN GURU


-    Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan
kepada sesuatu isu/tugas
-    Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau
tugasnya.
-    Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu
yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
-    Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan
(Havelock 1995)
-    Guru perlu :
a)    Sedar atas perubahan
b)    Minat pada perubahan
c)    Mengenali pembawa perubahan
d)    Mengurus perubahan
e)    Menilai kesan perubahan
f)    Bekerjasama dengan rakan
g)    Membuat penambahbaikan

-    Kepedulian dari segi penyempurnaan diri


: urus hal kehidupan seharian
: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas

-    Kepedulian terhadp tugas pengajaran


: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru

-    Kepedulian terhadap impak pengajaran


: yakin terhadap kebolehan pelajar
: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

Cadangan :
-    Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas
daripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi.

ETIKA PERGURUAN[/size]
Susunan: Amiene Rev

Maksud Etika
2. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995)

3. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

4. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

5. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional


2. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar
peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

3. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.

Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,
pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:
2. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

3. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.

4. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

5. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

6. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru
yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan
negara.

7. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan
etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan
tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli
dalam organisasi (INTAN, 1991).

Piagam Pelanggan[/size]
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.

3. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

4. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

5. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi


semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

6. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

7. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa
dan agama atau kepercayaan.

8. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku
murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

9. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak
kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain.

10. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan lain-lain.
11. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid
tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

12. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

13. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.

14. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

15. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

16. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model'
kepada muridnya.

17. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan.

18. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.

19. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.

20. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

21. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

22. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
23. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia [/size]

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:-
2. Niat yang betul
3. Perlakuan yang baik
4. Pengerak ke arah kebaikan
5. Memperkotakan apa yang dikatakan
6. Berdisiplin dan beradab
7. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
2. Amanah
3. Benar
4. Bijaksana
5. Bersyukur
6. Dedikasi
7. Ihklas
8. Penyayang

contoh

KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan
mencemarkan martabat profesion perguruan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata
perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.

“Kejadian ini amat memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti
guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas
apa yang dilakukannya terhadap mangsa,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya
dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta
membelai tubuhnya.

Masalah disiplin antara guru dan pelajar


Pepatah Melayu menyebut, yang tua menyayangi yang muda dan yang muda menghormati yang
tua.

Akhir-akhir ini kita melihat laporan media yang agak merisaukan mengenai hubungan antara
guru dan pelajar. Minggu lepas tentang laporan pelajar-pelajar di Sarawak didenda dengan
direndam. Kini timbul pula laporan bagaimana di Johor seorang guru dicekik pelajar.

Sememangnya suatu kerangka baru diperlukan bagi menggariskan bidang kuasa guru di dalam
mendisiplinkan pelajar, agar guru mempunyai ruang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka
dengan baik dan pada masa yang sama tidak menyalahgunakan kuasa tersebut.

Sebagai seorang pelajar asrama saya sendiri biasa didenda dan mendenda (di dalam had-had
yang tertentu). Tetapi situasi hari ini sudah berubah, sikap ibu bapa yang menyerahkan anak
mereka kepada guru untuk diperlakukan apa sahaja asal tidak meninggalkan bekas mungkin
sukar dicari.

Namun kerangka undang-undang dan peraturan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah
ini. Perkara pokoknya ialah membina perasaan hormat dan sayang-menyayangi antara guru dan
murid dengan cabaran hari ini.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang kepada guru-guru untuk melaksanakan amanah dan
tanggungjawab mereka. Kadangkala ibu bapa terlalu campur tangan, sehingga guru gagal
menunaikan tugas mereka dengan baik. Apabila timbul musibah atau keputusan anak mereka
tidak baik, guru juga dipersalahkan.

Masalah guru

Persoalan nasib guru swasta yang merasa dianaktirikan dan diperlakukan tidak adil kian mencuat
ke publik. Polarisasi antara guru swasta dan negeri sebenarnya bukan persoalan utama yang kita
hadapi.

Masalah utama yang menjadi pangkal perdebatan adalah tidak adanya keseriusan pemerintah
dalam menjaga dan melindungi martabat profesi guru, tidak peduli apakah itu guru negeri,
swasta, tetap, maupun honorer.

