Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Merujuk http://, Sapir (1921:8) mendefinisikan bahasa adalah semata-mata suatu


kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan
melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar. Crystal (1995) pula memberi takrif
bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional iaitu lambang
atau simbol tulisan untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan. Perkembangan
bahasa merupakan sebuah proses yang terawal dalam kehidupan manusia dan melalui
proses pembelajaran seseorang itu mula menguasai bahasa. Perkembangan bahasa
kanak-kanak bermula dari yang sederhana sampai yang kompleks.

Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan bahasa yang berbeza. Kanak-


kanak genius memiliki perkembangan bahasa yang berbeza berbanding dengan kanak-
kanak normal dari segi kognitif dan sosio-emosi. Perbezaan-perbezaan dalam kalangan
kanak-kanak genius atau pintar cerdas dapat diperhatikan dan dikenalpasti melalui
factor-faktor yang mempengaruhi peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak
tersebut dan teori-teori yang berkaitan. Perkembangan bahasa dalam diri kanak-kanak
perlu diambil perhatian yang serius kerana ia berkai rapat dengan menulis dan
membaca. Jika kanak-kanak tersebut tidak mampu berbahasa dengan betul, maka ia
menjejaskan pembelajarannya.

Anda mungkin juga menyukai