Anda di halaman 1dari 54

Apa itu akhlak?

Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama
daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku,
matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.

Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri
yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu
sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa
pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang
tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang
tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar
itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak
yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan
akhlak yang buruk.

Pengertian Akhlak menurut Islam

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi
pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua
sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan
kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat
mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu


berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan
definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip


tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan
dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan
jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap
keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip
yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan
batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi
hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat
dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia,
manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam
sekitar.

Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai
baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini
berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan
dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat
pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau
salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh
ilmu akhlak.

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang
menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam
kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang
mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu
pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap
kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan
kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah
dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di


dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan
saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang
seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau
perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia.
Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca
timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak
selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan
sebagainya.

Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu


ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan
sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya
di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju
oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk
melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan
perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa
yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang
berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti
pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu
akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai
baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar,
sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan
dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya
mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi
mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya
mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada
kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan
diberikan balasan siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia
yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
Dilakukan dengan sedar dan niat.
Dilakukan denganikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

DEFINISI – AKHLAK

Disini saya akan menerangkan definisi akhlak dari pelbagai sudut iaitu;

Mengikut Kamus Dewan ;ia bermaksud budi


pekerti,kelakuan,watak,pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia
dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Mengikut Mafhum kata-kata Aishah
yang dirumus dari sabda Nabi Muhammad s.a.w berkaitan akhlak Baginda:

Seterusnya mengikut Istilah ; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi
adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah
tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai
sebahagian dari cara hidup Menurut Islam pula ia beerti“satu sifat atau sikap
keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip
yang telah ditetapkan oleh Allah“.
DEFINISI – MORAL

Seterusnya saya akan menerangkan definisi moral.Moral ialah tingkah laku


yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika
sama ada baik atau buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada dua iaitu :

a. Baik; segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik.
b. Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk.

Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan


masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu.Dorothy Emmet(1979)
mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan
masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang Akhlak
dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan
seseorang Islam.

Sebagaimana maksud hadis :


Rasulullah telah ditanya oleh seseorang: “Siapakah orang mukmin yang paling
afdhal mempunyai kelebihan imannya? Jawab baginda: Orang yang paling baik
akhlaknya”.

Terdapat beberapa hadis yang ada kaitan dengan kenyataan akhlak


Islam.Maksud Hadis: “Apakah Ad-Din itu Rasulullah? Ad-Din itu ialah akhlak
yang baik”.

Akhlak Buruk pula disebut juga sebagai akhlak yang keji / mazmummah. Antara
Akhlak mazmummah ialah; menyekutukan Allah ,bohong / dusta, takbur, dengki,
khianat, bakhil, marah dan sifat-sifat tercela yang lain yang bercanggah dengan
ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

SIFAT KEJI

Saya akan meneruskan pembentangan dengan menghuraikan beberapa sifat


keji yang amat ditegah.Pertamanya ialah bohong.Bohong sangat terkutuk dalam
pandangan Islam.Ia merupakan pokok kepada bermacam-macam akhlak yang
buruk, yang merugikan diri pendusta itu sendiri dan masyarakat.Dalam Islam,
sifat dan tabiat suka berdusta boleh membawa kepada Munafiq (beerti lahir
seseorang itu berbeza dengan batinnya. Orang yang berpura-pura beriman
padahal hatinya penuh bertentangan dengan sifat lahirnya).

Seterusnya ialah takbur.Ia bererti merasa dirinya besar dan mulia serta melebihi
orang lain.Orang yang bersifat takbur selalu merasa dirinya lebih,disamping
memandang orang lain serba rendah.Selalunya sikap takbur yang ada pada diri
seseorang dapat melindungi dirinya daripada menyedari kelemahan diri sendiri
atau untuk melihat kemuliaan orang lain.Rasulullah s.a.w bersabda;

“Takbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina yang lain”.

Islam meletakkan takhbur dalam 3 arah iaitu:


1. Takbur kepada Tuhan
2. Takbur kepada Rasul
3. Takbur kepada Manusia.

Dengki juga merupakan salah satu sifat keji.Dengki / hasad daripada perkataan
Arab bermaksud rasa tidak senang hati atas kesenangan dan nikmat yang
diperolehi dari orang lain,di samping berusaha menghilangkan kesenangan itu
daripada orang tersebut.

Sifat sama ada maksud berpindah kepadanya atau s.a.w berpesan maksudnya:

“Jauhkan dirimu daripada dengki oleh kerana sesungguhnya dengki itu


memakan kebajikan seperti api memakan kamu”.

Disini saya nyatakan ciri-ciri akhlak islamiah iaitu;


1. Bersifat mutlak dan menyeluruh
2. Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan
3. Bersifat sederhana dan seimbang
4. Mencakupi suruhan dan larangan
5. Bersih dalam perlaksanaan
6. Keseimbangan.

NILAI SEKULAR

Seterusnya mengenangi Nilai Sekular.Nilai Sekular terbahagi kepada 2 iaitu;

1. Nilai Moral Keagamaan


Nilai ini adalah berdasarkan asas kepercayaan terhadap Allah, kepercayaan
terhadap Allah, kepercayaan kehidupan akhirat, sesuai dengan dasar Islam
yang berlandaskan Al-Quran dan hadis.Nilai juga adalah suatu nilai yang
objektif atau mutlak dan tidak berubah, tanpa mengambil kira faktor masa,
tempat dan juga siapa yang mengamalkannya. Nilai keagamaan inilah nilai
akhlak yang diwajibkan ke atas penganut Islam supaya menbentuk kehidupan
bahagia di dunia dan akhirat.
2. Nilai Moral Sekular
Ia bukan merupakan nilai akhlak atau moral agama.Ia menolak kebimbingan
Tuhan dan bercorak keduniaan semata-mata. Penganut-penganut moral sekular
sengaja memperkecilkan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Malah
mereka menganggap agama sebagai milik peribadi yang harus disimpan dan
tidak boleh dihubungkan dengan kehidupan umum manusia. Golongan Sekular
berpendapat baik atau buruk adalah persoalan yang termasuk dalam konsep
falsafah moral, yang melahirkan berbagai-bagai aliran antaranya;

1. Aliran Intuitionisme; berdasarkan ilham atau kekuatan batin seseorang.


2. Aliran Rationalisme; berdasarkan kekuatan akal yang dianuti oleh Plato,
Spinoza, Hegel dan lain-lain
3. Aliran Hedanisme; berdasarkan pertimbangan baik kiranya membahagikan
kebahagiaan dan buruk, jika sebaliknya.
4. Aliran Tradisionalisme; berdasarkan baik jika menjadi kebiasaan dan buruk
jika menyalahi kebiasaan.
5. Aliran Evolusionisme; berdasarkan perbuatan moral itu tumbuh dan kembang
secara beransur-ansur menuju Idealisme yang menjadi tujuan hidup.
6. Imam Al-Ghazali menegaskan ,sumber akhlak Islam hendaklah berdasarkan
3 sumber berikut;

- Kitab suci Al-Quran


- Hadis-hadis Rasulullah
- Akal fikiran ulama’.

Imam Al-Ghazali menegaskan ,sumber akhlak Islam hendaklah berdasarkan 3


sumber berikut;

1. Kitab suci Al-Quran


2. Hadis-hadis Rasulullah
3. Akal fikiran ulama’.

http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?
name=News&file=article&sid=304

PENGERTIAN AKHLAK
Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama
daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku,
matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-
khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya
ialah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang
amat mulia. (Al-Qalam:4)
Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian
, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk
kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang
indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga
membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut
undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-
khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain
kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan
malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia,
dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia
menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu
segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara
langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum
yang memikirkan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam
dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang
yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan
mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya
Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci
Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)
Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri
yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
pemikiran, penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu
sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa
pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang
tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang
tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar
itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak
yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan
akhlak yang buruk.

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM


Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi
pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua
sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan
kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat
mutlak dan tepat neraca timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu
berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan
definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip
tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan
dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan
jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap
keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip
yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan
batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi
hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat
dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia,
manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam
sekitar.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM


Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai
baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini
berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan
dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat
pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau
salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh
ilmu akhlak.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang
menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam
kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang
mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu
pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap
kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan
kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah
dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di
dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan
saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang
seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau
perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia.
Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca
timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak
selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan
sebagainya.
Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu
ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan
sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya
di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju
oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk
melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.
Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan
perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa
yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang
berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti
pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu
akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai
baik atau buruk.
Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar,
sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan
dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya
mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi
mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya
mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada
kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan
diberikan balasan siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia
yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
Dilakukan dengan sedar dan niat.
Dilakukan denganikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL


Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu
jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi
pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah
suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai,
kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah,
baik, atau buruk.
Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos
daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan
sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan
norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya
sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam
hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan
umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan,
masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat
relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu
lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.
Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan
istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku,
perilaku, tatasusila dan budi pekerti.
Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan
akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia
merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.
Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina
insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah
kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan
dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada
terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.
Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang
ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah
Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika
dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan
ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.
Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah
menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:
Beriman kepada Allah
Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta
menjadikannya uswah hasanah
Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan
dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya
Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik
Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
Keadilan syara
Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat
Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat
berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut
jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang
bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang
mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang
kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah
sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran,
pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip
tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan
gejala negatif.
Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu
menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau
buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu
akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-
Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt
kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.

AKHLAK YANG AGUNG


Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang
terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah
hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah
subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi
wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-
Qalam:4)
dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan
As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi
ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani
mahupun rohani.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah
membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-
bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu
pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina
tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan
dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah
menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia
dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang
mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang
mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM


Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi
semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau
yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan.
Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh
peraturan akhlak Islam.
Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang
kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk
manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam
menetapkan penilaian ini.
Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa
akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan
yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan
akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan
syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai
akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di
atas asas aqidah.
Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai:
Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda
menjawab: Akhlak yang baik.
Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik
Deennya.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH


Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:
Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh
dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira
keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.
Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian
manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah
merangkumi semua aspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah,
sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang
tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk
mengawal kebebasan peribadi seseorang.
Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah
sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula
membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.
Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan
akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh
mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.
Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah
memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan
tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang
telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu
matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam
tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.
Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan
realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara
kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

http://gudangilmu-uang-amal.blogspot.com/2009/05/konsep-akhlak-dalam-
islam_24.html

KEPENTINGAN AKHLAK
Akhlak adalah salah satu cabang yang penting dalam Islam.Para rasul yang
diutuskan di atas muka bumi ini membawa dua tugas penting iaitu menyuruh
manusia menyembah Allah yang Esa dan memimpin manusia ke arah akhlak
yang mulia.

Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksudnya"Sesungguhnya aku


diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."Begitu juga di dalam
buku Mengapa saya menganut Islam,karangan Fathi Yakan menjelaskan
kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia dunia dan akhirat serta
hubungan di antara akhlak dan akidah dan hubungan di antara akhlak dan
ibadah.

Hubungan akhlak dan akidah.

