Anda di halaman 1dari 1

ELCB atau RCCB ?

Oktober 27, 2010


Labels: Elektrik 0 komen

ELCB - Earth Leakage Circuit Breaker (Pemutus Litar Bocor ke Bumi)


RCCB - Residual Current Circuit Breaker (Pemutus Litar Arus Baki)

Yang manakan penggunaan perkataan yang betul untuk alat seperti gambar di atas ELCB atau
RCCB ? Jawapannya : Kedua-duanya betul untuk masa sekarang. 

ELCB terbahagi kepada 2 bahagian:


 ELCB kendalian voltan
 ELCB kendalian arus

RCCB adalah nama lain bagi ELCB kendalian arus. Penggunaan perkataan RCCB untuk ELCB
kendalian voltan adalah tidak betul. Walaubagaimanapun, pengunaan ELCB kendalian voltan ini
telah lama dihentikan dan syarikat pengeluar tidak lagi mengeluarkan ELCB jenis ini lagi. Oleh
itu, kesemua ELCB yang terdapat di pasaran kini adalah ELCB kendalian arus atau RCCB. Tetapi
anda masih boleh menemui ELCB kendalian voltan ini pada papan agihan bekalan elektrik di
bangunan-bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1940an dan 1950an.

Nota : RCCB juga kadang-kala dikenali sebagai RCD (Residual Current Device)

Anda mungkin juga menyukai