Anda di halaman 1dari 24

KAJIAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa adalah kunci pintu khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk
mendapatkan ilmu (Koh 1986). Kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan
kemajuan murid dalam mata pelajaran lain, kerana bahasa adalah alat komunikasi
untuk mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan. Fungsi asas bahasa adalah sebagai
alat komunikasi bagi manusia dan keperluan berkomunikasi ialah keperluan hidup yang
asasi. Kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui bahasa adalah satu
ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Tidak ada manusia di dunia ini tidak
mempunyai bahasa, malahan semua manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan
hasrat dan perasaan meskipun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat.

Salah satu matlamat pendidikan ialah memastikan semua kanak-kanak


mendapat pendidikan yang sama. Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan
menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan dan dirancang. Terdapat beberapa
golongan pelajar yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses
pembelajaran berlaku dengan baik. Antaranya ialah kanak-kanak keperluan khas.
Walau bagaimanapun, kekurangan dan ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak
keperluan khas menyebabkan mereka berbeza daripada kanak-kanak yang sempurna
sifatnya, sama ada dari segi kecerdasan mental mahupun keupayaan fizikal. Perbezaan
dan kekurangan ini menyebabkan kaedah pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak khas
ini berbeza berbanding yang digunakan kepada kanak-kanak yang sempurna sifatnya.
Mereka sebenarnya sangat istimewa untuk difahami.
2.0 DEFINISI PELAJAR BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI.

Kanak-kanak normal akan menguasai sesuatu bahasa jika dia terdedah kepada
bahasa tersebut kerana dia akan mendengar dan meniru apa yang didengarinya. Walau
bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mampu menguasai dan memperoleh bahasa
mengikut kadar yang sama dari segi tempoh masa ataupun peringkat prestasi
kemahirannya. Perbezaan kadar ini berlaku kerana ketidakseimbangan faktor-faktor
pengaruh yang diperoleh oleh kanak-kanak iaitu keadaan fizikal, kecerdasan,
perkembangan kognitif, daya diskriminasi (pengamatan), pengalaman, persekitaran,
emosi, motivasi dan sahsiah (Mat Daud Yusof 1990).

Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-ciri masalah bahasa merujuk kepada
ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri
daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan aspek
pragmatik. Pakar dalam bidang ini berpendapat kanak-kanak bermasalah bahasa ini
memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan di fahami
dengan mudah untuk berkomunikasi. Ada pendapat menyatakan komunikasi, bahasa
dan pertuturan adalah dalam konteks yang sama tetapi pengkaji bahasa berpendapat
terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga itu.

Menurut Owen (1990), komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar
maklumat dan berkongsi idea. Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling
bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat tersebut diterima dan saling memahami.
Walaupun komunikasi menggunakan pertuturan dan bahasa, aspek lain perlu diambil
kira seperti bentuk, intonasi, penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh
menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai makna.
Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui tanda
isyarat, gerakan badan, eye contact dan ekspresi.
2.0 CIRI-CIRI MURID BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI.

2.1 Masalah komunikasi, pertuturan dan bahasa.

Masalah dalam komunikasi adalah masalah yang biasanya menyebabkan kanak-


kanak itu dirujuk kepada pakar untuk disaring, dilakukan diagnosis ke atasnya dan
diberi tindakan. Dalam domain komunikasi itu sendiri terdapat pelbagai kecacatan lain,
malah masalah komunikasi ini mungkin adalah gejala seperti terencat akal ataupun
autisme. Komunikasi normal biasanya bergantung pada pertuturan dan bahasa.
Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti
perkataan dan ayat. Manakala bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan
kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam
perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin
timbul daripada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun kedua-duanya sekali.

Mengikut Charles Van Riper (1905-1994), seorang pelopor terkenal dalam


bidang perkembangan terapi pertuturan, masalah komunikasi merupakan satu
penyimpangan daripada pendengaran, pertuturan atau bahasa normal yang
mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang
mengalaminya, atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri
kurang upaya. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat banyak jenis dan bentuk masalah
komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya.

Manakala masalah bahasa ditakrifkan mengikut The American Speech and


Hearing Association (1993), merupakan masalah dalam kefahaman dan penggunaan
sistem simbol bahasa (seperti lisan, penulisan dan lain-lain). Hal ini mungkin melibatkan
bentuk bahasa, kandungan bahasa dan fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua
kombinasi. Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu
kumpulan yang heterogeneous. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan
tahap masalah yang dialami boleh terdiri daripada ringan sehingga amat teruk. Walau
bagaimanapun, masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang
ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik.
Kesan masalah bahasa dan komunikasi adalah seperti berikut:
Kelemahan sewaktu berkomunikasi berkait rapat dengan kelemahan murid
menggunakan bahasa lisan dengan jelas dan berkesan. Antara masalah komunikasi
ialah gangguan percakapan. Gangguan cara bercakap adalah lencongan yang
melibatkan gentian, tertinggal dan tambahan kepada bunyi-bunyi itu. Masalah cara
bercakap adalah paling ketara dalam kesemua masalah komunikasi di dalam kelas.
Gentian yang sering dan gemar dilakukan oleh murid-murid adalah seperti bunyi ‘r’
diganti dengan ‘I’ dan ‘z’ dengan ‘j’. Contohnya Razali disebut ‘Lajali’.

