Anda di halaman 1dari 2

SOALAN TUGASAN KELAB PERMAINAN BOLA BALING SEMESTER 1

TAHUN 2008 UNTUK KUMPULAN KPLI AMBILAN JANUARI 2008

Tugasan ini merupakan kerja kumpulan yang terdiri daripada DUA orang.
Setiap kumpulan akan diberi setiap topik untuk dianalisis dan dibuat
laporan secara bertulis (dalam bentuk folio). Laporan bertulis boleh disertai
dengan gambarajah atau gambar, jika diperlukan. Panjang laporan tidak
kurang daripada 10 mukasurat termasuk bahagian REFLEKSI dan
BIBLIOGRAFI. Stail penulisan laporan berdasarkan kepada stail APA
(American Psychological Association). Hantar tugasan anda selewat-
lewatnya pada 18 MAC 2008 (SELASA). Tugasan yang lewat dihantar tidak
akan dilayan. Tugasan mesti ditulis dalam Bahasa Malaysia dan tidak akan
dikembalikan kerana disimpan sebagai rujukan permarkahan.

Bahan rujukan boleh didapatkan dari Pusat Sumber, Internet dan sumber
terbitan persatuan / kelab bola baling tempatan atau antarabangsa.

KUMPULAN TAJUK TUGASAN


1 Sejarah permainan bola baling dari abad ke-19 hingga
sekarang.

2 Undang-undang dan peraturan asas permainan bola


baling dari segi :

I. Gelanggang atau padang permainan


II. Masa permainan
III. Bola permainan
IV. Pasukan, penggantian dan peralatan permainan

3 Undang-undang dan peraturan asas permainan bola


baling dari segi :

I. Penjaga gol
II. Kawasan gol
III. Permainan bola (pergerakan semasa permainan)
IV. Kesalahan dalam permainan

4 Undang-undang dan peraturan asas permainan bola


baling dari segi :

I. Jaringan (pengiraan gol)


II. Lontaran mula (“throw-off”) dan lontaran masuk
(“throw-in”)
III. Lontaran penjaga gol dan lontaran bebas
IV. Lontaran 7 meter
5 Huraikan dengan terperinci isyarat-isyarat tangan
Chuah Boon Keat 1
Pensyarah Penasihat Bola Baling
(“hand signals”) yang digunakan oleh pengadil dalam
permainan bola baling.

6 Huraikan dengan terperinci sistem pemakanan sihat


dan sistem-sistem tenaga yang disyorkan untuk
pemain-pemain bola baling.

7 Huraikan dengan terperinci kemahiran-kemahiran dan


teknik-teknik yang digunakan dalam permainan bola
baling.

8 Huraikan dengan terperinci langkah-langkah melatih


penguasaan kemahiran permainan bola baling untuk
kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga
15 tahun.

9 Huraikan dengan terperinci permainan bola baling


pantai (“beach handball”).

10 Anda sebagai seorang guru penasihat kelab


permainan bola baling dikehendaki mempromosikan
permainan bola baling di kalangan pelajar sekolah
anda. Lantaran itu, perkenalkan permainan bola baling
secara ringkas dari segi :

I. Sejarah permainan bola baling dan


kesignifikannya dalam dunia sukan moden.
II. Apakah itu permainan bola baling?
III. Kenapa memilih aktiviti permainan bola baling?
IV. Apakah kemahiran asas yang diperlukan dalam
permainan bola baling?

* PERINGATAN :

Kulit dan muka depan tugasan anda mesti mengandungi butir-butir ini :-

I. Nama kumpulan dan ahli-ahli kumpulan.


II. Hari dan masa latihan Gerko permainan. (Contoh : Hari Selasa ,
7.45 – 9.45 pagi)
III. Program kursus dan ambilan tahun. (Contoh : Kursus 1KPLI MTPJPI
Ambilan Tahun Januari 2008)
IV. Tajuk tugasan.
V. Nama-nama pensyarah penasihat – Encik Chuah Boon Keat dan
Encik Pusparajan a/l Perumal
VI. Tarikh hantar tugasan.

Chuah Boon Keat 2


Pensyarah Penasihat Bola Baling

Anda mungkin juga menyukai