Anda di halaman 1dari 49

CONTOH-CONTOH CERPEN PENDEK

TAJUK :AD + IZ

Karya Dari Eury Athena

Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya.
Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya
semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah
kandungnya.

Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah
faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah
menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri,
barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman
persekolahan dahulu.

Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing


menyakiti hati masing-masing.

Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran


tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada
M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.

Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-
masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina,
pujaan hatinya selama ini.

Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz
sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak
tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang
berstatus jutawan.

Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua
akhirnya.

Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah
rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya
bakal terjawab di dalam AD+IZ.

BAB 1
AKU masih khusyuk di meja jahitku, langsung tak menghiraukan kereta yang lalu-
lalang di luar cermin kaca butik. Baju kurung yang sudah hampir sempurna
jahitannya, aku bawa dekat ke wajah.

"Adry!!!"

Suara Kak Timah meletup macam bom nuklear membuatkan jahitan tulang belut aku
nyaris-nyaris bertukar jadi tulang ikan jaws! Tersasar dari tempat yang sepatutnya.
Adoi! Haru betul la akak sorang ni. Kalau sehari tak menjerit tak sah. Dibuatnya
macam latihan vokal pulak.

"Kenapa, kak?" soalku perlahan.

Dah petang-petang ni, bateri badan aku dah low….Sempat aku mengerling jam di
dinding. Sepuluh minit lagi, masa kerjaku akan tamat. Katil di rumah sewa sudah
terbayang di layar mata. Keseronokan dapat meluruskan segala tulang-temulang di
atas katil sudah terasa-rasa.

"Puan Karen lupa bawak ni!"

Suara high pitch itu betul-betul mendarat di tepi telinga aku. Aku menggosok-gosok
cuping telinga. Pekak la aku, kak oi!

Bila melihat tangan Kak Timah yang penuh dengan baju-baju lip lap-lip lap glamor
tak ingat dunia dah tu, jantung kat dada aku rasa nak luruh. Mulut aku pun automatik
ternganga.
"Baju fashion show! Puan Karen lupa bawak," rungut Kak Timah sambil membelek
satu per satu pakaian yang elok berbungkus di dalam plastik.

Aku tepuk dahi. Biar betul? Ini sudah kira kes berat ni! Dari tak ada kerja, dah jadi
ada kerja! Masak, masak….

Aku panjangkan leher, memerhati segenap ruang kedai. Kosong. Cuma ada aku dan
Kak Timah sahaja di dalam butik ini. Aku mula rasa tak sedap hati. Hidung seakan
dapat menghidu bau tak sedap yang bakal dihadapkan kepadaku. Puas mulut
menghembus angin di kiri dan kanan, menolak bala beban kerja yang mungkin akan
dihumbankan ke pundakku.

Jangan la… aku baru berangan nak balik awal. Dah seminggu kerja sampai tengah
malam gara-gara nak siapkan baju-baju yang ditempah. Si Chot tu pulak sedap-
sedap aje pergi honeymoon kat KwaZulu yang aku sendiri pun tak tahu wujud ke
tidak tempat tu dalam peta dunia. Katanya seminggu, tapi ni dah masuk minggu
ketiga. Dah sesat tak tahu jalan balik agaknya. Tak pasal-pasal aku terpaksa cover
kerja-kerjanya yang tergendala.

Dan saat itulah aku teringat bahawasanya Suhaimi, budak despatch butik kami ambil
cuti sakit hari ini.

"Adry, tolong hantarkan ke airport, ya! Akak rasa sempat lagi ni!"

Permintaan Kak Timah terasa bagaikan batu besar yang dihempap di atas kepalaku.
Arahan tak bertulis Kak Timah merangkap orang yang diamanahkan oleh Puan
Karen untuk menjaga butik, aku rasakan seperti hukuman mandatori: gantung
sampai mati. Tak boleh tidak, mesti dipatuhi! Wajib!

Aku dah agak dah! Memang aku la yang kena pergi.

Budak-budak yang lain, Si Nini dan Sabariah, macam tau-tau aje ada ‘bala’ nak tiba,
terus volunteer pergi rumah Datuk Wasil selepas makan tengah hari tadi. Kononnya
nak tengok dan touch-up mana-mana patut sebelum majlis perkahwinan anak Datuk
Wasil berlangsung esok. Padahal, masa aku pergi semalam, semuanya dah siap.
Khemah dah tegak. Pelamin dah terhias cantik. Baju pengantin, bilik pengantin dan
yang lain-lain semuanya dah tersedia. Tinggal langsungkan majlis aje. Kaki auta
betul la budak-budak tu!

Dek kerana hormatkan Kak Timah selaku pekerja senior, aku sambut juga pakaian-
pakaian yang dihulurkan. Muka yang pahit-pahit payau terpaksa aku maniskan.
Punah-ranah harapanku nak balik awal hari ni!

Huh! Dari aku membebel, baik aku cepat-cepat hantar baju ni. Cepat hantar, cepat
aku dapat balik. Kenderaan penuh sesak di jalan raya. Maklumlah, office hour baru
sahaja tamat. Susah la nak dapat teksi macam ni, gerutu hatiku. Dah tiga kali tahan.
Ketiga-tiga teksi ada penumpang. Aku dah terasa macam orang-orang aje kat tepi
jalan ni. Terlambai-lambai dari tadi….

"Teksi!!!"

Dek kerana terlampau tension, aku menjerit sekuat hati.

Skreeet!!!

Ha, ambik kau! Tiga teksi berhenti mengejut kat depan aku. Cheh, rasa macam
Lindsay Lohan dalam filem Just My Luck la pulak.

"KLIA, please!"

Dan teksi merah kuning itu terus meluncur laju sebaik sahaja aku meloloskan diri ke
dalam perutnya.

LELAKI berusia hampir setengah abad itu masih tidak jemu-jemu memancing
perhatianku dari tempat pemandu. Kenderaan yang bertali arus di lebuh raya
langsung tak menghalangnya dari terus mencuri pandang wajahku. Tahulah aku ni
gadis cantik yang kelihatan ayu bertudung. Tapi tak payahnya terteleng-teleng
kepala tu!

"Apa nama cik adik ni? Tinggal kat mana? Boleh bagi nombor telefon kat abang?"

Abang? Yaiks!

Herot-berot mulut aku mendengar soalan pak cik teksi ni. Gatal tak kena tempat.
Rumah kata pergi, kubur kata mari. Dari tadi asyik menoleh ke belakang. Bukan nak
tengok kereta yang ada kat belakang, tapi nak tengok aku! Agaknya kalau boleh
tanggal biji mata tu, dah ditanggalkannya dan letak kat belakang kepala. Sekali
tersondol kereta kat depan, padan muka! Cepat la sampai… tak kuasa aku nak
layan kerenah pak cik bergigi jongang ni!

Jejak aje tayar teksi kat kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), terus hidup nyawa aku. Aku terus keluar dari teksi. Baju-baju yang sudah
dimasukkan oleh Kak Timah dalam beg aku angkut sekali.

Tengah aku tercangak-cangak mencari kelibat Puan Karen, mataku disajikan


dengan drama sebabak antara seorang perempuan dengan seorang mamat ni.
Pakwe dia kut. Yang perempuan tu punyalah cun, badan ala-ala model. Kalau orang
kelentong aku cakap dia Miss Universe pun, aku percaya. Tapi mamat tu pulak
chubby, misai dan jambang penuh kat muka. Itu tak cerita lagi bab baju yang dia
pakai. T-shirt warna putih tu yang dah lusuh dan penuh dengan minyak hitam,
berseluar jeans koyak sana-sini dan pakai selipar jepun aje. Pergh! Serabut betul
mamat ni! Tak padan langsung dengan awek dia. Ibarat langit dengan bumi!

Hah… tu dia! Dia dah buat adegan tarik tangan dan bagasi si awek tu pulak. Si awek
tu buat muka marah. Yang mamat tu pula buat muka bengang. Dua-dua bermuka
tegang. Best ni! Silap-silap ada adegan menangis dan sesi melutut merayu pulak
nanti. Ha ha ha… aku gelak dalam hati.

