Anda di halaman 1dari 2

Kisah 3 Lelaki Terperangkap Di Dalam Gua

DARIPADA Abdullah Bin Umar r.a telah berkata, bahawa aku telah mendengar Rasullulah s.a.w telah
bersabda: Dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama.
(Mereka berjalan sehingga waktu malam) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka pada
waktu itu satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutupi pintu gua itu. (Melihatnya mereka
telah berkata:) Kita hanya akan terselamat keluar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah taala
dengan perantaraan amal soleh masing-masing. (Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan
amalan soleh masing-masing).

Seorang telah berkata dalam doanya: Ya Allah Engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu
bapaku telah terlalu tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku
sebelum mereka. Pada suatu hari aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang maka ibu
dan ayah telah tidur. (Pun begitu) aku telah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya
dalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih
lagi tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu itu
kepada ahli keluarga dan hambah-hamba ku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu
dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehingga lah pagi. Mereka pun
bangun (lalu aku telah memberi susu itu). Pada waktu itu, baru lah mereka minum susu untuk malam
itu. Ya Allah!, jika aku melakukan perkara ini, untuk keredhaanMu, maka selamatkan lah kami dari
musibah kerana batu ini. Kerana doa ini, batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak
memadai untuk mereka keluar.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Orang kedua telah berdoa; Aku mempunyai seorang saudara sepupu
perempuan yang sangat aku sayangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahwatku padanya.
Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu masa musim kemarau yang telah
mendesaknya datang (kepadaku). Aku telah memberinya 120 dinar dengan syarat dia datang kepadaku
berseorangan diri. Dia setuju sehinggalah aku berkuasa penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sahaja
aku melepaskan nafsu syahwatku) maka dia telah berkata aku rasa tidak halal bagi kamu untuk
memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarnya,) aku telah berhenti dari niat jahat ku itu dan akau telah
menjauhkan diriku darinya walaupun aku sanga-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan 120
dinar yang telahku beri kepadanya. Ya Allah jika aku mengerjakan ini untuk keredhaanMu maka
selamatkan lah kami daripada musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tetapi masih tidak
memungkinkan lagi untuk keluar.

Orang ketiga telah berdoa: Ya Allah! aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku
berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah
memperniagakan wang upahannya itu sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu
banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata: Wahai hamba
Allah! Berilah upah kepadaku. Aku telah berkata: Unta-unta, lembu-lembu, kambing-kambing dan
hamba-hamba yang kami nampak ini semuannya adalah upah kamu. Yakni wang upahanmu itu aku telah
niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata:, Wahai hamba Allah!, jangan lah bergurau. Aku berkata:
“Aku tidak bergurau, (“aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”). Maka (selepas penjelasanku
ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikitpun tidak ditinggalnya. Ya Allah! jika perkara ini aku
lakukan semata-mata untuk redhaMu maka jauhkan lah kami daripada musibah yang menimpa kami ini.
Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua telah terbuka) dan semuanya telah keluar. (-Hadith
riwayah Bukhari).

10 SEBAB DOA DITOLAK

Ibrahim bin Adham ditanya oleh seseorang : “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya
bahawa Dia akan memakbulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan
malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dimakbulkan?” . Beliau terdiam sejenak lalu
berkata, “Saudara sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh
Allah.

1. Kamu mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mau mengamalkan isinya.

3. Kamu mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat  nyata, namun dengan suka hati
kamu mengikuti jejak dan perintahnya.

4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu suka meninggalkan ajaran dan
sunnahnya.

5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli
syurga.

6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu dengan senangnya sibuk
dengan perbuatan ahli neraka.

7. Kamu mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan
bekal untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kamu sendiri.

9. Kamu setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.

10.Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyedari bahawa
kamu akan mengalami hal yang serupa.”

Anda mungkin juga menyukai