Anda di halaman 1dari 17

ANALISIS ITEM

OLEH:
ZANARIAH ABDOL
SM SAINS JOHOR
LATAR BELAKANG
• KELAS: 2M1
• BILANGAN PELAJAR: 26
• SUBJEK: BM KERTAS 1
– KERTAS 1
– 40 SOALAN ANEKA PILIHAN
– MASA 1 JAM
• PEP. AKHIR TAHUN
SETARA DAERAH
TUJUAN ANALISIS
• Mengenal pasti kelemahan murid
• Mereflek p&p 2008 dan merancang
p&p 2009 yang berkesan
• Membina item yang hampir sama
untuk ujian semula selepas p&p
• Mengenal pasti item yang baik untuk
disimpan dalam bank item
• Memastikan darjah kesahan dan
kebolehpercayaan ujian
• Melaksanakan pembangunan
profesional
PELAKSANAAN 1
Analisis indeks kesukaran item
• Mencari bilangan calon
menjawab setiap soalan
dengan betul
• Menentukan tahap kesukaran
item berdasarkan bilangan
calon yang memberikan
jawapan yang betul.
PENENTUAN ARAS
A : JUMLAH RESPONS
YANG TEPAT
B : JUMLAH PELAJAR
YANG MENJAWAB
SOALAN
C : INDEKS KESUKARAN
ITEM
A÷B=C
INDEKS KESUKARAN UJIAN
D : PURATA KESUKARAN
ITEM
E : BILANGAN ITEM
F : INDEKS KESUKARAN
UJIAN

D÷E=F
INDEKS KESUKARAN
KONSEP
• Semakin menghampiri
angka 1, semakin mudah
• Semakin menghampiri 0,
semakin sukar
• Item yang terlalu mudah
atau terlalu sukar,
bukanlah item yang baik.
INDEKS KESUKARAN ITEM
• RENDAH
– 0.7 ke atas
• SEDERHANA
– 0.3 hingga 0.7
• TINGGI
– Kurang daripada 0.3
INDEKS DISKRIMINASI
• Ujian yang baik dapat
mendiskriminasikan pelajar lemah
dengan pelajar baik.
• Jika item boleh dijawab oleh kedua-
dua kumpulan, item itu lemah.
Begitulah sebaliknya.
• Oleh itu, indeks diskriminasi bagi
setiap item perlu dicari.
PENENTUAN INDEKS DISKRIMINASI
• Bahagikan pelajar kepada 3
kump
– 27% baik,
– 27% lemah,
– 36% sederhana
• Kira indeks diskriminasi
KA - Jum. pel. baik jawab betul
KB – Jum. pel. lemah jawab betul
KK – Jum. pel. dlm setiap kump.
PENENTUAN INDEKS DISKRIMINASI
• KA – KB = KD
• KD ÷ KK = Indeks Diskriminasi
• Indeks +0.3 hingga +0.7 – item
dapat mendiskriminasikan pelajar.
• Kurang daripada +0.3 bererti soalan
terlalu sukar sehingga pelajar yang
baik pun tidak dapat menjawabnya.
• Lebih daripada +0.7 bermakna
soalan terlalu mudah sehingga
pelajar yang lemah pun dapat
menjawabnya.
PELAKSANAAN 2
Penilaian semula item
menggunakan Sistem 9
Poin
• Menilai semula item yang
bermasalah berdasarkan
dapatan dalam langkah 1.
DAPATAN 1

ITEM YANG SANGAT MUDAH = 28

ITEM YANG SANGAT SUKAR = 0

ITEM YANG BAIK = 9

ITEM ROSAK (tiada kunci) = 3

JUMLAH : 40
DAPATAN 2
• PURATA KESUKARAN
ITEM = 32.89

• INDEKS KESUKARAN
UJIAN = 32.89/40 = 0.82
(Kertas ujian sangat mudah)
DAPATAN 3
• Item tidak dapat
membezakan pelajar lemah
dengan pelajar baik
• Item perlu dibaiki/dibuang
• Item yang boleh diterima
juga terdapat kesalahan
teknikal apabila dinilai
menggunakan Sistem 9 poin.
KESIMPULAN
– Tidak banyak kelemahan pelajar yang
dapat dikesan kerana kertas ujian
terlalu mudah. Kebanyakannya
kerana cuai. Oleh itu, lebih banyak
latihan perlu diadakan dalam tahun
2009.
– Hanya 9 item sesuai dibankkan untuk
digunakan semula.
– Peperiksaan selaras peringkat daerah
KURANG sesuai untuk pelajar Tkn. 2
dan 1 SMSJ.
– Panel penggubal perlu menjalani
Kursus Perealisasian Item sebelum
diminta menggubal soalan.
WALLAHU’AKLAM
BISSAWAB

Anda mungkin juga menyukai