Anda di halaman 1dari 26

C5304

HIDROLOGI

Disediakan oleh : Pn. Halina Hamid


SUKATAN KURSUS
BAB 1 : ASAS HIDROLOGI
BAB 2 : ANALISIS DATA HUJAN
BAB 3 : LARIAN PERMUKAAN
BAB 4 : ANALISIS HIDROGRAF
BAB 5 : KEKERAPAN & PENYALURAN
BANJIR
BAB 6 : REKABENTUK SALIRAN BANDAR
BAB 1
ASAS-ASAS HIDROLOGI
PENGENALAN

• Hidrologi – sains fizikal mengenai air bumi


termasuk terjadinya pergerakkan dan agihan,
sifat-sifat kimia dan fizikal, gaya laku terhadap
sekitar dan perhubungan dengan benda hidup
Apa itu kitaran hidrologi ??
Kesimpulannya,
berlaku peristiwa …

• Tersejat semasa turun


• Terhalang oleh tumbuhan dan sejat
perpeluhan berlaku
• Tertangkung di bumi
• Meresap ke bawah tanah
• Menjadi air larian permukaan yang
kemudiannya mengalir ke sungai dan
seterusnya ke laut.
KESAN PERUBAHAN GUNA TANAH
TERHADAP KITARAN HIDROLOGI

IMBASAN…………………..

 KITARAN HIDROLOGI
Kajian hidrologi adalah merangkumi kajian-kajian yang mengenai
sifat-sifat air, termasuk sifat-sifat kimia dan biologi yang berkaitan
dengan alam sekitar

 PROSES-PROSES KITARAN HIDROLOGI


Evaporasi/ Sejatan, Kondensasi, Curahan/ kerpasan, Aliran Permukaan,
Pintasan, Transpirasi, Resapan/ penyusupan, Aliran Sub-permukaan
Map next
KESAN PERUBAHAN GUNA TANAH
TERHADAP KITARAN HIDROLOGI
Data Hidrologi

• Hasil hujan bulanan


• Carta perakam hujan
• Data sukatan aliran sungai
– meter arus
JENIS DATA
• Data sejatan
• Data kualiti air sungai
• Data aliran enapan
• Carta perakam paras air
Bagaimana
kaedah pengumpulan data ?
• Stesen Pengukuran Meteorologi

Peralatan di bawah adalah peralatan


yang biasa terdapat di dalam kawasan
pencerapan.

• Penunjuk Angin dan Kelajuan angin


• Penyukat Suhu
• Solarimeter
• Tolok Hujan
• Perakam Penyinaran Matahari
• Penyukat Tekanan
Alat ini dikenali sebagai
perakam radiasi matahari
yang biasa digunakan untuk
menyukat tempoh
matahari cerah.

Tolok hujan adalah alat yang


digunakan untuk menyukat
tadahan hujan.

Alat ini digunakan untuk


mengukur kelajuan dan arah
angin.
Alat ini dikenali sebagai  Sensor PT100
dan digunakan untuk menyukat suhu

Termometer bebuli kering dan basah di


sokong secara tegak di dalam Adang
Stevenson. Di sebelah kanan adalah
termometer basah. Bebuli termometer
basah dibalut dengan kain muslin dan diikat
dengan benang. Benang itu dimasukkan ke
dalam takungan yang berisi dengan air tulin.
Data Meteorologi
• Hidrologi sesuatu kawasan bergantung kepada
cuaca & topografi serta geologi kawasan.
– Cuaca / iklim bentuk kejadian, suhu, kelembapan
yg mempengaruhi perwapan/perpeluhan
– Topografi kesan terhadap curahan, terjadinya
tasik,tanah paya, larian permukaan,
– Geologi keadaan tanah, pergerakan air bumi
melalui lapisan batu samaada perlahan / laju
Tujuan Pengumpulan Data

• Rekabentuk skim-skim pengairan & saliran supaya lebih


baik & ekonomi
• Maklumat untuk pembinaan empangan, stesen
hiroelektrik yang selamat & ekonomi
• Rekabentuk kegunaan bekalan air yang lebih ekonomi
• Mengurangkan kesan pada musim banjir dan kemarau
• Pengurusan air yang lebih cekap dan berkesan
Kawasan Tadahan
• Kawasan tadahan ialah
kawasan pengumpulan
air yang sama apabila
berlakunya hujan.
• Saiz kawasan tadahan
berbeza.
PERSAMAAN KESEIMBANGAN HIDROLOGI

Di mana,
PET = Kadar Sejat-transpirasi Potensi
ET = Sejat-transpirasi (Evapotranspiration)
PERSAMAAN KESEIMBANGAN HIDROLOGI
PERSAMAAN KESEIMBANGAN HIDROLOGI

S = I - O
= P – (T + EV+ F + I + E+ DRO)

Di mana, S = change in storage


I = inflow
O = outflow
LATIHAN 1.1

Kawasan tadahan Sungai Kelantan dijangka menerima


hujan sebanyak 350 mm dari awal oktober 2003 hingga
disember 2003. Penyejatan dan penyusupan masing-masing
dianggarkan sebanyak 35 mm dan 25 mm dalam jangka
masa tersebut. Luas kawasan tadahan ialah 90 km2.
Terdapat sebuah takungan di kawasan ini. Anggarkan
isipadu larian terus dalam m3 jika paras takungan tidak
berubah dalam tempoh tersebut.
PENYELESAIAN:
Diberi;
P = 350 mm, E = 35 mm, I = 25 mm
dan A = 90 km2

Persamaan keseimbangan hidrologi,


Inflow - Outflow = Change in Storage
I - O = ds/dt
P – ( E + I + DRO ) = 0
350 – ( 35 + 25 + DRO ) = 0
DRO = 290 mm @ 0.29m

Ispadu larian terus, DRO = 0.29m x (90 km2 x (1000)2 m2 )


( 1 )2 km2
= 26.1 x 106 m3.
LATIHAN 1.2
Dalam jangkamasa enam bulan kawasan tadahan
Sungai Lui dianggarkan akan menerima hujan
sebanyak 350 mm. Sejatpeluhan dianggarkan
sebanyak 100 mm dan resapan ke sub permukaan
dianggarkan sebanyak 40 mm. Anggarkan iaipadu
larian terus dalam meter padu yang akan tersimpan
di takungan yang terdapat sekiranya luas kawasan
tadahan ialah 85 km2.
PENYELESAIAN:

Anda mungkin juga menyukai