Satu lagi adalah pertuturan yang belum matang seperti percakapan anak-anak
contohnya pertuturan ‘tertinggal’ huruf ataupun perkataan. Tambahan pula sekiranya
mereka bertutur terlalu gopoh akan menjadikan percakapan itu lebih sukar untuk kita
fahami. Cara percakapan mereka hanya difahami oleh kumpulan berkenaan yang
tertentu sahaja. Oleh itu, hal ini juga sukar dimengerti kalau kita tidak pernah bercampur
gaul dengan mereka yang berkenaan.

2.2 Masalah pertuturan.

Bertutur ialah proses komunikasi yang amat berguna dan kesannya adalah pada
pembelajaran. Masalah komunikasi melibatkan emosi seperti rasa malu, kurang upaya
dan sebagainya secara tidak langsung, mengganggu kanak-kanak belajar dan
menyekat percampurannya dengan kawan-kawan. Hal ini mendatangkan kesukaran
dalam penyesuaian hubungan sosial. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga
menghadapi kesukaran memahami istilah dan perkataan apabila bertutur atau
kesukaran menggabungkan perkataan untuk melafazkan pemikiran.

Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak ini memberi kesan terhadap
bunyi yang dikeluarkan. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi
perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila
pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanak-
kanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba
disampaikan. Ada kalanya kanak-kanak yang mengalami gangguan pertuturan ini juga
mengalami masalah lain seperti cerebral palsy, sumbing, masalah pendengaran dan
dyspraxia. Antara ciri-ciri bagi kecacatan ini ialah masalah artikulasi/fonologi, suara
kasar, tiada bunyi yang keluar apabila bercakap, sengau dan gagap.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini tidak mampu menyatakan


keperluan, kehendak dan perasaan yang seterusnya menjejaskan pembelajaran dan
interaksinya dengan orang lain. Apabila ia merasa sukar untuk orang lain
memahaminya, mereka berasa kecewa dan menunjukkan tingkah laku yang agresif.
Kanak-kanak ini diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini
membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama
dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi adalah
terhad.

2.3 Masalah bahasa.

Hasil daripada kajian, kanak-kanak ini menghadapi masalah bahasa iaitu bahasa
reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif ialah kemampuan memahami dan mengingat
apa yang diperkatakan oleh orang lain, manakala bahasa ekspresif ialah kemampuan
untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa
ini terbahagi kepada dua iaitu:

i) Perkembangan lambat.

Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi
dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan
dan pemahaman. Kebanyakan perkembangan lambat berkait dengan peluang yang
terhad untuk belajar. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbangkan
kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan
bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah seperti
pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta
tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang
bersesuaian dengan tahap umur.
ii) Kecacatan berbahasa.

Kanak-kanak ini dikenal pasti berdasarkan kemahiran yang dipelajari. Misalnya, ayat
yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu itu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak
dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-kanak yang
mengalami kecacatan berbahasa dapat di kesan daripada perbualan. Mereka
menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang
berlangsung ataupun member jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang
diberikan. Selain itu, kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga sering kali menggunakan
tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat nama-nama benda dan sering terganggu
percakapan hingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai
untuk disebut.

Hal yang demikian adalah seiring dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh
ahli patologis bahawa kemahiran berbahasa berkembang mengikut peringkat-peringkat
tertentu iaitu peringkat bahasa dalaman, penerima auditori (mendengar), pelahiran
auditori (bertutur), penerimaan visual (membaca) dan pelahiran visual (menulis).Kanak-
kanak dalam kategori bermasalah bahasa dan komunikasi tidak dapat memahami
penerangan seterusnya dapat menimbulkan masalah tingkah laku. Oleh itu, guru
perlulah memahami keadaan kanak-kanak ini. Guru yang efektif ialah insan yang sedar
terdapat kemahiran dan kelebihan yang tidak nampak secara luaran dalam diri kanak-
kanak ini. Justeru, beliau akan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk
termasuklah dari segi demonstrasi bagi membantu kanak-kanak memahami dan
berkomunikasi.
4.0 PUNCA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID YANG TERLIBAT.

4.1 Punca masalah bahasa / pertuturan

Hasil dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai
ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti
disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah
komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. Namun,
pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities) ialah
masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal. Memandang
kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, kita
harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah
tersebut. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui
puncanya, kita boleh mengkategorikan punca adalah seperti berikut seperti berikut :

a) Faktor Genetik / Sejarah keluarga


Faktor genetik ini lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu dan risiko
masalah ini lebih tinggi dalam kalangan lelaki. Hal demikian disebabkan terdapat
perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa
kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21).

b) Faktor neurologi
Masalah ini terjadi apabila ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf,
terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap
pemprosesan bahasa. Selain itu juga kecederaan pada bahagian otak tertentu juga
menyebabkan terjejasnya sistem neurologi.

c) Faktor perinatal (semasa kelahiran)


Sekiranya lebih komplikasi semasa kelahiran, kanak-kanak lebih berisiko tinggi
untuk mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang
panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak
menyebabkan masalah anoxia).
d) Kehilangan pendengaran
Masalah ini berlaku apabila kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada
telinga dalam pada peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh
bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun). Selain itu, kehilangan jenis konduktif akibat
kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah juga merupakan salah satu faktor
kehilangan pendengaran(contoh: infeksi otitis media yang kronik).

e) Kerencatan kognitif / mental


Terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition
), maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan
dual disability yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

f) Faktor persekitaran / sosial


Kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan
pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga. Faktor ini juga boleh
berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang negatif
terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal, emosi dan kognitif.