Suara lemak merdu announcer KLIA membuatkan aku menepuk dahi. Ya Allah!
Macam mana aku boleh lupa tujuan aku ke mari? Mataku kembali meliar mencari
susuk tubuh Puan Karen. Takkan dah masuk balai berlepas kut? Kalau ikut logiknya,
dah memang dia kena ada kat situ sekarang. Flight dia akan berlepas bila-bila masa
aje kalau ikutkan pengumuman tadi.

Tapi bila fikir-fikir balik, apa yang Puan Karen buat ni memang tak masuk akal
langsung. Puan Karen yang aku kenal sangat teliti dan cerewet orangnya. Kalau
boleh apa aje yang dia buat mesti kena perfect. Aku yang dah kerja hampir enam
bulan dengan dia memang dah sedia faham dengan perangai perfectionist Puan
Karen. High-expectation.

Tapi kali ni menimbulkan ‘misteri nusantara’ betul bila dia tak bawa baju-baju fashion
show dia ni ke Thailand. Bukankah dia ke sana sebab ada fashion show? Kalau dah
baju-bajunya takde, apa yang nak diperagakan oleh model-model dia tu? Takkan
nak tayang body aje kut?

Aku segera memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana Dia mempermudahkan
pencarianku. Nun di sana, aku ternampak Puan Karen tengah sibuk menilik sesuatu
di salah sebuah kedai di situ. Dan... eh, eh! Dia dah menonong ke pintu balai
berlepas la! No... no... no! Tunggu aku!

Tudung kepala aku perbetulkan. Ikatan tali kasut aku perkemaskan. Beg di tangan
aku pegang erat-erat. Persediaan untuk lari pecut. Satu, dua dan... lari!!! Aku terus
berlari. Garisan penamat aku adalah Puan Karen yang tengah tunggu turn untuk
diperiksa barang-barang yang dibawanya. Hu hu… sempat ke ni? Tawakal aje la!

Dalam semput-semput berlari, aku terperasan mamat serabut yang dok bergaduh
dengan awek dia tadi, turut sama dalam acara lari pecut kat lantai KLIA ni. Di
belakang mamat serabut tu pulak ada dua orang lelaki lengkap dengan pakaian
serba hitam. Siap cermin mata hitam lagi tengah mengejar dia. Dah macam gaya
ala-ala Men In Black (MIB) pun ada aku tengok. Kemudian aku lihat lelaki-lelaki MIB
tu pulak dikejar oleh lima orang anggota polis. Eh, siapa kejar siapa ni? Polis kejar
MIB, MIB kejar mamat serabut, mamat serabut kejar awek dia. Gitu?

Kami menuju ke arah yang sama. Yang tak masuk akalnya pasal lelaki tu, dia boleh
lari dan potong aku sedangkan akulah yang leading acara lari pecut ni tadi. Aku
mengibaratkan dia macam treler yang sarat dengan muatan dengan kelajuan
110km/j. Logik ke? Memang tak boleh diterima akal langsung!

Dan entah macam mana, badan dia yang bersaiz XXL tu boleh melanggar aku
semasa dia nak over take aku. Larianku tersasar ke deretan candies yang
dipamerkan di luar deretan kedai. Dan…

"Aaahhh!!!" jeritku dengan mata tertutup. Tak berani nak menjangka apa akan
terjadi.

Gedebuk!

Aku landing kat atas permukaan yang tak rata. Eh, bukan lantai sepatutnya rata ke?

"Cik, cik okey tak ni?"

Satu suara lelaki menyapa betul-betul kat sebelah telingaku. Aku buka mata. Terasa
semua darah merah naik ke muka. "Hei! Apa awak buat ni? Gatal!"
Melengking suaraku ketika itu.

Lelaki itu terkejut mendengar nada suaraku yang tinggi. Anak matanya dibesarkan.
"Awak jangan nak sesuka hati melabel saya, ye! Saya atau awak yang gatal? Awak
sedar tak yang awak tarik saya sampai saya terjatuh!"

"Apa pulak saya?" bidasku.

"Cuba tengok kedudukan kita sekarang ni! Awak yang tarik saya sampai saya jatuh
tergolek. Even your legs are on top of me now! Lepas tu awak boleh label saya gatal
pulak? Are you nuts?"

Aku mengenal pasti kedudukan kami. Alamak! Rasa macam nak jadi orang
halimunan aje bila tengok kebenaran yang terbentang di depan mata. Entah bila
masanya aku sauk lelaki ni sampai kami boleh jatuh bersama. Mungkin tindakan
refleks aku tadi sebab nak terjatuh.

"Will you move your legs off from me?" pinta lelaki itu dengan garang.

Sekali lagi aku termalu sendiri. Aku cepat-cepat angkat kaki dan berdiri dari terus
menindih tubuhnya. Sedang aku kalut-kalut menyusun kata-kata manis bersulam
maaf untuk lelaki itu, aku terasa bahuku dicuit oleh seseorang. Aku segera menoleh
ke belakang.

"Cik adik, ingat teksi abang guna air ke? Tambangnya mana? Lain la kalau cik adik
sudi jadi isteri nombor tiga abang. Abang boleh bagi diskaun!"
Pak cik teksi tersengih lebar menampakkan gigi jongangnya yang kuning.

Uweks! Nak termuntah aku. Ish, pak cik teksi ni tak blah lagi rupa-rupanya. Oh, aku
lupa nak bayar tambang teksi! Patut la….

"Encik… aaa… pak cik. Ala… korang tunggu la sini kejap. Tunggu tau!"

Aku terus angkat kaki dari situ sambil melaungkan nama Puan Karen. Nasib baik dia
tak masuk lagi ke laluan berlepas. Stuck kat mesin scanner.

"Adry, thank you so much! I betul-betul lupa nak bawa baju-baju ni. Terima kasih
sekali lagi."

Terima kasih, terima kasih gak Puan Karen.... Balik dari trip ke Thailand nanti jangan
buat-buat lupa pulak nak bayar duit overtime dan claim duit minyak teksi. Aku bukan
tokei cop duit, weih!

"Takpe… have a nice trip!"

Selepas menepuk bahuku beberapa kali, Puan Karen terus berlalu pergi.

Fuh! Selesai satu bala. Dua bala lagi menunggu. Aku berjalan balik ke tempat pak
cik teksi tadi. Lelaki yang aku langgar tadi pun masih tak berganjak dari tempatnya.
Hmmm… bagus! Bertindak mengikut arahan.

"Pak cik, ini… ini…."

Aku seluk kocek seluar dalam-dalam. Eh, mana beg duit aku? Alamak! Takkan
tertinggal kut?! "Aaa.…"

"Ada ke tak ada ni?" soal pak cik teksi itu dengan penuh curiga.

"Ada… tapi beg duit saya tertinggal kat butik."

Aku tersengih sambil buat muka poyo. Minta-minta ada la belas ihsan di hati pak cik
teksi ni.

"Abis tu, macam mana ni? Abang nak balik pun tak ada duit. Minyak teksi yang ada
tu pun, setakat sekerat jalan lepas la…."

"Maaf pak cik. Apa kata pak cik hantar saya balik ke butik. Nanti sampai sana saya
bayar."

Tapi kalau dah minyak teksi dia cukup sampai sekerat jalan aje, sampai ke butik
nanti? Masalah, masalah.

"Berapa tambang dia pak cik?" soal lelaki itu tiba-tiba.

"RM65.70."

Lelaki tu mengeluarkan walletnya. "Nah! Pak cik simpan aje la bakinya tu."

Dua helai not RM50.00 bertukar tangan. Mesti orang kaya ni. Kalau tak, takkan
mudah sangat bagi duit. Eh, kenapa lelaki ni baik hati sangat? Aku kenal pun tidak
dia ni. Entah-entah ada udang di sebalik batu. Seperti apa yang pernah dipesan oleh
arwah ibu dan yang sering dinasihatkan oleh Kak Timah. Lelaki kaya ni mula-mula
tabur budi, lepas tu ambik kesempatan ke atas kita sampai tergadai body.
Sorry la! Aku tak mudah termakan budi!

