Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PANITIA BAHASA MALAYSIA, PANITIA BAHASA INGGERIS DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEMPENA

MINGGU BAHASA SEKOLAH, 2011

1. Rasional

Panitia Bahasa Malaysia dan Panitia Bahasa Inggeris menjadi tunjang kepada penguasaan murid-murid dalam aspek ketrampilan berbahasa.
Oleh itu menjadi tanggung jawab panitia-panitia untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian bersempena Minggu Bahasa di peringkat Sekolah
Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas. Diharapkan dengan perancangan yang dilakukan ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang.

2. Objektif
a. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid umtuk menunjukkan bakat dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
b. Menyemai semangat daya saing sesama murid-murid.
c. Mengharapkan murid-murid akan lebih berkeyakinan.
d. Menyemai minat membaca di kalangan murid-murid.

3. Sasaran

Murid-murid tahap satu dan tahap dua SK Pinggan-Pinggan, Pitas.

4. Pelaksanaan

Semasa Minggu Pusat Sumber

5. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan


i. Pertandingan Tulisan Cantik (Semua murid) .
ii. Pertandingan Membaca Berita (kategori Bahasa Malaysia dan Inggeris).
iii. Sudut Akademik di setiap Kelas.
iv. Pertandingan Membaca Cerita (kategori Bahasa Malaysia dan Inggeris).
v. Pertandingan Mengulas Buku yang telah Dibaca (Tahap 2)
6. Anggaran kos

Tempat Pertama - Hamper Berupa Alatulis RM10.00 X6 = RM60.00


Tempat Kedua - Hamper Berupa Alatulis RM5.00 X 6 = RM30.00
Tempat Ketiga - Hamper Berupa Alatulis RM3.00 X 6 = RM18.00
Sijil Penyertaan 100 keping RM42.00
Jumlah RM150.00

7. Sumber kos

PCG dari Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber Sekolah SK Pinggan-Pinggan, Pitas.

8. AJK Pelaksana

Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia,

Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris, dan

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah.


Penutup

Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ..........................................

(PUAN JENNIFER BTE LUIS DISIL) (PUAN FARIDAH BTE ALI)

Ketua Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Malaysia

Disahkan oleh ,

…………………………...............

(PN. KAMISA GUNTING)

Guru Besar Sek. Keb. Pinggan-Pinggan, Pitas.


Lampiran: JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH, SK PINGGAN-PINGGAN, PITAS.

ACARA TARIKH/HARI/MASA TEMPAT TINDAKAN


Pertandingan Tulisan Cantik Pusat Sumber Sekolah Puan Ruzina Peter, Puan Asmah
(Tahap 1) Nota: Tiada Had Limoi dan Guru-guru Pembimbing
Penyertaan
Pertandingan Membaca Berita : (BM) Puan Ruzina Peter, Puan
Kategori Bahasa Malaysia Faridah Ali dan Guru-guru
Pusat Sumber Pembimbing.
Kategori Bahasa Inggeris Sekolah/Dewan Sekolah
(BI) Encik Salleh Esmara, Encik
Syed Azman dan Guru-guru
Pembimbing.
Pertandingan Mengulas Buku Sepanjang Minggu, berakhir pada hari Nota: Tiada Had
yang telah Dibaca (Tahap 2) terakhir minggu Bahasa. Penyertaan. Puan Ruzina Peter(PSS), Puan
Kategori Bahasa Malaysia Jennifer Luis (BI), Puan Noor Yati
(BM) dan Guru-guru Pembimbing.
Kategori Bahasa Inggeris

Pertandingan Membaca Cerita Guru-guru Pembimbing


Pusat Sumber
Kategori Bahasa Malaysia Sekolah/Dewan Sekolah Puan Ruzina Peter (PSS), Puan Sh.
Asiah dan Puan Faridah Ali. (BM)
Kategori Bahasa Inggeris
Cik Siti Norbari, Puan Rosewelly
dan Encik Mohd Noor.(BI)
Sudut akademik Setiap masa Setiap Kelas Guru Kelas dan Guru Setiap
Matapelajaran
Peringatan; Guru-guru pembimbing perlu memilih sekurang-kurangnya 3 orang peserta bagi pertandingan Membaca Berita dan Membaca
Cerita dan mengingatkan mereka untuk menghadirkan diri ke pertandingan seperti yang telah dijadualkan.

Anda mungkin juga menyukai