Anda di halaman 1dari 2

Model Ekonomi Baru telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010.

Tiga prinsip yang ditekankan ialah berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman (inclusive). Dengan
prinsip-prinsip ini ianya dapat memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang membangun
sepenuhnya, meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantaau dan
global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup secara menyeluruh.

Berikut ialah ringkasan / intipati Model Ekonomi Baru (MEB) / Summary of New Economy Model (NEM) yang
dibentangkan pada 30 Mac 2010 di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur:

 Meningkatkan pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 (RM22,806) kepada USD15,000
(RM48,870) dalam tempoh 10 tahun. Ianya dapat dilakukan dengan membangunkan sektor sedia ada dan
memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi

 Pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Di samping itu,
pekerja kolar biru akan menerima upah berdasarkan kompetensi yang mereka miliki dan prestasi diukur
berdasarkan penigkatan antarabangsa. So lagi banyak kemahiran, tanggungjawab pun lagi besar dan buat
kerja pun lagi baik dan berpendapatan tinggi

 Pengurangan kebergantungan terhadap buruh asing yang tidak berkemahiran dan lebih focus kepada
pekerja pelbagai kemahiran (multi-tasking worker) yang mana boleh meningkatkan produktiviti

 Mengambilkira kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli.

 Semua pihak / rakyat akan menikmati hasi kemakmuraan negara yang semakin meningkat. Oleh sebab itu,
tidak ada seoraang pun akan terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan

 Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik:


1. Menyuburkan kembali sekto swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja
asing
3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
4. Memperkukuhkan sektor awam
5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
8. Memastikan pertumbuhan yang mapan

 Pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia

 Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua
yang sedang dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti

 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara
(sekarang 6%). dengan ini ia akan mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang
domestik untuk penyertaan baru. Sekarang KWSP menguasai 50% daripada volume harian Bursa dalam
pasaran ekuti dan bon tempatan.

 Menjadikan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) sebagai agensi promosi pelaburan yang lebih
efektif dengan membuat perubahan drastik. Dengan itu, MIDA akan dikorporatkan untuk memberi lebih
fleksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja serta bakat. MIDA akan dikenali sebagai Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia

 Khazanah akan melupuskan 32% pegangan di dalam Pos Malaysia melalui dua peringkat proses pelupusan
strategik
1. Bermula serta-mertaa: kaedah urus tadbir korporat dan kawal seliaan yang sesuai akan dipatuhi.
Perbincangan menyeluruh akan dilaksanakan mengambil kira; struktur kawal seliaan, penggunaan
tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja
2. Kerajaan akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru
dengan taahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan Pos Malaysia

 Beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala Lumpur akan ditender dan
dibangunkan oleh sektor swasta

 Kerajaan dan KWSP akan membentuk kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh
sebagai hab baru bagi Lembah Klang. Pelaburan sebanyak RM5 bilion dijangka dapat memberi kesan
positif kepada ekonomi

 Kerajaan akan mengurangkan peranan dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan sektor
swasta. Kerajaan adalah di dalam proses mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan bagi
Percetakan Nasional Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn Bhd
ada beberapa syarikat lain lagi

 Petronas akan menyenaraikan dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik di Bursa pada tahun ini. Ini
dapat mengurangkan penglibatan Kerajaan dalam aktiviti perniagaan yang akan menggalakkan persaingan
dalam ekonomi, pengambilan risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan seterusnya
memberi manfat kepada semuaa warga Malaysia

 Kerajaan akan mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud di
Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan
perkhidmatan (goods and services tax: GST)

Anda mungkin juga menyukai