"Eh, apesal encik bayarkan tambang saya?" soalku bengang.

"La… saya nak tolong orang dalam kesusahan, takkan tak boleh kut?"

"Tapi saya tak minta pun encik tolong saya. Entah-entah encik ni ada muslihat nak
kenakan saya, tak? Dengar kata orang kaya ni ada 1001 macam helah nak menipu,"
tempelakku.

"Do I look like ‘that’ kind of person, miss? Kalau saya nak ‘beli’ awak, saya takkan
beli awak dengan RM100.00 la. Macam la saya ni sengkek sangat! Lagipun
bukannya berbaloi beli awak!" gerutunya kegeraman.

Pak cik teksi tadi mengundurkan diri perlahan-lahan. Malas nak ambik port. Lagipun
untuk apa? Duit dia dah dapat.

"Hah, tengok! Betul, kan sangkaan saya. Encik memang ada niat nak ‘beli’ saya
dengan duit!"

"Eh, kenapa awak ni prejudis sangat? Awak ingat semua orang kaya tu jahat dan
semua orang miskin tu baik? Nonsense. Dah la! Saya malas nak bertekak dengan
awak. Saya dah jelaskan kerugian kedai candies tadi. And for your information, you
owe me an apology and a gratitude!"

Lelaki itu berlalu pergi dengan bagasinya setelah menghadiahkan aku satu jelingan
maut. Ada rasa kesal bermukim di hati. Bukankah aku sepatutnya berterima kasih
dengannya sebab tolong bayarkan tambang teksi dan kerugian kedai tu? Ni lain
pulak jadinya. Adry, Adry… mana pergi adab kau ni?

Aku pandang orang ramai di sekelilingku. Masing-masing sibuk dengan urusan


masing-masing. Dan seorang pun tidak aku kenali. Aku ni macam mana? Takkan
nak bertapa kat KLIA ni? IC, duit, semua tinggal kat butik. Entah macam mana boleh
timbul satu idea gila dalam otak aku ni. Dengan drastiknya aku berlari memintas
langkah lelaki berlidah laser itu. Tangan aku depakan selurus-lurusnya di
hadapannya.

"Now what?"

Muka dia nampak bengang sebengang-bengangnya.

"Encik, alang-alang encik dah buat kebajikan dengan bayar tambang teksi saya dan
kerugian kedai tadi, apa kata encik buat lagi satu kebajikan."

Lelaki itu angkat kening.

"Tolong pinjamkan duit untuk tambang balik saya pulak?"

Melopong mulut lelaki itu mendengarnya.

Aku senyum dan angkat dua jari. Peace!

AIR MINERAL sejuk dalam gelas aku teguk sehingga habis. Kak Timah masih
bercerita tentang rasa tidak puas hatinya terhadap salah seorang pelanggan kami.

"Ya Allah, Adry… akak betul-betul minta maaf sebab terpaksa susahkan Adry lagi.
Masa akak lalu kat bilik Puan Karen, baru akak teringat pesanan Puan Karen
sebelum dia pergi KLIA tadi. Dua tiga hari lepas customer ni cakap nak ambil sendiri.
Pagi tadi, tiba-tiba pelanggan tu minta Puan Karen hantar baju-baju tu ke rumah
kekasihnya. Dah la tu, siap marah-marah lagi. Adry tolong hantarkan, ek? Tolong
akak, ek…."

Bila terpandangkan perut Kak Timah yang memboyot ke depan tu, nilai-nilai murni
dalam diri aku mula timbul. Takkan aku nak biarkan Kak Timah yang sarat
mengandung tujuh bulan berkejar ke rumah Tengku tu. Terberanak pulak akak aku
yang sorang ni nanti!

Masa semakin suntuk. Kurang sejam sahaja dari masa yang dijanjikan. Nak tak nak
terpaksa la aku menjejakkan kaki ke banglo bertaraf istana tu, menghantar tiga
pasang baju yang ditempah. Sepasang night dress labuh, sepasang kebaya pendek
warna putih dan sepasang kurung moden. Harga setiap satu aku sendiri kurang
pasti berapa ribu. Tengok kain aje dah tau dah, kain jenis mahal. Tentulah harganya
pun mahal.

Orang yang tempah baju ni pun satu, ambil sendiri tak boleh ke? Masa tempah tahu
datang ke butik. Tup tup… bila dah siap, suruh kami hantar pulak. Dah la penat
berkejar ke KLIA tadi tak habis lagi. Aku tak kira, aku nak paksa Puan Karen bayar
triple untuk gaji hari ni lepas Puan Karen balik dari Thailand nanti. Ni dah kira ‘over-
over’ time ni! omelku di dalam hati.

Dalam pada itu, pintu pagar dan pintu rumah dibuka. Sebelum orang gaji rumah
besar tu sempat berkata apa-apa, seorang lelaki menerpa ke arahku.
"Akhirnya… datang juga you. Masuk! Kita dah tak ada banyak masa!"

Kita? Masa? Baru aje aku nak buka mulut, tanganku segera ditarik masuk. Dan pintu
ditutup. Ooo…ooo….

"SAKITLAH! Awak ni nak bunuh saya ke apa?" jeritku lantang.

Lelaki lembut itu segera menjarakkan badannya.

"Honey, tak ada orang mati sebab cabut kening la. You duduk aje la diam-diam,"
katanya dalam nada lembut.

"Habis tu, dah sakit. Takkan nak diam aje? Saya ni bukan robot, tau!"

"I tell you what, untuk jadi cantik you kena la tahan sakit sikit. Takkan you tak nak
‘impress’kan your future-in-laws?"

Future what? Melongo mulutku mendengar. "Encik Lembut…"

"Nama I Che Nan la… bukan Encik Lembut, okey?" pintasnya. Tangannya mula
beralih pada peti make-up yang bertingkat-tingkat macam rumah pangsa tu.

"Okey, Che Nan… mula-mula saya nak tanya, kenapa saya kena make-up,
grooming bagai ni? Saya ke sini cuma nak hantar baju aje."

Mengilai Che Nan tergelak.

Dua orang perempuan merangkap pembantu Che Nan pun bantai sekali gelak.

Aku buat lawak ke? Dalam pada itu, tangan Che Nan ligat ‘menconteng’ warna di
wajahku.

"Sayang, you ni nak buat lawak ke apa? Ke you ada temporary amnesia? Malam
nikan you ada sesi berkenalan dengan keluarga bakal tunang you?"
Tunang?

"Well, at least itu yang diberitahu oleh Ku Makmur tadi...."

Sempat telingaku menangkap suara Che Nan menyambung ayatnya tadi.

Aku kerut muka. Aku? Nak bertunang? Biar betul? Kawan lelaki aku tak ramai,
steady boyfriend langsung tak ada, macam mana pulak aku nak bertunang? Tak
masuk akal betul semua ni! Satu-satunya yang aku pasti, Che Nan dah salah faham
tentang kehadiran aku di sini. "Saya rasa ada salah faham kat sini. Saya tak kenal
pun siapa bos awak. Saya cuma pekerja butik. Dan saya ke sini sebab nak hantar
baju-baju tu aje."

Che Nan melentokkan kepalanya ke bahuku. Tudung di kepalaku yang sudah pun
ditukar dengan tudung yang dibawa oleh pembantu Che Nan tadi, dibetul-
betulkannya.

"Pekerja butik? Hmmm… you memang pandai berlakon. Sebab tu la paparazi


Malaysia tak dapat kesan hubungan you dengan Ku. Whatever la! I tau, you ni mesti
tengah gabra sebab nak jumpa keluarga bakal mertua, kan? Tu yang cakap pun
merepek-repek. It’s okay! I pernah jumpa lagi teruk dari you."

"Tapi saya…"
"Okey, dah siap! Sekarang you boleh tengok cermin."

