Anda di halaman 1dari 17

Tatabahasa

1.       Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang


iaitu morfologi dan sintaksis

2.       Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan
kata.

3.       Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah


morfem.

4.       Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana
kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Morfem

1.       Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan.

2.       Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih
kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya minum.

3.       Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan


kepada mi dan num

4.       Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem,


iaitu di dan minum.
 

5.       Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Latihan

Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut:

i. memperjuangkan
               

      ii.        memperlekeh

    iii.        perjuangan

    iv.        menduduki

      v.        dikasari

Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:

 
 

Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan


1.       Dapat berdiri sendiri, 1.       Bentuk imbuhan, misalnya, mem,
misalnya,minum, cuti, sekolah, per, kan, ber
periksa
2.       Tidak mempunyai makna, tapi
2.       mempunyai makna sendiri mempunyai fungsi tatabahasa atau
nahu. Boleh mengubah makna
sesuatu kata, dan seterusnya
makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:

 
 

Konsep Perkataan

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna

 Kata boleh dibahagikan kepada berikut:  

Latihan

Tukarkan bentuk kata dasar berikut kepada sebanyak mungkin kata imbuhan
yang berlainan maknanya.
 

i. Makan
               

      ii.        Minum

    iii.        Tulen

    iv.        Pergi

      v.        Baik

    vi.        Lelaki

   vii.        Wanita

viii.        Banjir

    ix.        Asing

Bentuk-bentuk Kata

 Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:

Kata tunggal i. Tidak menerima imbuhan atau


               
kata dasar yang lain.

      ii.        Akronim yang sudah diterima


pakai juga tergolong dalam kata
tunggal, misalnya; Mara,
Petronas, Lada, tadika (taman
didikan kanak-
kanak),pawagam (panggung
wayang gambar) dan sebagainya.

    iii.        Para pelajar diingatkan bahawa


akronim tidak sama
dengansingkatan.
     iv.        Singkatan ialah kependekan bagi
satu atau beberapa perkataan
sepertiIT untuk teknologi
maklumat (information technology)
dan PMuntuk Perdana Menteri.

     v.        Jelaslah, singkatan tidak
termasuk dalam kata
tunggal seperti akronim.
Kata terbitan       i.        Terdiri daripada kata dasar atau
kata akar yang melalui proses
pengimbuhan, sama ada awalan,
akhiran, sisipan atau apitan.

 
Kata majmuk i. Terbentuk hasil gandingan dua
               
atau lebih kata dasar.

      ii.        Rumus penting ialah tiada kata


lain yang boleh disisipkan di
antara gandingan tersebut. Jika
dapat disisipkan kata lain dan
membawa makna tertentu, maka
ia bukan kata majmuk, tetapi
tergolong dalam frasa.

    iii.        Misalnya; Budak berlari bukan


kata majmuk kerana ia boleh
menjadibudak itu berlari,
atau budak yang berlari itu.

    iv.        Pada umumnya, kata majmuk


dieja terpisah kecuali yang sudah
mantap sebagai satu perkataan.
(lihat lampiran 1)
Kata ganda       i.        Kata ganda ialah pengulangan
kata dasar sama ada dengan
mengulang seluruh kata dasar
(penggandaan penuh) atau
sebahagian daripada kata dasar
(penggandaan separa),
seperti gila-gila, gula-gula, suka-
suka, labah-labah, rama-rama dan
sebagainya.
      ii.        Contoh penggandaan separa
ialahpepatung, lelabah,
sesekali dan sebagainya.

Latihan

i. Cari sebanyak mungkin akar kata bahasa Melayu , dan bincangkan


               
dengan guru kelas anda untuk memperkaya perbendaharaan kata. (sia
rujuk tesaurus aau kamus jika perlu)

      ii.        Baca petikan berikut dan bezakan mengikut kata tunggal, kata terbitan,
kata majmuk dan kata ganda.

Mengikut D. Mitchell, nilai membawa maksud ``…scarce objects


of socially conditioned desire unevenly distributed and differently
ranked.'' Ertinya, nilai adalah sesuatu yang dingini oleh masyarkat
kerana ia dianggap baik dan berharga. Namun begitu ia tidaklah
sama bagi semua keadaan dan tempat mahupun masa.

Akibat kolonialisme sering dibincangkan dan sering pula kita


rasakan dalam siri tulisan kita. Tapi, jaringan yang kompleks dan
kesan yang dalam serta panjang seperti yang dianalisis oleh
Edward Said, jarang kita fahami. Katanya, ``…orientalist reality is
both antihuman and persistently. Its scope, as much as its
institutions and all pervasive influence last up toe the
present.'' Lebih daripada melemahkan peribadi sesuatu bangsa,
sikap dan nilai orientalis itu antimanusia.

