Anda di halaman 1dari 5

Apakah itu Bioteknologi?

Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk
memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan :

Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi


Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman
Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu
tujuan yang khusus

Ingin tahu lebih lanjut?

Dengan erti kata lain bioteknologi merupakan suatu teknik saintifik yang menggunakan sel-
sel hidup serta komponen biokimianya untuk menghasilkan sesuatu produk yang
dikehendaki bagi bagi tujuan-tujuan yang tertentu.

Terdapat 2 cabang utama dalam bioteknologi iaitu tradisional dan moden. Contoh-contoh
proses tradisional ialah pembuatan baja organik serta kimia, agen biokawalan, sel serta
kultur tisu. Bioteknologi moden pula melibatkan kombinasi kejuruteraan genetik seperti
genomik, bioinformatik, tranformasi molekul, pembiakan, diagnostik dan teknologi vaksin.

Bioteknologi dan Industri

Bioteknologi menjanjikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang melibatkan keperluan


biologi. Teknik memanipulasikan gen yang kita ketahui telah membuka banyak jalan ke era
masa depan dan yang lebih selesa. Kini teknologi bioteknologi diaplikasikan ke dalam
industri untuk dimajukan.

Bioteknologi dan Anda

Telah kita bincangkan sebelum ini bahawa bioteknologi mampu membaiki dan memulihkan
manusia daripada masalah kesihatan yang wujud di bumi ini. Boleh dikatakan bahawa pada
suatu hari ini hampir semua penyakit boleh di rawat menggunakan teknologi ini. Produk-
produk pertanian, penternakan dan lain-lain boleh dipertingkatkan dengan mengaplikasikan
pengetahuan kita terhadap bioteknologi. Dengan ini bolehlah kita semua menikmati
kesenangan dan kemewahan hidup di masa akan datang dengan kehidupan yang lebih sihat
dan progresif.

Bioteknologi dan Industri

Manusia telah menggunakan pelbagai cara demi mendapatkan kepuasan dan kesenangan
dalam kehidupan harian mereka. Bioteknologi menjanjikan penyelesaian kepada masalah-
masalah yang melibatkan keperluan biologi kini. Teknik memanipulasikan gen yang kita
ketahui telah membuka banyak jalan ke era masa depan dan yang lebih selesa. Sebagai
contohnya masalah kebuluran, wabak penyakit, pencemaran, pembangunan, dan pelbagai
lagi dapat diatasi dengan adanya teknologi ini.

Industri pertanian
Industri ternakan
Perubatan
Industri pertanian

Dalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang mampu


menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan ramai generasi-generasi baru tidak
berminat mengusahakan industri ini kerana hasil pendapatan mereka yang tidak menentu.
Maka dengan menggunakan bioteknologi masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit
dan haiwan perosak serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan.

Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu dan
produktif. Sebagai contohnya :
> Buah yang besar
> Buah tanpa biji
> Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan
haiwan perosak
> Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam
sekitar.

Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai ?

Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini


menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat
kekeliruan ketika proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga
dapat merencatkan penghasilan pembentukan biji benih.

Selain itu tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk berbanding pohon semulajadi. Ini
kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan gen pada bakteria yang tahan sejuk lalu
diaplikasikan kepada pohon strawberi supaya tidak rosak jika suhu menjadi sejuk lampau.
Ini penting bagi petani kerana sumber pendapatan boleh terjejas jika hasil tidak banyak.

Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak menghasilkan gejala
alergik dikalangan pengguna dan ini dapat meningkatkan hasil jualan petani. Teknologi ini
juga sedang dikaji untuk digunakan terhadap haiwan.

Industri ternakan

Banyak usaha telah dijalankan dalam membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi pun
teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan
baka ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan.
Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan
sememangnya dapat membantu dalam masalah
kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan.

Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada


memang berkurangan berbanding dengan kepesatan
pembesaran populasi manusia di dunia. Maka
penggunaan teknologi ini sangat penting dalam
menampung keperluan protein manusia seluruh dunia.

Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik


sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-
haiwan yang sebagai contohnya :
> Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak
> Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di bervitamin
> Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran

Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan
persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu
tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan
mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.