Ibu bapa mempunyai peranan yang penting kepada pembangunan pendidikan


anak. Hal ini bermakna hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah selain membantu
dalam hal persekolahan anak, mereka dapat membantu ke arah pendidikan yang lebih
baik. Penglibatan ibu bapa amat diperlukan sebagai sokongan pada pencapaian
akademik anak-anak mereka. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberi erti
yang begitu besar pada pembentukan keyakinan dalam kalangan pelajar seterusnya
berupaya membantu daripada segi pencapaian akademik pelajar berkenaan. Dalam
kaedah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam penglibatan berbentuk sokongan
ini, pihak sekolah perlulah memberi sokongan yang padu kepada ibu bapa. Hubungan
yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah memberi kesan positif pada tingkah laku
serta pencapaian akademik anak.
4.2 Punca-punca masalah komunikasi.

Daripada kajian yang telah dijalankan, bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak
ini tidak konsisten kerana beberapa faktor yang mempengaruhi seperti kepelbagaian
kaedah dan penilaian yang menghasilkan keputusan yang berbeza-beza serta keadaan
tertekan kanak-kanak semasa situasi ujian dijalankan. Oleh sebab itu, bukan mudah
untuk membuat sesuatu rumusan dalam masalah ini. Secara umumnya, kanak-kanak
bermasalah bahasa ini diuji daripada aspek tingkah laku dan kesukaran di dalam
penggunaan lima komponen bahasa iaitu aspek fonologi, morfologi, sintaksis,semantik
dan pragmatik.

4.2.1 Fonologi

Kajian mendapati bahawa 70 % daripada kanak-kanak bermasalah bahasa ini


mengalami masalah untuk mengeluarkan kata-kata. Hal ini berdasarkan masalah yang
mereka hadapi iaitu masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang
tidak normal. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan
dengan jelas dan bunyi yang betul. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh
masalah artikulasi, kognitif, masalah auditori atau sistem saraf mulut yang tidak normal.
Dengan demikian, kanak-kanak ini mengalami masalah untuk menyebut perkataan
dengan jelas dan bunyi yang betul. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak cerebral
palsy.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa juga menggunakan bacaan


bibir untuk memahami pertuturan. Namun cara ini boleh menimbulkan masalah untuk
membezakan bunyi yang hampir sama. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan juga sukar
untuk dibezakan dan kebolehan untuk memahami bacaan bibir bergantung pada tahap
penguasaan bahasa dan pengetahuan tentang konteks bahasa. Mereka juga
mengalami masalah penerimaan input auditori dan visual yang menyebabkan timbul
masalah kesukaran memahami dan mempelajari pertuturan. Masalah ini dialami oleh
kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Kebanyakan kanak-kanak
bermasalah tidak dapat menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai.
Kadang-kadang mereka bercakap dengan nada yang terlalu tinggi dan tidak sesuai
dengan konteks ayat. Hal yang demikian kerana mereka tidak dapat membezakan ciri-
ciri prosodi. Contohnya kanak-kanak Autisme.

4.2.2 Morfologi

Berdasarkan kajian ini juga kanak-kanak bermasalah bahasa kebanyakannya


tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam
pertuturan mereka. Mereka juga akan mengambil masa yang lama untuk menguasai
kemahiran menyebut kata-kata. Keadaan ini pada dasarnya adalah disebabkan oleh
perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak tersebut amat kurang. Mereka
juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar
penambahan purata panjang ujarannya amat lemah (Men Of Utterance-MLU).

Kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga mengalami masalah kelewatan di


dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul. Tafsiran makna ayat juga
berdasarkan turutan perkataan kerana kebiasaan menggunakan peraturan ayat ringkas
(subjek-aksi-objek). Kanak-kanak ini kurang menggunakan imbuhan akhiran dan
bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat. Contohnya, makanan akan
jadi ‘makan’ sahaja dan minuman akan jadi ‘minum’ sahaja. Di samping itu, mereka
juga mengalami kelewatan di dalam memulakan kombinasi perkataan. Kanak-kanak
yang mengalami masalah bahasa antara lain turut bermasalah untuk membuat ujaran
terhadap ayat-ayat kompleks. Mereka juga menghadapi masalah untuk memberi
penjelasan, menerangkan sesuatu atau menggulung ayat. Dari aspek penulisan pula,
mereka tidak dapat menulis dengan baik berbanding dengan pertuturan.

4.2.3 Sintaksis

Pada tahun persekolahan, kanak-kanak mula mempelajari tatabahasa. Mereka


sering keliru dengan penggunaan bahasa kerana hanya memikirkan logik ayat sahaja.
Kefahaman mereka menggunakan kefahaman tatabahasa lebih kepada ayat yang
kompleks. Mereka sering terkeliru dengan ayat-ayat pasif. Sebagai contohnya, “Adam
diikuti oleh kanak-kanak” tetapi kanak-kanak menggambarkan “Adam mengikuti dan
berada di belakang kanak-kanak”. Kanak-kanak masih tidak tahu membezakan
tatabahasa yang digunakan dan menganggap ianya sama. Selain itu, mereka juga
masih tidak tahu membezakan penggunaan perkataan yang mempunyai dua atau lebih
makna. Contoh, “Kek ini manis” dengan “Perempuan itu manis dipandang”.