Dua kekuatan

Sebenarnya, nasib guru lebih banyak ditentukan dua kekuatan, yaitu kekuatan negara dan
kekuatan masyarakat. Kekuatan negara terhadap guru bersifat memaksa dan mengatur. Ini terjadi
karena negara berkepentingan hanya mereka yang memiliki kompetensi dan layak mengajar di
kelaslah yang boleh berdiri di depan kelas. Karena itu, negara mengatur berbagai macam
kompetensi yang harus dimiliki guru sebelum mereka boleh mengajar di dalam kelas. Kualifikasi
akademis, sertifikasi, kemampuan sosial, dan keterampilan pedagogis adalah hal-hal yang harus
dikuasai guru. Berhadapan dengan aturan negara yang koersif ini, para guru tidak dapat berbuat
apa-apa selain harus menyesuaikan diri. Sebab inilah satu-satunya cara agar profesi guru tetap
berfungsi efektif dalam lembaga pendidikan.
Selain itu, masyarakat juga memiliki kekuatan kultur yang menentukan gambaran sosok guru.
Guru harus memiliki sifat-sifat tertentu, yaitu ramah, terbuka, akrab, mau mengerti, dan
pembelajar terus-menerus agar semakin menunjukkan jati diri keguruannya. Masyarakat telah
menentukan pola perilaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan guru di dalam kelas dan di luar
kelas. Bahkan, masyarakat dengan kekuatan kulturalnya mengatur bagaimana guru harus
berpakaian. Guru tak bisa seenaknya memakai jenis pakaian tertentu selama mengajar.
Pelanggaran atas harapan masyarakat ini membuat individu guru kehilangan integritas.

Berhadapan dengan dua kekuatan ini, guru tidak memiliki kekuatan penawaran, selain mengikuti
apa yang ditetapkan instansi di luar dirinya. Tidak jarang, norma sosial yang harus dilaksanakan
guru menjadi rambu-rambu yang sebenarnya menjaga martabat guru itu. Ketika ada pelanggaran
kode etik yang dilakukan guru, masyarakat akan menilai pribadi itu sebagai kehilangan kualitas
keguruan dan dia tidak akan dipercaya. Karena itu, sanksi sosial, baik dari masyarakat maupun
negara, sebenarnya bukan bersifat punitif, tetapi juga reparatif, yang membuat status dan
martabat guru tetap berharga di mata masyarakat dan negara.

Bagian hakiki

Kekuatan memaksa negara dan kekuatan kultural masyarakat sebenarnya menjadi bagian hakiki
yang mewarnai status seorang guru. Karena itu, tiap orang yang ingin menjadi guru harus
mempertimbangkan dua tuntutan itu. Guru tidak bisa mengklaim dirinya sebagai guru jika
negara dan masyarakat tidak memaklumkan keberadaan individu itu sebagai guru.

Sayang, situasi sosial, politik, dan ekonomi kian membuat status guru terpencil dan terpinggir.
Ini terjadi karena tuntutan tinggi yang dipaksakan pemerintah ternyata tidak dibarengi kesediaan
pemerintah melindungi profesi guru. Bahkan, ada guru digaji di bawah upah minimum regional.
Sedangkan masyarakat, terutama para pemilik yayasan pendidikan swasta, juga tidak dapat
berbuat banyak karena alasan tak adanya dana untuk mengangkat guru-guru mereka menjadi
guru tetap. Minimnya sumber daya yayasan sering menjadi alasan untuk tidak memerhatikan
nasib guru, bahkan membebani masyarakat dengan cara menaikkan biaya pendidikan.

Entah berhadapan dengan kekuatan negara atau masyarakat, guru ada dalam posisi lemah dan
selalu menjadi korban. Situasi ini tidak dapat diatasi dengan mengangkat seluruh guru honorer
menjadi pegawai negeri, seperti tuntutan beberapa kelompok guru honorer maupun mengangkat
guru tidak tetap menjadi guru tetap yayasan.

Masalah ini hanya bisa diatasi jika pemerintah dan masyarakat memberi prioritas untuk menjaga,
melindungi, dan menghormati profesi guru. Secara khusus, pemerintah harus memberi jaminan
finansial secara minimal kepada tiap guru agar mereka dapat hidup layak dan bermartabat
sebagai guru. Jaminan seperti ini hanya bisa muncul jika ada perlindungan hukum berupa
peraturan perundang-undangan yang benar-benar memihak dan berpihak kepada guru.

Sejauh ini, pemerintah hanya mampu menuntut guru untuk ikut sertifikasi, tetapi ia gagal
memberi penghargaan dan perlindungan atas profesi guru (ada ketidakseimbangan kuota guru
negeri dan swasta, sedangkan swasta dibatasi kesejahterannya dengan aturan alokasi jam
mengajar dan status kepegawaian). Pemerintah memiliki tugas mulia dalam menyejahterakan
nasib guru. Negara mampu melakukan itu jika ada keinginan politik yang kuat. Ongkos sosial
dan politik pada masa depan akan lebih ringan jika pemerintah mampu memberi perlindungan
dan kemartabatan profesi guru, terutama memberi jaminan ekonomi minimal agar para guru
dapat hidup bermartabat, sehingga mereka dapat memberi pelayanan bermutu bagi masyarakat
dan negara.