Perubatan

Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus, vaksin, antibiotik, dan


pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting dalam menyelamatkan nyawa
manusia.

Tahukah anda bahawa hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing
manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan lembu. Cara ini sangat
mahal dan lambat kerana hormon ini hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan
tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan konflik dalam aspek
keagamaan, contohnya di mana pengunaan hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang
dalam Islam. Akhirnya Insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen khusus kepada
satu bakteria untuk menghasilkan produk yang lebih cepat dan mencukupi.

Saintis kini cuba untuk menghasilkan haiwan yang dapat


menjadi penderma organ dan darah kepada pesakit. Seperti kita
semua maklum setiap spesies hanya sesuai untuk menjadi
penderma kepada satu sama lain keran halangan genetik tapi
jika halangan ini dapat diatasi dan kita akan mempunyai badan
gantian jika berlakunya kemalangan atau sebagainya. Ini
penting kerana contohnya pesakit jantung yang memerlukan
jantung baru tidak perlu menunggu penderma yang telah
berjanji untuk menderma mati untuk mendapatkan jantung
baru.

Dalam kemalangan pula atau pembedahan kadang-kala memerlukan darah simpanan untuk
menyokong tubuh pesakit dan kini bekalan darah sangat kurang di bank darah. Penyakit
genetik seperti 'cri du chat', sindrom Down boleh diatasi dengan mengubahsuai gen-gen
abnormal kepada gen normal melalui terapi gen contohnya. Pesakit barah yang menderita
akibat pertumbuhan sel mutasi boleh menerima manfaat juga melalui pemodenan dalam era
bioteknologi.

Bioteknologi dan Anda

Kehidupan yang lebih sihat dan progresif telah kita bincangkan


sebelum ini bahawa bioteknologi mampu membaiki dan memulihkan
manusia daripada masalah kesihatan yang wujud di bumi ini. Boleh
dikatakan bahawa pada suatu hari nanti hampir semua penyakit
boleh di rawat menggunakan teknologi ini.

Penambahan bilangan produk bioteknologi dilakukan adalah untuk


kepentingan masyarakat. Produk-produk pertanian, penternakan dan lain-lain boleh
dipertingkatkan dengan mengaplikasikan pengetahuan kita terhadap bioteknologi. Dengan
ini bolehlah kita semua menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di masa akan datang.

Peluang pekerjaan

Pembangunan dalam sektor bioteknologi juga mampu menyelesaikan


masalah pengangguran yang sedang dialami oleh dunia, dimana sektor
ini memerlukan tenaga pekerja yang banyak dan ini secara tidak
langsung mewujudkan peluang pekerjaan.

Kebimbangan

Disebalik kejayan terdapat juga kebimbangan di mana keseimbangan alam semulajadi akan
terjejas. Contohnya jika tanaman yang diubah ini tersebar ke persekitaran akan
menyebabkan banyak tumbuhan semulajadi musnah dan pupus. Ini kerana persaingan
antara tumbuhan liar dan transgenik adalah berat sebelah dimana tumbuhan transgenik
lebih kuat daripada tumbuhan yang asli. Selain itu haiwan transgenik dari pengklonan
adalah sukar mendapat kejayaan dimana hanya 1 dalam 100 haiwan tersebut akan lahir
secara sempurna. Ini secara tidak langsung menggugat ekonomi kerana kos setiap
pengklonan adalah agak mahal.

Pemecahan halangan genetik juga merupakan masalah besar di mana penyakit baru akan
muncul. Ini terjadi apabila haiwan yang dikaji ini mempunyai penyakit yang asalnya hanya
boleh dijangkiti oleh haiwan tersebut sahaja. Tetapi apabila gen yang diderma oleh manusia
ini diselitkan bersama gen haiwan ini, genetik haiwan akan berubah dan dikhuatiri genetik
penyakit ini (virus atau sebagainya) turut berubah untuk menyamai genetik haiwan tersebut
dan akhirnya tubuh manusia juga turut mempunyai risiko untuk dijangkiti. Contohnya HIV
atau AIDS dipercayai berasal dari monyet telah merebak kepada manusia.

Anda mungkin juga menyukai