Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN KANAK-KANAK

1.0 TAJUK PERMAINAN : Golden Hole

Kategori permainan : Sasaran (Target)

2.0 MATLAMAT

Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM
3102 Permainan Kanak-kanak. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil
pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/
kawasan.

Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori sasaran (target). Nama
permainan ini ialah Golden Hole iaitu menyasarkan bola ke dalam bakul. Permainan ini
dikatakan dapat meningkatkan kemahiran seseorang individu semasa bermain dan ia juga
dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu,
permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Justeru itu, seseorang
individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

3.0 OBJEKTIF 

Selepas melaksanakan permainan ini, para pelajar dapat:-

3.1 Meningkatkan koordinasi motor kanak-kanak


3.2 Berfikir secara kritis dan kreatif bagi merancang strategi dalam permainan
3.3 Melahirkan fizikal yang cergas dan mental yang cerdas
3.4 Memupuk semangat kesukanan dan semangat bekerjasama sesama ahli kumpulan
3.5 Merasakan kebebasan bertindak dalam melaksanakan sesuatu perkara
3.6 Mengembangkan imaginasinya semasa bermain bagi bagi mencapai kemenangan
3.7 Mengenalpasti dan mengatasi masalah dalam permainan

4.0 TARIKH 

Amali permainan kanak-kanak ini dijalankan pada 21/10/2010.


5.0 JANGKA MASA

Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah 5 - 10 minit.

6.0 TEMPAT

Gimnasium, IPG Dato’ Razali Ismail.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

8.0 BILANGAN PESERTA

Setiap kumpulan terdiri daripada 4 kumpulan. Dalam setiap kumpulan memerlukan 6 orang
pemain.. 

Anda mungkin juga menyukai