Anda di halaman 1dari 12

Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan

KAEDAH-KAEDAH BELAJAR
JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli setiap
usaha dan ketekunan mereka.

Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan
memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut
jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan
kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan
bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa
yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama
yang menafikan faktor yang lain.

Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu kejayaan


seseorang itu :

(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .............. 50 - 60 %


(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi
kesan ............................ 30 -40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran .................................. 10 - 15 %

Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi kebolehan
sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa terutama dalam
subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab utamanya para pelajar tidak
merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau tidak pernah memikirkan cara-cara untuk
belajar dengan berkesan. Umpamanya rancangan dengan jadual belajar .

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :

1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu


setiap hari ? Ya / Tidak

2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak

3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak

1 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

memulakan study kamu ? Ya / Tidak

4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada


waktunya ? Ya / Tidak

5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak

6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah


dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak

7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak
mengetahuinya ? Ya / Tidak

8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum


membaca dengan teliti ? Ya / Tidak

9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah


semasa membaca ? Ya / Tidak

10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di


tempat yang sama ? Ya / Tidak

11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya


daripada apa yang dibaca dalam
perkataan sendiri ? Ya / Tidak

12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga


l arut malam ? Ya / Tidak

13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan


yang cukup ? Ya / Tidak

14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat
secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak

JAWAPAN :
1. Ya 8. Ya
2. Ya 9. Tidak
3. Tidak 10. Ya
4. Ya 11. Ya
5. Ya 12. Tidak
6. Ya 13. Ya
7. Ya 14. Tidak

Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah kamu
perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan kamu telahpun

2 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

mengamalkannya?

Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya.

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan jadual
berikut :

Kegiatan / Lama Yang Sepatutnya


Tidur / 6 - 7 jam
Makan / 1 jam 15 minit
Mengikuti kelas@pejabat / 6 jam
Belajar / 4 jam
Kelab,persatuan,sukan / 2 jam
Aktiviti-aktiviti sosial /1 jam
Perjalanan / 1 jam
Lain-lain pekerjaan yang perlu / 1 jam

Jumlah / 24 jam

Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu mesti
berfikir secara serius, kenapa? Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring atas katil melebihi
8 jam? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu memakan masa lebih
daripada 2 jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu lama.

Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi.
Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok
belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk
menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya. Setiap
kesempatan mesti digunakan untuk belajar.

Biasakan diri dengan tabiat membaca umpamanya sementara menunggu bas, semasa di
kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain.

Pendek kata dunia kamu adalah buku dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya pada
pelajaran.

Kelulusan kamu sama ada peringkat cemerlang (Distinction) kepujian (credit) atau lulus (pass)
bergantung kepada pemusatan fikiran dan perhatian yang diberikan. Kalau kamu bertekad
mendapat Pangkat A1 atau A2, kamu mestilah mencurahkan tenaga dan masa seperti orang
yang mahu mendapatkan pangkat lebih daripada A1. Dan kalau kamu ingin mendapat kepujian

3 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

(katakan C6) curahkan tenaga untuk mendapatkan A2. Ringkasnya curahkan tenaga
berkali-kali ganda lebih banyak atau tinggi daripada apa yang dicita-citakan.

Anda harus mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin diri. Orang yang bertanggungjawab
akan berusaha besungguh-sungguh agar lulus dengan baik. Dia sedar akan maruahnya .

Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman) pengaruh
luar seperti kawan, permainan, kelab, hiburan dan seumpamanya . Semua ini akan berjaya
mematahkan semangat dan memesongkan haluan kamu jika azam kamu tidak kuat , matlamat
tidak bulat dan padu.

Segala usaha dan ikhtiar kan dibalas baik jika dilakukan dengan betul dan
bersungguh-sungguh. Ucapkan nama Tuhan sebelum memulakan sesuatu

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR
Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a.        Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai .


Belajar secara duduk           tegak
           lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b.        Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan
suasana yang serius .         Semasa
           membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang
penting.
c.         Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk,
bukannya secara         berperingkat-peringkat.
Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.        Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau
perenggan yang dibaca.
           Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya
dapat dirasakan maknanya         dan dengan itu lebih
difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas
     
amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang
kaji dibuat
           
dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari
dalam masa 1
    
tahun.

4 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh
diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :

1. Pilih satu tajuk dan baca nota.


2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
3. Baca dan garis fakta.
4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
7. Susun fakta ( jika perlu ).
8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
10. Ulang hingga kamu puas hati.
11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis
kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.

Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan
menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang
pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :

- Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan
asal.
- Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting
sahaja.
- Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila
membaca.
- Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
- Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan
atau isi penting.

TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR

JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu ikatan

5 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak masa di sekolah,
masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu
diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga
kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza.

Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya

Hari Ahad          : 9.00 pagi - 10.00 pagi


                        : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
                        : 2.00 petang - 3.30 petang
                        : 3.30 petang - 5.00 petang
                        : 8.30 malam - 10.00 malam
                        : 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin           : 2.30 petang - 4.00 petang


                        : 4.00 petang - 5.30 petang
                        : 8.30 petang - 10.00 malam
                        : 10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan
dan kelemahan diri.

Contohnya :

1. Matematik - 4 kali seminggu


2. Bahasa Inggeris - 2 kali
3. Sejarah - 4 kali
4. dan seterusnya

Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan
mata pelajaran yang disebut di atas.

PERINGATAN :

- Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka
jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
- Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00
pagi.
- Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan
kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .

6 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

- Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil
untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN

SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak
seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik
sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk
tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku rujukan,
perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi
penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu?
Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita sediakan
sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri perlu dilakukan
secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan saja.

Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. Dengan
keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke Victoria
University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran. Tentu kamu
tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah
diambilnya. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu
mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut
teknik Fazley.

LANGKAH PERTAMA

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter
sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau
lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting
diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah
mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham,
kemudian baru buat nota.

7 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian
(subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab
sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan
warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting.
Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru.
Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek
lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh - warna biru.

LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit
ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut
mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang , silalah baca .

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar agar
menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu
agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik

8 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik. Jalan
penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang
baik.

Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika
menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota kecil itu.
Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu hari
peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak lagi
teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal
dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa
diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak
membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua
mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.

PETA MINDA

Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini
lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah
biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan. Di samping
itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala makluat
daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Melalui peta
minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalah-olah kamu
berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala maklumat yang kamu susun dapat
diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami.

PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA

- Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) ,
duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
- Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang
boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
- Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan ,
soalan / latihan , gambar rajah dan carta
- Baca keseluruhan teks dengan laju
- Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
- Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
- Bina peta minda

9 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA

- Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas


- Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan
berbeza supaya lebih menarik
- Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk
utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah
mengingatinya
- Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya
dengan cara melebar ke tepi
- Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut .
Gunakan simbol
- Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna
yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
- Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan
warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini

NOTA ISTILAH

Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas kad
atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji tanpa
mengira masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH

- Baca topik dengan teliti


- Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
- Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen
berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
- Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan perkataan
atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)

10 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)


1 . Zaman Paleolitik

- Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil


- Mencari sumber makanan - tumbuhan liar
- Memburu binatang - dimkn
- Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
- Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
- Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH


Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik yang
dipelajari . Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji .
Gambar rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada nota , buku teks atau buku
rujukan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . Kamu
bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

- Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk
tegak , dan pernafasan biarlah betul
- Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang
boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
- Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan ,
soalan/latihan , gambar rajah dan carta .

Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya
kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu
fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak
penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan
dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa
banyak bahan yang boleh selain buku teks .

11 / 12
Teknik Belajar Berkesan

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon


Rabu, 13 Januari 2010 15:32 - Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Januari 2010 15:35

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat
penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting
dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport
kejayaan kamu dalam peperiksaan.

12 / 12

Beri Nilai