Seorang orientalis dengan pendekatannya mendukung prasangka


terhadap bangsa yang dijajah dan melawan atau menafikan
dasar-dasar kemanusiaan dengan membahagikan dan membeza-
bezakannya ke dalam kategori yang luas dan tidak dapat
dipertanggungjawabkan.

(Muhammad Hj. Salleh dan Harun Mat Piah, 1987. ``Jalan Di


Seberang Simpang: Arah Pengajian Sastera Melayu
``Tradisional'' dlm. Perkembangan Sastera Kebangsaan, DBP,
hlm. 87.)

Proses Pembentukan Kata

Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda
terbentuk melalui proses pembentukan kata.

Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:


 

Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk
menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada
kata dasar.

Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama

Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan


sisipan.

Contoh imbuhan pada awalan ayat

Contoh
Awalan Varian contoh penggunaan
perkataan
kerabat, ketladak, Kerabat diraja itu makan di
ke- ke
kekasih warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada
maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit
atau bastrak
Orang ramai
pewangi, peragut,
peN- pe- membelasah peragut rantai itu
pesalah
sehingga pengsan.
pemfatwa,
Mesin pemproses sawit itu mahal
  pem- pemproses,
harganya.
pemberontak
pensyarah,
Pensyarah itu keletihan kerana
  pen- penswastaan,
menyampaikan lima kuliah sehari
penagih, pendapat
pengkritik,
pengamal,
pengkhianat, Pengacau itu
  peng- pengacau, menggangu pengasuh kanak-
pengaudit, kanak setiap hari.
penghantar,
pengasuh
pengecualian,
Pengebom berani mati itu
pengeluar,
  penge-
pengesan,
terkorban akibat perbuatan
sendiri
pengebom
pelabur, pelajar, Pelabur diingatkan supaya
pelayar, menyemak nombor kad
  pel-
pelampau, pengenalan sebelum mengisi
pelakon borang.
Pertapa itu menghabiskan masa
peR- per pertapa enam purnama untuk
menghabiskan zikirnya.
jurutaip, Semua tugas diserahkan
juru- juru- jururunding, kepada jurutaip, sehingga
jurubahasa akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan dwibahasa, Majalah itu diterbitkan
bilangan dua bagi dwi- dwifungsi, dalam dwibahasa iaitu Tamil dan
kata dasar) dwiedaran Inggeris.
eka-
(menunjukkan ekabahasa, Pengunaan ekabahasa belum
bilangan satu, eka- ekakaum, tentu menjamin perpaduan
kadangkala ekafungsi negara
dirujuk juga adi-)
Pengajian pascasiswazah merujuk
pasca-(dirujuk
pasca- pascasiswazah kepada bidang-bidang sarjana
kepada `selepas')
dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan prasejarah, Ahli arekologi itu menggali tulang-
pra-
makna `sebelum') prakemerdekaan temulang manusia prasejarah.
swalayan, Pelanggan mengambil sendiri
swa-menunjukkan
swa- swamodal, makanan di
maksud `sendiri')
swakarya restoran swalayan itu.

 
Contoh imbuhan pada akhiran ayat

Akhiran contoh perkataan


-man (menunjukkan sifat perkara - samada
seniman, budiman
orang atau benda- yang dirujuk)
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam
olahragawan, usahawan
bidangnya)
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam
pragawati, olahragawati
bidangnya)
pakaian, kudapan, senaman, latihan,
-an
kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat

Apitan contoh perkataan


ke....an kezaliman, kesenangan
peranan, pesisiran, pelancongan,
pe...an
pekarangan, peperangan
peN...an penyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat

sisipan contoh perkataan


-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er- keruping, seruling, serabut
-em- kemuning, kemuncup, kemelut

Imbuhan kata kerja

Menerima tiga jenis imbuhan  awalan, akhiran dan apitan.

Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata


adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja
seperti berikut:

gemerlap -------> bergemerlap

selereak----------> berselerak; menyelerakkan


Contoh imbuhan pada awalan

Akhiran varian contoh perkataan


beR- be- bekerja
  bel- belajar
  ber- berkawal, berhasrat, berziarah
meN me- melawat, merasa
  mem- memberi, memproses
mengelak, menggali,
  meng-
menghabiskan
mengebom, mengetin,
  menge-
mengelupur, mengesahkan
di- di- dipukul, dibaca
memperbaharu,
mempeR- memper- memperhamba, memperluas,
memperdalam
dipeR- diper- diperbaharui
teR- te- terasa, terasuk, terombak
  ter- terminum, terpisah, tercarut

Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.