Mengikut kajian yang dilakukan, walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa


boleh memberi kefahaman kepada mereka yang bercakap dengannya, namun begitu
mereka selalunya gagal dalam memberikan maklumat yang dikehendaki. Kanak-kanak
dan orang dewasa yang mengalami masalah bahasa akan mengalami kesukaran dalam
pertuturan dan perbualan. Mereka jarang-jarang sekali ingin bertanya atau meminta
penjelasan yang lebih lanjut. Mereka akan lebih suka mendiamkan diri daripada
melibatkan diri di dalam perbualan. Kanak-kanak masalah bahasa akan dapat
menguasai kemahiran ini apabila mereka masuk ke alam dewasa, namun untuk
menjawab atau memperkatakan tentang sesuatu tajuk yang lebih rumit, mereka lebih
suka mendiamkan diri (Abbeduto 1991).

4.2.4 Semantik

Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk memahami


makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang dan masa. Mereka juga sukar
memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna, menggunakan perkataan
yang berhubung seperti sinonim, antonim, serta penggunaan sesuatu konsep yang
abstrak seperti peribahasa. Mereka juga mengalami masalah untuk menggunakan
perkataan yang telah dipelajari akibat kelemahan memahami makna perkataan secara
umum.

Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami masalah kekurangan


perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Masalah ini akan semakin serius
dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut, masalah kekurangan perbendaharaan
kata juga turut mengundang masalah untuk mempelajari perkataan baru secara tidak
formal. Mereka lebih mudah mempelajari konsep-konsep yang berkait seperti saiz dan
ruang.

Penggunaan bahasa juga terlalu berstruktur dan berbentuk streotaip


menyebabkan kurangnya variasi bahasa. Di dalam situasi harian mereka terlalu
bergantung pada konteks dan penggunaan perkataan yang telah diketahui sahaja
menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahami bahasa yang digunakan
di dalam buku teks atau buku akademik. Masalah ini kebanyakannya dihadapi oleh
kanak-kanak bermasalah pendengaran.

4.2.5 Pragmatik

Dalam perbualan yang normal, seseorang akan bercakap dan seorang lagi akan
mendengar dan kemudiannya baru menjawab mengikut giliran tanpa menyampuk di
tengah-tengah perbualan. Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka menghadapi
masalah di dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Perlakuan ini adalah
dipercayai hasil daripada hubungan ibu bapa dan anak seperti dalam perlakuan si ibu
menyuapkan makan kepada si anak. Namun begitu, masalah ini tidaklah begitu rumit
berbanding dengan masalah lain kerana kanak-kanak biasa juga turut mengalami
masalah ini dalam perbualan mereka (Martin & Miller, 1996).

6.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT.

Walaupun ibu bapa sedar mereka perlu melibatkan diri dalam persekolahan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran, namun masih ramai yang tidak memenuhi
tanggungjawab itu. Coots (1998),menyatakan penglibatan ibu bapa dalam
persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu
bapa adalah golongan yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam
menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas hanya
bertugas secara formal dan dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan
peraturan. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang
lebih luas melibatkan diri dalam persekolahan.

Menurut beliau lagi menyatakan bahawa status kanak-kanak, kepercayaan dan


sosioekonomi, sikap dan persepsi ibu bapa kepada sekolah adalah faktor utama
menentukan penglibatan mereka di sekolah. Menyorot pada kajian lepas, Grossman,
Osterman dan Schmelkin(1999) masih tidak dapat menentukan penglibatan ibu bapa di
sekolah. Walau bagaimanapun, kajian mereka merumuskan sumber keluarga,
kepercayaan dan status ekonomi, status anak, sikap dan persepsi ibu bapa terhadap
sekolah adalah penyumbang utama bagi ibu bapa dalam melibatkan diri mereka di
sekolah seterusnya mereka mendapati ibu bapa mempunyai sikap positif dalam aktiviti-
aktiviti yang dilakukan di sekolah.

Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di
rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya. Di rumah ibu bapa dapat mengawasi
kerja rumah anak yang diberi oleh guru. Di sekolah ibu bapa membuat temu janji
dengan guru khas bagi membincangkan masalah pelajaran anak, menghadiri
mesyuarat, membuat keputusan, meneliti rancangan dan memeriksa rekod anaknya
yang disimpan di sekolah. Antara faktor penglibatan ibu bapa yang dikenal pasti ialah:

a) Umur
Umur mempengaruhi penglibatan ibu bapa baik di rumah ataupun di sekolah.
Semakin tinggi umur seseorang ibu ataupun bapa, semakin banyak ibu ataupun
bapa itu memikirkan pembelajaran anaknya dan semakin rapat hubungannya
dengan kegiatan anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang tua sedar sumbangan,
pengetahuan dan kemahiran mereka tidak lagi dihargai. Oleh itu, mereka lebih
terlibat dalam hal keagamaan dan kebajikan diri sendiri dan komuniti.

