Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING

PENDAHULUAN

Prestasi Matematik di SMKAB adalah pada tahap baik tetapi peratusan pelajar yang cemerlang
haruslah bertambah dari tahun ke setahun. Dengan sebab itu , maka satu perancangan haruslah
dibuat yang melibatkan :

(a) Kemudahan dari segi tenaga pengajar


(b) Potensi pelajar
(c) Kelengkapan alat Bantu mengajar
(d) Motivasi
(e) Kemudahan asrama
(f) Hal-hal yang berkaitan.

Semoga dengan perancangan tersusun, komitmen dari guru, pentadbir dan semua pelajar,
InsyaAllah kecemerlangan dalam Matematik dapat dicapai.

MATLAMAT

Tujuan rancangan ini adalah untuk merangka dan melaksanakan beberapa strategi bagi mengatasi
kekurangan dan kelemahan-kelemahan dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik. Semoga
dengan ini dapat mewujudkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan rasa cinta yang
mendalam terhadap Matematik dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang Matematik.

OBJEKTIF

Di antara objektif utama ialah :


(1) Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik
(2) Mengesan dan memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik
(3) Menyemai minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Matematik
(4) Melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dalam Matematik
(5) Mengenal pasti pelajar-pelajar yang lemah untuk dibimbing menggunakan Headcount.
(6) Menyahut program untuk projek kecemerlangan SMKAB.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING

Pihak panitia telah meneliti, menganalisa dan berbincang akan masalah yang dihadapi
oleh pelajar bagi mata pelajaran Matematik secara keseluruhan. Di sini Panitia
Matematik telah menyediakan satu perancangandan pelan tindakan bagi peningkatan
Matematik sama ada menengah rendah atau menengah atas bagi tahun 2008.

Bi Isu / Masalah Sebab / Huraian Langkah mengatasi


l

1. Faktor bahasa Belajar Matematik dalam Panitia akan menyediakan P&P yang
BI adalah perkara baru. bersistem dan teratur.
Kebanyakan pelajar agak Guru-guru dan pelajar akan
lemah atau kurang didedahkan dengan lebih banyak
menguasai BI. perbendaharaan kata dan terma-terma
Pelajar menganggap BI BI.
sebagai penghalang Pelajar akan diberi motivasi yang
memahami Matematik. berterusan.

2. Peralihan pelajar Topik-topik dalam subjek Akhir tahun 2007, selepas PMR satu
dari Menegah seperti terlalu asing taklimat pendedahan tentang subjek
rendah ke Tingkatan kepada mereka. Pelajar akan diberi.
4 dan dari Sekolah yang baru masuk sekolah Panitia bersetuju P&P akan
Rendah ke Sekolah menengah terkena kejutan membanyakkan menggunakan buku
Menengah bagi budaya. kerja terancang bagi memudahkan
Tingkatan 1 pelajar dan guru.
Kepada Tingkatan 1 akan didedahkan
latihan Intervensi yang dibekalkan
oleh PPD bagi program PPSMI.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING

3. Bilangan pelajar Pelajar masih dalam usaha Pelajar akan didedahkan latihan
yang cemerlang mengadaptasi kemahiran semaksimum yang mungkin.
agak sedikit. menjawab. Kemungkinan Guru akan mempelbagaikan cara P&P
masalah kurang latihan bagi mengatasi masalah ini.
menjadi penghalang akan
kejayaan yang lebih
cemerlang.

4. Pelajar kurang daya Tiada inisiatif untuk Merujuk kes-kes ini kepada kaunselor
saing dan mudah membaiki kelemahan diri. disamping memulihkan semangat
putus asa. Mudah berpuas hati pelajar semasa P&P.
dengan markah lulus. Guru sentiasa mengingatkan pelajar
Tidak mahu berusahah akan kepentingan kecemerlangan dan
lebih bagi mendapatkan jangan mudah putus asa atau berpuas
jawapan. hati jika tiada usaha.

5. Masih ada pelajar Pelajar kurang/tidak cuba Guru-guru akan meneliti dan memberi
gagal dalam memahami soalan. penekanan yang lebih kepada pelajar
peperiksaan utama. Kurang Latihan latihtubi. yang bermasalah ini.

6. Pelajar kurang Pelajar terlalu bergantung Pihak sekolah telah menyediakan


melakukan latihan harap dengan guru berbagai kemudahan asas dan
tambahan. samada memberi latihan tambahan, pelajar perlu lebih proaktif
Pelajar terlalu tambahan atau untuk memajukan diri. Insyaallah
bergantung kepada menyelesaikan masalah dengan bimbingan guru pelajar akan
guru. tambahan. Pelajar kurang mula sedar dan cuba mengeksplorasi
mengekses sendiri, terlalu secara kendiri.
bergantung kepada guru.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING

7. Menghabiskan Aktiviti tambahan luar Guru akan menghabiskan silibus


silibus sebelum P&P banyak menganggu mengikut Rancangan Mengajar
peperiksaan utama. jadual P&P. Tahunan.
Guru akan mengadakan kelas
tambahan jika perlu.