Aku tengok cermin di meja solek. Ya Allah, apa dah jadi dengan muka aku ni?
Merah sana, biru sini. Hmmm… memang muka aku nampak lain. Bila tengok lama-
lama, baru la aku sedar sesuatu. Cantik jugak aku ni, ek? Tak pucat lesi dan serabai
(selekeh) macam selalu. Isk, betul ke aku ni?

"Betul ke saya ni?" tanyaku pada Che Nan.

"Kenapa? Tak cantik ke Che Nan solek?" balas Che Nan sambil bercekak pinggang.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi suara seseorang di luar bilik. Kalut la
sekejap kami semua.

Beberapa saat kemudian, pintu bilik dibuka.

"Ku…" seru Che Nan manja pada lelaki yang menerpa masuk.

Hmmm… ni agaknya bos dia. Kelatnya muka! Lengan lelaki ‘terlebih lemak’ tu
dikepitnya erat lalu dibawanya menghampiriku. Rasa-rasa macam kenal aje lelaki ni.
Eh, bukan ke ni lelaki marathon kat KLIA tadi?

"Siapa perempuan ni?" soalnya kasar.

Tangan Che Nan yang melingkar di lengannya segera ditepis.


Che Nan tarik muka. Merajuk la tu! Bibirnya yang merah menyala tu dimuncungkan.

Cuma ada tiga orang perempuan aje kat dalam bilik ni termasuk aku. Tapi rasanya
‘pompuan’ yang dimaksudkan tu adalah... aku! Sebab mata dia asyik pandang aku.
Perempuan dia panggil aku? Hek eleh, cantiknya bahasa!

"Your future fiancée la. Cantik sangat ke I solek sampai you dah tak kenal girlfriend
you ni lagi…" jawab Che Nan dengan nada ala-ala merajuk manja.

Lelaki tu pandang aku atas bawah. Kemudian aku tengok mukanya berkerut-kerut.
Huh, huduhnya (hodohnya) muka!

"Che Nan, aku nak cakap dengan perempuan ni kejap! Kami berdua aje…" ujarnya
setelah selesai ‘menelaah’ aku.

Che Nan segera faham dengan arahan bosnya. Dua orang pembantunya digamit
keluar.

Mata lelaki itu terus mengawasi Che Nan dan para pembantunya keluar. Sebaik
sahaja pintu bilik tu tertutup, barulah dia memandangku semula.

"You must be the ‘woman’ or should I say the brave and crazy ‘woman’. The one and
only woman who dares to take this absurd, childish, idiot job! For your information, I
don’t like role play. I prefer real play. As long as you can do whatever I say, I will pay
you triple as compared to the agreement that you have signed before!"

Aku melopong. Apa yang dia cakap ni? Role play? Agreement? Dari muka dan
warna kulitnya aku tau dia ni bukan Melayu tulen tapi takkan tak boleh cakap bahasa
Melayu kut? Elok aje dia cakap bahasa Melayu dengan Che Nan tadi. Ini mesti kes
nak berlagak la ni!

"Encik ni cakap BM tak boleh ke? Masa SPM dulu failed BM ke?" perliku.

"Kenapa? Awak tak faham ke?" sindirnya pula.


Hah, kan boleh cakap Melayu tu!

"Tak!"

"Ridiculous! She could do better than this…" rungutnya kuat.

She? Siapa pulak tu?

"Oit! Meraban (merepek) apa pulak lagi ni?" perliku, sengaja mengenakannya.

"Okey, cik what-ever-your-name-is… saya akan bayar awak tiga kali ganda atau
lebih daripada apa yang perempuan gila tu dah bayar pada awak. Dengan syarat
awak ikut aje semua arahan saya. Dan mainkan peranan awak sebaik mungkin.
Kalau boleh saya tak nak ada kesilapan. Saya nak lakonan yang real!"

Perempuan gila mana pulak ni? Puan Karen ke yang dia maksudkan? Ish…
memang la Puan Karen tu gila sikit, gila perfect! Tapi itu dikira gila macam orang
sakit mental jugak ke? Lelaki ni kenal Puan Karen ke? Datang butik pun tak pernah
rasanya. Macam mana dia boleh kenal pulak? Peliknya….

"Peranan?" soalku. Dagu aku gosok-gosok dengan jari telunjuk.

"Hmmm… buat-buat tak faham pulak! Jadi kekasih saya untuk malam ni sahaja.
Ingat! Saya tak nak sorang pun curiga atau tahu yang awak bukan kekasih saya.
Saya tak nak awak malukan keluarga saya. Habis aje malam ni, kita boleh kembali
macam sebelum ni; stranger a.k.a. orang asing yang saling tidak mengenali."

Ceh, siap tekankan lagi perkataan ‘sahaja’ tu!

"Entah malaun mana entah dok sebarkan cerita kata aku nak bawak awek. Sengal
betul!"

Lelaki itu merungut sendirian. Memang sah lelaki ni yang gila!


"Encik ni gila la," ujarku spontan. Dah memang gila pun permintaannya.

"Kawan awak tu lagi gila! Tergamak dia buat saya macam ni! Rasa macam tak
berharga satu sen pun!" bentaknya keras. Dia mula mundar-mandir di sekitar bilik.

Betullah… aku rasa lelaki ni tak gila tapi tiga suku atau pun setengah tiang. Ya Allah,
kenapa aku harus terlibat dengan kegilaan orang ni? Sebelum aku terlibat dengan
kegilaannya dan menjadi betul-betul sewel, lebih baik aku keluar aje dari sini. "Encik,
saya ni sebenarnya…."

"Saya bagi awak masa tiga minit aje! Awak fikir la sama ada awak nak teruskan atau
tidak. Kalau awak setuju... RM10,000.00 saya akan transferkan ke akaun awak
sekarang ni juga. Baki lagi RM20,000.00 saya akan transfer selepas kerja awak
selesai."

Aku kurang pasti dengan bentuk urus niaga yang cuba dijalankan dengan aku ni.
Tapi yang pastinya otak aku mula mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang
berlaku di rumah minggu lepas. Adry, mungkin inilah caranya! Cara terbaik untuk
membalas jasa, cara untuk menyelamatkan nyawa!

"Macam mana?"

"Saya setuju!" ujarku penuh yakin.

"Good!"

Dia meluru ke notebook yang sedia terpasang di sudut bilik. Menekan-nekan papan
kekunci dan kemudian bertanyakan nombor akaunku. Beberapa minit kemudian, dia
menghulurkan notebook itu kepadaku. Jarinya menunjukkan sesuatu di skrin. Wow!
Dalam sekelip mata akaun aku dah ada RM10,021.72! Lumayan!

"Puas hati?"
Aku angguk kepala. Siapa tak suka bila dapat duit? Orang gila pun suka.

"So, kita jumpa kat bawah dalam masa sepuluh minit lagi. See ya!"

AKU masih berdiri di anak tangga. Mana malaun ni? Tadi kata nak tunggu kat sini.
Aku dah tercangak-cangak kat sini macam orang tak betul aje. Pembantu-pembantu
rumah dah pandang semacam aje kat aku. Dah la aku tak kenal sorang pun kat sini.
Lelaki tu pun aku tak kenal jugak. Tapi at least aku dah borak-borak dengan dia tadi.
Che Nan dan pembantu-pembantu dia pun dah lesap entah ke mana. Alah…
menyesal pulak aku setuju dengan idea gila lelaki tu. Kan elok kalau aku tolak tadi.
Dah tentu-tentu sekarang aku dah ada kat rumah makan mi Maggie asam laksa.
Pergh!

Sempat lagi tak kalau aku nak tarik diri? Lelaki tu tak ada. Lagipun sorang pun tak
tau ‘urus niaga’ yang kami jalankan. Tapi duit RM10,000.00 dah masuk dalam akaun
aku. Problem betullah!

"Hai! Dah lama tunggu?"

Lelaki lengkap ber‘tuxedo’ tu terpacak di sisiku. Aku pandang lama dengan dahi
yang berkerut. Siapa pulak mamat ni? "Aaa… awak ni siapa?"

Lelaki itu tersengih tak percaya. "Ler... (la…) bos awak la! Jom buat grand entrance!"

