Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat
bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang
kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang
pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk
mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya
menjadi kebanggaan Negara kita.
Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat
melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan
pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu
yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa
rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk
perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk
mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah
mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak
kecil.