Anda di halaman 1dari 2

kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid

Huraikan lima kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid.

Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu proses yang
berterusan. Hubungan guru-murid bukanlah terjalin dalam sekelip mata. Hubungan ini
memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak. Hubungan guru-murid akan
terjalin dengan balk apabila murid-murid berasa gembira dan seronok menjayakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hubungan guru-murid juga
memberikan impak kepada perjalanan rutin di dalam bilik darjah. Guru yang berjaya
membina komunikasi yang baik dengan murid dapat mengatur rutin dan peraturan di
dalam bilik darjah dengan lebih telus dan berkesan.

Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat
bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.
Hasilnya aktiviti tersebut akan memberikan kesan yang positif ke atas pencapaian
akademik murid dan konsep kendiri murid dan guru. Murid-murid yang senang
berkomunikasi dengan guru akan dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat
tentang pembelajaran dengan gurunya. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan
prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada
peningkatan konsep kendiri mereka. Perhubungan guru-murid harus dimulakan seawal
mungkin. Bermula daripada awal penggal persekolahan, guru patut merancang
langkah-langkah yang perlu diambil untuk membentuk satu hubungan yang positif
dengan murid-muridnya. Kadangkala hubungan ini mengambil masa yang lama untuk
dibentuk. Guru perlu mengetahui latar belakang sosial dan akademik murid untuk
menentukan corak hubungan yang sesuai dengan murid-muridnya. Terdapat beberapa
kebaikan menjalinkan hubungan yang positif antara guru dengan murid.

            Dari segi kebaikan kepada guru, hubungan guru-murid yang baik menaikkan
motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang membina hubungan
yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan pengajaran dan
pembelajaran. Apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru akan
manjadi semakin bermotivasi untuk mengajar.

            Di samping itu, murid juga lebih senang dikawal. Hubungan guru-murid yang
baik akan membuahkan kerjasama antara guru-murid. Sebagai contoh, dengan adanya
hubungan yang baik, murid akan senang bekerjasama dengan guru dalam mematuhi
peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya, guru dapat mengurus dan
mengawal murid dengan lebih efektif.

            Tatkala itu, murid-murid akan memberikan kesan kepada pengajaran guru.
Aktiviti pengajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat
kerjasama yang padu daripada murid-murid. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih
praktik dan berkesan.
            Hubungan guru dengan murid juga dapat menjadikan guru-guru mengawal
murid untuk menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih berkesan. Keberkesanan ini
akan menaikkan imej guru. Guru akan lebih dihormati dan dipandang mulia. Imej ini
akan memberikan kesan positif terhadap keyakinan kendiri guru.

            Hubungan guru murid yang positif juga membawa kebaikan kepada murid.
Murid lebih berminat untuk belajar. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik
dengan guru-guru dapat meluahkan masalah serta dapat memberikan pandangan
mereka. Guru juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh
diterima oleh murid. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan
merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

            Selain itu, murid-murid akan  lebih memberikan kerjasama kepada guru.
Hubungan guru-murid yang baik memberikan peluang kepada murid untuk menjalinkan
kerjasama yang erat dengan guru. Murid berpeluang untuk lebih rapat dengan gurunya.
Hal ini membolehkan guru mengenal  pasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya
serta memberikan peneguhan yang sesuai.

            Hubungan guru dan murid turut berfungsi dalam meningkatkan pencapaian
akademik murid. Guru yang dapat berhubungan baik dengan murid-muridnya akan
dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya. Hubungan yang mesra dan kondusif
membolehkan guru membantu murid memperbaiki prestasi akademik mereka.

            Selain itu, murid akan lebih bermotivasi untuk belajar. Hubungan yang baik
antara guru dengan murid membolehkan guru membangkitkan motivasi intrinsik murid.
Murid-nmrid yang mesra dan rapat dengan guru akan terdorong untuk belajar dengan
lebih tekun.

            Terdapat banyak kebaikan yang didapati daripada hubungan yang baik antara
guru dengan murid. Antaranya termasuklah mengurangkan masalah disiplin,
membentuk peribadi yang muha dan menjadi model yang boleh diikuti oleh murid dan
guru yang lain. Hubungan yang baik dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua
belah pihak yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi guru dan murid.

Anda mungkin juga menyukai