Anda di halaman 1dari 16

KONSEP, MATLAMAT DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN

DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.

Pengertian,Konsep Bimbingan Dan Kaunseling

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling"


yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya
dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap
orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan
juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Walaubagaimanapun terdapat banyak pengertian yang dikeluarkan oleh


pemikir,antaranya ialah Jones (2004) menjelaskan istilah kaunseling mempunyai
pelbagai makna. Pertama, ia melibatkan individu yang menerima kaunseling.
Dimensi seterusnya ialah sebagai satu perhubungan, intervensi, satu proses
psikologikal dan mempunyai matlamatnya.Kottler & Brown (2000) mendefinisikan
kaunseling sebagai satu profesion yang mempunyai sejarah dan set standad dan
berbeza dari disiplin lain seperti kerja sosial, psikologi dan psikatri.

Manakala menurut penulis tempatan Zainal Abidin Ahmad (2002)


menjelaskan kaunseling sebagai satu perbincangan antara seorang kaunselor
yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami
kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti
beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya
melaksanakan alternatif yang dipilih.

Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 508) “Kaunseling bererti suatu proses
sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip psikologi yang
dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk
mencapai suatu perubahan, kemajuan, dan penyesuaian yang holistik, baik, dan
sukarela pada diri klien supaya perubahan ,kemajuan, dan penyesuaian itu akan
berterusan sepanjang hayat klien”.

Kaunseling juga merupakan satu aktiviti yang dibentuk untuk individu yang
berfungsi secara normal dan yang mengalami masalah perkembangan dan
penyesuaian. Ia adalah satu perhubungan sama ada dalam bentuk kelompok,
keluarga atau individu yang bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan,
keselamatan dan perubahan. Mengikut mereka lagi, kaunseling bersifat
multidimensional dan mengendalikan perasaan dan tingkah laku individu sama
ada pada waktu lepas, sekarang dan masa hadapan.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan


aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan
seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai
kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas
bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep
kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama,
kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan


objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia
tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang
perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu,
ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik
dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

 Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan


memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
 Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan
manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-
masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara
kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama
ada datang sendiri ataupun dirujuk.

Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai
bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping
mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas
keputusannya itu.

Falsafah yang diamalkan di dalam sesi bimbingan dan kaunseling ini ialah
Satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh
membantu melalui usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuan
supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidup serta berupaya menyesuaikan
diri dengan kehendak masyarakat.

Bimbingan dan Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan


individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan
pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia
dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga
ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan
klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Konsep bimbingan dan kaunseling yang paling asas ialah melibatkan


interaksi sekurang-kurangnya dua orang. Dalam terma kaunseling orang yang
menolong digelar kaunselor dan orang yang ditolong digelar klien. Kaunselor
bertindak membantu klien meneroka aspek diri dan kehidupannya yang
menimbulkan masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran
tentang diri, situasi dan pilihan-pilihan yang ada padanya (Amir, 1987; Sharf,
2000; Tang Chee Yee, 1989),manakala,menurut Boy and Pine (1968) kaunseling
sebagai satu perhubungan bersemuka dimana seorang klien mendapatkan
bantuan daripada seorang kaunselor. Ada ciri seperti komunikasi efektif, saling
hormat menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor &
penumpuan diberikan atas keperluan-keperluan masalah-masalah serta
perasaan-perasaan klien.

Pepinsky and Pepinsky (1954) berpendapat bimbingan dan kaunseling


adalah satu proses interaksi yang terjadi di antara dua orang yang dipanggil
sebagai kaunselor dan klien, dilaksanakan di satu setting yang profesional, dan
melalui pula hubungan dimudahcara bagi mengujudkan perubahan-perubahan
tinkahlaku klien

Antara konsep lain yang penting dalam bimbingan dan kaunseling,ialah:


- kaunselor seorang yang terlatih
- seorang klien yang terperangkap
- mengenal pasti keadaan diri sendiri
- kaunseling ialah suatu proses
- mencari jalan penyelesaian sendiri
- bertanggungjawab atas keputusan yang diambil

Bimbingan dan Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien


menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami
dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh
dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah
dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Bimbingan dan Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien


diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan
kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran
tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini
diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan
mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Bimbingan dan Kaunseling bermatlamat untuk;


1 Memudahkan perubahan individu.
- Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu
perubahan tingkah laku yang membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih
produktif dan memuaskan.

