Anda di halaman 1dari 3

DOA DOA PILIHAN

DOA DEMAM PANAS

67. Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Nabi Alihisalam adalah dia mengajar mereka
itu dari demam dan daripada sekalian sakit semuanya, bahawa mengucap ia:
"Bismillah Yang Maha Besar daripada kejahatan tiap-tiap urat yang menggelegak
darah, dan daripada kejahatan panas neraka." (GHARIB)

Dibasahkan kain tula dan diletakkan dikepala atau diperut orang yang demam sambil dibaca
doa di atas.

BERUBAT DENGAN HABATUS SAUDA

36. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi Alahissalam bersabda ia: "Lazimkan
dengan ini jintan hitam, maka bahawasanya padanya kesembuhan daripada sekalian
penyakit melainkan mati. Dan Sam itu maut. (Hasan Shahih)

Jintan Hitam itu banyak khasiatnya di dalam ubat-ubatan,ianya boleh digunakan dengan
dijadikan kopi sebagai minuman atau sebagai kapsul dan boleh digoreng tanpa minyak untuk
kegunaan luaran dan makanan

DOA MOHON KEKUATAN APABILA DIBENCI, DIPULAU, TERANIAYA

Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya
ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.
Baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada orang yang
dianiaya sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.

DOA PELEMBUT HATI

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya dia memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakinya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa

Baca 19 kali pada ubun-ubun anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati. Jika orang itu
jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan.

DOA SUPAYA DIBERI KEBIJAKSANAAN DALAM KEHIDUPAN

Ya Allah, berikanlah aku kecekapan dalam bertindak dan lindungilah aku dari
keburukan jiwaku

Baca sebelum membuat sesuatu perkara. Pastikan anda jujur dalam pekerjaan dan tindakan
yang akan dilakukan. Elakkan perkara yang menjerumus kepada maksiat dan keburukan
walau sekecil beras.

DOA SUPAYA DIBERIKAN KEKUATAN HATI

Ya Allah, yang memutarbalikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu

Berdoa sebelum dan selepas membuat keputusan. Hanya kepada Allah sahaja kita dapat
memohon dari Syaitan yang suka menyesatkan dan membawa sangsi.

DOA RASULULLAH SELEPAS SOLAT MALAM


Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikhail dan Israfil, Dzal yang menciptakan langit & bumi, Dzal
yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang terlihat, Engkau memberikan hukum
kepada para hambamu dalam permasahalahan yang mereka perselisihkan, maka
tunjukilah kami dalam setiap perkara yang kami perselisihkan menuju kebenaran
dengan izinmu, sesungguhnya Engkau memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus.

Baca selepas sembahyang pada waktu malam dimana masa itu adalah yang paling afdal dan
doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tetapkan hati dan bukakan minda agar segala yang
dihajati dapat disampaikan dengan ikhlas.

Anda mungkin juga menyukai