Bos? Eh, ni lelaki tadi tu ke? Ye kut. Mata dia sama. Cuma lelaki ni dah tak selekeh
macam tadi. Dia dah buang segala misai, janggut, jambang semua. Bila dah buang
semua nampak macam… errr... siapa ek? Tak ingat! Apa pun, boleh tahan juga
muka dia ni! Aku tersengih sorang-sorang.

"Bagus! Saya nak awak senyum macam tu sepanjang majlis nanti. Ingat, semua
soalan biar saya yang jawab. Kalau saya bagi signal, baru awak boleh jawab,"
arahnya.
Lengannya dihulurkan. Minta dipaut. Aku akur. Berlapik. Tak apa. Dan kami terus
melangkah masuk ke ruang utama sebaik sahaja pintu dibuka oleh pembantu
rumah.
Seorang lelaki kemas berkot hitam menghampiri kami. Bahu lelaki di sebelahku
ditepuknya beberapa kali. Senyuman sinis dilontarkan ke arah kami. Lelaki ni...
macam aku pernah nampak....

"Aril... semua orang heboh bercakap tentang kau dan bakal isteri kau. Aku ingatkan
cerita tu sekadar khabar angin. Tapi nampaknya aku silap. So, this must be…."
Lelaki berkot warna hitam itu tidak terus menyambung kata-katanya. Hanya matanya
yang melekat pada wajahku.

"Your girl... errr... Miss Prejudice?"

Bulat mata kami memandang antara satu sama lain.

"Mr. Charity?" Soalku dengan muka yang pelik.

BUNYI sudu dan garpu yang berlaga sesama sendiri seakan-akan lagu yang
mengiringi irama sentimental yang bergema di segenap ruang makan. Masing-
masing khusyuk menikmati hidangan setelah mengaminkan bacaan doa makan oleh
Imam Masjid Negeri. Sesekali kedengaran bunyi ilai tawa dari meja-meja
berhampiran. Seronok la diorang (dia orang). Diorang kenal antara satu sama lain.
Dah kaum kerabat, mustahil tak kenal, kan? Aku aje macam kera sumbang kat sini.
Tapi aku perasan ada sorang minah lebih kurang sebaya aku menangis tersedu-
sedan kat meja sebelah. Sampai menimbun tisu atas meja dek hingusnya. Orang
tuanya pula sibuk memujuknya.

"Kenapa Rianna? Makanan ni tak sedap ke?" soal Nenda Nerrisa yang duduk
bertentangan denganku.

Orang tua ni adalah nenek pada ‘bos’. Pada perkiraan aku, umur dia dah nak masuk
tujuh puluh tahun. Tapi masih cun dan kuat lagi. Caya la nenda!
"Bukan macam tu, nenda... cuma saya dah kenyang."

Terpaksa bohong sunat. Walhal perut aku berkeroncong minta diisi sejak sajian
makan malam dihidangkan.

Makanan yang dihidangkan bukan tak sedap. Semua makanan orang-orang kaya.
Mana ada ulam petai, pucuk pegaga, ubi, ikan bilis yang biasa kami makan di
kampung. Yang ada... lobster, stik, salad dan segala macam makanan mewah yang
tak pernah aku lihat depan mata apatah lagi nak menjamahnya.

Bukannya aku tak teringin nak makan. Yelah, benda free depan mata. Cuma aku
takut lakonan aku tak menjadi. Yang aku dapat makan cuma salad hiasan kat
hidangan lobster tu aje. Itupun ‘bos’ dah siku aku sebab salad tu jatuh atas meja.
Aku kuis sampai jatuh ke bawah. Nasib baik tak ada orang yang perasan.

‘Boyfriend’ aku ni pun satu! Bukan nak tengok aku kat sebelah ni. Entah pengsan ke,
tertelan garpu ke? Sedap aje dia menyudu. Patut la badan semangat (gemuk)!
"Rianna mesti rasa kekok sebab tak kenal rapat lagi dengan kami, kan?"

Aku siku ‘bos’. Kata nak bagi signal sebagai petunjuk aku boleh jawab atau tak
soalan yang diajukan tapi dia tak buat sebarang signal pun. Signal orang kebuluran
macam sepuluh tahun tak makan adalah dia buat. Menyudu aje kerjanya.

‘Bos’ angkat kening dengan mata bulat macam mata naga nak makan orang. Marah
la tu aku kacau konsentrasi makannya.

"Jawab aje la," bisiknya dengan mulut penuh.

Buruk makan betul!

"Betul, nenda. Saya tak sangka keluarga nenda ada makan besar malam ni. Ingat
jumpa gitu-gitu aje," jawabku penuh sopan.
Memang itu sebahagian dari lakonan aku. Tapi rasanya tak ada sebab aku nak
kurang ajar dengan Nenda Nerrisa. Dia baik dengan aku. Layan aku macam cucu
sendiri. Sampai aku lupa yang dia bukan nenek aku.

"Bukan keluarga nenda. Keluarga kita…."

Nenda Nerrisa membetulkan ayatku.

Aku telan air liur. Keluarga kita? Bila masa pulak aku jadi sebahagian dari keluarga
ni melainkan aku… ‘bos’… oh, tidak!

Mama dan papa ‘bos’ cuma menjeling aje. Agaknya diorang tak suka aku. Tak suka
sudah! Aku pun malam ni aje jadi ‘awek’ anak kau.

Mr. Charity yang berada di hujung meja utama pulak asyik pandang aku. Atas
kepala dia macam ada tanda soal sebesar KLIA dan soalan sebanyak penumpang
airbus.

"Nenda bersyukur sangat dapat jumpa dengan bakal isteri Aril sebelum tutup mata.
Rianna pun tahu kan, Aril ni dah layak kahwin dah. Nenda kalau boleh nak kamu
kahwin secepat mungkin. Yelah, nenda ni dah tak lama lagi…"

"Nenda, kenapa cakap macam tu? Nenda kan Aril punya wedding planner? Kalau
boleh Aril nak nenda jadi pengapit pengantin Aril," potong ‘bos’ aku.

Nenda Nerrisa ketawa kecil.

Mereka yang duduk di meja utama pun turut ketawa.

Kecuali Mr. Charity.

‘Bos’ memang pandai buat lawak. Lawak bodoh!

"Nenda ni dah tua. Selalu sakit-sakit. Asyik keluar masuk hospital. Doktor pun dah
muak tengok muka nenda yang berkedut ni."

"Jangan risau, Aril akan kahwin tahun ni. Kan Aril dah janji!"

Tiba-tiba Nenda Nerrisa bertepuk tangan. "Bagus la kalau kamu cakap begitu!
Alang-alang semua dah ada ni, apa kata Aril kahwin malam ni aje!"

"Hah?!"

Ternganga mulut aku. Lalat bagi salam nak masuk pun aku tak sedar.

"Nenda, Aril tak sedia nak kahwin sekarang!"

Sudu dan garpu terlepas dari tangan ‘bos’. Cadangan Nenda Nerrisa membuatkan
seleranya mati.

"Ma, Aril kan tak sedia lagi?" bantah mama ‘bos’.

"Ma, Aril tak stabil lagi… for God’s sake, he’s only twenty five years old!" tukas papa
‘bos’ pula.

"Nenda, it’s too soon!"

Beberapa orang saudara-mara ‘bos’ turut membantah cadangan Nenda Nerrisa.

Nenda Nerrisa bangun lalu menepuk meja.

"Enough!" jerit Nenda Nerrisa. Dia memegang dadanya. Nafasnya turun naik dengan
kencang.

Suasana di meja makan kembali sunyi.

Nenda Nerrisa duduk semula.


"Nenda, marrying a girl almost at midnight is ridiculous!" ‘Bos’ bantah lagi.

"Korang dah tiga tahun bercinta. Dah rancang nak kahwin pun tahun ni. Jadi, apa
salahnya kahwin malam ni aje? Sama aje!"

"Tapi kita tak ada preparation, ma…." Mama ‘bos’ bersuara tegas.

"Pasal hantaran, majlis resepsi dan yang lain-lain, kita tolak tepi. Kita buat yang
wajib aje! Akad nikah. Rianna pun anak yatim piatu. Lagi senang kerja kita."