Dukungan bagi swasta

Ketidakmampuan sekolah swasta dalam membiayai para guru yang bekerja di lingkungannya
juga harus menjadi keprihatinan utama pemerintah. Partisipasi masyarakat dalam
mengembangkan dunia pendidikan patut didukung, tetapi pemerintah juga wajib menjamin
bahwa masyarakat yang mengelola sekolah memenuhi persyaratan sesuai standar pemerintah
dalam menyelenggarakan pendidikan. Jika banyak yayasan pendidikan tidak mampu memenuhi
standar pelayanan pendidikan, yayasan seperti itu tidak layak melangsungkan pelayanan
pendidikan karena akan merugikan masyarakat (menarik ongkos terlalu tinggi), tidak mampu
menghargai kinerja guru, dan tidak mampu memberi layanan pendidikan yang terbaik bagi siswa
karena keterbatasan sarana, fasilitas, dan mutu guru.

Di zaman persaingan ketat seperti sekarang, kinerja menjadi satu-satunya cara untuk mengukur
mutu seorang guru. Karena itu, status pegawai negeri, swasta, tetap, atau honorer tidak terlalu
relevan dikaitkan gagasan tentang profesionalisme kinerja seorang guru. Di banyak tempat,
status pegawai tetap malah membuat lembaga pendidikan swasta tidak mampu mengembangkan
gurunya secara profesional sebab mereka telah merasa mapan. Demikian juga yang menjadi
pegawai negeri, banyak yang telah merasa nyaman sehingga lalai mengembangkan dirinya. Di
Papua, ada fenomena, status menjadi guru pegawai negeri banyak diincar sebab tiap bulan
mendapat gaji, sementara hadir di sekolah dianggap tidak wajib.

Guru yang berkualitas selalu mengembangkan profesionalismenya secara penuh. Dia tak akan
merengek-rengek meminta diangkat sebagai pegawai negeri atau guru tetap sebab pekerjaannya
telah membuktikan, kinerjanya layak dihargai. Mungkin ini salah satu alternatif yang bisa
dilakukan guru untuk mengembangkan dan mempertahankan idealismenya pada masa sulit.
Namun, idealisme ini akan kian tumbuh jika ada kebijakan politik pendidikan yang mengayomi,
melindungi, dan menghargai profesi guru. Pemerintah sudah seharusnya menggagas peraturan
perundang-undangan yang melindungi profesi guru, tidak peduli apakah itu guru negeri atau
swasta, dengan memberi jaminan minimal yang diperlukan agar kesejahteraan dan martabat guru
terjaga.

Cara mengatasi masalah disiplin pelajar

disiplin pelajar
Posted on 14 Mac, 2008 by admin

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan
apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

            Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era
globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar
dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.
Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

            Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.
Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam
hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus
merosot itu.

            Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup
berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan
drastiknya.

            Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi
faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin
sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang
beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh
tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan
kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan
peningkatan masalah disiplin pelajar.

            Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca
masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa
mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

            Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa
mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi
mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

            Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita
disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu
bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling

kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil

kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah

keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain – lain.


Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional

merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri – ciri yang telah

dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya

kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan

yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri – ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah

kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti

apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada – dada akhbar. Ini sudah

tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei

ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu

penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan

yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti

kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid – murid dan guru terlibat

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini

timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang

tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi
adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh
penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak
menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar
daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak
berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di
kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di
pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan
banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa
masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu
guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang
komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap
ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan
tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh – sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa
yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan
kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.
Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru – guru menjadi lebih
berani untuk

masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada


tindakan mereka.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada
banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid – murid. Antara kesan
yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan
pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan
dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka
semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan
peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa
terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan,
maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak
pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada
guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut
kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan
memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah
yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan
kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini.
yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat
dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk
berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa
muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan
kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk
berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu
menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai
seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat
dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir – akhir ini, semakin
banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa.
Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan
pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain
penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku
aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa
mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran
yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada
pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak
mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapa
sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan
wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap
tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai
diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan
kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru
yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya
untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur
dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang
yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati
kod etika profesionnya yang menggariskan batas – batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir.
Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh
pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan
penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan
wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang
juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah
yang menyebabkan guru – guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir – butir
perbelanjaan untuk kepentingan diri.

Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan
kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu
diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring)
dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa
Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan
penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala

kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan

penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru

di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling -
pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan

lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat

mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara

memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah

dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta

tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam

penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru

perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus

memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang

telah digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan

penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang

buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.

Pendahuluan

Definasi Etika

            Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan ethic itu pula
dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah
laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua:
            i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang
baik dan jahat.

          ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi menganalisis
semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang berfungsi
untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk
memperkukuhkan lagi etika. (Mustafa Haji Daud - Etika Pengurusan  1996)

            Etika merupakan displin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian
kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara
individu. (Abdul Rahman Md. Aroff - Teori Etika dan Amalan Moral 1999)  

            Guru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia yang
mempunyai unsur nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara
mempunyai matalamat untuk memenuhi tuntutan “JERI”  mewujudkan insan yang
seimbang (holistik) dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah
tentunya memerlukan satu tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Setiap
organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagi panduan tingkah laku setiap ahli.

            Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina kod etikanya sendiri.
Kementerian Pendidikan Malaysia membina kod etika ini menggunakan istilah Tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia.

            Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan
manusia. Guru sangat perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi.
Pembangunan insan harus diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat supaya sentiasa
terpelihara. Mahathir (1999), guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang
boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara
lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran
berkomunikasi.

            Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah
dan moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak
yang dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Pembangunan insan cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan
menjadi negara maju pada awal abad yang akan datang.

             Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan
menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan
ingat bagaimana guru-guru menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan,
nilai-nilai murni dan jati diri sehingga sebati dalam jiwa. Dalam konteks ini guru merupakan
manusia yang telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu,
beriman dan bertakwa.

            Matalamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan memjadikan
Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan tanggungjawab semua
warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Jesteru itu satu, Etika Profesion Perguruan
Malaysia dan Etika Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga
Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan
tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-
masing.
            Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini guru dapat menjalankan
tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga
Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Etika ditakrifkan
sebagai “satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak
baik dan dengan kewajiban dan tanggungjawaj moral”.  (Harold Koontz & Heinz Weihrich -
Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar -DBP) 

            Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi.
Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak
dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya
kerja yang cemerlang, perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini
akan bererti jika ianya mematuhi nilai-nilai moral.

            Perbincangan yang akan dibincangkan dalam bab ini hanya meliputi Tatasusila
(Etika) Profesion Perguruan Malaysia supaya ianya dapat dijadikan sebagai panduan
untuk melihat kepada keberkesanan etika ini dalam menjadi amalan setiap warga pendidik.

            “Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu
profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini telah pun disediakan dalam
bentuk ikrar dan  lazimnya tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru”. (Ee
Ah Meng  Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih 1989)

(Lampiran yang dilampirkan merupakan rujukan Tatasusila (Etika) Profesion


Perguruan Malaysia sebagi rujukan kritis).

1.      TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR.

          1.1    Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain.

                   Ciri ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Tetapi adakah
ciri ini sebenarnya berlaku.  Realiti yang berlaku guru banyak mengajar displin mata
pelajaran ke arah mencapai kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi di mana
akan berlaku perubahan moral. Sepatutnya guru mengimbangi antara kecemerlangan
akademi dengan kebajikan dan keselamatan pelajar.  Etika sudah ada secara teori tetapi
yang mempunyai aspirasi tersendiri. Tetapi realiti sebenar yang berlaku di sekolah tidak
seperti yang diharapkan.

          1.2    Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

            Sepatutnya semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua pelanggang
(pelajar) dengan mengenepikan semua unsur-unsur lain. Tetapi apa yang realiti berlaku di
sekolah di mana kelas yang pandai biasanya diberi penekanan yang lebih supaya pelajar
dapat perstasi yang cemerlang manakala kelas yang terbelakang penekanan kurang dibuat.

            Pembelajaran dilakukan secara Mastery Learning untuk lulus dalam peperiksaan.

    1.3  Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
           Menjaga kerashiaan dan mengambil langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalah
penting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat tidak boleh disebarkan
kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan
dengan ini kerahsiaan tidak akan terjamin. Apa yang realitinya berlaku di sekolah hanyalah
Unit Bimbingan dan Kaunseling sahaja yang memegang kepada kod etika ini manakala yang
lainnya menganggapkan perkara kerashiaan adalah perkara biasa.

    1.4  Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

           Sememangnya berlaku demikian di sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetap
secara bulanan. Namu pun begitu sekiranya berlaku kelas tambahan maka biasanya guru-
guru di bayar elaun khas melalui Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG). PIBG
memainkan peranan memberi sedikit bayaran lain sebagai inesatif kepada guru-guru. Ee Ah
Meng (1989)

          “Guru hendaklah mengelakkan diri daripada menerima sebarang hadiah dari ibubapa
pelajar dalam menjalankan tugas-tugas profesionalnya” 

    1.5  Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

           Mohamad Sani Ibrahim (1994), berpandukan kehadiran guru-guru dalam kursus
dalam perkhidmatan, jumlah kecil kurang dari 1% daripada populasi keseluruhan. (Petikan
Suara Guru Jilid 20 No.2 Sept 1998). Walaupun perkara ini sangat penting dalam
meningkatkan mutu pendidikan tetapi penekanan kurang dibuat oleh Kementerian
Pendidikan. Perancangan tentang hal ini hanya berlaku pada tahun 1979-1980 apabila IAB
ditubuhkan. Sebelum ini tidak ada institusi khas yang ditubuhkan untuk memberi latihan
semula kepada guru-guru setelah meraka menamatkan pengajian. Kebanyakan guru-guru
yang mengajar, mengajar “on-the job”  di mana pengalaman didapati melalui kerja yang
dilakukan. Kursus-kursus profesional dan vokasional jangka panjang tidak banyak
dilakukan.

