Anda di halaman 1dari 1

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, Encik Mohd Nadzri bin Othman, barisan Guru-Guru Penolong Kanan,

Guru-guru yang diraikan, rakan-rakan guru yang dihormati, kakitangan sekolah, hadirin hadirat yang
dimuliakan. Terlebih dahulu, marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin serta inayah-Nya jua kita dapat dipertemukan kembali pada hari ini dalam satu majlis yang diadakan
khusus untuk rakan-rakan yang kita kasihi yang telah dipisahkan oleh keadaan yang tidak kita jangkakan
telah berlaku. Namun, siapalah kita untuk melawan takdir dan ketentuan Tuhan. Mungkin segala yang
berlalu ini ada hikmah dari-Nya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,


Biar apapun anggapan dan tanggapan yang bermain dalam fikiran kita, tugas dan arahan pihak atasan
perlu kita sebagai penjawat awam akur dan menurut perintah. Hidup perlu diteruskan, tugas perlu
dilaksanakan, amanah perlu dijunjung ….
Memanglah, tragedy seumpama ini kita tidak mahu berlaku dalam hidup kita, lebih-lebih lagi jika tanpa
kerelaan dan permintaan kita sendiri.

Situasi, hendak ditelah mati anak, nak diluah mati bapak, dikemam mati diri sendiri …. Biarlah apa yang
berlalu ini terus berlalu. Kita harapkan rakan-rakan redha dengan ketentuan ini dan hijrah itu bakal
menjanjikan kecemerlangan sebagai mana hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah….Insya-Allah.

2. Doa oleh Ustaz Ashari Jumingan

3. Ucapan Pengerusi KKGK, Encik Mahadi bin Hamid

3. Ucapan Tuan Guru Besar

4. Bacaan doa makan dan majlis jamuan bermula

5 Ucapan Guru-Guru yang diraikan: (Penyampaian cenderahati dan wang saham KKGK)

1. Puan Hajah Azizah binti Haji Ibrahim (Lebih 20 tahun)


2. Puan Norsidah binti Buang (Lebih 15 tahun)
3. Puan Siti Mariam binti Abd Ralip (Lebih 10 tahun)
4. Puan Hajah Zaliha binti Kasni (Lebih 5 tahun)
5. Puan mazlina binti Borhan (Lebih 5 tahun)
6. Cik Amizah binti Ramlan (Lebih 5 tahun)
7. Encik Murugananthan (Lebih 11 bulan)

Guru yang tidak dapat bersama kita:

1. Encik Nazri bin Baharuddin


2. Cik Siti Sarah

Ucapan guru yang baru melaporkan diri untuk bertugas di SK Batu Laut.

1. Encik Mohd Ridwan bin Zawawi


2. Encik Ravindran

Anda mungkin juga menyukai