Aku pejam mata. Nenda Nerrisa berkeras. Dia ada jawapan kepada semua
bantahan yang dibuat. Nampaknya ‘bos’ aku ni dah terjerat dengan permainannya
sendiri. Yang tak bestnya aku pun turut dijerat!

"Tapi nenda, cuba nenda fikir. Mana ada pejabat agama buka malam-malam ni. Syif
kadi pun dah abis."

Bagus! Teruskan ‘bos’! Jangan cepat mengalah. Ni soal hidup mati kita ni!

"Betul tu nenda… lagipun kerja kahwin ni ambil masa. Saya nak juga rasa dapat
hantaran lima belas ke dua puluh dulang. Sirih junjung tu boleh jugak la buat gosok-
gosok kat gigi. Bunga manggar untuk buat hiasan dalam bilik. Confirm, memang kita
orang tak boleh kahwin malam ni."

"Kamu ni semua… berani bantah… cakap nenda…kamu…."

Nafas Nenda Nerrisa turun naik secara abnormal. Tangannya dah kejap memegang
dada.

Nenda Nerrisa ada sakit apa? Asma? Jantung? Paru-paru?

Dan kami mula panik bila Nenda Nerrisa rebah. Nasib baik sempat disambut oleh
papa ‘bos’.
"Nen… nenda nak… Aril kahwin… malam ni juga… ni permintaan terakhir nenda!"

Aku dan ‘bos’ berpandangan dengan wajah pucat. Mata masing-masing dah
terbelalak dek mendengar permintaan terakhir Nenda Nerrisa.
Lepas masuk kandang harimau, masuk pulak kandang buaya? Haru!

AKHIRNYA mimpi buruk yang tak pernah aku bayangkan terjadi juga. Khayalan
indah disunting oleh putera raja idaman hati cuma tinggal kenangan. Lakonan
selama tiga jam tiga puluh minit dan tiga puluh sembilan saat, akhirnya berubah
menjadi satu kenyataan yang menakutkan. Terikat dalam sebuah perkahwinan yang
langsung tak pernah terlintas di dalam benakku.

Wajahku disolek cantik oleh Che Nan. Tubuhku disaluti dengan pakaian pengantin
warna putih gading. Sedondon dengan tudung. Bilik ‘pengantin’ku penuh dengan
kerabat perempuan ‘bos’. Semua mata asyik tertumpu padaku. Maklumlah, ini
merupakan kali pertama ‘bos’ bawa balik awek misterinya. Selama ni diorang dok
fikir yang ‘bos’ bercinta dengan orang halimunan! Dek takut awek ‘bos’ cabut lari, tu
la idea nikah express ni timbul dalam kepala nenda ‘bos’.

Nenda Nerrisa nampak relaks berbanding tadi. Mati-mati aku ingat dia kena heart
attack. Bila aku cakap aku setuju kahwin dengan cucu dia, terus aje sakit dia hilang.
Rupa-rupanya Nenda Nerrisa lagi pandai berlakon! Dah terlajak kata, terpaksalah….

"Tengku Farriel Izumi bin Tengku Mohamad Faris, aku nikahkan engkau dengan
Adrianna Mayesa binti Ismail Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM330.39 tunai."

Tengku Farriel Izumi? Huwargh huwargh huwargh…! Aku tergelak besar dalam hati.
Rasa nak terguling-guling kat lantai mendengar namanya. Lawak dan tak pernah
dibuat dek orang! Izumi… macam nama orang Jepun aje. Tapi… kenapa aku
macam pernah dengar aje nama tu, ek? Siapa? Isk… tak boleh ingat!

"Aku terima nikahnya Adrianna Mayesa binti Ismail Al-Hussein dengan mas
kahwinnya RM330.39 tunai."

Suara ‘bos’ jelas kedengaran. Menyambut akad yang dilafazkan oleh tok kadi.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Sah! Tengku Farriel Izumi Tengku Mohamad Faris tu Farriel Izumi. Aril... ala…
mamat pelik yang pernah satu sekolah dengan aku dulu. Senior yang paling sengal
yang pernah aku jumpa. Senior yang tak pernah senang dengan kehadiran aku kat
sekolah tu. Ada aje rancangan nak mengenakan aku. Mampus la aku!

Farriel masuk ke bilik. Menundukkan badan dan menyarungkan cincin emas putih ke
jari manisku. Demi terpandangkan berpasang-pasang mata yang memerhati, aku
paksakan diri untuk menjayakan upacara membatalkan air sembahyang itu. Dalam
keadaan separuh rela, aku tunduk mencium tangannya. Kerlipan kamera digital
menyilaukan mata.

"Ad, kita jumpa lagi rupanya…." Bisiknya setelah selesai mengucup ubun-ubunku.

Dia ingat?

Mata kami bertentangan. Pandangannya penuh makna. Sukar kutafsirkan maksud


pandangan itu. Yang pastinya, ia bukan sesuatu yang baik.
Tiba-tiba duniaku terasa gelap!

CERPEN SEDIH TERBAIK SINGAPURA


- SUATU PENYESALAN.....
karya Wardah

Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah
suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan.
"Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan
saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah
awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar-
keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak
elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu,
banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak
menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan
kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia
berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak
Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia
berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya.
Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang
dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian


bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul
segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi
Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air
matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut
atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on
Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor
Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran
sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila
dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya,
sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got
twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor
Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada
Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran
anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh
Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki
akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama
Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi
sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi
begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa
jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya
bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan
dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan
Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani
berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang
comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung
dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena.
Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja
tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah
melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi
demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.
Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan
mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia
membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu.
Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu.
Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu
awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah
masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas
mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut
dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan


sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung
tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu,
perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani
berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan
Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak
kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang


berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak
cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri.
Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa
Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak
buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita
rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani
menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya
dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga
Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata
Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali
Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami
sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau,
apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan
kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi.
Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk.
Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa
mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang
tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis
macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan
berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani
dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata
nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani
kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani
lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat
kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang
Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang
salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai
tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin
membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada
emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime
semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista
suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya
pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja
terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan
Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta
dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan
kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah,
lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan
dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan
menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak
Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah
seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin
petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah
menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya
kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan
dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri
memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya
sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani
menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat
lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani
lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk
menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa
kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani
dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan
kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani
dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut
dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani
tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil
tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi.
Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana
ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.
Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani
tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang
serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada
sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan
penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan
menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu
Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat
pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun
Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani
hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa


yang aku dah buat ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani
mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada
kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi
malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa
kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini.
I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu
menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang
masih baru kepada Zamri.
BAHAGIAN KEDUA

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap
lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku
padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak
sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam
diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan
buruk Zamri terhadap Rohani...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan
selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir,
tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri
tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA


HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama
kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah
berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa
menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu
kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti
kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja
bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?
AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?
AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci
sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung
perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa
mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini
merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya
Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih
sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk
diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-
kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri
Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh
seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum
pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang
sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani
cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil
hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu
mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih
dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur
kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani
harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya,
akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak
berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat
mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging
abang sendiri...

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup
bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana
dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga
kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani
sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga
kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti
bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut
raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras
raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang.
Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah
tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia
menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri
dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah...
Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas,
tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh
dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN
KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN
SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya.


Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap
perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini
jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang
menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri
sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih
sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan
begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam
pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang,
bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan
maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta
penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya
mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah
mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan
airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila
kembar itu diangkat oleh Zamri.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan
Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua
kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu
mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu
berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup
merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara
mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara
Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai
airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...

Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...

Ya Allah?.

Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa
aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani.
Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan,
mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang
putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya.
Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu
datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani.....