          Kebanyakan guru-guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan tidak mempunyai masa
untuk terlibat sepenuh masa dalam program-program di atas. Tanpa pengelibatan guru
dalam perkara di atas maka adalah sukar untuk melaksanakan program-program
pembaharuan, perubahan dan refomasi.            

         Sepatutnya guru-guru didedahkan dengan perkara ini supaya dapat membuat
keputusan yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan dan selera pelajar, mengikut piawai
dan kualiti yang diiktiraf, kamampuan bertanding dan membuat penilaian berasaskan
produktiviti dan penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada perkembangan
Teknologi Maklumat

         (IT) masa kini dan pengurusan dalam era teknologi maklumat masa kini maka
perancangan strategik perlu dilakukan supaya perubahan sikap dapat berlaku melalui faktor
ini.

  1.6  Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi
contoh yang baik kepada pelajar.              
          Ciri ini sememangnya amat dituntut kerana tingkahlaku guru akan menjadi ikutan
pelajar seperti kata pepatah “Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari”  dan
tidak berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Segala bentuk perlakuan dan
watak guru biasanya akan diikuti oleh pelajar. Pada kebiasaannya guru mengamalkan
perkara ini.     

          Guru mesti mempunyai pribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang
baik.  Guru hendaklah sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha
menyesuaikan dengan keadaan sekeliling kerana setiap perkembangan guru akan dinilai
oleh pelajar dan masyarakat.                     

        Ee Ah Meng (1989)  Dalam keadaan biasa guru lazimnya didewa-dewakan oleh kaum
pelajar. Dia dianggap sebagai individu yang yang idel, berstatus dan berkelayakan. Oleh itu
tingkah laku guru sentiasa dicontohi oleh pelajarnya. Situasi seperti ini yang menyebabkan
orang ramai menaruh harapan terhadap guru untuk menonjolkan tingkah laku yang unggul
bagi pelajarnya.

       Dalam keadaan ini:

           * Guru perlu menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik
sepanjang masa.

           *  Berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti yang
boleh menjadi sumber inspirasi kepada pelajar.

           *  Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat
mendorong seseorang berkelakuan baik. 

2.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.

      2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak merka.

            Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak-anak merupakan


tanggungjawab ibubapa. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini terdapat ibubapa yang
meletakkan tanggungjawab utama ini kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi jika anak-anak
mereka belajar di sekolah asrama sejak  tingkatan satu lagi, maka tanggungjawab ini lebih
diberikan kepada guru-guru.

     2.2  Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.

              Guru berusaha mewujudkan keadaan ini melalui Persatuan ibubapa dan guru-guru
dan aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti mengadakan aktiviti gotong
royong Sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Hari Keluarga, Hari Terbuka dan
lain-lain lagi. Namupun demikian bukannya semua guru dan   ibubapa  yang hadir. Keadaan
ini berlaku maka susahlah untuk diterapkan nilai moral secara menyeluruh.  

    2.3 Menggangap  semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan
kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya .
          Pada kebiasaanya di peringkat ini kerashiaan hanyalah diamalkan oleh konselor
sekolah manakala yang lainnya menggangapkan perkara ini suatu perkara yang biasa. 

    2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara  teliti dan bijaksana.

          Dalam hubungan ini segala maklumat seperti keputusan peperiksaan dalaman,
aktiviti ko-kurikulum perlulah dihantar kepada ibubapa supaya mereka juga dapat
mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah dan kadangkalanya perbincangan
perlu dilakukan dengan ibubapa/penjaga bagi mereka mengetahui kedudukan anak-anak
mereka di sekolah tetapi perkara ini jarang dilakukan di sekolah.

          Kesempatan ini patut digunakan oleh guru untuk mendapat latar belakang pelajar-
pelajar supaya boleh dijadikan panduan untuk mengatasi kelemahan pelajar.   

    2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosiol dan
ekonomi pelajar.

          Setiap pelajar adalah sama dan tidak perlu diberi keutamaan kepada mana-mana
pelajar. Di Jepun contohnya semua pelajar diberi makanan yang sama semasa rehat supaya
tahap pemakanan pelajar di sekolah adalah seimbang dan kecerdasan pelajar adalah sama.
Projek program susu sekolah yang dilancarkan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia
mempunyai matlamat yang sama. Pelajar mestilah dilayani  sama rata. 