Rasulullah SAW telah bersabda "‫" اكمل المؤمنين ايمانا احسنهم خلقا‬yang bermaksud "Iman
orang mukmin yang paling sempurna ialah orang yang mempunyai akhlak yang
paling baik di antara mereka."Begitu juga Nabi pernah ditanya tentang 'Apakah
itu kecelakaan',maka nabi menjawab kecelakaan itu ialah ‫ سوء الخلق‬iaitu akhlak
yang buruk.Justeru itu,iman yang baik dan sempurna akan terpancar melalui
akhlak yang baik dan hebat.Adalah tidak benar kalau ada yang mengatakan
"Yang penting dalam hati,luaran tak penting"Ini adalah kefahaman yang
salah.Sebab itu kita lihat ramai dikalangan orang Islam hari ni tak tutup
aurat,kalau tutup pun macam tak tutup je,tak sembahyang,terkinja-kinja sana
sini,fitnah sana bohong sini,hasad dengki,main judi,zina macam binatang kaki
empat,ayam pun tak rembat anak sendiri dan macam-macam lagi le yang kalau
ditulis kat sini tentang akhlak buruk orang Islam hari ni takkan habis.
Itulah sebabnya,kita kena kuatkan dan kukuhkan aqidah.Bagi kefahaman yang
jitu kepada anak-anak kita di sekolah dan universiti.Jangan setakat taklid saja
tapi tak faham pun kenapa mereka mesti sembah Allah yang Esa.Jumhur ulama'
dah sepakat bahawa tidak dibenarkan bertaklid dalam perkara aqidah.Saya
rasa pemimpin kita tak serius tentang keruntuhan akhlak dan aqidah yang
berlaku hari ni.Mereka ni sibuk cerita pasal politik tak habis-habis,cerita pasal
lompat sana sini,cerita pasal derhaka pada manusia tapi derhaka pada Allah
buat tak tau je. Pada hakikatnya masalah yang membelenggu umat Islam kat
Malaysia ni masih tak pernah selesai
http://yusmialfaruqi.blogspot.com/2009/02/kepentingan-akhlak.html

Akhlak

 Satu sistem menilai tindakan zahir &


batin manusia
Mencakupi pemikiran, perasaan & niat di

hati manusia (hubungan manusia dengan


Allah, manusia dengan manusia &
manusia dengan makhluk lain)
Ditentukan oleh Allah swt melalui al-
Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah
saw .

r -c r
a
Islamiah
1. Bersifat mutlak dan menyeluruh
3. Melengkapkan dan

menyempurnakan tuntutan
5. Bersifat sederhana dan seimbang
4. Mencakupi suruhan dan laranga
KEPENTINGAN AKHLAK

Peranan Akhlak Dalam Kehidupan


Individu

Nilai seseorang individu terletak pada akhlaknya.


Akhlak membezakan antara insan dengan haiwan > tingkahlaku, tindak-
tanduk dan tanggungjawab.

Firman Allah s.w.t (surah Al-Araf ayat 179) bermaksud, : “dan sesungguhnya,
Kami jadikan isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia.
Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-
ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk
melihat tanda-tanda kebesaran

Individu tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai individu
baik & mulia walau mempunyai pendidikan, kemahiran & pengetahuan tinggi
Akhlak >cermin dalam diri individu(peribadi sebenar tingkah laku)

akhlak mulia dapat menambahkan nilai baik diri seseorang individu

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa, :


“orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik
akhlaknya."

akhlak berperanan penting dalam kehidupan setiap insan


tanpa akhlak, lahirlah modal insan
tanpa harga diri & akhirnya
membentuk masyarakat keruntuhan

Peranan Akhlak Dalam Kehidupan Keluarga


Keharmonian ahli keluarga berpersonaliti & mulia & berakhlak tinggi
Kebahagiaan
 akhlak baik(ahli keluarga), keharmonian
dan kebahagian rumahtangga akan

Akhlak merupakan cermin iman dalam diri


>Memilih Pasangan Hidup
Rasulullah bersabda :

“Seorang wanita dinikahi berdasarkan


empat pertimbangan: karena
harta,keturunan, kecantikan dan
agamanya. Peganglah yang memiliki
agamaniscaya kedua tanganmu tidak
akan terlepas” (HR. Bukhari, Muslim,
dan Abu Daud

> mempunyai zuriat :


-pendidikan akhlak kepada anak dari
kecil
>peribadi ibu bapa :
-kelakuan & perbuatan ikutan anak-
anak
pembinaan &
pemeliharaan
rohani & jasmani =
institusi

Peranan Akhlak Kepada Masyarakat dan Negara


Ilmu akhlak : ilmu asas yang perlu diketahui & diamalkan masyarakat serta
pengamalan Negara yang mempunyai kepentingan yang sangat besar.

 Ini kerana ilmu akhlak Islam = `Produk` yang terhasil daripada aqidah yang
benar pada diri seseorang muslim.
Ilmu akhlak = faktor-faktor menghubungkan insan dengan penciptan

 Sejarah membuktikan akidah yang masyarakat berjaya benar


Masyarakat runtuh keruntuhan nilai & akhlak tamadun hancur

Para sarjana & ahli fikir > mengakui

kepentingan akhlak di dalam membina


keluhuran peribadi masyarakat dan
tamadun manusia.
Akhlak mulia penggerak kemajuan &
kesempurnaan hidup.
akhlak buruk pemusnah berkesan
&perosak meruntuhkan kemanusiaan
serta ketinggian hidup manusia
 al-Ouran sebagai sumber pengetahuan
& akhlak yang paling terang dan jelas.

peranan akhlak kepada masyarakat & Negara


melahirkan tali persaudaraan
erat antara masyarakat &
mewujudkan Negara aman
makmur

Hubungan antara sesama orang


beriman itu diasaskan kepada
persaudaraan.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu


adalah bersaudara, maka damaikaniah
diantara dua saudara kamu'.(al-Hujuraat..
10)
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan orang-orang yang beriman
itu dari segi saling berkasih sayang dan
berkasihan belas, adalah seperti jasad
apabila satu anggota mengadu sakit,
membawa seluruh jasad turut berjaga

http://www.scribd.com/doc/1972664/Konsep-Akhlak-Menurut-Perspektif-Islam
Kepentingan Akhlak Dalam Peribadi Muslim
Labels: Akhlak, Peribadi Muslim

Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sistem hidup manusia.
Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya.
Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai
kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan
dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam
kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya
dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin
dan manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti
dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai
telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang
malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai. (Al-Araf:179).

Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat


manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh
dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai
kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.

SIFAT MAHMUDAH
- Sabar
- Syukur
- Khauf (takutkan kemurkaan Allah)
- Roja (mengharapkan keredhaan Allah)
- Benar
- Jujur
- Pemaaf
- Pemalu
- Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim)
- Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah)

SIFAT MAZMUMAH
- Tergesa-gesa
- Riya' (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang
lain)
- Dengki (hasad)
- Takabbur (membesarkan diri)
- Ujub (kagum dengan diri sendiri)
- Bakhil
- Buruk sangka
- Tamak
- Pemarah
- Sum'ah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan
kemasyhuran )
http://fazakkeer.blogspot.com/2009/10/kepentingan-akhlak-dalam-peribadi.html

Kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia

Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang


yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama
tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah
satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak
manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran
penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.
Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia
telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu
dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan
kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang rendah
martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak
berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama.
Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api
neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia
dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka
kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah
akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga.
Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia
kerana ianya lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan
kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya ialah mereka
yang paling baik akhlaknya."

Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga
runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat
kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun
manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi
Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan
sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah
yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw.

Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan
menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis
nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan
boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis
ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan Perancis di
tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak."
Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau
akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi
seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat
merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah yang
mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut.
Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di
dalam diri seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga
serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita
didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia
akan mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah
seterusnya.

Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina


sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan
terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti
dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas
yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-
apa sahaja yang dibina di atasnya.

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh


Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh
Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-Mujtama'
menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-
satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati
bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan
dan benci kepada kejahatan.
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=112294

yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial,
kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika
mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami,
dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.
Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam
keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan
yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan
dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah
pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan
mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-
kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada
ibu bapa di rumah.
5.3
Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam
kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media
massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-
program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan
remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang
bersifat hiburan semata- mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang
tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai
ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut
cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat
dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain
selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.
16

5.4
Sikap Keluarga

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari


terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang
agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-
wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan
ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak.
Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal
anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan
masa yang berkualiti dengan anak- anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai
masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’
kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan
menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila
anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan
tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus
menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian
terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan
ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-
anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-
anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.
Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika
perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke
rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa
harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari
17

perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa


ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang


utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan
oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar
kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa
dan anak kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara
satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu
bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-
ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan
tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab,
kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal
pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-
kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.
18
6.0
Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar


remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada
golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
6.1
Peranan ibu bapa
Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak- anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan
anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik.
Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.
6.2
Pendekatan akademik
Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-
aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan
19

ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-


teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
6.3
Penguatkuasaan Undang-Undang
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang- undang di
peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di
samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah
berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa
polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor
yang
berkelayakan
dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
6.4
Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan
lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
20

7.0
Kesimpulan

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan
kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan
aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek
pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan
cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang
buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk.
Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri
sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting:
ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi
masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau
apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada
ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
http://www.scribd.com/doc/20990974/ISU-KERUNTUHAN-AKHLAK-DAN-
MORAL-DI-KALANGAN-REMAJA-SAMSENG-JALANAN-BULI-SEKS-BEBAS