akhiran contoh perkataan


-kan buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan
-i jauhi, turuti, masuki

contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya

Imbuhan varian contoh perkataan


beR...an ber...an beranggapan, berdampingan
  be...an beratapan, berebutan
beR...kan be-...-kan berumahkan, berantaikan
  ber-...-kan bertajukkan, berbantalkan
memasukkan, merundingkan,
meN...-kan me-...-kan
meyakinkan
memberikan, mempastikan,
  mem-...-kan
memfatwakan
mendirikan, menjadikan,
  men-...-kan
menzahirkan
  meng...-kan mengambilkan,menggantikan,
mengkanunkan
mengeposkan, mengetinkan,
  menge...-kan
mengesahkan
meracuni, melindungi,
menN...i me...i
meyakini
  mem-...i membeloti, mempelopori
  men--...-i menjalani, mensyukuri
mengairi, mengekori,
  meng-...-1
menghadiri, menggarami
memperhambakan,
mempeR-...kan memper...-kan
mempersendakan
kecurian, kemalangan,
ke...an ke-...-an
kesiangan
di....i di-...-i diragui, dikasihi, dirindui
di...kan di-...-kan dipulangkan, dibenarkan
diperkenankan,
dipeR...kan diper-....-kan
dipersembahkan, diperlihatkan

Imbuhan Kata Adjektif

Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan.

Kata adjektif tidak menerima akhiran

Amati contoh-contoh berikut:

contoh
imbuhan varian contoh perkataan
penggunaan
Awalan
Pesta jualan itu
mencatat
teR- te- teramai, teruncing, terendah kedatangan
pelanggan teramai 
pada tahun ini.
``Kaulah
  ter- terbaik, tersohor, terindah yang terbaik bagi
diriku,'' katanya.
se- se- seindah, seganas, sebesar,  Persembahan
sehebat pentas kumpulan
rock itusehebat artis-
arti rock dari luar
negara.
Apitan
Walaupun cara
beliau berpakaian
agakkebaratan,
ke...an ke-...-an kemelayuan, kebaratan, ketimuran
tetapi pemikirannya
padat dengan
aspirasi kemelayuan.
Sisipan
Minum bergas itu
-el- -el- gelembung, selerak mempunyai
gelembung udara
sejak beristeri dua,
-er- -er- gerigi, serabut fikirannya amat
serabut.
Minyak wangi palsu
-em- -em- gemilang, semerbak, gemerlap itu semerbak
baunya.
usaha beliau dalam
perniagaan
-in- -in- sinambung merupakan
kesinambungan
bakat neneknya.

Pemajmukan

1.       Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk
memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus
dail, setiausahadan sebagainya.

2.       Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan
kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan
menjadi frasa. Contohnya:

i. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi


                             

                    ii.       Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

                  iii.       Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu
berlaku dengan tiga cara, iaitu:

i. Umum
                             
                    ii.       Istilah

                  iii.       Kiasan/peribahasa

Kata Majmuk Umum

Kata majmuk umum terbahagi kepada:

i.
                Kata majmuk biasa

Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari

      ii.        Kata Majmuk Gelaran

Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta
Besar

Kata Majmuk Istilah Khusus

i.
               Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata
yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah
khusus.

Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja

Kata Majmuk Kiasan

i.
               Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya,
misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin

Pengimbuhan Kata Majmuk

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah
mantap.(lihat lampiran 1 dan 2 di bawah)

Lampiran 1 
Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk
air mata air mata
ambil alih ambil alih
meja tulis meja tulis
ketua menteri ketua menteri
tanggung jawab tanggungjawab
antara bangsa antarabangsa

Lampiran 2 

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja


sebagai satu perkataan
antara bangsa antarabangsa
apa bila apabila
apa kala apakala
apa lagi apalagi
bagai mana bagaimana
barang kali Barangkali
beri tahu Beritahu
bumi putera Bumiputera
dari hal darihal
dari pada Daripada
duka cita dukacita
hulu balang Hulubalang
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan Kakitangan
ke pada kepada
kerja sama Kerjasama
mana kala Manakala
Mata hari Matahari
olah raga olahraga
pada hal Padahal
Pesuruh jaya Pesuruhjaya
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
suruhan jaya Suruhanjaya
tanda tangan Tandatangan
tanggung jawab Tanggungjawab
warga negara warganegara

 Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan
apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:

Kata Majmuk Apitan Ejaan


kuat kuasa peN....an penguatkuasaan
kemas kini meN...kan mengemaskinikan
anak tiri meN...kan menganaktirikan
ibu bapa ke...an keibubapaan
kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan
campur aduk peR...an percampuradukan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk
berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat
jadual di bawah.

Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan


berR- garis pusat bergaris pusat
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan

http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

Anda mungkin juga menyukai