Pencapaian kanak-kanak di sekolah juga dipengaruhi oleh latar belakang keluarga. Faktor
latar belakang keluarga merangkumi unsur seperti harapan ibu bapa, kemodenan, kelebihan
kemudahan ibu bapa, status sosioekonomi, jarakdari sekolah dan daerah tempat tinggal. Ee
Ah Meng (1989)  Kajian keciciran telah menunjukkan bahawa keluarga yang miskin juga
merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah pula motivasi pendidikannya.

        Dalam hubungan ini jika mereka tidak diberi layanan yang sama rata maka sudah
tentulah pencapaian mereka akan terjejas. Motovasi yang rendah memang akan
menjejaskan dorongan kanak-kanak untuk belajar dengan tekun dan dengan ini pencapaian
persekolahan akan juga terjejas.  

    2.6  Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka. Guru
mestilah bersifat neutral dan tidak boleh menghasut pelajar supaya membenci ibu bapanya.
Sebagai contoh apa yang berlaku sekarang ada dikalangan pelajar yang memberitahu ibu
bapa mereka supaya membenci kerajaan kerana dihasut oleh guru mereka. Keadaan seperti
ini tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru-guru.  Ee Ah Meng (1989)

           Guru hendaklah menanamkan sikap baik di kalangan pelajar agar mereka
membesar menjadi warganegara yang berguna dan taat setia kepada keluarga dan
negara.

     3.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA.   

           3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh
merosokkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukunnegara.
              Sepatutnya guru mendidik, mencorok, membimbing disamping memberi ilmu
supaya pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan
harmonis. Tetapi apa yang berlaku:

                  * Ada guru yang menerapkan nilai, kepercayaan dan fahaman mereka sendiri
seperti apa yang berlaku guru membawa bersama-sama pelajar dalam gerakan refomasi.

                 *  Mereka juga membentuk pelajar mengikut apa yang  mereka fikirkan betul.

                 *  Kadangkala terdapat fahaman guru berkonflik dengan hasrat dan aspirasi
Falsafah Pendidikan Negara atau Tatasusila Profesioan Perguruan Malaysia. Keadaan seperti
ini tidak sepatutnya wujud dikalangan guru-guru.

     3.2  Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang  boleh membantu dan
membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna menghormati orang tuan dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama. Perkara ini biasanya dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum di
sekolah, di mana pelajar diasuh menghormati ketua.

          Kegiatan ko-kurikulum boleh membantu pelajar dalam menanam sikap suka tolong
menolong, melakukan amal kebajikan,menjauhi perkara keji,dan merupakan etika
yang  mulia yang dapat dilahirkan melalui kegiatan ko-kurikulum.

          Semua pelajar dari pelbagai kaum akan menyertai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
seperti persatuan, unit beruniform, sukan dan olahraga. Dengan ini semangat bersama,
toleransi, bertimbang rasa akan dapat dipuput. Guru-guru dan pelajar memahami antara
satu sama lain dan dengan ini dapat memupuk semangat bersama di kalangan pelajar
berbilang kaum dan perpaduan akan dapat dipupuk. Apa yang realitinya           berlaku ada
dikalangan pelajar yang tidak menyertai kegiatan ini maka sukarlah untuk memupuk
perkara ini secara menyeluruh. Guru sepatutnya dapat membentuk pelajar menjadi
warganegara yang taat setia, berguna serta menghormati perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.          

      3.3  Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.

           Dalam setiap program sekolah sepatutnya masyarakat  setempat tidak dilupakan.
Tetapi apa yang berlaku di sekolah di mana pihak pentadbiran lebih kepada penunjulan diri
di peringkat jabatan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Pendidikan Daerah
(PPD) tanpa menjemput masyarakat setempat. Sepatutnya jika diadakan majlis
rasmi sekolah seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Hari Keluarga,           masyarakat
setempat dijemput sama.

           Faktor lain yang menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara ialah
mewujudkan kerjasama melalui PIBG, sepatutnya PIBG dan masyarakat sama-sama
memainkan peranan dalam memajukan sekolah . Walaubagaimanapun terdapat sekolah di
mana PIBG hanya wujud pada namanya sahaja tetapi semua perkara diuruskan oleh pihak
sekolah.
           Sebagai contoh sambutan Hari Guru setiap tahun ianya dijalankan sendiri oleh
warga pendidik. Sepatutnya pihak ibubapa harus terlibat sama bagi menghargai
pengorbanan guru-guru mendidik anak-anak sehingga berjaya. Walaupun perkara ini
terdapat dalam etika perguruan tetapi dari segi realitinya hanya pihak guru memainkan
peranan tanpa sokongan dari pihak lain.