Sunday, April 12, 2009


Akhlak Dalam Pembentukan Jati Diri Muslim
Oleh : Nooraini Binti Ishak

Kehidupan yang indah adalah kehidupan yang dihiasi oleh nilai-nilai akhlak,
moral dan etika yang menjadi asa kepada apa jua aktiviti kehidupan dan
pergaulan. Pengajaran dan penghayatan nilai-nilai yang mulia ini dalam
kehidupan, sebenarnya menjamin wujudnya keamanan dan kestabilan
masyarakat. Semua ajaran keagamaan menekankan peri pentingnya nilai-nilai
keutuhan, akhlak dan moral. Dalam Islam nilai akhlak adalah nilai samawi yang
suci dating daripada Allah s.w.t. dan sebarang pencabulan merupakan
penganiayaan terhadap hak-hak Allah oleh hambaNya.
Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin
kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga
akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan
firman Allah s.w.t. iaitu dari surah al- mukminin ayat 1 hinnga 2 yang bermaksud
“Sesunnguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang
khusyu’ dalam sembahyangnya”. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan
teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan
ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan
akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat
Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan
pendekatan Islam Hadari.
Akhlak, moral dan ektika berperanan penting dalam menentukan keutuhan
sesebuah masyarakat, bangsa atau juga negara. Dengan kata lain, utuh atau
runtuhnya sesebuah bangsa bergangtung kepada akhlak, moral serta etika
yang menjadi amalan bangsa itu sendiri. Islam sebagai agama dan cara hidup
yang syumul menekankan agar umatnya menjalani kehidupan berasakan adab
atau etika, akhlak dan perilaku yang mulia. Inilah misi yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. iaitu untuk memperbaiki akhlak moral manusia. Seperti di
dalam Al- Quran ada menjelaskan melalui surah al-Qalam 68 ayat 4 yang
bermaksud “Bahawa sesungguhnya kamu mmpunyai akhlak yang sangat
mulia”. Misi yang penting ini menjadikan akhlak sebagai salah satu ciri
terpenting dalam ajaran Islam. Dalam hubungan ini, Ibn Abbas pernah
mengatakan bahawa setiap bangunan ada asanya dan asa bagi Islam ialah
akhlak yang mulia. Malah Ibn al-Qayyim juga pernah menegaskan, seluruh
aspek agama (Islam) ialah (akhlak yang mulia); oleh itu sesipa yang bertambah
nilai akhlaknya maka bertambahlah nilai agamanya.
Akhlak dari segi bahasa ialah tabiat, perangai, tingkahlaku, sifat semulajadi,
adapt kebiasan dan lain-lain. Manusia dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik
ciptaan dan terdiri daripada dua unsur, iaitu jasmani dan rohani. Menurut firman
Allah s.w.t iaitu surah al-Tin ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dalm bentuk yang sebaik-baiknya ( dan
berkelengkapansesuai dengan keadaannya)”. Unsur jasmani disebut dalam
bahasa Arab “al-khaluq” dengan bacaan huruf kha berbaris di atas (keindahan
bentuk luaran ). Unsur rohani pula disebut “al-khuluq” degaan bacaan huruf kha
berbaris di depan (keindahan bentuk dalaman). Keindahan batin seseorang
dapat dilihat melalui tingkahlaku, budiperketi, tutur kata ataupun tindakan zahir
seseorang. Justeru itu akhlak adalah berkaitan dengan sifat-sifat batin dan
dijelmakan melalui tingkahlaku. Aspek batiniah juga adalah keimanan yang ada
dalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu perkara
berdasarkan suruhan iman tersebut. Ini bertepatn dengan definisi akhlak oleh
Imam al-Ghazali; “sifat-sifat batin yang tertanam dalm jiwa seseorang dan ia
akan lahir dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal yang
mendalam. Sekiranya keadan jiw tu baik maka akan terbit perbuatan yang baik
dan terpuji mengikut akal dan syariah, ia dinamakan akhlah yang baik.
Sebaliknya jika keluar perbuatan buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk”.
Menurut Ibn Maskawayh pula akhlak bermaksud “keadaan jiwa seseorang, ia
terbahagi kepada dua bahagian iaitu natural (tabie), jiwa yang tabie ini berpusat
kepad sifat semula terhadap pejadi seperti perasaan cepat marah terhadap
perkara yang kecil, panas baran, cepat terkejut dan lain-lain dan yang kedua
pula ialah keadaan jiwa yang dibentuk malalui latihan dan kebiasaan. Ia
terbahagi kepada dua peringkat iaitu yang pertama peringkat pertimbangan dan
pemikiran yang telitidan peringkat kedua ialah peringkat mempraktiskan sesuatu
kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang.
Etika berasal dari perkataan Yunani, iaitu ‘ethos’ yang bermaksud hukum, adapt
resam, kebiasaan dan budi pekerti yang dimiliki oleh kumpulan tertentu.
Menurut Socrates, Etika ialah hasil dari pengalaman-pengalaman yang dilalui
oleh manusia. Jelasnya etika adalah sesuatu yang bersumber daripada akal
manusia serta nilai-nilai yang mampu difikirkan oleh akal manusia.
Moral pula adalah berasal dari perkataan ‘mores’ yang bererti kesusilaan, adab,
sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma.
Sebagai masyarakat mengaitkan etika dan moral dengan peraturan masyarakat
yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tetid masyarakat. Peraturan
masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau
adat, nilai dan pantang larang masyarakat. Walau apapun peraturan masyarakat
wujud di luar diri individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta
ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut. Moral juga bermaksud
tingkahlaku dan tindakan manusia samada baik atua buruk yang dinilai oleh
masyarakat bergangtung kepada tempat, masa dan keadaan. Oleh itu moral
dalam pengertian ini adalah bersifat relatif. Ianya berbeza antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain dan boleh berubah mengikut masa
dan keadaan.
Akhlak Islam terdiri daripada akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Akhlak
mahmumah ialah akhlak yang dituntut dalam Islam. Ia merupakan segala
bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia dari sekecil-kecil perkara hingga
sebesar-besar perkara, seperti keimanan yang mutlak kepada Allah s.w.t. ,
takwa, ihsan, benar, jujur, amnah, menyampaikan, bijaksana, pemurah,
menundukkan pandangan dari perkara-perkara keji, memelihara lidah, lemah
lembut, sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan kebaikan.
Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang mengambarkan perlaksanaan
tanggungjawad kepada perintah Allah s.w.t. dan akur kepada laranganNya
dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. Dengan kata lain ia
melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walau di mana ia berada; di
khalayak ramai atau keseorangan, bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir tapi
juga hatinya (batin) akur dengan tuntutan tersebut. Akhlak mazmudah pula ialah
lawan kepada akhlak mahmudah iaitu akhlak yang keji dan cela. Ia merupakan
segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk dan cela. Ia
merupakan segal bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela
oleh syarak. Diantaranya ialah syirik, derhaka kepada ibu bapa, khianat,
sombong, benci, fitnah dan lain-lain. Sifat mazmudah juga di katakan perbuatan
melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya.
Ilmu, iman dan amal merupakan faktor penting dalam pembinaan dan
pembentukan akhlak. Pembinaan dan pembentukan ini perlulah melalui
beberapa peringkat seperti peringkat pertama iaitu sebelum berumahtangga.
Generasi cemerlang adalah hasil daripada pembentukan keluarga yang baik,
lantaran itu Rasulullah s.a.w. menasihatkan supaya mengutamakan orang yang
beragama dan berakhlak mulia dalam pemilihan jodoh,supaya dia dapat
menjalankan tugas yang sepenuhnya terhadap pemeliharaan keluarga, memikul
semua hak suami-isteri, memelihara dan mendidik anak-anak dan rumahtangga
yang dibina sentiasa berada dalam keharmonian. Ini dapat dilihat melalui hadis
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud
“Seseorang wanita yang dinikahi kerana empat sebab kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah
engkau memilih yang beragama, itulah pilihan yang terbaik.” Peringkat kedua
ialah semasa perkahwinan. Suami isteri harus melaksanakan tanggungjawab
masing-masingdengan sebaik-baiknya sebagaiman yang dianjurkan di dalam
Islam. Rumahtangga hendaklah sentiasa dipupuk dengan perasaan kasih
sayang, belas kasihan, tolak ansur dan ras kemesraan. Dengan adanya sifat-
sifat tersebut kehidupan berumahtangga akan tenang dan tenteram dan
seterusnya akan meninggalkan kesan yang baik dan natijah yang
menggalakkan dalam pemeliharaan anak-anak. Allah s.w.t. menggambarkan
keadaanin dalam firmanNya melalui surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud
“Dan di antara tanda-tanda yang membiktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis
kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-
keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Islam juga mengalakkan ibu-ibu yang hamil dan juga bapa memperbanyakkan
amalan-amalan kebaikan, seperti membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan lain-
lain. Amalan-amalan ini akan memberi kesan dalam perkembangan jiwa anak-
anak. Begitu juga syariat Islamiah telah menerangkan segala sesuatu yang
berhubung dengan hukum hakam terhadap anak yang baru lahir, seperti di azan
atau di qamatkan, tahnik, mencukur rambut,menamakan dengan nama-nama
yang baik, aqiqah dan berkhatan. Peringkat ketiga ialah kanak-kanak. Kank-
kank juga perlu di beri pendidikan yang seimbang di antaranay pendidikan yang
seimbang, di antaranya pendidikan keimanan yang merupakan asas utama.
Selain daripada itu kanak-kanak juga perlu diberi pendidikan akhlak seperti
batas-batas aurat, adab-adab dengan rakan, kedua ibu bapa, guru dan orang-
orang yang lebih tua. Seterusnya pendidikan jasmani, mental dan lain-lain. Oleh
itu kedu ibu bapa murupekan orang yang bertanggungjawab untuk memberi
pendidikan keimanan serta budi pekerti yang mulia. Mereka juga wajid
membentuk mentak kanak-kanak supaya matang dan mendidik jiwanya supaya
tahu bertimbangrasa serta memimpin mereka supaya menambah ilmu
pengetahuan yang berguna. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari yang bermaksud “Seorang lelaki adalah bertanggungjawad di rumah
isterinya, dan dia akan ditanya tentang tanggungjawab dan wanita juga
bertanggungjawab di rumah suaminya serta dia akan ditanya tentang
tanggungjawabnya.” Peringkat yang seterusnya ialah peringkat remaja. Menurut
Kamus Dewan remaja bererti “Dewasa, sudah akil baligh”. Remaja merupakan
golongan yang terbesar di Malaysia dan mereka adalah asset penting serta
bernilai kepada bangsa dan Negara. Oleh itu mereka perlulah dibentuk dan
didik denganiman, ilmu dan akhlak. Ini kerana zaman remaja merupakan mas
yang paling mencabardalam kehidupan seseorang dan mereka mudah
terpengaruh dengan perskitarannya. Oleh itu menjadi kewajipan ke atas ibu
bapa untuk memastikan pendidikan yang sempurna yang terbais terhadap
anak-anak. Kesibukan ibu bapa menyebabkan anak-anak kehilangan kasih
sayang dan tempat bermanja. Keadaan ini menyebabkan golongan remaja tidak
ada kekuatan untuk melawan godaan nafsu dan persekitaraannya. Golongan
remaja merupakan pemimpin pada masa akan datang dan jatuh bangunnya
sesebuah Negara terletak di bahu mereka. Tindak tanduk mereka sentiasa
mendapat perhatian daripada masyarakat. Sesebuah Negara akan berbanga
jika para remajanya berakhlak mulia. Justeru itu golongan remaja tidak harus
dibiarkan terumbang ambing dalam menjalani kehidupan mereka. Tanpa tunjuk
ajar dan bimbingan yang baik daripada golongan tua mereka tidak dapat
menjalani kehidupan yang sempurna.
Kepentingan ibadah dalam Islam bukan sahaja membuktikan kepatuhan kepada
Allah s.w.t., tetapi ia juga mempunyai kesan secara langsung dalam
pembentukan peribadi seseorang Muslim, apabila ibadah itu dilaksanakan
sebagaimana disyariatkan oleh Allah s.w.t. solat mempunyai kesan yang
mendalam terhadap pembentukan akhlak. Kesannya bukan sahaja ketika
mendirikan solat tetapi ianya bermula dari sebelum mendirikan solat iaitu dari
azan dan wudu’. Seterusnya kesan solat boleh diperolehi setelah selesai solat,
iaitu zikir-zikir dan wirid-wirid. Selain solat, zakat juga memainkan peranan
dalam membentuk akhlak seseorang. Ia bertujuan untuk membersihkan diri
daripada sifat-sifat mazmudah dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-
sifat mahmudah. Ibadah puasa pula bukanlah sekadar mencegah atau
menahan diri dari makan dan minum semata-mata tetapi bertujuan melatih diri
mengawal nafsu dan syahwat supaya tidak melepasi batas-batas hukum yang
ditetapkan. Ibadah haji difardhukan oleh Allah s.w.t. terhadap umat Islam
bertujuan untuk mendidik jiwa mreka supaya sentiasa sedia berkorban, berjimat
cermat dan memupuk kasih sayang semata-mata kerana Allah s.w.t. Konsep
pengorbanan di dalam Islam meliputi pengorbanan harta, jiwa, masa dan
tenaga. Kehidupan para sahabat Rasulullah s.a.w. telah memaparkan kepada
kita tentang pengorbanan mereka yang begitu hebat demi menyebarkan agama
Allah. Amalan-amalan sunat juga dapat mengawal iman dan menyuburkan jiwa
untuk sentiasa gemar kepada kebaikan. Diantara fungsi amalan sunat ialah
dapat menyempurnakan amalan wajib, meninggikan pangkat dan darjat
seseorang di syurga. Oleh itu untuk menyempurnakan amalan wajib eloklah
ditambah dengan amalan-amalan sunat. Jika amalan wajib sempurna, iman
menjadi tetap dan boleh meningkatkan akhlak mulia. Dalam memperbanyakkan
amalan sunat, seseorang perlulah menjaga diri daripada sebarang maksiat. Ini
kerana ibadah adalah perkara kebaikan sedangkan maksiat adalah perkara
buruk. Sekiranya perkara baik bercampur dangan perkara buruk maka yang
baik akan menjadi rosa.
Akhlak seseorang boleh dibentuk melalui didikan dan latihan oleh para pendidik
yang berkualiti. Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah
yang dilaksanakan oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat
sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi pendidikan yang berbentuk
formal. Akhlak yang mulia tidak mungkin akan dapat meresap ke dalam jiwa
seseorang, selagi ia tidak membiasakan jiwanya berakhlak dengan akhlak yang
mulia dan meninggalkan kelakuan dan perangai yang jahat dan keji secara
istiqamah sehingga benar-benar menjadi kebiasaan dan merasa suatu
kenikmatan ketika melakukannya. Seseorang yang melakukan ibadah atau
meninggalkan larangan agama secara terpaksa atau dalam keadaan perasaan
yang amat berat dan belum terasa nikmat, maka itu sebagai petanda seseorang
itu belum mencapai kesempurnaan (bahagia) dengan apa-apa yang dilakukan.
Kesimpulannya, akhlak dalam Islam bertujuan untuk membentuk tingkahlaku
individu yang baik dan bagi individu Muslim hendaklah sentiasa berusaha dalam
kearah pembentukan akhlak mulia. Begitu juga kerjasama dari semua pihak
amat diperlukan demi melahirkan sesebuah masyarakat yang sejahtera dan
harmoni serta menghayati nilai-nilai akhlak yang luhur dalam semua aspek
kehidupan. Dari perspektif tamadun agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu
sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan berakhlak mulia. Matlamat
ini tidak dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-
nilai akhlak.
Posted by Ustaz Abd Aziz bin Harjin at 12:58 AM