b) Bilangan anak
Bilangan anak yang ramai menghalang ibu bapa memberi tumpuan sama rata
kepada anak. Semakin ramai bilangan anak, semakin kurang penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini disebabkan mereka memikir pembahagian masa
yang lebih dalam hal mencari sumber rezeki untuk anak-anak yang ramai. Dalam
hal ini, bapa didapati lebih komited kepada kerja berbanding persekolahan anak.
Walau bagaimanapun bapa yang mempunyai anak yang tidak ramai lebih
bertanggungjawab dalam persekolahan anaknya.

c) Pendapatan
Menurut teori keperluan Maslow, keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan
tempat kediaman perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu itu dapat
memenuhi keperluan-keperluan lain seperti melibatkan diri secara aktif di sekolah
dan sebagainya. Penglibatan ibu bapa tidak bermakna sekiranya tidak mendapat
sokongan terutama dari segi kewangan dan kebendaan. Banyak kajian yang
dijalankan mendapati faktor ekonomi keluarga memberi kesan pada peranan ibu
bapa dalam persekolahan anak. Hal ini menunjukkan faktor ekonomi keluarga
mempunyai pengaruh yang amat penting menentukan penglibatan ibu bapa di
sekolah.

d) Jenis pekerjaan
Menurut Lareau (1986), status pekerjaan ibu bapa didapati mempunyai kaitan
dengan tahap penglibatan mereka di sekolah. Ibu bapa yang terikat dengan masa
kerja didapati lebih sukar menghadiri sebarang aktiviti persekolahan anak.

e) Pendidikan bapa
Pendidikan yang tinggi mendorong bapa menjawat jawatan yang lebih baik. Justeru,
peruntukan masa untuk berbincang dengan pihak sekolah berkaitan masalah
pelajaran anak adalah terbatas. Pengabaian tanggungjawab ini berlaku secara tidak
disedari.

f) Anak
Masalah pembelajaran adalah gangguan minimum pada sistem saraf deria ataupun
saraf otak yang mengganggu prestasi normal individu dalam pembelajaran,
khususnya pada aspek penanggapan, pengkonsepsian, pembacaan, bahasa dan
matematik. Bapa berperanan memberi rangsangan dan menyediakan persekitaran
yang sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
7.0 PENILAIAN.

Guru khas hendaklah mengukur kemampuan kanak-kanak yang didapati


bermasalah di dalam kelas. Pengukuran yang dijalankan berupaya mengesan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh.
Pengukuran dirancang dan dikendalikan oleh guru khas. Instrumen pengukuran dibina
dan ditadbir oleh guru khas. Pembelajaran di kelas khas adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Hasil
pengukuran digunakan sebagai tindakan susulan bagi memperbaiki pengajaran guru
dan meningkatkan pembelajaran murid.

Pengukuran lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid


daripada satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat mengesan perkembangan murid
dari satu masa ke semasa. Hal ini mampu memberi peluang kepada guru
memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid secara serta merta
supaya kelemahan itu tidak terhimpun. Guru khas perlu menggunakan ujian diagnostik
bagi mengenal pasti punca masalah dan kesukaran dalam pembelajaran. Hasil analisis
membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Selain itu, guru juga
perlu menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang
ditetapkan sesuai dengan sesuatu mata pelajaran

Pengukuran yang dijalankan dapat menjana maklumat yang lebih tepat dan
menyeluruh tentang murid. Melalui penilaian, hasrat menghasilkan individu yang
berkembang secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang daripada aspek intelek,
rohani, jasmani dan emosi tercapai. Bagi menentukan pendidikan rendah mencapai
hasrat yang dimaksudkan, penilaian yang dikendalikan oleh guru dalam bilik darjah
adalah amat sesuai sebab meliputi penilaian ke atas semua aspek. Penekenan ke atas
penilaian yang berasaskan sekolah dapat membantu guru mengembangkan potensi
murid ke tahap maksimum. Oleh yang demikian, adalah penting guru memahami
konsep, menghayati matlamat serta perlaksanaan pengukuran dalam darjah sebaik
mungkin dalam pelajaran dan pembelajaran.
8.0 ISU-ISU MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI.

Kajian ringkas yang saya lakukan adalah kajian terhadap Program Pendidikan
Khas. Untuk menjalankan kajian ini saya telah beberapa kali melawat kelas yang
berkenaan. Berdasarkan pemerhatian, pengalaman, temu bual dengan pelajar, guru,
Guru Besar, dan ibu bapa saya dapati bahawa terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh
pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi. Namun, isu-isu ini perlulah di lihat sebagai
cabaran buat kita semua kerana usaha membantu murid-murid ini tidak wajar terhenti
dalam apa keadaan sekali pun. Sesukar mana laluannya, jejak ilmu perlu dituruti dan
didakap erat sebagai penyuluh lakaran landasan kehidupan yang jauh lebih cemerlang
agar mereka tidak akan ketinggalan seiring peredaran zaman. Isu-isu yang berbangkit
ini perlulah dicari jalan penyelesaiannya dan dibincangkan secara terbuka dengan
semua pihak tanpa meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak. Berikut
merupakan antara isu-isu pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi.

i) Peraturan Pendidikan Khas 1997

Menurut Seksyen 3(1) Peraturan Pendidikan Khas 1997 hanya boleh diperkenalkan
kepada individu yang dikategorikan sebagai “boleh didik”. Hal ini adalah tidak selaras
dengan Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tentang Hak-hak
Orang Kurang Upaya (OKU). Sedangkan dalam Perisytiharan PBB menegaskan
tentang keperluan untuk membantu golongan kurang upaya untuk “ mengembangkan
kebolehan mereka dalam pelbagai aktiviti” dan mempromosikan “integrasi dalam
kehidupan biasa sebaik yang boleh”.