Fokus utama Panitia Matematik bagi matapelajran Matematik :

1. Menggalakkan penggunaan BI 100% dalam kelas semasa P&P Matematik.


2. Memberi pendedahan sebanyak mungkin kepada pelajar Tingkatan 4 supaya
mereka lebih minat dan mengambil berat akan subjek Matematik Tambahan.
3. Panitia akan berbincang dari masa ke semasa bagi memastikan kecemerlangan
subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
4. Panitia akan memperbanyakkan latihan tambahan kepada pelajar. Panitia telah
menyediakan buku latihan berformat PMR dan SPM sebanyak 2 set di Bilik
Matematik dan akan bertambah pada tahun 2008.
5. Klinik Matematik akan beroperasi dengan lebih mantap pada tahun 2008. Pelajar-
pelajar cemerlang akan dilantik menjadi Pembimbing Rakan Sebaya.
6. Panitia juga akan memberi penumpuan kepada Tingkatan-tingkatan bukan
peperiksaan.
7. Panitia perlu menghabiskan silibus sebelum peperiksaan utama. Guru digalakkan
mengadakan kelas tambahan jika perlu
8. Mendedahkan sebanyak mungkin bentuk-bentuk soalan peperiksaan bagi
memahirkan pelajar yang akan menghadapi PMR & SPM.
9. Guru-guru akan memahirkan diri dengan menghadiri seminar, kursus bagi
membantu pelajar agar lebih cemerlang.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING

PERANCANGAN AKTIVITI PANITIA MATEMATIK TAHUN 2008

Bil Senarai Aktiviti Objektif Sasaran Tarikh


1. Mesyuarat Panitia Menyelaras aktiviti dan pembelajaram Semua Panitia Jan, April, Jun,
dan pengajaran Matematik di sekolah Okt
2. Penyemakan buku latihan Memastikan latihan mencukupi dan Murid Tingkatan 1- Januari –
berkesan (efektif) 5 September
3. Ujian Bulanan Mengetahui tahap pencapaian pelajar Murid Tingkatan 1- Setiap bulan /
5 topik
4. Peperiksaan Semester/Penggal Mengesan prestasi pelajar Murid Tingkatan 1- Mei, Oktober
5
5. Sudut Matematik Penambahan dan pengukuhan Semua Panitia dan Januari –
pengetahuan Pelajar September
6. Klinik Matematik Membantu para pelajar diluar waktu Murid Tingkatan 1- Januari –
P&P 5 September
7. Kelas Bimbingan / Kelinten Memberi bimbingan secara intensif Murid Tingkatan 5 Februari –
dan pengayaan serta latihan latih tubi. dan Tingkatan 3 September
8. Gempur ICU Pemulihan pelajar selepas peperiksaan Murid yang Februari –
atau ujian. sederhana dan September
lemah
9. Latihan masa cuti Ulangkaji semasa di rumah Murid Tingkatan 1- Mac, Mei/Jun,
5 Ogos
10. Taman Matematik Mencintai alam sekitar dan aktiviti Ahli Persatuan Penggal 1 dan 2
kokurikulum. Matematik
11. Hari Khas Matematik Kesedaran tentang penggunaan Semua Guru, murid Januari,
- Pameran & Projek Matematik dalam kehidupan seharian dan warga SMKAB April,
- Jejak Matematik Jun
- Sayembara Matematik
- Permainan Matematik
12. Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM Pelajar diuji sebelum peperiksaan Murid Tingkatan 3 September
sebenar. dan Tingkatan 5
13. Ceramah teknik menjawab soalan Memberi pendedahan tentang cara Murid Tingkatan 3 Ogos
menjawab soalan peperiksaan awam dan Tingkatan 5
dan sisitem permarkahan
14. Lawatan sambil belajar Pendedahan pelajar dengan suasana Ahli Persatuan Julai
luar sekolah Matematik

JADUAL PERLAKSANAAN

Bi AKTIVITI J F M A M J J O S O N
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING

l
1. P&P X X X X X X X X X X X
2. Menyemak buku latihan X X X X X X X X X X X
3. Ujian Bulanan X X X X X X X
4. Peperiksaan Penggal/Semester X X X X
5. Sudut matematik X X X X X X X X X X X
6. Kelas Bimbingan / Kelinten X X X X X X X X X X
7. Belajar dengan Rakan Sebaya X X X X X X X X X X X
8. Aktiviti Persatuan X X X X X X X
9. Program A.B.M X X X X X X X X X X X
10. Klinik Matematik X X X X X X X X X X X
11. ICU X X X X X X X X X X X
12. Ceramah Teknik Menjawab X X X
13. Percubaan PMR X X
14. Percubaan SPM X X
15. Ulangkaji Intensif X X X X X X
16. Mesyuarat Panitia X X X X

Perancangan Tahunan Matematik 2008

Guru-guru Matematik 2008


1. En Shuhaimi B Yaacob
2. Pn Zuraidah Bt Mustaffa
3. Cik Siti Nurazlini Md Yusoff
4. Pn Fazlina Zaini Bt Abdullah.
5. En. Muhammad Azley B Azmi
6. Cik Hazian Bte Sarip@Khalid
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING

7. Pn. Zuhailah Bt Hashim

Penggubal / Penyedia Soalan Ujian/Peperiksaan :

Bil Tingkatan Guru


.
1. Tingkatan 1 En. Shuhaimi Yaacob / Pn. Zuhailah bt Hashim
2. Tingkatan 2 Pn Fazlina Zaini bt Abdullah
3. Tingkatan 3 En Shuhaimi Yaacob
4. Tingkatan 4 Cik Hazian Bte Sarip@Khalid
5. Tingkatan 5 Pn Zuraidah Mustaffa
6. Add Math Tingkatan 4 En. Muhammad Azley Azmi/Cik Siti Nurazlini Md Yusoff
7. Add Math Tingkatan 5 Cik Siti Nurazlini Md Yusoff

Pemantauan ketua panitia dan pihak pengurusan adalah berterusan.

PENUTUP

Rancangan ini dijalankan dari masa ke semasa dan jika terdapat strategi yang kurang
memuaskan, maka strategi itu akan diubahsuai. Semoga dengan ini, pelajar akan lebih
berminat terhadap mata pelajaran Matematik dan prestasi akan dipertingkatkan apada
peingkat individu, kelas, tingkatan dan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai