Anda di halaman 1dari 12

KES PEMBUANGAN BAYI MENINGKAT

BERITA pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan


tempat tumpuan awam bukanlah isu baru. Isu ini kembali mendapat tempat di
beberapa media massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.
Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di kalangan wanita
remaja semakin meningkat, malah ia sangat meruncing sejak akhir-akhir ini.

Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun dan
ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan. Sesiapa
sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut adalah
melakukan pembunuhan dan salah dari segi agama dan tindakan undang-undang
akan diambil. Kejadian yang semakin bercelaru dan menjajah pemikiran golongan
generasi muda ini dibimbangi akan terbawa-bawa kepada peningkatan jenayah di
peringkat yang lebih serius seiring dengan usia mereka.

Mengikut undang-undang, Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan


hukuman mati ke atas pesalah jika disabitkan kesalahan membunuh. Selain itu,
pasangan lelaki juga harus disabitkan kesalahan. Dengan dunia serba moden,
kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki yang berzina dengan seorang wanita
sehingga hamil kini boleh ditentukan melalui ujian DNA. Ujian DNA adalah satu
kaedah menentukan siapakah bapa biologi seseorang bayi melalui kajian terhadap
contoh tisu dan darah individu yang terbabit.

Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi dari
keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang
melanggar norma-norma agama dan masyarakat itu sendiri. Masalah jenayah
pembuangan bayi harus ditangani segera sebelum ia merebak menjadi masalah
sosial dalam masyarakat. Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh
dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang
dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti
perkembangan remaja. Mereka sewajarnya membantu remaja agar mengelakkan
diri daripada terjebak dengan kegiatan yang negatif.
Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita
bersama dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Ia
memerlukan strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif
termasuk pendekatan keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap
individu.

Apa yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam
kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan penting
untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma
dan pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat. Menurut Prof. Dr. Sidek
Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan kepada dua faktor
yang saling berhubung iaitu faktor qudwah atau teladan dan pengaruh persekitaran.
Ini kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses pembelajaran
ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani.

Inilah sebabnya maka setiap anak memerlukan contoh teladan, 'role-model',


'mentor' danqudwah supaya kebaikan dan kehebatan contoh berkaitan dapat diikuti
dan dihayati dalam kehidupannya pula. Dan ibu bapa adalah model awal dan utama
dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik
dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi qudwah yang terbaik.

Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan
teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai
keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni.
Sekiranya mengabaikan dan tidak peduli pada perilaku dan akhlak remaja, maka
dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. Sebagai contoh, Rasulullah
SAW telah menunjukkan bahawa golongan yang menjadi fokus dan sasaran utama
sejarah pembinaan akhlak dan budi pekerti adalah golongan remaja atau muda-
mudi.

Kita harus sedar dan yakin bahawa cara tindakan menyelesaikan masalah
mengikut pendekatan agama lebih berkesan dan berterusan memberikan
ketenangan kepada golongan remaja berbanding dengan cara tindakan umum atau
tidak menggunakan pendekatan agama. Pada masa yang sama, pendekatan
kaunseling dan nasihat perlu juga bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan
sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja. Hakikatnya, segenap lapisan
masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam
menyelesai masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka
dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak
dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka.

Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan pembuangan


bayi semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan memandang serius masalah
ini. Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar
diubati.
ANALISI CIRI- CIRI DAN PENANDA WACANA DALAM TEKS PENDERAAN

KANAK-KANAK

OLEH : Hafizudin bin Hamzah.

Tautan(kohesi) berdasarkan Teks ‘Pembuangan Bayi’

Tautan perulangan

Tautan Perulangan Rujukan Tunjuk :

1) a) BERITA pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui


di depan tempat tumpuan awam bukanlah isu baru.

b) Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media massa


setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.

Tautan Perulangan Rujukan Peribadi :

1) a) Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa,
pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja.

b) Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak


dengan kegiatan yang negatif.

Tautan Perulangan Leksikal :

1) a) BERITA pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui


di depan tempat tumpuan awam bukanlah isu baru.

b) Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media massa setelah


lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.
2) a) Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki
yang berzina dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan
melalui ujian DNA.

b) Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah bapa biologi


seseorang bayi melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah individu
yang terbabit.

3) a) Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik
dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja.

b) Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak


dengan kegiatan yang negatif.
Tautan Penghubung Ayat

Tautan Penghubung Ayat Tambahan.

1) Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di kalangan


wanita remaja semakin meningkat, malah ia sangat meruncing sejak akhir-
akhir ini.
2) Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan
sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya
adalah pembunuhan.
3) Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan
perbuatan tersebut adalah melakukan pembunuhan.
4) Selain itu, pasangan lelaki juga harus disabitkan kesalahan.

Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab

1) Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa,
pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja.
2) Inilah sebabnya maka setiap anak memerlukan contoh teladan, 'role-
model', 'mentor' danqudwah supaya kebaikan.

3) Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang


sukar diubati.

Tautan Penghubung Ayat Waktu.

1) Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu


juga bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di
sanubari anak-anak remaja.
2) Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan
implikasi dari keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan
terlahirnya masyarakat yang melanggar norma-norma agama dan
masyarakat itu sendiri.
Runtutan(koheren) berdasarkan teks ‘pembuangan
bayi’

1) Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan


sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut
sebenarnya adalah pembunuhan.
2) Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan
perbuatan tersebut adalah melakukan pembunuhan dan salah dari
segi agama dan tindakan undang-undang akan diambil.

3) Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki


yang berzina dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan
melalui ujian DNA. Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah
bapa biologi seseorang bayi melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah
individu yang terbabit.
Penanda Wacana Berdasarkan ‘Teks Pembuangan Bayi’

1. Penanda Penghubung:
a) Penghubung tambahan

Contoh:

 Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan


sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut
sebenarnya adalah pembunuhan.

 Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di


kalangan wanita remaja semakin meningkat, malah ia sangat
meruncing sejak akhir-akhir ini.

 Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri daripada


terjebak dengan kegiatan yang negatif.

b) Penghubung tentangan
 -
c) Penghubung musabab
Contoh :
 Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu
bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti
perkembangan remaja.

 Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial


yang sukar diubati.

 Ini kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses
pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan
meneladani.

d) Penghubung tempoh
 maka setiap anak memerlukan contoh teladan, 'role-model',
'mentor' danqudwah supaya kebaikan dan kehebatan contoh
berkaitan dapat diikuti dan dihayati dalam kehidupannya pula.

2. penyataan semula (iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan)

contoh:

 dua faktor yang saling berhubung iaitu faktor qudwah atau


teladan dan pengaruh persekitaran.

3. contoh (contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai,


bak kata, sebagai)

contoh:

 Sebagai contoh, Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa


golongan yang menjadi fokus dan sasaran utama sejarah
pembinaan akhlak dan budi pekerti adalah golongan remaja atau
muda-mudi.

4. Rumusan (rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata,


sebagai penyimpul kata)

contoh:-

5. Rujukan (Kata ganti nama merujuk perkataan dan frasa lain. Terdiri daripada
kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk.)

contoh:
a) Kata ganti nama diri orang
 Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan
perbuatan tersebut adalah melakukan pembunuhan
 Kejadian yang semakin bercelaru dan menjajah pemikiran
golongan generasi muda ini dibimbangi akan terbawa-bawa
kepada peningkatan jenayah di peringkat yang lebih serius
seiring dengan usia mereka.
 Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah
masalah kita bersama dan memerlukan penyelesaian yang
bersepadu dan terancang.

b) Kata ganti nama tunjuk


 Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media massa
setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.
 Kejadian yang semakin bercelaru dan menjajah pemikiran
golongan generasi muda ini dibimbangi akan terbawa-bawa
kepada peningkatan jenayah di peringkat yang lebih serius
seiring dengan usia mereka
 akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang
melanggar norma-norma agama dan masyarakat itu
sendiri.

6. Leksikel (Pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata.)

Contoh: -

7. Tempat (berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.)

Contoh:

 BERITA pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di


depan tempat tumpuan awam bukanlah isu baru.
8. Waktu (apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-
kelamaan, lambat-laun, akhirnya.)

Contoh :

 Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di


kalangan wanita remaja semakin meningkat, malah ia sangat
meruncing sejak akhir-akhir ini.

9. Sebab dan kesan (oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan
itu, kerana)

Contoh:

 Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa,
pendidik dan ahli masyarakat.

 Ini kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses
pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani.

 Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang


sukar diubati.

10. Bandingan (seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga
dengan.)

Contoh: -

11. Pertentangan ( tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun,


namun begitu, bertentangan dengan.)

Contoh:-
12. Pengesahan (sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah,
sememangnya.
Contoh:

 Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan


sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya
adalah pembunuhan.

 Mereka sewajarnya membantu remaja agar mengelakkan diri


daripada terjebak dengan kegiatan yang negatif.
 Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan
pembuangan bayi semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan
memandang serius masalah ini.

13. Elipsi atau pengguguran (Pengguguran perkataan atau frasa yang telah
dinyataka dalam ayat sebelumnya. )

Contoh: -

Anda mungkin juga menyukai