Berdasarkan keperluan dan masalah yang dikemukakan tadi dapat kita lihat di
manakah letaknya keadilan dalam pendidikan terhadap individu OKU? Sedangkan
setiap insan tidak kiralah ditakdirkan cacat bagaimanapun perlulah diberikan peluang
dan ruang untuk mendapat pendidikan. Hal demikian bermaksud pendidikan kepada
kanak-kanak khas bukanlah hanya terhad kepada individu yang “boleh dididik” sahaja.
Sebagai contoh kes ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah berbahasa dan
komunikasi namun pada masa yang sama kanak-kanak ini mempunyai kecacatan lain
seperti celebral palsy, sumbing, masalah pendengaran dan dyspraxia mestilah perlu
juga diberi pendidikan. Isu ini adalah menjadi masalah kepada ibu bapa kerana mereka
ingin menghantar anak mereka ke sekolah untuk didik tetapi impian ini ada kalanya
terhalang.

Oleh itu, istilah “boleh didik” perlu dimansuhkan daripada Seksyen 3(1) Peraturan
Pendidikan Khas 1997 kerana akta ini menafikan hak kanak-kanak kepada pendidikan.
Tambahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan pendidikan
enam tahun di peringkat sekolah rendah.

ii) Terapi Pertuturan.

Kekurangan pakar terapi pertuturan juga merupakan satu masalah kepada kanak-
kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Ibu bapa sering kali terpaksa mendapatkan
perkhidmatan tersebut daripada pihak swasta. Hai ini merupakan beban kewangan
yang besar. Bagi keluarga yang kurang mampu atau berpendapatan rendah, harapan
untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian bagi anak bermasalah ini adalah amat
tipis. Bagaimana pula nasib golongan ini yang tinggal di pedalaman yang jauh daripada
kawasan bandar? Sudah tiba masanya isu ini perlulah diperjuangkan dan diberikan
perhatian.

Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia dicadangkan untuk menyediakan khidmat


ahli terapi pertuturan yang pakar dan berkemahiran dan Audiologis di sekolah. Khidmat
ini perlulah dimulakan lebih awal terutama di peringkat pra sekolah kerana proses terapi
pertuturan dan pendengaran adalah lebih berkesan. Contohnya, Program Intervensi
Awal untuk kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah bahasa dan komunikasi ini
perlulah dimulakan sejak peringkat umur tujuh tahun.

Guru yang terlibat dalam program ini perlu menerima latihan yang konsisten dan
komprehensif daripada pakar program intervensi awal. Selain itu, semasa proses
intervensi awal kanak-kanak yang terlibat perlulah diletakkan dalam kelompok kecil
supaya guru dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Semakin cepat
masalah dikenal pasti dan berusaha untuk sesi rawatan maka lebih berpeluang untuk
baik seterusnya pulih daripada masalah ini.
iii) Tenaga Pengajar

Kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang


pendidikan khas juga merupakan masalah yang ketara bagi sekolah khas kerajaan dan
swasta. Sesetengah sekolah swasta terpaksa mengupah pakar dari luar negeri untuk
menyampaikan ilmu dan latihan dalam bidang pendidikan khas kepada guru yang
mengajar di sekolah atau pusat pendidikan mereka. Kekurangan ini bertambah rumit di
sekolah kerajaan memandangkan guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas pula
mempunyai kadar perpindahan yang agak tinggi. Kajian dapatan menunjukkan bahawa
dua sebab umum yang dikenal pasti ialah beban kerja dalam pendidikan khas adalah
berat di mana seorang guru terpaksa menjaga ramai pelajar. Manakala sebab yang
kedua pula adalah terdapat guru terlatih ditukarkan ke sekolah yang tidak mempunyai
program pendidikan khas.

Oleh hal demikian Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah menambahkan bilangan


guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas untuk ditempatkan di sekolah khas.
Selain itu, Institut Pendidikan Guru Malaysia juga perlulah menghasilkan guru
pendidikan khas terlatih yang cekap. Apabila menyoroti isu pengeluaran produk guru
pendidikan khas yang terlatih ini kita perlulah mempertimbangkan unsur minat yang
mendalam guru tersebut dalam bidang ini. Bak kata Usman Awang, berguru kepalang
ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. Bukan semua guru boleh menjadi guru pendidikan
khas. Hanya insan yang mempunyai naluri semula jadi dan minat mendalam sahaja
akan boleh meneroka dunia pendidikan khas yang mempunyai pelbagai persoalan dan
seribu satu macam cabaran. Guru dalam bidang ini perlulah mempunyai kegigihan yang
luar biasa, semangat yang tidak pernah luntur, jiwa yang kental, kesabaran yang tinggi,
pengetahuan yang luas, bersifat penyayang dan sebagainya. Justeru, pemilihan yang
tepat perlulah di buat untuk memilih guru terlatih dalam bidang pendidikan khas ini.

Selain itu pihak NGO juga memerlukan pengiktirafan dan akreditasi daripada
kerajaan terhadap usaha dan latihan pekerjaan yang mereka sertai sebagai galakan
untuk mereka terus berkhidmat dalam bidang pendidikan khas ini.
iv) Kesesuaian kurikulum dan keberkesanannya dalam mencapai objektif
pengajaran.

Dengan kurikulum yang disediakan apakah mampu mencapai objektif program ini?
Isu ini telah saya kemukakan kepada guru yang mengajar murid bermasalah bahasa
dan komunikasi. Hasil daripada temu bual dan perbincangan itu, saya dapati bahawa
kurikulum yang sedia ada tidak dapat digunakan oleh semua pelajar. Oleh itu, guru
pendidikan khas perlulah seorang guru yang rajin, tekun, kreatif dan inovatif untuk
melakukan pengubahsuaian berdasarkan kemampuan, keperluan dan keupayaan bagi
meningkatkan pencapaian setiap murid yang menghadapi masalah bahasa dan
komunikasi.

Adaptasi bagi pendidikan hendaklah diberi berdasarkan perbezaan-perbezaan yang


ada pada mereka dalam kerangka kandungan kurikulum, kemahiran dan persekitaran.
Perbezaan keperluan ini perlulah diberikan status yang sesuai. Mereka yang terlibat
dalam pendidikan khas perlu digalakkan bagi membuat peruntukan khas bagi
memenuhi keperluan tersebut dan bukannya dikritik. Perjuangan mereka perlulah
diberikan sokongan sepenuhnya oleh semua pihak. Kini, pendekatan integrasi
dilaksanakan. Pendekatan ini bermaksud kanak-kanak ketidakupayaan belajar
bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran
yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid berkeperluan khas perlu dilihat
dan dilayan seperti murid normal yang lain. Bagi murid-murid yang berhadapan dengan
masalah bahasa mereka akan kurang menyumbang idea atau melibatkan diri dalam
aktiviti perbincangan. Mereka juga sukar organisasi idea-idea serta lambat untuk
memahami sesuatu perkara yang kompleks. Di samping itu, kanak-kanak ini juga sukar
diskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan, bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan,
sukar mencari perkataan yang tepat serta sering kali gagal mengikuti arahan yang
diberikan. Oleh hal yang demikian, mereka akan menzahirkan tingkah laku yang
bermasalah seandainya kita tidak cuba memahami kehendak dan keperluan situasinya.
Oleh itu, corak perkembangan tipikal murid dan strategi pengajaran berasaskan
pengetahuan dan perkembangan bolehlah diaplikasikan. Misalnya, untuk murid
bermasalah bahasa dan komunikasi, aspek yang berkaitan dengan penggunaan
bahasa lisan perlulah diubahsuai. Penggunaan komunikasi secara menyeluruh dan
penggabungjalinan pelbagai aspek seperti lisan, isyarat, gerak badan dan mimik muka
perlulah diajar oleh guru.

v) Persekitaran.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa isu persekitaran juga memainkan peranan
penting terhadap kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Persoalan yang
timbul adalah seberapa jauh manakah persekitaran mampu mempengaruhi kanak-
kanak golongan ini? Persekitaran yang negetif pastinya akan lebih memudaratkan dan
tidak dapat membantu perkembangan mereka. Hal ini disebabkan bahasa tidak dapat
berkembang secara positif dan penggunaan kosa kata adalah terhad.

Melalui hasil perbincangan dengan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak


bermasalah bahasa dan komunikasi saya dapati bahawa aspek persekitaran
sememangnya dapat mempengaruhi kanak-kanak ini. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mencipta persekitaran yang dapat membantu seperti tidak terlalu memaksa anak
bercakap dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Sebaliknya ibu bapa perlulah
membiarkan anak bercakap dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan. Selain
itu, waktu makan bersama juga boleh dimanfaatkan untuk melatih kelancaran ketika
anak bercakap. Dalam keadaan ini bunyi bising yang boleh mengganggu seperti
televisyen dan radio dihindarkan. Ibu bapa juga tidak boleh mengkritik anak-anak
sekiranya mereka bercakap tidak lancar mahupun gagap kerana ini boleh menjadikan
anak-anak berasa tertekan dan tidak mahu membetulkan kesilapan mereka.

Di samping itu, ibu bapa tidak boleh menyuruh anak-anak mengulangi kata-kata
yang baru diucapkan. Seperti yang kita sedia maklum,kanak-kanak sering lupa apa
yang diperkatakan dan sekiranya kita sebagai orang dewasa memaksa mereka
mengingati semula akan menimbulkan perasaan rendah diri dalam diri sekali gus
menyebabkan anak-anak tergagap ketika bercakap. Jangan memandangkan ke arah
lain dan jangan sesekali menunjukkan kekecewaan di hadapannya kerana boleh
menjejaskan emosi anak-anak. Suasana persekitaran di rumah juga mampu membantu
anak-anak berkomunikasi dengan baik. Oleh itu, satu persekitaran yang menyenangkan
perlulah dicipta kerana ia boleh mengubah perasaan anak-anak. Kajian mendapati
seseorang akan lebih yakin bercakap dalam keadaan yang tenang dan selesa
berbanding bercakap dalam keadaan yang bising dan tertekan.

Pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi yang mempunyai ibu bapa prihatin
dan memahami adalah sangat bertuah namun masih terdapat banyak lagi ibu bapa
yang tidak mengambil berat terhadap masalah anak mereka. Ibu bapa golongan ini
tidak berminat untuk mengambil tahu tahap perkembangan bahasa anak mereka serta
menganggap anak mereka susah untuk berjaya dan lemah dalam pelajaran. Hal ini
terbukti apabila mereka tidak memberi kerjasama berjumpa guru walaupun diminta
datang berbincang tentang pelajaran anak mereka yang menghadapi masalah bahasa
dan komunikasi. Mereka juga mungkin sibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan
meletakkan anak mereka di bawah jagaan pembantu rumah atau penjaga. Justeru,
mereka tidak mungkin dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan
untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi anak itu.
Bagi ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah didapati mereka kurang
peka terhadap langkah-langkah yang boleh membantu anak-anak mereka.

Selain persekitaran keluarga yang baik, mereka juga memerlukan persekitaran


sosial, masyarakat dan persekitaran sekolah yang membina. Persekitaran dan suasana
bilik darjah yang kondusif dan sesuai dengan bilangan pelajar juga dapat membantu
murid bermasalah bahasa belajar dengan selesa. Susun atur meja, kerusi dan
peralatan adalah faktor keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama
ada secara langsung atau sebaliknya. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan serta keceriaan akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk
belajar dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang
disediakan dengan baik. Persekitaran yang menyeronokkan ini sudah pasti
menyenangkan dan memudah proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha menjana
suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah
penting. Murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil
interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Justeru, untuk mengubah
konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha pelbagai pihak perlulah gigih dan
berterusan.

9.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, kanak-kanak mempelajari bahasa yang normal melalui


perkembangan pragmatik, semantik, fonologi, morfologi dan sintaksis. Kesukaran
dalam mempelajari bahasa adalah amat dirasai bagi kanak-kanak yang mempunyai
masalah bahasa dan komunikasi. Pelbagai cara dan langkah-langkah boleh diambil
bagi mengatasi masalah bahasa kanak-kanak. Intervensi yang sesuai serta peranan
yang dimainkan oleh ibu bapa kan membolehkan kanak-kanak memperbaiki bahasa
mereka seterusnya dapat menguasai bahasa dengan sempurna.

Setiap kanak-kanak khas perlu diberi perhatian dan pelajaran yang sama dengan
setanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Alklington(1991) mencadangkan
perkembangan rangka kerja baru yang mengiktiraf potensi belajar semua kanak-kanak.
Golongan profesional perlu ada cara baru untuk membantu pelajar dengan
menggunakan kaedah lisan dan penulisan bahasa yang lebih menarik, bahasa yang
bermakna dan menggunakan bahasa untuk komunikasi yang lebih realistik.

Bahasa dan komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam


kehidupan kita. Setiap hari kita pasti akan bercakap atau bertutur untuk menyatakan
keinginan kita, tidak kira sama ada menggunakan pertuturan , bahasa isyarat mahupun
gerak tubuh. Kesemuanya digunakan oleh setiap individu mengikut keperluan masing-
masing. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Kecacatan yang dialami
oleh mereka tidak akan sama dengan seseorang kanak-kanak yang lain. Oleh yang
demikian, kita mestilah mengenal pasti apakah masalah bahasa yang dialami,
mengetahui langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil serta membuat
pengukuran dan penilaian terhadap kanak-kanak tersebut.
Keperluan dan kepentingan memperoleh dan mempelajari bahasa dalam
kalangan kanak-kanak keperluan khas adalah sama pentingnya dengan kanak-kanak
normal. Golongan ini tidak boleh diabaikan hanya kerana kekurangan yang ada pada
diri mereka. Sebaliknya, kelebihan dan kesempurnaan dari aspek lain hendaklah
dipertingkatkan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mendapat pendidikan
seperti kanak-kanak normal. Selain itu, ibu bapa, keluarga, guru, pihak kerajaan dan
swasta serta masyarakat keseluruhannya haruslah memberikan kerjasama dan turut
menyumbang untuk memastikan kanak-kanak istimewa dapat hidup dengan sempurna
sama seperti insan normal yang sebaya dengan mereka.
BIBLIOGRAFI

Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic Press:
USA.
Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers’ Attitude to Change.
PhD thesis. University of Exerter. Unprinted.

Jabatan Pendidikan Khas. (1995). Perancangan Strategik : Pendidikan Khas 2020.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Sukatan


Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah.

Jamila K.A Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

K.A. Razhiyah. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mat Daud Yusof. (1990). Bagaimana kanak-kanak cacat menguasai bahasa. Jurnal
Dewan Bahasa, 34 (3): 156-165.

Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings.
PhD thesis. University of Warwick. Unprinted.

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pemerolehan Bahasa


Pertama Dan Kedua. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

http://www.pendidikankhas.com/forum/thread-13.html

http://www.asiacommunityservice.org/NECIC/CD/Plenary%20Session%204/PS%204A
%20-%20Haniz%20Ibrahim.pdf

http://www.moe.gov.my/jpkhas/index.php?
option=com_content&view=article&id=41:seminar

http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf

http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/1maksud-pendekatan-kiosk-dan-bila.html

Anda mungkin juga menyukai