- CERPEN TANAH PUSAKA 11

"Milah, kau dah masukkan dalam kotak semua pakaian dan pinggan mangkuk itu?"
tanya Mak Munah. "Sudah Mak,"jawab Milah dengat lembut. "Mana adik adik
kau yang lain?' soal Mak Munah lagi. "Mereka semua ada dibelakang rumah pergi
tengok Angah robohkan reban ayam."

Mak Munah bingkas bangun, terus ke belakang rumahnya. Dilihat anak anaknya
Azman, Mira dan Azmi bergotong royong merobohkan reban ayamnya. "Man,
kemari nak." '"Man, mak ingat kita jualkan sajalah ayam ayam ni semunya." usul
Mak Munah. "Tapi kenapa mak?" soal Azman.

"Sudah bertahun Man pelihara ayam ayam ni, tiba tiba saja Mak suruh jualkan.
Inikan hasil usaha Man sendiri. Man tak setuju." bantah Azman yang mula
bergenang airmatanya. Mak Munah tahu anaknya itu amat sayang dengan ayam
ayam tersebut tapi apa boleh buat dalam keadaan sekarang ini tiada jalan lain lagi
yang dapat diambil selain menjual sahaja ayam ayam tersebut.

"Kita ni tempat tinggal pun belum tahu lagi Man, inikan pula ayam ayam tu, mana
kita nak tarok. Lagi pun kalau kita jualkannya, duit hasil jualan tu bolehlah kita
gunakan untuk tambahkan belanja dapor kita." pujuk Mak Munah. Betul juga kata
kata Maknya itu, fikir Azman. Mak Munah masih menunggu jawapan Azman.

Suasana sunyi beberapa ketika. Kelihatan Mira dan Azmi sedang sibuk memberi
semua ayam ayam itu makan. Setelah agak lama Azman termenung memikirkan
cadangan Maknya itu, dia pun bersuara dengan tersekat sekat,"baiklah Mak, Man
setuju tapi Mak mesti janji pada Man yang bila kita dah ada rumah sendiri nanti, Man
nak pelihara semula ayam. "Baiklah Man, Mak setuju." jawab Mak Munah
menarik nafas lega.

"Assalammualaikum, assalammualaikum, Munah." Kedengaran satu suara dari


arah hadapan rumahnya. "Waalaikumsalam," jawab Mak Munah. "Oh Mak Itam
rupanya. Ada apa Mak Itam?"
"Begini Munah, aku dengar Pak Mail yang baru meninggal tu, kau kan tau dia tu,
isterinya pun dah meninggal lama juga, tak ada anak anak pulak tu." Mak Itam
memulakan ceritanya. "Jadi dia wakafkan tanahnya yang dibelakang rumah aku tu
pada baitulmal, untuk siapa siapa yang tak ada tempat tinggal. Jadi aku datang ni
nak suruh kau pergi mohon pada baitulmal, sebab setahu aku masih ada kawasan
yang kosong lagi." tambah Mak Itam lagi.

"Tapi saya... "Tak ada tapi tapinya lagi Munah, lagi cepat kau pergi lagi cepat kau
dapat." usul Mak Itam lagi. "Sementara nak buat rumah tu Mak Itam, mana kami
anak beranak nak tinggal?" Mak Munah bertanya dengan nada perlahan bercampur
sedih.

"La... rumah aku kan ada, sementara orang nak buat rumah baru kau tu, kau anak
beranak tinggal aje kat rumah aku. Bukannya ada siapa. Anak anak aku semuanya
dah ada rumah sendiri." jawab Mak Itam.

Dengan linangan airmata Mak Munah terus memeluk Mak Itam sambil berkata,
"terimakasih Mak Itam, terimakasih. Saya tak tahu dengan apa saya nak balas budi
baik Mak Itam ni. Saya fikir dah tak ada orang yang nak pedulikan saya anak
beranak. Amat mulia hati Mak Itam."

"Janganlah kau cakap macam tu, Munah. "Kita ni sesama Islam, sekampung pulak
tu, kalau kita tak mahu tolong menolong sesama kita, siapa lagi?" Mak Itam bersuara
sayu. "Sudahlah, cepat cepat kau kemaskan barang barang kau, nanti sekejap lagi
budak Ajis sebelah rumah aku tu dengan kawan kawannya, datang dengan lori,
tolong kau angkat barang barang. Sekali lagi hati Mak Munah terusik dengan
kebaikan Mak Itam.

Sejak hari itu tinggallah Mak Munah anak beranak dirumah Mak Itam sementara
menunggu rumah barunya siap. Selepas setahun Mak Munah tinggal di rumah Mak
Itam, rumahnya pun siap, itupun sekadar sebuah rumah kecil yang zink dan papan
papan dindingnya diambil dari rumah lamanya. Dia sudah berpesan pada si tukang
buat rumah tu supaya zink dan papan dinding rumah lamanya tu jangan dipecahkan
sebab dia tak ada duit nak beli papan dan zink baru.

Walaupun sudah berpindah ke rumahnya sendiri, Mak Munah selalu juga datang
menjengok Mak Itam yang sudah tua tu. Anak anaknya pun selalu bermain main di
halaman rumah Mak Itam.

Suatu hari sedang Mak Munah memasak didapur, kedengaran suara anak
bungsunya Azmi memanggilnya cemas. "Mak cepat mak! cepat mak! Atuk Itam
sakit. Tadi masa Mi main main dengan Kak Mira, Mi terdengar satu benda jatuh dari
dalam rumah Atuk." Azmi menceritakan pada maknya.

Tanpa membuang masa Mak Munah segera berlari ke arah rumah Mak Itam. Tapi
alangkah terperanjatnya Mak Munah bila dia melihat anaknya Mira menangis sambil
menggoyang goyangkan badan Mak Itam. "Atuk, bangunlah! Atuk bangunlah!
bangunlah!" Mira memanggil manggil nama Mak Itam lagi.

Dilihatnya Mak Itam sudah tidak bergerak lagi. Mak Munah tahu Mak Itam sudah
tiada lagi.
Mak Munah tiga beranak menangis dengan sekuat kuatnya. Mak Munah berasa
sangat sedih disaat Mak Itam meninggal dunia tiada orang lain disisinya melainkan
anaknya si Mira yang masih kecil itu. Dia terus mengambil kain batik lepas menutup
sekujur tubuh Mak Itam.
Dengan limpahan air mata Mak Munah berdoa, "Ya Allah, kau sahaja tempat aku
mengadu, yang mengetahui apa yang berlaku. Aku bermohon padamu Ya Allah
kau lepaskanlah Mak Itam dari azab kubur, kau selamatkanlah dia dari azab api
neraka. Kau masukkanlah dia bersama sama orang orang yang beriman.
Sesungguhnya kaulah yang maha pengasih dan penyayang."

Tiba tiba awan mendung, hujan pun turun dengan lebatnya seolah olah turut sama
menangisi pemergian Mak Itam.

Monday, March 28, 2005


CERPEN TERBAIK SINGAPURA

- CERPEN SEDIH TANAH PUSAKA

Cuaca pada pada pagi itu amat baik sekali. Angin sepoi sepoi bahasa terasa
nyaman, daun daun pokok getah melambai lambai sesekali. Mak Munah
melabuhkan punggungnya diatas kerusi diberanda rumahnya. Sekarang ini Mak
Munah berasa puas dengan kejayaan anak anaknya, masing masing telah bekerja,
ada yang berjawatan tinggi dan sudahpun mempunyai keluarga
sendiri.
Kalau 20 tahun yang lalu, hidup Mak Munah sekeluarga amatlah miskin dan
susah. Sudahlah diceraikan suaminya, ada rumah dan tempat tinggal pula, tiba tiba
saja dihalau keluar oleh abang ipar dan kakak kandungnya sendiri. " Kau dan anak
anak kau boleh keluar dari tanah ini," bentak Abang Longnya dengar kasar. " Tapi
Abang Long, mana saya nak tinggal? Anak anak saya semuanya masih bersekolah
lagi, dan Abang Long pun tahu yang saya ini sebatang kara tiada saudara mara
yang lain, hanya pada Abang Long dan Kak Longlah tempat saya mengadu," rayu
Mak Munah dengan linangan air mata. "Aku tak peduli, tanah yang kau duduk tu aku
nak bagi bagikan pada anak anakku sebelum aku mati. Lagipun selama kau duduk
ditanah ini satu sen duit pun kau tak campak pada aku laki bini."