1 comments:
http://049772910.blogspot.com/2009/04/akhlak-dalam-pembentukan-jati-
diri.html

2
2.0
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan oleh penyelidik untuk:
i.Mengupas tentang konsep akhlak menurut perspektif Islam.

Skop kajian meliputi definisi akhlak menurut pelbagai pandangan, sumber-


sumber melalui al- Quran dan Hadith, ciri-ciri akhlak yang baik, kemudian cara-
cara hendak mencapai akhlak yang baik, kelebihan-kelebihan apabila memiliki
akhlak yang sempurna, factor yang mempengaruhi keruntuhan akhlak serta
cadangan yang disarankan oleh penyelidik.
ii. Melihat sejauh mana akhlak seseorang itu dapat mencapai akhlak yang baik
Aspek ini dipilih kerana masih ramai umat Islam yang tidak menyedari
pentingnya akhlak dalam menyebarkan ajaran Islam serta membentuk peribadi
muslim yang sejati. Ini kerana mereka yang menentukan corak generasi pada
masa akan datang sebagai pembimbing kea rah jalan yang benar.
iii. Konsep akhlak dapat diaplikasikan oleh setiap tingkah laku yang baik dalam
kehidupan
seharian.
Akhlak merupakan salah satu perkara yang sangat penting bagi setiap umat
Islam, umat Islam diperintahkan oleh Allah s.w.t agar bersikap lebih peka
terhadap ajaran-ajaran yang telah disampaika-Nya. Disamping itu, akhlak
adalah salah satu perkara untuk membentuk sahsiah diri seseorang sama ada
baik ataupun buruk. Akhlak sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang

3
berkaitan dengan sifat-sifat mahmudah seperti menjalankan setiap perinth Allah
s.w.t yang
diamanahkan dalam ajaran agama Islam.

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui tentang akhlak di dalam
Islam. Dengan adanya tujuan yang telah ditetapkan dalam suatu kajian, maka
akan lebih memudahkan lagi kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik.
Sehubungan itu, penyelidik akan menjalankan kajian mengenai akhlak dalam
kalangan masyarakat umat islam pada masa sekarang supaya mereka dapat
mengaplikasikannya setiap tingkah laku dalam kehiudpn seharian
3.0
SKOP KAJIAN
Kajian ini hanya melihat aspek pemikiran melalui perspektif Islam sahaja. Bukan
kepada akhlak yang berlandaskan atau menurut barat, lebih mudah dikatakan
sebagai mengikut gaya atau budaya barat. Pembaca menjadi fokus utama
dalam kajian ini kerana mereka adalah model dalam pembentukkan diri individu
seseorang.
4.0
KAEDAH KAJIAN
Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana
penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat
sumber, sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer.
Bahan-bahan yang terdiri daripada buku, artikel,sumber internet dan
sebagainya.

4
5.0
HASIL KAJIAN
5.1
Pendahuluan
Dalam bahagian ini, penyelidik membincangkan tentang hasil kajian yang telah
diperolehi
daripada resensi perpustakaan.

Pada zaman yang serba moden ini, secara fitrahnya akhlak individu muslim itu
adalah baik. Namun begitu sebagaimana yang telah dicatatkan bahawa
manusia dari kalangan umatNya yang berjaya dan berjasa ialah mereka yang
berjaya melaksanakan akhlak yang tersebut dalam kehidupannya dan berjaya
menghidupkannya dalam kehidupan keluarga dan seterusnya dalam
masyarakatnya.
Telah diungkapkan oleh seorang pujangga dalam sebuah madahnya:
“Kekalnya umat itu adalah kerana akhlaknya. Manakala lenyap dan runtuh
akhlaknya maka
runtuh dan lenyaplah umat”.
Oleh itu, madah di atas mengatakan bahawa suatu hakikat dalam kehidupan
masyarakat atau umat manusia dan tamadunnya di dunia ini. Maka, keperluan
akhlak amat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim.

5
5.2
Dapatan Kajian daripada Resensi perpustakaan
5.2.1 DEFINISI AKHLAK
Mengikut kamus al-Mu’jam al-mufahras Li Al Faz,al-Mukhit akhlak berasal
daripada kalimah
al-khuluqyang membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan
agama. Manakala
mengikut kamus lisan al-Arabi, akhlak bermaksud tingkah laku seseorang yang
telah menjadi
tabiat dan merupakan satu gambaran bagi menunjukkan zahir dan batin
seseorang.

Akhlak dari segi bahasa membawa erti budi pekerti, adab sopan, tingkah laku,
dan tatasusila. Mengikut tokoh-tokoh ilmu psikologi Islam, takrif akhlak perlu
dilihat dari dua sudut. Pertama Bataniah iaitu akhlak merupakan satu ilmu yang
membahaskan masalah- masalah dalaman manusia khasnya yang mengupas
hal-hal kejiwaan. Manakala dari suluq Azzahariah, akhlak ialah satu cara atau
jalan yang memperlihatkan sesuatu yang berbentuk zahir. Sama ada dari segi
tutur kata, tingkah laku dan perangai boleh menjadi ukuran peribadinya.
Menurut Ghazali Darusalam, dalam kitab Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah
menyatakan, pengertian akhlak boleh ditinjau daripada beberapa segi sama ada
daripada pandangan falsafah Islam,tokoh-tokoh agama, al-Quran,hadith dan
sebagainya.
Akhlak menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2002: 1025), personaliti bermaksud
keperibadian dan perwatakan. Personaliti berasal daripada perkataanlatin
iaitupesona atau

6
personalitas.M aks ud persona ialah topeng yang merujuk kepada rupa luaran
yang ada pada
seseorang.

Akhlak menurut perspektif Islam, Menurut M. Ali Hassan (1984: 10) dalam kitab
Personaliti dari perspektif Al-Ghazali karya Dr. Fariza Md Sham menyatakan
bahawa ‘akhlak’ atau ‘sahsiah’ merupakan perkataan arab, dimiliki oleh
seseorang individu. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa arab yang
membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat
kebiasaan.
Menurut ahli falsafah Islam dalam kitab Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah yang
dikarang oleh Ghazali (1997), mengatakan akhlak mengandungi tiga maksud
mengikut aliran-aliran tertentu. Antaranya akal fikiran yang memancarkan
akhlak, akal yang dipandu oleh wahyu para nabi dan rasul akan melahirkan
akhlak yang bersih dan terpuji.
Selain itu, akhlak dari segi roh membawa maksud pengambilan berat terhadap
pembersihan jiwa, pembaikpulihan batin, pembersihan akal fikiran, serta
pembersihan akal fikiran secara mujahadah. Manakala aliran seterusnya
mengikut gabungan dua perkara ini membawa kepada dua konsep iaitu
menerusi aliran falsafah dan tasawuf.
Akhlak dalam Encyclopedia Dictionary of Pcychology (1992), menyebut
personaliti (akhlak) sebagai suatu konsep yang global yang mempunyai
beberapa makna. Pertama ia merujuk kepada tingkah laku dan perangai yang
biasanya ada pada setiap individu. Kedua ia merujuk kepada cantuman
kesedaran diri atau ego. Ketiga, ia adalah topeng bagi sosial.

Kesimpulannya, bahawa akhlak didefinisikan sebagai satu sifat bagi diri melalui
jiwa yang melahirkan nilai baik atau jahat. Secara ringkasnya, akhlak sebagai
suatu kebiasaan tingkah laku yang mengarah kepada kebaikan atau kejahatan
dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan. Maka, akhlak Islam merupakan
akhlak yang teristimewa dengan pengkhususannya yang tersendiri.
5.2.2 SUMBER PEMBENTUKAN AKHLAK
5.2.2.1 Al-Quran
Al-Quran al-karim bukan sahaja satu kitab yang membicarakan masalah-
masalah hukum Allah, politik, dan pendidikan bahkan ia juga menyingkap
bidang-bidang sosiologi khasnya pembentukan sahsiah seseorang insan dan
sesebuah masyarakat. Sumber utama rujukan ilmu akhlak ialah kitabullah yang
menghuraikan secara terperinci dan jitu.
Dalam kamus al-Mu’jam dimuatkan ayat al-Quran yang membawa maksudal-
khuluq.
Firman Allah yang membawa maksud: Dan sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) benar-
benar berbudi pekerti yang agung (surah al-Qalam 68:4).
Berdasarkan maksud ayat di atas, akhlak membawa maksud keperibadian,
sahsiah dan
sifat-sifat yang merujuk kepada perbuatan mulia.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Ssesungguhnya ini (agama) tidak lain
hanyalah
kelakuan orang terdahulu (surah al- Assyuara’ 26: 137).
Ayat tersebut mengatakan akhlak sebagai tabiat manusia yang sememangnya
dijadikan
oleh Allah dengan memiliki tabiat-tabiat tertentu yang menjadi kelaziman.
8

