Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL 1- MPW2153

1. Dari manakah perkataan etika berasal ? Apakah perkataan asalnya?


2. Bagaimanakah gambaran yang diberikan dalam pendidikan moral terhadap individu
yang menyeluruh?
3. Nyatakan EMPAT (4) aspek aplikasi kemoralan.
4. Keadaan jiwa terbahagi kepada dua bahagian iaitu sifat semulajadi dan sifat yang
dimiliki menerusi latihan. Pernyataan ini sesuai dikaitkan dengan apa?
5. Kategorikan pernyataan normatif di bawah:
No Pernyataan Jenis
i. Ibubapa mestilah dihormati.

ii. Merokok membahayakan kesihatan.

iii. Rasuah adalah salah di sisi undang-undang.

iv. Dia sentiasa bertanggungjawab terhadap


tugasnya.

6. Tuliskan nilai yang TEPAT berdasarkan pernyataan di bawah.


Nilai Ayat
i. Penderaan kanak-kanak adalah satu kezaliman
dan mesti dihapuskan.
ii. Rita sentiasa berjumpa dengan pensyarahnya
supaya dia mendapat cemerlang dalam subjek
yang diambilnya.
iii. Memandu dengan laju boleh mengakibatkan
kemalangan yang dahsyat.
iv Seorang anak wajib taat kepada kedua
ibubapanya.

7. Apakah yang membezakan pernyataan normatif dengan pernyataan deskriptif ?


8. Bagaimanakah kita mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri
sendiri dan orang lain?
9. Apakah jenis nilai yang melihat bahawa mereka yang membunuh dengan sengaja
patut dibawa ke muka pengadilan?
10. Apakah ciri yang membezakan antara nilai subjektif dan nilai relatif?
11. Jika Jessica mengamalkan fungsi nilai, berikan DUA (2) contoh yang sesuai.
12. Tunjukkan perbezaan antara pernyataan normatif deontik (obligasi) dan aretaik (nilai)
berserta contoh yang sesuai.
13. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan, kita sememangnya digalakkan belajar
bersungguh-sungguh. Terangkan nilai subjektif dan instrumental yang patut menjadi
slogan dalam diri kamu.
14. Nilai sebagai standard asas dan prinsip untuk membuat pertimbangan tentang
sesuatu. Sekiranya kawan kamu mengajak kamu ponteng kelas dan pergi bekerja
sambilan, apakah tindakan kamu? Bagaimanakah kamu membuat pertimbangan
moral sebelum mengambil tindakan yang sepatutnya?
15. Bagaimanakah seseorang itu membuat pertimbangan moral sebelum mengambil
tindakan yang sepatutnya? Huraikan bagaimana nilai berfungsi dalam kehidupan
seseorang individu.