        Guru sememangnya memainkan peranan cergas dalam meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat tetapi biasanya guru lebih bertindak
bersendirian dalam hal ini. Sebagai contoh masalah merokok yang semakin tinggi di
kalangan pelajar sekarang ini hanya pihak sekolah yang cuba mengatasinya dengan
mengadakan hukuman rotan, gantung persekolahan dan lebih berat lagi buang sekolah.

        Tetapi terdapat di kalangan ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka meghisap
rokok di rumah.  Sekolah sepatutnya rapat dengan masyarakat dan dari masa ke semasa
sekolah sepatutnya memberi pertolongan kepada masyarakat dan sebaliknya. Ini adalah
kerana sekolah diwujudkan untuk kepentingan dan keperluan masyarakat, serta
meyediakan pelajaran secara formal kepada anak-anak ahli masyarakat dan melatih
mereka untuk melahirkan mereka rakyat yang berkemahiran untuk masyarakat dan
negara. 

        Guru mestilah bertindak dan bertingkah laku yang sopan dan dapat diterima oleh
masyarakat kerana sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat yang membayangkan
matlamat dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Dalam hubungan ini segala tingkah
laku guru akan menjadi ikutan kepada masyarakat. Sekolah semestinya
memperlihatkan normal-normal, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat.

         Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atau ceramah yang


menarik minat ahli-ahli masyarakat seperti tentang agama, akhlak, moral, penyakit-
penyakit bahaya dan lain-lain lagi. Perkara ini memberi pengetahuan dan matalamat kepada
ahli-ahli  masyarakat. Tetapi realitinya perkara ini tidak        diberi penekanan dalam
pengurusan sesebuah sekolah. Guru sepatutnya menjadi rujukan umum dan perlu berada
dalam keadaan yang boleh diterima oleh masyarakat.              

4. TANGGUNGJAWAB  TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESIOAN


PERGURUAN.

      4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Sebagai seorang yang
profesional maka sudah tentulah seseorang guru akan menjaga profesion perguruan dan
maruah seseorang guru. Mohd Najib (1996), Untuk mencapai hasrat kita ke arah
mewujudkan word class education dan seterusnya world class nation, kita memerlukan
gabungan tenaga, pemikiran dan daya kreatif dari setiap warga Kementerian.Warga
Kementerian perlu visi dan nilai yang dikungsi bersama.

           Oleh hal yang demikian kita perlu sama-sama menjaga  profesion perguruan supaya
pelanggang dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak-kehendak mereka yang
sah dapat dipenuhi.  Apa yang masyarakat mahu ialah penghasilan kerja sama ada
perkhidmatan atau barangan dikeluarkan tanpa            cacat, tepat, dan boleh dipercayai.
Sehubungan dengan ini maka kita perlu menjaga profesion perguruan maruah seseorang
guru.               
    4.2  Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru. 

           Guru sepatutnya berusaha meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing.


Guru dilarang daripada terlibat dalam aktiviti lain seperti berniaga, ejen insuran, ejen jualan
langsung kegiatan politik, dan kegiatan luar yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
seorang guru. 

               Tetapi apa yang berlaku sekarang ada dikalangan guru yang berniaga di pasar
malam, memandu kereta sewa hingga larut malam untuk menambahkan pendapatan.
Walaupun mereka mengetahui hal ini tetapi perkara ini terpaksa dilakukan kerana keadaan
ekonomi yang terdesak berbuat demikian.

            Akibatnya mereka hadir  ke sekolah sebagai memenuhi syarat perkhidmatan dan


mengajar memenuhi masa yang  diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga tidak komited kerana
ada agenda lain yang lebih menguntungkan sedang menanti. Kalau diperincikan lagi tentang
hal ini makla sudah tentulah banyak lagi tindakan tata tertib yang boleh diambil
kepada guru kerana ianya jelas melanggar akta perjanjian sebagai seorang guru.

    4.3  Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan


rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.  

           Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat dituntut supaya peningkatan


kecemerlangan dalam semua segi dapat dicapai.  Dalam hubungan ini guru perlu
menyediakan perancangan pelajaran yang kemas dan teratur, objektif pelajaran jelas,
memastikan minat serta pengetahuan sedia ada pelajar diambil kira dalam merancang
pelajaran, set induksi yang baik dan dapat menarik minat pelajar, langkah di
peringkat            perkembangan pelajaran disusun mengikut prinsip dari mudah kepada
kompleks dan seterusnya menyediakan penutup yang sesuai sama ada penutut sosial atau
kognatif pelajar. Tetapi apa yang realitinya berlaku biasanya perkara ini
diberikan penekanan semasa latihan mengajar kemudian selepas itu tiada penambahbaikan
dibuat.