Secara keseluruhannya, akhlak yang disebut dalam al-Quran merupakan ajaran


dan tingkah laku yang baik serta lebih tinggi kedudukannya daripada moral. Al-
Quran adalah sumber utama penggalian ilmu akhlak untuk memahami akhlak
manusia.
5.2.2.2
Hadith
Akhlak yang dihuraikan oleh al-Quran dijelaskan lagi menerusi hadith Rasulullah
SAW, Anas r.a meriwayatkan sebuah hadith yang diambil Rasulullah SAW
dalam kata-kata Syaidatina Aisyah: ‘Nabi Muhammad itu semulia-mulia manusia
daripada sudut akhlaknya’.
Akhlak yang dibincangkan menerusi hadith rasulullah s.a.w. menjelaskan satu
perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan, perbuatan dan
nafsu yang keji. Ada akhlak yang terpuji dan akhlak tercela. Hadith ialah sumber
kedua akhlak Islam, disinilah ajaran-ajaran akhlak Islam terserlah dengan
jelasnya melalui amalan. Orang yang berakhlak ialah golongan yang beriman
dengan sifat-sifat dalam akhlak seperti malu, sabar, pembersih dan sebagainya.
Seorang lagi tokoh hadith iaitu Abu Hurairah antara lain menyifatkan hadith-
hadith yang diriwayatkanya membawa akhlak sebagai rasa keimanan dan
kemuncak keimanan sebenar. (Ghazali. 1997. Dinamika Ilmu akhlak Islamiah.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd)
Dalam kitab Pendidikan Akhlak dan Adab Islam konsep dan Amalan yang
dikarang oleh
Asmawati Suhid (2009), menyatakan bahawa sumber utama bagi akhlak dalam
Islam ialah

wahyu Allah iaitu Al-Quran dan hadith. Kedua-dua ini membentuk sesuatu
konsep serta memelihara akhlak manusia dalam kehidupan seharian. Al-Quran
mengajarkan manusia bagaimana sepatutnya bertingkah laku dan bertindak
dengan betul dan berakhlak. Al-Quran juga merupakan sumber utama dalam
menentukan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam kehidupan.
Hadis juga merupakan sumber kedua selepas al-Quran dalam pengambilan
ilmu akhlak Islam. Sebagaimana contoh kepada Rasulullah yang merupakan
model atau contoh terbaik sebagai ikutan umat Islam khususnya dan manusia
umumnya. Akhlak yang diamal dan dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W yang
berteraskan akidah Islam jelas sekali amat luhur dan murni.
5.2.3
CIRI – CIRI AKHLAK ISLAM
Dalam kitab Personaliti Dari Perspektif Al-Ghazali, yang dikarang oleh Fariza
Md. Sham (2008), menyatakan ciri-ciri akhlak yang terdapat dalam Islam. Antara
ciri-ciri akhlak Islam yang membentuk personaliti yang baik ialah sifat takwa,
sabar dan syukur.
Ciri akhlak Islam yang pertama ialah sifat taqwa. Pengertian takwa bagi al-
Ghazali ialah rasa patuh terhadap perintah-perintah Allah S.W.T. dan
meninggalkan setiap perkara yang ditegah (Sa’id Hawwa 1999: 360). Sifat
takwa adalah sifat individu yang memiliki personaliti yang terpuji. Perintah dan
larangan Allah S.W.T. juga merangkumi setiap perintah dan larangan yang
dibawa dari Rasulullah s.a.w. Orang yang bertakwa menurut al-Ghazali (1953:
93) sentiasa sedar bahawa Tuhan tetap bersamanya menyaksikan setiap
perkara yang dilakukan. Dalam kehidupan bermasyarakat, individu yang
bertakwa sentiasa berkelakuan baik ketika berhubung dengan individu lain.
Oleh itu, matlamat takwa ialah kebahagiaan di akhirat.

10

Seterusnya, bagi ciri yang kedua pula ialah sifat sabar. Sabar bermakna
ketabahan individu menempuh segala kesusahan. Dalam konteks agama, sabar
bermakna menerima ujian- ujian Tuhan dalam perjuangan memperolehi
keredhaanNya. Al-Ghazali mengatakan bahawa sabar meliputi tiga perkara iaitu
berkaitan dengan ilmu, hal keadaan dan perbuatan. Individu yang sabar dikawal
oelh dua tujuan utama iaitu agama dan melawan hawa nafsu (al-Ghazali 1988:
Jil.3 1096). Al-Ghazali telah menghuraikan bahawa seseorang individu yang
memiliki sifat sabar akan merasai kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Ini kerana
individu yang sabar adalah individu yang kuat dalam erti kata sebenar.
Walau bagaimanapun, ciri yang ketiga dalam akhlak Islam iaitu sifat syukur
merupakan personaliti atau akhlak individu yang menuju kepada keredhaan
Allah S.W.T (al-Ghazali 1988: Jil.3 1156). Seseorang individu wajib
mempercayai bahawa segala nikmat adalah berasal dari Allah S.W.T. dan
pengetahuan tersebut dinamakan tauhid. Allah S.W.T. Sifat syukur juga
menambahkan keberkatan kepada nikmat yang dikurniakan dan dijanjikan
dengan limpahan nikmat yang berlipat ganda dari Allah S.W.T. pada masa akan
datang. Maka, sifat syukur menjadikan jiwa seseorang individu menjadi tenang
dan bersih serta hatinya semakin damai dan tenteram yang melahirkan tingkah
laku baik dan terpuji (al-Ghazali 1963: 41).
5.2.4
CARA MENCAPAI AKHLAK YANG BAIK
Menurut Ghazali Darusalam, (1997) Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Kuala
Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. menyatakan banyak cara
untuk mencapai akhlak yang baik. Antaranya ialah kurniaan Allah secara
semulajadi yang mana dijelaskan bahawa Allah

11
Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Allah juga mampu mencipta sesuatu
yang unik
penciptaannya kepada manusia.

Untuk mengusahakan akhlak yang baik seseorang itu juga boleh membuat
latihan amali seperti membiasakan diri dengan sifat-sifat yang baik dan
membuang sifat buruk. Selain itu, dengan cara mengenal keaiban diri iaitu
dengan sentiasa muhasabah dan membuat refleksi diri untuk menyemak
kembali apa yang telah dibuat sepanjang hari.
Justeru itu, dengan mengamalkan amalan-amalan harian seperti membaca al-
Quran dan memahami pengertiannya, qiamullail dan sebagainya, juga
merupakan salah satu cara hendak mencapai akhlak yang baik.
5.2.5
KELEBIHAN AKHLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Menurut Mahmud Al-Mishro dalam buku Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW
(2009) menyatakan bahawa jika seseorang itu mempunyai sifat berani, maka
akan menjadikan seseorang itu kuat untuk menjaga diri dan berakhlak mulia.
Sifat ini juga mempermudahkan untuk menahan amarah serta dengan modal
keberanian, seseorang itu dapat menggenggam erat ketegasan jiwanya sendiri.
Selain itu, dengan berakhlak juga dapat menenangkan jiwa dan memperbaiki
akhlak serta menambahkan keimanan dalam diri seseorang. Tujuannya menjadi
pendorong untuk beramal dengan akhlak dan bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu perkara itu. (Ghazali Darusalam.
Sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah: Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. (1997).
Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd).

12

Walaubagaimana pun, dengan berakhlak seseorang itu dapat menghindarkan


diri daripada terpengaruh hasutan syaitan. Menurut Ghazali Darusalam (1997),
menyebut akhlak sebagai benteng kekuatan daripada penguasaan syaitan
terhadap diri seseorang serta segala amalan yang dibuat juga diterima oleh
Allah jika seseorang itu memiliki akhlak yang mulia.
5.2.6
FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK DAN CARA MENGATASI
i. Persekitaran
Merujuk kepada sumber rujukan yang penyelidik dapati bahawa pandangan
daripada Islam faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan
peribadi seseorang. Antaranya ialah individu yang hidup dalam keluarga yang
tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik
dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik.
Selain itu, kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak
atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan
akhlak seseorang iaitu melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang
boleh merosakkan jiwa mereka. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya dan
masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang membentuk keperibadian
dan akhlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak.

13

Terdapat juga, permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya


pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial
seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak
akhlaknya sehingga membawa kepada pergaulan bebas, perzinaan,
pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya. Budaya
masyarakat juga yang cenderung ke arah liberalisme juga membawa
masyarakat kini mudah terjebak dengan budaya rock, rap, lepak dan
seumpamanya.
ii. Nafsu
Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah
musuh sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia.
Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk
melakukan keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah pasti boleh
menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan
membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.
iii. Syaitan
Satu lagi musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan
memperalatkan nafsu manusia iaitu syaitan. Fungsi syaitan adalah sebagai
agen perosak akhlak manusia berlaku sejak Nabi Adam dan berterusan hingga
ke hari kiamat.
Kesimpulannya, setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan
cubaan hidup dalam
usaha melatih diri menjadi manusia yang berakhlak dan bersedia menghadapi
segala rintangan.

Antara cara-cara mengatasi dan memperbaiki


akhlak Islam ialah:
i. Menguatkan nilai-nilai akidah dan keimanan dalam jiwa.

ii. Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-


perkara yang membangkitkan atau menguatkan nafsu syahwat dan
hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji.

iii. Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadat


solat, puasa serta menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk
dan keji.

CADANGAN
6.1 Pemantapan Akhlak dalam keimanan

Perbincangan yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik, menurut Muhammad


Al-Ghazali (2002) dalam kitab Akhlak Seorang Muslim menyatakan bahawa,
kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku
akhlaknya. Ini kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia,
sedang iman yang lemah mewujudkan akhlak yang hina dan buruk perilaku
yang merugikan diri sendiri dan orang lain.
Maka, pemantapan akhlak seseorang individu haruslah kukuh agar dapat
membersihkan
jiwa dan memelihara kehidupannya melalui akhlak yang mulia dan terpuji.
6.2Akhlak sebagai satu pendekatan pendidikan dalam menegakkan syiar Islam

15

Saranan penyelidik kepada golongan yang berpendidikan supaya menjadikan


akhlak sebagai syiar Islam yang merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Sungguhpun begitu, akhlak sebagai wadah kepada pemangkin Ummah pada
generasi akan datang untuk menegakkan syiar Islam. Penyelidik-penyelidik
didedahkan pendekatan pendidikan yang seharusnya bersifat teori dan
praktikal.
Menurut al-Ghazali menyatakan bahawa peringkat kanak-kanak diibaratkan
seperti kain putih yang perlu dicorakkan peribadi dan akhlaknya dengan sebaik
mungkin. Maka, pada peringkat inilah yang boleh membentuk akhlak sebagai
salah satu pendekatan dalam menegakkan syiar Islam.
6.3 Mendisiplinkan ilmu dengan akhlak yang mulia
Menurut penterjemah Yahya NurYadi (2007) dalam kitab Akhlak Terpuji Kunci ke
Syurga mengatakan akhlak adalah ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam
dan prinsip yang dapat membantu kita untuk mengetahui keutamaan segala
perkara agar dapat diikuti dan mengetahui keutamaan segala perkara agar
dapat diikuti dan mnegetahui keburukannya agar dapat dihindari.
Justeru itu, disiplin ilmu amat penting pada penyelidik-penyelidik untuk
mendapat
keredhaan Allah S.W.T dengan mencerminkan sesuatu akhlak yang mulia.
6.4
Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak

16

Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi


seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan
sempurna iman seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya
dengan melaksanakan segala perintah Allah yang berupa ibadah kerana
kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan
menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.
6.5
Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidikan Berkualiti
Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani
oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke
pusat pengajian tinggi bagi pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya
mempunyai keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan
pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan, sabar, lapang
dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.
7.0
RUMUSAN KAJIAN
Daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa
objektif kajian telah dapat dicapai iaitu dapat mendedahkan tentang ciri-ciri atau
contoh akhlak yang baik dan cara-cara membentuk akhlak yang mulia dan
terpuji kepada pembaca. Terdapat banyak cara untuk membentuk akhlak yang
mulia yang telah diperolehi daripada resensi perpustakaan sebagaimana yang
telah diterangkan di atas.
8.0
PENUTUP

