Anda di halaman 1dari 4

Hari ini,

aku melihat anak kecil bermain girang,


senyum penuh
terukir di bibir sorang-sorang,
namun Barat datang merosakkan,
idea-idea sekularisme dan liberalism ditusuk
dalam kefahaman,
halus, senyap dan mapan,
tanpa kita tak tersedarkan,
Barat dikata moden dan bertamadun sakan,
Islam dikata kolot, jumud, ketinggalan,
Hinggakan tak tahu mana jahiliyah dan syariat pegangan,
“ayah ibu! aku mahu jadi persis bintang itu,
tiap detik, tiap saat jadi tontonan dan pujaan!”

--anak-anak kecil sekarang dirosakkan awal2 hanya dengan hiburan, tidak kah kita ambil pengajaran drp kejatuhan kita
dulu??Kejatuhan Perancis yg leka dgn hiburan tatkala German masuk menyerang???--

Hari ini,
aku melihat
remaja bersosial sakan,
dunia ditatang bagai
esok yakin setia mendatang,
akhirat dicedok bila terasa keperluan,
bahkan lebih parah,
semakin jauh mereka lari dari ajaran,
“ah!masuk kubur sorang-sorang! kenapa korang sibuk
jaga tepi kain orang?!!”

--sebab duduk dalam kubur sorang2 lah perlu diingatkan sekarang, kalau ramai dalam kubur xler risau, boley gak tolong
kalau kena balun--

Hari ini,
aku melihat
ayah-ayah sibuk dengan pekerjaan,
isteri dan anak-anak yang katanya sayang
merangkak-rangkak menghafal surah bacaan sembahyang,
isteri diletakkan pertanggungjawaban menggalas tugas
yang sepatutnya milik ketua keluarga yang harus matang
dalam rasional dan fikrah islam,
pegangan dan cara idup islam tidak pernah di serapkan,
“asal kita bahagia yer sayang…”

--..bahagia..adakah kita bahagia pabila di akhirat sana melihat ahli keluarga sorang2 ditarik ke neraka Jahanam??betapa
sempitnya erti bahagia--
Hari ini,
aku melihat
ibu-ibu penat fikirkan anak-anak punya masa depan,
pendidikan, kerjaya dan perkahwinan jadi kerisauan,
tanpa kerap menitikberatkan taqwa dan iman,
yang sewajibnya sudah disemai tika anak-anak dalam kandungan,
bahkan tika mereka masih belum disenyawakan,
yakni tugas ibu dalam menjaga pergaulan dan hubungan
dengan yang bukan mahram,
kerana ibu,
engkau bakal jadi taruhan,
atas tribulasi anak-anak kecintaan,
“mak tak pernah ajar anak mak buat begini kan?”

--anak-anak adalah ujian, sama ada ujian atas kifarah dosa yang lalu atau pun ujian tarbiyah diri pada masa akan
datang, hanya mereka yang berakal mampu fikirkan--

Hari ini,
aku melihat
hiburan tanpa sempadan,
hari ini,
aku melihat
bahagia itu pada kemewahan,
hari ini,
aku melihat
tinkap akhirat hanya sedikit terkuak kan,
hari ini,
aku melihat
dunia menjadi kejaran,
hari ini
aku melihat
bahagia dan sayang berpaksikan keduniaan,
hari ini,
aku melihat
islam jauh ditinggalkan,
hari ni…hari ini…dan terus hari ini…
sampai bila harus begini??

hari ini dan hari ini,


aku terus melihat…
semakin ramai yang lupakan Tuhan,
semakin ramai yang mengaku Islam
tapi tidak ambil ajaran keseluruhan,
semakin ramai yang sudah hilang keaiban,
tutur kata dan perbuatan dihambur layur
mengikut nafsu yang bertuhankan syaitan,
semakin ramai berhubungan lelaki dan perempuan
tanpa batasan,
aurat dibuka untuk pujian,
aurat dijaga bukan kerana kefahaman,
tapi fesyen dan ikutan,
semakin ramai hanyut dalam keseronokan,
melahirkan anak-anak tidak berdosa
dicampak tepi jalanan,
tanpa perikemanusiaan,
semakin ramai yang katanya
banyak ilmu islam
tapi hanya teori,
tidak terlahir dalam praktikal harian…

dan hari ini akan terus beginikah??

Tiada masa.noktah.

..tiada masa untuk berehat pabila melihat betapa tenatnya dunia sekarang..
..tiada masa untuk menunda tanggungjawab khalifah pabila melihat betapa parahnya tahap iman pemuda-pemudi
sekarang…
..tiada masa untuk berdebat atas perkara kecil apabila memikirkan perkara besar yang perlu aku bagi perhatian…
..tiada masa untuk terasa atas kritikan dan bidasan mereka yang tidak faham pabila aku sebenarnya harus kuat
menyampaikan kebenaran…
..tiada masa untuk berjalan-jalan tanpa tujuan pabila di luar sana anak-anak Palestin sibuk berjuang untuk Islam…
...tiada masa untuk mendengar lagu jiwang pabila ayat-ayat Allah aku masih tak terhafalkan…
..tiada masa untuk melihat cerita-cerita Korea dan Japan pabila kisah-kisah sahabat dulu aku masih tak khatam-
khatam..
…tiada masa untuk mendengar gossip panas artis sekarang pabila gossip tentang nasib saudaraku di Palestine di uar-
uarkan…
...tiada masa sudah untuk aku terus melengah-lengahkan perubahan pabila jahiliyah berlari kencang merobek iman..
..tiada masa untuk berhubungan yang bukan mahram pabila kusedar diriku mahal hanya pada yang ditentukan..
...tiada masa untuk aku melayan perasaan cintun-cintan pabila merasakan betapa pentingnya aku menjaga diri untuk
menjadi ibu pada anak-anak pewaris Islam…
..tiada masa untuk berdondang sayang bersama taulan pabila itu tidak membantu sedikit pun untuk tingkatkan iman…
..tiada masa untuk mendengar pandangan sinis insan pabila aku seharusnya mendengar seruan Allah untuk terus
berjuang…
…tiada masa untuk meratapi kesedihan ditinggalkan kawan sorang demi sorang pabila yang kukejar adalah redha Ar-
Rahman…
...tiada masa sudah bagiku untuk melihat hidupku dari tingkap dunia wahan pabila memahami aku adalah anak-anak
akhirat yang memandang dunia dari jendela akhirat doang…

…sesungguhnya aku sudah tidak punya masa…


Duhai makhluk Allah yg bernama masa, janganlah engkau menjadi fitnah atas kelalaianku…

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya
menetapi kesabaran. “ 103:1-3

Wahai diri yang masanya milik tuhan,


Bergeraklah!!!!>.<

Aku dan sportsku…

Anda mungkin juga menyukai