2 Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan


perhubungan.
- Ramai dikalangann klien yang menhadapi masalah semasa berinteraksi
dengan orang lain. Ini berlaku kerana kurangnya klien mempunyai kemahiran
komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Matlamat kaunselor ialah
mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan
orang lain.

3 Membantu keberkesanan klien mengurus diri.


- Satu lagi matlamat kaunselor yang penting ialah membantu kliennya .
Ekspektasi ibi dan bapat erhadap anaknya seringkali memberi kesan yang tidak
dijangka. Pola tingkah laku yang dipelajari masa kecil akan menimbulkan
masalah padanya di tempat kerja.Dalam keadaan yang demikian , kaunselor
akan melatih kliennya mengurus diri dengan lebih berkesan terutama dalam
situasi baru dan tuntutan baru.

4 Menggalak proses membuat keputusan.


- Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat
menyukarkan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya
membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad
diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan
bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil.
5 Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.
- Membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. Matlamat ini
bermaksud memberi peluang kepada klien umempelajari cara-cara
menggunakan kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum.
Matlamat kaunseling ialah mengurangkan atau mengatsi apa sahaja yang
menyekat dan membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat
seseorang.

Menurut Muhd Mansur Abdullah, 1985: 11-18 antara matlamat bimbingan dan
kaunseling ialah:
1. Menyediakan perubahan tingkahlaku
2. Membantu membuat keputusan.
3. Membentuk kemahiran daya tindak.
4. Memperbaiki hubungan.
5. Memahami dan mengelolakan kecemasan

Matlamat umum bimbingan dan kaunseling pula ialah


 Membiarkan klien dalam keadaan perasaannya sendiri
(Muhd Mansur Abdullah, 1985:18)
 mengambarkan keperluan dan kehendak klien itu sendiri dari orang
lain (Shertzer & Stone, 1974)
 Kaunselor menyediakan serba sedikit arah tujuan
 dalam proses kaunselingnya dan klien membuat pemilihan
matlamat dan bagaimana mencapainya.
 Menolong klien menjadi lebih selesa dan lega,berfungsi dengan
baik, mencapai kejayaan lebih dan hidup dengan gembira bagi
masa akan datang.
 Mencapai keberkesanan seseorang itu baik kepada dirinya sendiri
mahupun masyarakat.
Keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah:
i. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya
dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna
menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan,
peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan
di antara yang tersebut di atas.
2. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,
minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
3. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan
keupayaan membuat keputusan sendiri.
4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang
perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan
perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi
tentang penuntut.
5. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas
pelajaran perkembangan psiko-sosial penuntut dan menyampaikan
maklumat untuk kakitangan lain.
6. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang
signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan
program yang berkaitan.
7. Membantu ibu bap untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya,
keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya; bertujuan
untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada
perkembangan anak mereka sendiri.
8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa
untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling
sekolah.
9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang
perlu untuk perkembangan penuntut.
10. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber
masyarakat
11. menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling sekolah..
12. mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
13. sekolah melalui kajian keperluan, soalselidik, temu bual dan perbincangan
dengan pelajar, guru,pentadbir,kakitangan sekolah,ibu bapa dan bekas
pelajar.
14. merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori
pelajar.
15. mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling
kelompok dan tunjukajar. instructional) yang meransang perkembangan
pelajar secara optimum.
16. merancang,melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling
individu secara profesional dan beretika.
17. merancang,melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pelajar.
18. merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka
dan keperluan ipt
19. merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
pendidikan pencehagan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
20. merancang melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
untuk emnyedia dan mendedahakan pelajar kepada peluang melanjutkan
pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam luar negara.
21. merancang, melaksana, mengawalselia dan emnilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan
kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
22. merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti konferens dengan ibi bapa, guru, kakitangan bukan guru dan
agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses
pendidikan dan perkembangan pelajar.
23. membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan
secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
24. merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
25. menjadi urusetia kepada jawatankuasa penyelaras perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.
26. menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi
emnyebarkan peningkatan profesionalisma perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.
27. memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kaitangan dan
ibu bapa yang memerlukannya.
28. menjadi personel perhubungan seranta sekolah dengan agensi-agensi
luar yang berkaitan.
29. menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum
sekolah.
30. menjadi ahli jawatankuasa dalam majlis perancang sekolah, disiplin
sekolah dan jawatankuasa lembaga/badan pengawas sekolah.
31. menjadi penyelarasw dalam program mento-mente sekolah
32. menjadi penyelaras dalam program-program pengemabnagan pelajar
seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.
Perbezaan peranan guru biasa dengan guru bimbingan dan kaunseling .

Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dikatakan sangat relevan untuk


menjadi role-model yang boleh menunjukkan sifat-sifat terpuji kepada pelajar,
terutamanya dalam usaha memupuk amalan dan penghayatan nilai murni di
kalangan pelajar sekolah (Taifor, 2001). Guru Bimbingan dan Kaunseling juga
adalah berperanan sebagai fasilitator. Mereka seharusnya berkemampuan
membimbing dengan bertindak sebagai pendidik, kaunselor dan mentor untuk
memupuk dan menyerapkan nilai murni, berkemahiran pengurusan diri dan
pembelajaran, serta menjadi penjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran
kritis dan kreatif (Salhah Abdullah, 2006).

Jika dilihat takrifan guru biasa ialah Guru biasa ialah guru yang tidak mendapat
latihan khusus dalam bimbingan dan kaunseling.selain itu peranan guru biasa
juga adalah berbeza daripada guru kaunseling ini kerana guru biasa berperanan:
 mata pelajaran diberi keutamaan
 keputusan ujian menentukan aras dalam potensi pencapaian dalam mata
pelajaran
 gred merupakaan fungsi penilaian pebelajaran mata pelajaran sahaja.
 Hanya murid yang dapat mempelajari mata pelaajaran akan berjaya ke
tahap tertinggi
 Tidak banyak temubual secara peribadi dilakukan kecuali dari segi
akademik.
 Jarang merujuk kepada kaunselor atau guru lain tentang kemajuan murid.
 Tidak banyak lawatan ke rumah murid dilakukan dan jarang mengadakan
pertemuan dengan ibu bapa di sekolah.
 Kurang sensitive dengan emosi murid.

Guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid di


bawah jagaannya.guru membimbing murid membuat penyesuaian
peribadi,social,emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah,peraturan-
praturan,tatatertib khasnya di awal persekolahan.
Selain itu,guru juga berperanan menyesuaikan murid dengan situasi
pembelajaran yang baharu.Kaedah yang boleh di lakukan ialah memperkenalkan
system pendidikan dan matlamat kurikulum,sukatan pelajaran,kaedah belajar.
Guru juga berperanan untuk mewujudkan peluang kepada murid untuk
mengembangkan daya kebolehan masing-masing mengikut kemampuan dan
kebolehan mereka.oleh itu guru perlu memberi kesedaran kepada murid di
peringkat awal sehingga mereka berjaya menanam sikap suka belajar dalam diri
mereka dan ini akan menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran akan
tercapai.
Selain itu,guru juga perlu mengesan masalah atau keadaan-keadaan yang tidak
memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik murid disamping
mengembangkan peribadi dan social murid.guru juga harus menolong murid
membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja yang di amanahkan.

Bagi guru kaunseling pula,mereka mempunyai peranan yang berbeza daripada


guru biasa.antara perananya ialah:
 Pembentukan personality dititikberatkan
 Keputusan ujian menunjukkan keperluan peribadi dan pelbagai halangan
untuk membuat penyelesaian diri.
 Gred menunjukkan pelbagai jenis pencapaain selain pencapaian mata
pelajaran seperti pencapaian social,psikologi,estetik dan lain-lain.
 Pelbagai cara untuk mecapai kejayaan bagi pelbagai kecerdasan amatlah
penting
 Beberapa temubual secara individu diadakan bagi menyelesaikan
masalah peribadi dan masalah akademik.
 Masalah pelajar sering dibincangkan bersama guru lain.
 Melakukan lawatan ke rumah dan menjemput ibu bapa untuk menghadiri
perjumpaan di sekolah.
 Sentiasa sensitive terdap emosi keseluruhan murid di bilik darjah dan
emosi murid secara individu
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui
proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah
perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan
perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

Anda mungkin juga menyukai