17

Kertas kerja ini telah membincangkan akhlak Islam mengajar manusia untuk
melahirkan keharmonian dan kesejahteraan hidup sesuai dengan maksud Islam
itu sendiri yang bererti selamat, sejahtera, aman dan damai. Akhlak yang baik
menjamin kesantunan peribadi dan jemaah yang lain.
Jelaslah bahawa, sesuatu amalan yang ada nilai yang tinggi menjamin
keselamatan dan keamanan serta kebahagiaan hidup manusia di dunia dan
akhirat. Amalan yang terpancar daripada keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya
terangkum dalam istilah ibadah berpandukan nilai-nilai akhlak yang mulia.
Malah, kelebihan berakhlak dengan akhlak mulia dapat meningkatkan kualiti
amal ibadah dan mendapatkan keampunan Allah S. W.T serta mendapat rahmat
dan cahaya daripada Allah S.W.T.
Selain itu, perumpamaan yang dijelaskan dalam al-Quran dan hadith
menunjukkan betapa pentingnya akhlak yang baik dan terpuji itu untuk
memastikan lahirnya kehidupan yang aman dan bahagia. Secara
keseluruhannya, penyelidik berharap kertas kerja ini dapat memberi manfaat
kepada pembaca sebagai panduan dan sebagai sumber rujukan untuk kajian
yang akan datang.
http://www.scribd.com/doc/33305225/konsep-akhlak-menurut-perspektif-Islam

KEKUATAN AKIDAH TERAS AKHLAK MAHMUDAH


(Teks syarahan untuk Hari Pendidikan Islam Negeri Sabah- tolong member)

Bermula dari zaman Nabi Adam a.s, manusia sudah ditakdirkan untuk menjalani
peringkat hidup duniawi di atas muka bumi ini. Sedari detik itu sehingga kini,
manusia terus menjalani hidup dengan pelbagai cara dan peristiwa yang
membentuk sejarah dan tamadun manusia. Sifat dan keperibadian manusia
penuh pertentangan dan beraneka ragam. Manusia bukan makhluk sosial
semata-mata malah bukan jua diciptakan untuk mementingkan diri sendiri
semata-mata. Bertitik-tolak daripada inilah, maka amat perlu untuk menentukan
dasar yang sempurna untuk memimpin, membentuk dan memperbaiki budi
pekerti dan akhlak manusia. Adakah dasar itu ialah undang-undang, falsafah
dan ideologi moral yang dicipta oleh manusia atau dasar itu ialah agama wahyu
iaitu Islam yang bersandarkan akidah yang teguh dan mantap? Yang manakah
benar-benar merupakan teras dan tunjang dalam pembentukan akhlak yang
sempurna?

Dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Orang-orang mukmin


yang lebih sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. (Hadith
riwayat al-Tarmidhi) dapat kita lihat saling kaitan yang erat antara iman dan
akhlak. Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa orang yang mempunyai
kesempurnaan akidah dan iman ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Rasulullah sendiri mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi sehingga
mampu menjadi contoh tauladan dan qudwah hasanah kepada seluruh umat
manusia. Malah baginda diutuskan bukan sahaja untuk menyeru manusia ke
arah mengesakan Allah tetapi jua untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Sabda baginda: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia. (Riwayat Bukhari, Hakim dan Baihaqi)

Akidah berasal daripada perkataan bahasa Arab a-qa-da yang bermaksud


ikatan. Dari segi istilah, akidah bermaksud keyakinan dan kepercayaan kepada
Allah dan rasul-Nya. Ia merupakan kepercayaan yang teguh dan mantap, tiada
syak dan keraguan padanya. Kepercayaan dan keyakinan ini haruslah
dizahirkan melalui amal perbuatan.
Manakala akhlak adalah kata jamak, berasal daripada perkataan Arab khulq
yang memberi makna sifat dan perbuatan seseorang insan. Imam al-Ghazali
dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mendefinisikan akhlak sebagai suatu keadaan
jiwa yang matang, daripadanya menghasilkan tindakan-tindakan yang spontan
dan tidak memerlukan kepada renungan dan pemikiran yang mendalam. Melalui
definisi ini, menurut al-Ghazali, terdapat dua aspek yang perlu dipertimbangkan
apabila membicarakan tentang akhlak. Aspek pertama ialah jiwa atau nafs, dan
aspek kedua ialah tindakan-tindakan luaran.

Bagaimana kekuatan akidah Islamiyyah ini boleh menjadi teras dan tunjang
kepada akhlak mahmudah?

(1) Pertama, dengan kekuatan akidah, manusia mengetahui hala tuju, tujuan
dan tugasnya di atas muka bumi ini. Allah telah menciptakan seluruh alam ini
dan Dia tidak menciptakannya tanpa sebab dan tujuan. Begitu juga manusia
yang diciptakan oleh Allah untuk menggalas dua tugas utama iaitu sebagai
hamba-Nya dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini. Firman Allah: Tidaklah aku
ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku. Allah berfirman
lagi: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,
sesungguhnya aku ingin menjadikan khalifah di atas muka bumi (al-Baqarah:30)

Bersandarkan kepada dua tugas utama ini, maka manusia dapat mengetahui
tugas dan tanggungjawabnya dengan jelas di atas muka bumi ini. Sebagai
hamba Allah, kita sebagai manusia haruslah melaksanakan segala perintah
Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ini mencakupi semua aspek
termasuk akhlak. Allah telah menciptakan manusia atas tujuan dan sebab
tertentu, maka Dia tidak akan meninggalkan manusia terkapai-kapai tanpa arah
dan pedoman. Oleh itu, Dia telah menyediakan hidayah dan petunjuk kepada
manusia termasuklah menyediakan suatu sistem moral dan akhlak yang dapat
dijadikan panduan oleh sekalian manusia. Manusia yang mempunyai asas dan
kekuatan akidah yang teguh, percaya kepada Allah dan pembalasan-Nya di
akhirat kelak pastinya akan mengikuti sistem moral dan akhlak yang telah
disediakan oleh penciptanya. Namun sebaliknya, manusia yang tiada kekuatan
akidah, tidak akan mengetahui tugas dan tanggungjawabnya sebagai hamba
dan khalifah Allah dengan jelas. Mereka hanya akan menurut hawa nafsu,
mencari hanya kesenangan di dunia dan hidup di atas muka bumi ini semata-
mata menurut bisikan hatinya.

Sebagai khalifah Allah, manusia ditugaskan untuk memakmurkan bumi. Segala


yang diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini adalah untuk keperluan dan
kesenangan manusia. Namun, sebagai khalifah-Nya, manusia tidaklah
sewenang-wenangnya boleh menggunakan hak keistimewaan ini tanpa
berpandukan kepada panduan dan pedoman yang telah ditetapkan oleh Allah.
Manusia yang mempunyai asas kekuatan akidah yang teguh, akan sentiasa
mengingati bahawa setiap amal perbuatannya akan dihitung oleh Allah. Dia
akan sentiasa menjaga baik hubungannya dengan Allah, hubungannya sesama
manusia dan hubungannya dengan makhluk Allah yang lain. Menjaga baik
hubungan-hubungan ini termasuklah berakhlak dengan akhlak mahmudah
sesama insan, contohnya tolong-menolang, bertolak ansur dan saling
menasihati.

(2) Kekuatan akidah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan


akhlak mahmudah. Seperti yang dinyatakan, terdapat dua aspek yang perlu
dipertimbangkan apabila membicarakan tentang akhlak. Aspek pertama ialah
jiwa atau nafs, dan aspek kedua ialah tindakan-tindakan luaran.

Ibn Miskawayh, al-Tusi dan al-Ghazali meyakini bahawa terdapat hubung kait
yang amat rapat di antara keadaan jiwa dan tindakan luaran atau perbuatan.
Sekiranya keadaan jiwa itu tidak tenang, berserabut dan sakit, ia akan
menghasilkan tindakan luaran yang janggal dan tidak bermoral. Sebaliknya jika
jiwa seseorang itu tenang dan sihat, ia akan menghasilkan tindakan luaran yang
sihat dan bermoral. Oleh itu jiwalah yang perlu dididik dengan sebaik-baiknya
untuk mencapai hasil akhlak yang terpuji. Jadi, bagaimanakah jiwa ini perlu
dididik?

Didikan jiwa ini tentunya didikan akidah Islamiyyah yang dibawa oleh para rasul
yang menjadi teras kepada akhlak mahmudah. Akidah yang teguh berperanan
untuk menyucikan hati dan jiwa. Dengan kekuatan tawhid dan akidah, manusia
akan merasa persamaan antara sesama manusia di hadapan Tuhan. Maka
tidak akan timbul perasaan egoistik, riak dan tirani kerana semua manusia
percaya bahawa kekuasaan mutlak hanyalah milik Allah semata-mata. Tanpa
perasaan egois dan individualistik ini, akan lahir masyarakat yang berakhlak
mulia dan bersatu padu serta hidup dalam keadaan damai dan harmoni.

(3)Orang beriman mengetahui sifat-sifat kesempurnaan Tuhan. Oleh itu dia


akan berusaha bersungguh-sungguh menurut kekuatannya sebagai seorang
manusia supaya dapat meneladani sifat-sifat ketuhanan itu. Allah itu Maha
Mengetahui dan Bijaksana, lalu dia berusaha pula supaya mempunyai ilmu dan
kebijaksanaan menurut kadar kekuatannya sebagai manusia. Allah itu Maha
Pengampun dan Penyayang, lalu dia berusaha supaya mempunyai sifat santun
dan penyayang. Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah, lalu dia berusaha
mencukupkan segala keperluan dan suka berkorban dengan apa yang ada
padanya. Begitulah jua dengan sifat-sifat Allah yang dapat diketahui dalam al-
Quran dan Hadith. Maka diusahakannya supaya dirinya disinari dengan sifat-
sifat ketuhanan itu. Dengan demikina, dia dapat mendekatkan dirinya dengan
Tuhan dan hidup dalam amal soleh yang diredhai Tuhan. Ini dapat dilihat
melalui firman Allah dalam surah al-Hijr:29. Manusia itu telah ditiupkan oleh
Allah ruh-Nya ke dalam jasad manusia. Maka orang yang beriman dan
mempunyai kekuatan akidah akan menyakini bahawa dalam dirinya terdapat
sifat-sifat kesempurnaan yang baik yang mampu ditonjolkan melalui akhlak
mahmudah.

(4)Orang beriman yang mempunyai akidah yang mantap akan sentiasa


mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah S.A.W. Firman Allah: Sesungguhnya
Rasulullah itu menjadi contoh teladan yang baik bagi kamu. (al-Ahzab:21)

Peribadi Rasulullah merupakan contoh teladan kepada sekalian umat manusia.