            Dalam hubungan ini ke arah persediaan memasuki alaf baru, maka kita perlu
melihat kembali struktur dan mekanisme pelaksanaan secara total ke arah mewujudkan
sistem pendidikan yang efisyen, efektif dan bertaraf dunia.

    4.4  Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan.

            Salah satu perkara yang sering ditimbulkan oleh guru-guru ialah biasanya
pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan  guru-guru kanan banyak menghadiri
mesyuarat, menghadiri kursus dalam perkhidmatan, seminar dan guru-guru baru kurang
didedahkan tentang perkara ini. Tetapi malangnya selepas mengikutinya tidak diadakan
pula kursus dalaman bagi mendedahkan kepada guru-guru lain terutamanya guru-guru
baru. Pendek kata sistem komunikasi guru perlu diperkemaskan di semua peringkat: dari
peringkat atasan iaitu

            Kementerian sehinggalah ke peringkat negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah


hingga kepada guru-guru dan kakitangan. Sepatutnya mereka saring membantu antara
satu sama lain, sebaliknya tedapat jurang atau gap antara mereka dan menyebabkan susah
untuk menolong antara satu sama lain. Kita perlu bantu membantu antara satu sama lain
supaya sistem pengajaran dan pembelajaran kita bukan sekadar    berkesan tetapi mampu
memenuhi keperluan sebenar untuk membentuk masyarakat yang berdaya cipta dan
mampu menyumbang kepada peradaban dunia.         

    4.5  Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

           Sebagai seorang yang profesional maka guru hendaklah tidak melakukan sesuatu
yang boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan. Dalam keadaan politik sekarang
ini nampaknya terdapat dikalangan guru yang gagal untuk mengatasi diri dari terlibat dalam
gerakan refomasi dengan membawa pelajar sama terlibat. Keadaan ini boleh mencemarkan
nama baik profesion perguruan. Segala tingkah laku guru  mestilah dijaga kerana ianya
menjadi ikutan orang lain.

    4.6  Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

           Walaupun perkara ini termasuk dalam etika perguruan, tetapi bilangan guru yang
terlibat dalam sesebuah pertubuhan guru adalah kecil. Guru mempunyai beberapa
pertubuhan yang besar untuk menjaga kebajikan mereka serta meninggikan mutu profesion
perguruan. Jika timbul rasa ketidakadilan, maka           pertubuhan akan berusaha
mengatasinya. Antara kesatuan guru ialah National Union Of Teaching Profession (NUTP),
Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat (KGMMB). Sekarang ini banyak koperasi guru
ditubuhkan untuk membantu guru seperti Yayasan Guru Malaysia Berhad tetapi bilngan
yang menyertainya amat sedikit. 

Kesimpulan.

            Matalamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia
pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah merupakan tanggungjawab semua
warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya kita mengikuti sepenuhnya Kod Etika
Profesion Perguruan Malaysia maka kita akan mempunyai sifat-sifat luhur,
bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.

            Kita dapat melihat bahawa etika mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
pengurusan. Etika yang baik akan menghasilkan budaya kerja yang cemerlang dan
pengurusan yang berkualiti yang akan berakhir dengan hasil perkhidmatan dan barangan
yang bermutu tinggi.

            Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan sepenuhnya
oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan yang
menuju kepada pendidikan bertaraf dunia yang diidamkan. Guru-guru telah diamanahkan
untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman, bertakwal, berakhlak mulia serta
mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara berasaskan kod etika profesion
perguruan.

Rujukan
Abdul Rahman Md. Arof  (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalan Moral . Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Abdul Halim Hassan  (1994).  Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan.  Kuala Lumpur. 
Delma (M) SDN.BHD.

Hisham Altalib  (1992).  Panduan Latihan bagi Petugas Islam. Kuala Lumpur.  Nurin
Enterprise.

Mustafa Haji Daud  (1996). Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publiction &
Distributions Sdn.Bhd.

Rozhan Othman  (1997).  Pengurusan Personal dan Perancangan Guna Tenaga.  Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Mohamed (1998).  Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Wan Shamsuddin Wan Mamat (1999).  Perancangan Pendidikan PG586.  Terengganu. 


Universiti Putra Malaysia.

Persatuan Pendidikan Malaysia (Jld 20 No.2(SEP) 1998). Suara Pendidik. Institut Aminuddin
Baki Sri Layang Genting Highland Pahang.

Samat Buang.  Sistem Komunikasi Manusia Dan Haiwan: Satu Perbandingan.  Jurnal
Dewan  Bahasa  April 1997.

Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap dengan jelas dan jitu dalam
membentuk diri menjadi seorang guru yang berakhlak mulia. Guru menjunjung amanah sebagai
pendidik yang perlu bersikap jujur dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi
pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan tugasnya.

Anda mungkin juga menyukai