Anda di halaman 1dari 3

Rahsia Fadhilat Surah Fatihah & Cara Amal

March 16, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan

Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan
dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah
teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama
Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah
yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.

Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti
tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah.

Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya
menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang
dikongsikan dibawah ini.

Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang
kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa
ingat dan kasih pada anda :

 Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:


 Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
 Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

 Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit
tersebut.
 Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

 Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air
tersebut.
 Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit
tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis
ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):

 Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan,
darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)

 Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali


 Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit”
dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan
dengan beberapa syarat:

1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk
segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-
Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran )
Bila masa yang paling bagus untuk minum air?

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh
memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini
adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan
oleh pakar-pakar perubatan.

 Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR.


Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman

 Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN.


Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih
bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan

 Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya


membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

 Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat


mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Anda mungkin juga menyukai