Ini kerana sebagai nabi dan utusan Tuhan, baginda merupakan orang yang
paling mengetahui tentang agama yang dibawanya iaitu Islam dan bagindalah
yang paling sempurna dalam mengamalkan ajaran Islam. Maka sebagai umat
baginda yang kasih kepadanya, seharusnya kita mencontohi peribadi dan
akhlak yang dimiliki baginda. Selain itu, sebagai seorang muslim, selain kita
harus taat kepada Allah, kita juga harus patuh dan mengikut jejak langkah orang
yang menjadi utusan-Nya iaitu nabi Muhammad S.A.W. Kemulian dan keluhuran
akhlak baginda tidak sahaja diakui oleh manusia sehingga baginda mendapat
julukan al-Amin, tetapi Allah yang mengutusnya sendiri juga mengakui hal ini.
Firman Allah: Sesungguhnya engkau (hai Muhammad) memiliki budi pekerti
yang luhur. (Al-Qalam:4)

Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan ketinggian budi pekerti dan


akhlak Rasulullah. Baginda tidak pernah menyusahkan ahli keluarganya dalam
soal makan dan minum atau dalam soal-soal yang lain. Pada waktu lapar,
baginda hanya bertanya: Adakah makanan pada kamu? Kalau ada, baginda
akan makan, dan apabila tiada baginda diam.

Tentu sahaja orang beriman yang mempunyai kemantapan akidah akan cuba
sedaya upaya untuk mencontohi akhlak mahmudah dan peribadi mulia
Rasulullah ini untuk membuktikan kecintaan mereka kepada baginda.

(5)Kekuatan akidah dapat membataskan manusia daripada melakukan


perbuatan yang dilarang Islam. Selain itu akidah yang mantap dapat
mengelakkan diri manusia daripada mengikut hawa nafsu yang terus-terusan
mengajak mereka berakhlak dengan akhlak mazmumah. Mereka yang
mempunyai asas kekuatan akidah yang teguh akan sentiasa merasa dan
menyakini bahawa Allah mengawasi gerak-geri mereka dan Dia tahu apa sahaja
yang mereka lakukan sama ada secara terang-terangan ataupun di tempat yang
tersembunyi daripada pandangan orang lain. Al-Maududi dalam bukunya
Pandangan Akhlak Islam mengatakan bahawa teras kepada sistem moral Islam
ialah Tawhid iaitu percaya kepada keesaan Allah. Apabila teras dan dasar
akidah ini kukuh, ia sekaligus menjadikan manusia untuk lebih menghayati
prinsip akhlak Islam yang dapat menjadi pedoman dan panduan hidup mereka
di atas muka bumi ini. Sebaliknya, mereka yang tidak mempunyai asas akidah
yang teguh akan terumbang-ambing kerana kehilangan arah dan panduan serta
hanya menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan. Inilah yang terjadi kepada para
remaja yang hanyut dan terbuai dengan kehidupan dan keseronokan duniawi
sehingga mereka alpa dan lalai bahawa kehidupan di dunia ia hanyalah
sementara cuma.

(6) Dengan kekuatan akidah yang utuh, sistem moral atau ideologi luaran
ciptaan manusia yang dikatakan mampu menjadi kayu ukur dan penentu
kepada batas-batas moral dan akhlak seseorang individu atau sesebuah
masyarakat secara automatisnya tertolak. Ini termasuklah falsafah post-
modernism (pasca moden) yang mempunyai bermacam-macam trend seperti
aliran de constructionism dalam agama Kristian, Structuralism, Relativism dan
lain-lain lagi. Falsafah ini adalah kemuncak daripada proses sekularisasi yang
wujud dalam agama Kristian. Kemuncak daripada proses sekularisme ini ialah
apabila seorang ahli falsafah German, Fredrick Nietzsche (m.1900)
mengisytiharkan tuhan telah mati (God is dead) lantas meruntuhkan (de
construct) nilai-nilai yang diasaskan oleh agama. Sebaliknya akal semata-mata
dan sains yang membentuk era modenisme mampu menangani masalah-
masalah manusia sejagat (termasuk masalah-masalah moral) bukan lagi wahyu
dan agama.

Walaupun Nietzsche bukanlah pengasas aliran de construction namun beliau


merupakan titik-tolak bermulanya penolakan total terhadap peranan wahyu dan
agama dalam kehidupan manusia. Dalam salah satu definisi post-modernism
yang diberikan oleh tokoh-tokohnya ialah “incredulity towards meta-narrative”
atau kesangsian terhadap agama (meta-narrative) menjelaskan lagi tentang
penolakan total terhadap peranan agama dan wahyu. Lantas menolak setiap
nilai-nilai agama yang ada di dunia ini dan membenarkan apa sahaja nilai sama
ada baik atau buruk termasuk kesyaitanan untuk diamalkan oleh manusia. Hal
ini dilaungkan oleh tokoh-tokoh seperti Jacques Derrida, Jean-François Lyotard
Lyotard, Habermas, Foucault dan lain-lain lagi.

Namun, manusia yang mempunyai keyakinan akidah yang utuh, tidak akan
sesekali terpengaruh dengan slogan anti-agama dan anti-wahyu yang
dilaungkan oleh ideologi moden hari ini. Penolakan total terhadap agama dan
wahyu akan menciptakan suatu dunia yang huru hara dan masyarakat yang
hidup tanpa landasan undang-undng dan batasan. Berapa banyak ideologi dan
falsafah moral yang telah dicipta oleh manusia telah dipinda-pinda dari masa ke
masa mengikut citarasa, keadaan dan kehendak mereka. Tiada suatu sistem
moral ciptaan manusia yang universal dan menepati kehendak dan kehidupan
setiap individu. Ini kerana manusia menciptakan sesuatu berdasarkan tingkat
akal mereka yang terbatas dan lebih malang lagi kebanyakannya pula
menciptakan sesuatu menurut hawa nafsu dan kemahuan mereka demi
kesenangan sendiri dan agenda tertentu. Namun sebaliknya sistem moral dan
akhlak yang telah diciptakan oleh Tuhan yang menciptakan manusia adalah
lengkap dan universal. Tuhan tidak akan meninggalkan manusia yang
diciptanya terkapai-kapai tanpa pedoman dan arah tujuan. Maka sudah tentu
Dia akan menyediakan suatu sistem moral dan akhlak yang menepati fitrah
manusia itu sendiri.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kekuatan akidah merupakan teras


akhlak mahmudah. Akhlak yang mulia merupakan jati diri kepada Islam. Ia
merupakan roh yang mengalir dan boleh ditemui di segenap sudut pengajaran
agama yang telah disempurnakan citra dan pembinaannya oleh Rasulullah
S.A.W. Dalam konteks negara kita yang sedang berjuang untuk lahir sebagai
sebuah negara maju bersandarkan modal insan yang cemerlang, kita perlu
mengorak langkah sedaya upaya untuk kembali menghayati dengan setepatnya
tradisi dan pengajaran agama dari segenap sudut terutama tunjang agama iaitu
akidah. Adalah suatu yang cukup malang bagi kita, umat Islam, sekalipun kita
menganuti agama yang jelas ditunjangi oleh nilai-nilai akhlak yang mulia, namun
sebhagian besar daripada kita sedang terperangkap dalam kemelut keruntuhan
akhlak. Ini suatu kegagalan yang menyedihkan seperti yang diungkap oleh al-
Maududi, sebahagian besar umat Islam masa kini memilih untuk berjalan dalam
kegelapan, walaupun mereka sebenarnya memiliki cahaya yang terang
benderang yang tersedia dalam agama mereka.
http://ghafirah-idris.blogspot.com/2008/02/kekuatan-akidah-teras-akhlak-
mahmudah.html

KEPENTINGAN AKHLAK
Akhlak adalah salah satu cabang yang penting dalam Islam.Para rasul yang
diutuskan di atas muka bumi ini membawa dua tugas penting iaitu menyuruh
manusia menyembah Allah yang Esa dan memimpin manusia ke arah akhlak
yang mulia.Rasulullah SAW pernah bersabda dengan
maksudnya"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia."Begitu juga di dalam buku Mengapa saya menganut Islam,karangan
Fathi Yakan menjelaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia dunia
dan akhirat serta hubungan di antara akhlak dan akidah dan hubungan di antara
akhlak dan ibadah.

Hubungan akhlak dan akidah.

Rasulullah SAW telah bersabda "‫" اكمل المؤمنين ايمانا احسنهم خلقا‬yang bermaksud "Iman
orang mukmin yang paling sempurna ialah orang yang mempunyai akhlak yang
paling baik di antara mereka."Begitu juga Nabi pernah ditanya tentang 'Apakah
itu kecelakaan',maka nabi menjawab kecelakaan itu ialah ‫ سوء الخلق‬iaitu akhlak
yang buruk.Justeru itu,iman yang baik dan sempurna akan terpancar melalui
akhlak yang baik dan hebat.Adalah tidak benar kalau ada yang mengatakan
"Yang penting dalam hati,luaran tak penting"Ini adalah kefahaman yang
salah.Sebab itu kita lihat ramai dikalangan orang Islam hari ni tak tutup
aurat,kalau tutup pun macam tak tutup je,tak sembahyang,terkinja-kinja sana
sini,fitnah sana bohong sini,hasad dengki,main judi,zina macam binatang kaki
empat,ayam pun tak rembat anak sendiri dan macam-macam lagi le yang kalau
ditulis kat sini tentang akhlak buruk orang Islam hari ni takkan habis.

Itulah sebabnya,kita kena kuatkan dan kukuhkan aqidah.Bagi kefahaman yang


jitu kepada anak-anak kita di sekolah dan universiti.Jangan setakat taklid saja
tapi tak faham pun kenapa mereka mesti sembah Allah yang Esa.Jumhur ulama'
dah sepakat bahawa tidak dibenarkan bertaklid dalam perkara aqidah.Saya
rasa pemimpin kita tak serius tentang keruntuhan akhlak dan aqidah yang
berlaku hari ni.Mereka ni sibuk cerita pasal politik tak habis-habis,cerita pasal
lompat sana sini,cerita pasal derhaka pada manusia tapi derhaka pada Allah
buat tak tau je. Pada hakikatnya masalah yang membelenggu umat Islam kat
Malaysia ni masih tak pernah selesai.
http://yusmialfaruqi.blogspot.com/2009/02/kepentingan-akhlak.html

AKHLAK 1 - KEPENTINGAN ILMU AKHLAK DAN


PERKEMBANGANNYA
Kepentingan Ilmu Akhlak
Tidak diragui lagi bahawa ilmu akhlak merupakan salah satu daripada ilmu-ilmu
asas yang perlu diketahui dan diamalkan yang mempunyai kepentingan yang
sangat besar. Ini kerana olmu akhlak Islam merupakan `Produk` yang terhasil
daripada aqidah yang benar pada diri seseorang muslim. Bahkan ianya
merupakan faktor-faktor yang dapat menghubungkan antara insan dengan
penciptanya yang maha agung, yang mana Dia {Allah s.w.t} merupakan maksud
terakhir daripada kehidupan ini. Begitu juga Syariat Islam yang agung juga,
yang mana ianya terdiri daripada pelbagai sistem kehidupan yang sempurna
sama ada dari aspek peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan selain
daripadanya, tidak akan sempurna kecuali setelah melalui `Tharikah Akhlakiah`
yang benar yang merupakan dasar yang membangunkan syariat itu sendiri.

Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w.w sendiri telah menggambarkan kepada kita
bahawa tujuan akhir daripada risalah dakwah yang dibawa oleh baginda {begitu
juga para imam Ahlul Bayt a.s} akan terpusat pada `Makarimul Akhlak`
{kemuliaan-kemuliaan akhlak}, sebagaimana sabda baginda s.a.w.w

"Hanyasanya aku diutus adalah untuk menyempurnakan kemuliaan-kemuliaan


akhlak"

Begitu juga jika ada hal yang lebih agung daripada akhlak pasti Allah s.w.t akan
memuji makhluk pilihan yang terbaik Muhammad s.a.w.w dengan hal tersebut,
sebagaimana firman Allah s.w.t

"Dan sesungguhnya kamu {wahai Muhammad} berada diatas khuluk {perilaku}


yang sangat agung"

Surah Al- Kalam Ayat 4

Ilmu akhlak juga merupakan di antara ilmu-ilmu yang sangat menitik beratkan
kajian tentang menusia itu sendiri, samada ianya membahaskan tentang
perihal-perihal insan yang berbeza-beza, ia juga membahaskan mengenai
fadhail {kemuliaan} yang harus dijinakkan oleh setiap insan dan sebaliknya
Raza`il {keburukan} yang harus disingkirkan dari dalam diri insan itu sendiri. Ia
juga menerangkan mengenai hubungan ilmu akhlak itu sendiri dengan ilmu-ilmu
dan makrifah yang lain. Kesemua daripada kandungan ilmu akhlak ini sangat
memberi kesan yang besar di dalam mempraktikkan syariat agama dan
merupakan satu-satunya alternatif bagi menyembuhkan `penyakit` di dalam
masyarakat sama ada dari aspek ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan.
Maka dalam hal ini Rasulullah s.a.w.w merupakan `Doktor` yang pertama di
dalam memeinkan peranan sebagai penyembuh kepada `penyakit` masyarakat,
sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam mensifati baginda s.a.w.w sebagai
`simbol ikatan' di dalam akhlak bagi menuju Allah s.w.t.

"Sesungguhnya bagi kalian pada diri Rasullah s.a.w.w satu contoh yang baik
bagi orang-orang yang berharap untuk bertemu dengan tuhannya dan
mengingati Allah dengan banyak"

Begitu juga Ahlul Bayt a.s memainkan peranan yang sama seperti apa yang
dilakukan oleh Rasullah s.a.w.w. Ini terbukti di dalam firman Allah s.w.t di
ddalam ayat tathhir.

“Hanyasannya yang diinginkan oleh Allah adalah untuk menghindarkan segala


noda dari kalian Ahlul Bayt a.s dan mensucikan kalian dengan sesuci-sucinya”

yang menggambarkan keagungan peribadi Ahlul Bayt a.s. tanpa sebarang cacat
cela dalam kehidupan mereka yang mencerminkan ‘Ketinggian Akhlak Ilahi”.

Jika kita lihat dari aspek sejarah dunia juga, kita akan dapati satu contoh yang
jelas sebagaimana yang telah ditunjukkan kejayaan kebangkitan revolusi Islam
Iran yang dipimpin oleh seorang pemimpin agung Islam iaitu al-marhum Imam
Khomeini q.s yang telah Berjaya merealisasikan ‘ Makarimul Akhlak’ yang
menjadi asas perjuangan beliau.

Sebagaimana firman Allah s.w.t

“Hanyasanya yang takutkan Allah adalah daripada hamba-hambanya yang


ulama”.

Dalam hal ini juga al-marhum q.s pernah menegaskan bahawa asas kepada
‘izzah’ (keagungan) seseorang muslim dan pemerintahan Islam terletak pada
ilmu-ilmu kerohanian maknawi (akhlak). Sebagaimana al-marhum imam q.s
sering menekankan peri pentingnya ilmu akhlak bahkan mewasiatkannya dalam
ucapan beliau q.s :

“Sesungguhnya mengambil berat mengenai ilmu-ilmu kerohanian maknawi


yang diungkapkan dengan istilah ilmu akhlak dan ilmu suluk (menuju) Allah s.w.t
merupakan di antara Jihad Akbar dan merupakan di antara tuntutan-tuntutan
Islam. Maka menjadi kewajipan adalah menggariskan satu system ilmu akhlak
yang sewajarnya bagi merealisasikan tujuan agung Islam, serta mempersiapkan
tenaga pengajar yang berkemampuan dari kalangan pelajar-pelajar Hauzah
Ilmiah bagi mengajarkan ilmu ini dan menekankannya”

Di sini jelaskan bahawa membicarakan mengenai akhlak adalah satu tuntutan


asas Islam dan pemerintahan Islam yang sangat penting. Begitu juga menyeru
dan mewujudkan ‘Budaya Akhlak Islami’ dalam kehidupan seharian adalah
sangat penting khususnya di zaman ini.

Perkembangan Penulisan Ilmu Akhlak Dalam Kebudayaan Islam.

Jika kita melihat di dalam dunia Islam khasnya, kita akan dapati bertapa banyak
karangan-karangan dan kumpulan-kumpulan kitab yang penting di dalam ilmu
akhlak. Untuk menghitung penulisan-penulisan tersebut adalah terlalu banyak,
hanya di dini beberapa buah penulisan yang menjadi kitab induk di dalam ilmu
akhlak yang akan dibahaskan, antaranya ialah ;-

√ Rasail Ikhwan Safa wa Khallan al-Wafa’ :

Pada kurun ke 4 hijrah terdapat sekelompok yang kurang jelas latar belakang
mereka yang digelar ‘Ikhwan Safa’ telah mengarang beberapa buah risalah
yang membahaskan ilmu-ilmu di zaman tersebut dan membahaskan juga
kebatilan-kebatilan di dalam hukum. Kelompok ini mempelajari dan berpegang
kepada aliran pemikiran “Akliah Falsafiah”. Oleh sebab itu di dalam kitab ini
ianya lebih membahaskan ilmu akhlak secara meyeluruh dalam bentuk teori
akal dan deria-deria irfani.

√ As-Sa’adah Wal Is’as fi Sirah Insaniah :

Pengarangnya ialah Syeikh Abul Hasan al-Amiri an-Naisyaburi (wafat tahun 381
H). Beliau merupakan salah seorang muhakkik yang mengarang kitab akhlak
secara berasingan. Di dalam kitab-kitab akhlaknya ini, beliau membahaskan
kefahaman-kefahaman akhlak dari kitab-kitab Plato, Aristotle serta memasukkan
jjuga teori akal.

√ Tahzibul Akhlak Wa Tathhirul A’rak :

Pengarangnya ialah Syeikh Abu Ali Miskawaih (325-421 H) yang mana beliau ini
merupakan di antara ahli hikmah Islam. Beliau merupakan orang yang pertama
yang membahaskan ilmu akhlak melalui teori akal sahaja. Kandungan kitab ini
terbahagi kepada 7 bab yang merangkumi pandangan-pandangan akhlak Plato,
Aristotle, Jalinus serta hokum syariat Islam. Menurut beliau akhlak itu lahir
daripada dalam diri sendiri, sebab itu beliau ada membahaskan mengenai diri
dan kekuatan-kekuatan diri. Beliau juga mempunyai karangan akhlak yang lain
seperti ‘al-Fauzul Akbar’ dan ‘Hikmah Khalidah’.

√ Ihya’ Ulumuddin :
Pengarangnya ialah Syeikh Abu Muhammad Bin Muhammad al-Ghazali at-
Thusi (450 – 505 H). Kitab beliau ini dibahagikan kepada 4 bab iaitu 1/4
perbahasan Ibadat, 1/4 perbahasan Adat, 1/4 perbahasan Muhlikat{hal-hal yang
merosakkan diri},dan 1/4 perbahasan munjiyat (hal-hal yang menguntungkan
diri).Muqaddimah kitab ini membahaskan mengenai ilmu.kitab ini juga telah
diringkaskan dalam sebuah kitab yang bertajuk ‘Kimiyai Sa’adat’

al-Muhjatul Baidha”Fi Tahzibil Ihya’:


Pengarangnya ialah seorang ahli hikmah ilahiah ahli hadis Muhammad bin
Murtadha q.s yang digelar dengan nama Maula Muhsin Faidhul Kashani (1006-
1091 H),dan yang menariknya beliau merupakan salah seorang murid langsung
sadra Mut”allihah Islam,tokoh hikmah ilahiah dan failosof agong Maula
Sadruddin as-Syirazi (Maula Sadra)q.s. Kitab beliau secara keseluruhan
merupakan kritikan dan pembetulan kepada kitab Ihya’Ulumuddin oleh al-
Ghazzali.Ini kerana menurut faidhul Kashani al-Ghazzali banyak menggunakan
riwayat-riwayat dari perawi yang terkenal dengan pembohongan dan mereka-
reka atas nama Allah s.w.t dan bertentangan sekali dengan riwayat-riwayat Ahlul
Bayt a.s (masdarul ilmi).begitu juga menurut beliau al-Ghazzali banyak
membawa kisah-kisah dan riwayat-riwayat yang pelik daripada golongan
sufiah..
Bersambung…
http://islamkreatif-pengajian.blogspot.com/2009/01/akhlak-1-kepentingan-ilmu-
akhlak-dan.html

Konsep Akhlak Mulia
November 29, 2009 mohamadazranfaris Tinggalkan komen Go to comments
1. Secara  takrifan bahasa Arab, akhlak membawa maksud tabiat dan
pembawaan. Akhlak juga boleh difahami sebagai himpunan konsep dan
sifat yang mantap dalam jiwa. Menerusi penilaian dan neracanya, sesuatu
perbuatan dikira baik atau buruk pada pandangan manusia. Seterusnya
dia akan melakukan perbutan tersebut atau menghindarinya.
2. Akhlak menurut Istilah Islam:
 Merupakan himpunan prinsip dan nilai yang mengatur perlakuan manusia
yang digariskan oleh wahyu dan diletakkan disiplin-disiplin demi
menjayakan matlamat kewujudan manusia di atas muka bumi.
 Imam al-Ghazali : Situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan
dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan
merenung
 Akhlak mulia bukanlah sekadar pengetahuan terhadap perbuatan-
perbuatan yang manis
 Akhlak mulia bukanlah sekadar kemampuan untuk melakukan perbuatan
yang manis
 Akhlak mulia bukanlah sekadar perlakuan baik boleh jadi akhlak
seseorang itu pemurah namun tidak mampu bersedekah lantaran tidak
berharta.
3.Rukun-rukun akhlak mulia merangkumi :
(a) Kemantapan ilmu
 Dapat mengetahui perkara yang baik dan buruk
 Melampau dalam penggunaan ilmu untuk perkara yang keji adalah
melampau
 Dangkal dalam ilmu adalah dungu
 Pertengahan antara melampau dan dangkal adalah hikmah
(b) Keberanian
 Bermaksud kekuatan dalam menahan marah yang mana mampu
mengendalikan akal ketika berlakunya pertelingkahan dan sebagainya
yang berkaitan
 Kekuatan marah yang melampau batas serta berlebihan adalah membuta
tuli
 Kekuatan marah yang menjangkau kepada kelemahan dan kekurangan
adalah dinamakan pengejut dan bacul
 Menjadikan seseorang bermaruah, memetingkan nilai-nilai akhlak, mampu
menahan kemarahan dan berlemah lembut
(c) Kesucian
 Bermaksud kemampuan mendidik kekuatan nafsu melalui kekuatan
didikan logik dan syarak
 Nafsu yang berlebihan adalah buruk
 Nafsu yang cenderung kepada kekurangan adalah jumud dan lemah
 Menjauhkan seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan buruk
sama ada pada perkataan ataupun tindakan
 Melahirkan sifat malu yang merupakan punca semua kebaikan
(d) Adil
 Bermaksud kekuatan jiwa yang mampu menguasai diri ketika marah dan
bernafsu dan membawa kedua-duanya kepada tuntutan hikmah
(kebijaksanaan)
 Membawa seseorang berakhlak tenang dan sederhana
Ruj
http://mohamadazranfaris.wordpress.com/2009/11/29/konsep-akhlak-mulia/