Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diwujudkan bagi


mengumpulkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan mata pelajaran
ini untuk dijadikan sumber rujukan dan bahan bantu mengajar guru-guru.

Blog ini juga menyediakan serba sedikit panduan untuk guru-guru dalam pengurusan
Panitia di sekolah.

Bahan-bahan audio-visual seperti video klip dari youtube dan koleksi lagu-lagu patriotik
diblog ini bertujuan membantu guru-guru membawa pelajar-pelajar mendengar, melihat,
merasai serta memahami topik-topik dengan lebih jelas lagi di samping menjadikan
proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik dan bermakna.

Selain membantu rakan guru, blog ini juga diwujudkan atas rasa keperihatinan terhadap
keperluan pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah luar bandar yang masih
kurang kemahiran menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat bagi
perlaksanaan Projek Kewarganegaraan mereka.

Diharapkan dengan adanya bahan-bahan di blog ini, dapat membimbing dan


memudahkan pelajar mencari bahan rujukan untuk tugasan mereka disamping merasai
keseronokan pengalaman baru mencari maklumat menggunakan kaedah pembelajaran
interaktif.

Bahan-bahan yang dikumpulkan di blog ini juga adalah dari bahan-bahan yang dirujuk
dan disunting dari sumber seperti wikepedia, akhbar-akhbar, artikel-artikel dari majalah
dan laman web yang mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan tajuk- tajuk dalam
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Semoga bahan-bahan bacaan ini dapat membantu rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar
menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada berkenaan topik-topik yang yang akan
diajar dan dipelajari.

Pautan-pautan yang ada di dalam blog ini juga adalah pautan dari agensi kerajaan dan
bukan kerajaan, juga dari laman web dan blog yang terpilih kerana nilai kandungan
bahan-bahan yang ada, amat berguna dan sesuai sekali untuk dijadikan bahan rujukan
guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan maklumat tambahan.

Anda mungkin juga menyukai