Anda di halaman 1dari 2

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK TUN HUSSEIN ONN


SEBARANG JAYA, PULAU PINANG.
______________________________________________________________________
Ruj. Kami :
Tarikh : 14 April 2011
______________________________
______________________________
______________________________

Tuan/Puan,

PER: PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH


TAHUN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan


________________________________________________ dari Tingkatan
_____________________ telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber
Sekolah bagi tahun 2011.

2. Untuk makluman tuan/puan, lantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah


dibuat setiap tahun berdasarkan kepada prestasi kerja mereka. Sekiranya
para pengawas yang dilantik tidak menjalankan tugas yang sepatutnya,
maka pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berhak untuk tidak melantik
semula mereka pada tahun berikutnya atau melucutkan jawatannya
(bergantung kepada kesalahan disiplin yang dilakukan).

3. Untuk itu, pihak Pusat Sumber Sekolah berharap anda akan menjalankan
tugas dengan penuh tanggungjawab serta mematuhi segala peraturan
Pusat Sumber Sekolah dan menjalankan tugas mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

4. Sila pastikan anda mengisi borong-borang berikut dan menyerahkannya


kembali kepada Pn. Norlida Mohd Mahudin pada 18 April 2011. Disertakan
juga contoh pakaian seragam Pengawas PSS untuk rujukan. Para pengawas
yang dilantik diminta memakai pakaian seragam lengkap pada 25 April
2011 untuk upacara pelantikan.
a) Borang perakuan ibubapa
b) Surat perjanjian Tugasan
c) Lampiran : Contoh Pakaian Seragam Pengawas PSS

Sekian. Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas,

............................................................
(NORLIDA BT MOHD MAHUDIN)
Guru Perpustakaan Dan Media
SMK Tun Hussein Onn