Tersentak Mak Munah mendengarkan kata kata yang keluar dari mulut abang
iparnya itu. Setahu Mak Munah tanah itu adalah tanah pusaka arwah bapanya.
"Kak Long tolonglah saya, saya rayu pada Kak Long, saya rela sujud pada Kak
Long, saya rela cium kaki KakLong, tapi tolonglah jangan halau saya anak beranak
keluar dari sini,'' semakin kuat tangisan Mak Munah.

"Aku tak boleh buat apa apa Munah, tanah arwah abah tu, aku dah jualkan pada
Abang Long kau. Jadi sekarang ini semua kuasa ditangannya."jelas Kak Long tanpa
rasa belas kasihan lagi. "Sampai hati Kak Long buat saya anak beranak macam ini.
Tergamak Kak Long. Dulu Kak Long janji saya boleh duduk sini sampai mati." rayu
Mak Munah sambil menangis. Tanpa putus asa Mak Munah terus merayu kepada
Abang Longnya,"Tak boleh ke Abang Long tunggu sampai salah seorang anak saya
bekerja dulu, barulah saya keluar." "Tak boleh! Lagi lama kau duduk sini lagi sakit
mata dan hati aku pada kau anak beranak. Sudahlah Munah, janganlah nak buang
masa aku lagi. Sekarang juga kau boleh keluar. Keluar.......! Keluar.......!
Keluar.......!" halau abang long seraya ditendangnya kepala Mak Munah yang
bersujud dikakinya. Serentak dengan itu juga terdengar suara anak abang long
yang nombor 3 marahkan Mak Munah. "Ei..... tak reti bahasa langsung orang tua
ni." "Mak Munah, Encik tu memang dah bencikan sangat Mak Munah anak beranak.
Usahkan tengok muka tengok kelibat Mak Munah pun dia dah menyampah". "Jadi
nak tunggu apa lagi berambuslah sekarang". bentaknya dengan sombong.
Melihat keadaan ibunya yang meraung, Milah anak Mak Munah yang sulung, yang
baru pulang dari sekolah terus memeluk ibunya dan turut menangis hiba. "Hey Mak
Long, Pak Long, kalau dah benci sangat pada kami janganlah sampai menghina
mak Milah sampai begitu sekali." marah Milah pada Pak Long dan Mak Longnya.
"Kurang ajar punya budak, dah lah miskin tak ada bahasa pulak tu," hampir saja
abang long menampar muka Milah. "Apa selama ini Pak Long ingat yang Pak Long
anak beranak dah berbudi bahasa dengan kamilah. Sudahlah Pak Long jangan nak
bermuka muka. Kalau sekarang Pak Long kedekut dengan tanah Pak Long yang
sekangkang kera tu, Milah doa pada Allah Taala esok bila Pak Long, Mak Long nak
mati susah, nanti mati dihimpit tanah." pekik Milah lagi. Dia sudah tidak peduli lagi
apa orang nak cakap, dia kurang ajar ke atau apa ke yang penting sekarang dia
puas dapat meluahkan isi hatinya. "Sudah Milah! sudah..........sudah.......... ," Mak
Munah menjerit.

"Mari mak kita balik, kemaskan barang barang kita, cepat cepat kita keluar dari
tanah sial ini," celupar sekali kata kata yang keluar dari mulut Milah akibat terlalu
marah dan geram dengan sikap Pak Long dan Mak Longnya.

Jiran jiran sekeliling yang menyaksikan peristiwa itu turut sama menangis dan
simpati dengan nasib Mak Munah. Kesian Mak Munah mana dia nak tinggal
sekarang ini?
Sunday, March 20, 2005
CERPEN PILIHAN SINGAPURA

- MAAFKAN AYAH....MIRA
Jam sudahpun menunjukkan pukul 11.00 malam ketika Mansur duduk merebahkan
diri di ruang tamu rumahnya. Dalam fikiran Mansur tentu isteri dan anaknya Mira
sudah tidur nyenyak.

Tapi kenapa pintu bilik Mira masih terbuka? Mansur terpegun sebentar berdiri di
depan pintu bilik Mira. Rupa rupanya Mira tertidur di meja belajarnya. Ditangan
kanannya masih memegang pensil seolah olah baru selesai menulis sesuatu di
dalam diarinya dan disisinya pula ada segelas kopi yang sudah pun sejuk.

Mansur terus mengangkat Mira ketempat tidurnya. Selepas itu dia mengemas meja
belajar Mira yang berselerakkan dengan buku buku. Sebelum Mansur menutup diari
Mira, dia ingin melihat apa yang ditulis oleh Mira itu.

Mansur termenung sejenak bercampur sedih selepas membaca diari tersebut


kerana apa yang tertulis didalamnya, semua ceritanya berkisar tentang diri Mansur.
Dan yang paling menyentuh hatinya ialah tulisan Mira ditiga lembaran terakhir diari
itu.

Di lembaran pertama Mira menulis : "Hari ini ayah tidak jadi menemaniku ke Pesta
Buku, mungkin ayah terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Aku amat faham dengan
kesibukanmu ayah."

Tiba tiba Mansur teringat beberapa minggu yang lalu Mira memang ada
mengajaknya ke Pesta Buku tersebut. Dia sendiri telah berjanji dengan Mira yang
dia akan mengambil cuti untuk menemani Mira memandangkan sekarang ialah
musim cuti sekolah penggal yang pertama.

"Ayah, minggu depan ada apa apa program tak?" Mira bertanya sewaktu Mansur
baru hendak melangkahkan kaki untuk ke pejabat pada pagi itu.
Mansur tidak menjawab pertanyaan Mira itu sebaliknya bertanya semula kepada
anaknya itu,”Ada apa sayang?"

"Kalau Ayah tak ada apa apa, boleh tak Ayah temankan Mira ke Pesta Buku minggu
depan?" tanya Mira lagi.

"Insyaallah Mira, kalau tak ada apa apa hal Ayah akan ambil cuti tahunan ayah
untuk temankan Mira,ok. ” Mansur memberikan jawapan seolah olah sekadar untuk
melegakan hati anaknya itu.

"Terima kasih, ayah," sambut Mira dengan wajah yang sangat gembira sambil
mencium pipi Mansur.

Mansur hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu yang begitu manja
dengannya.

Di lembaran kedua Mira menulis lagi : "Hari ini sekali lagi ayah tidak jadi
menemaniku ke kedai komputer, kerana aku hendak membeli dakwat printer aku
yang sudah habis. Banyak projek sekolah aku yang mesti dihabiskan dalam masa
beberapa hari ini. Sebenarnya aku sudahpun mengajak Ibu, tapi kan bagus kalau
Ayah dapat ikut sekali. Tapi..... lagi-lagi ayah sibuk".

Sekali lagi Mansur teringat yang anaknya itu memang pernah mengajaknya pergi ke
kedai komputer itu bersama sama ibunya.

Mansur sudah faham benar dengan kerenah Mira kalau hendakkan sesuatu mesti
dia akan bertanya seperti ini, "Ayah petang nanti sibuk tak atau Ayah ada apa apa
program tak petang nanti?"

Kata kata lembut yang keluar dari mulut anaknya itu membuatkan Mansur tidak
dapat memberikan jawapan ‘TIDAK’, walaupun kadang kadang dia memang benar
benar sibuk.
Di lembaran terakhir Mira menulis : "Hari ini dan untuk kesekian kalinya Ayah telah
mengecewakan aku lagi kerana masih tidak dapat menemaniku ke pasar malam di
tempat ku .

Pagi tadi aku mengajak Ayah ke pasar malam di tempat kami kerana hari ini adalah
hari terakhir pasar malam itu. Aku sudahpun berjanji dengan Pak Man, penjual anak
patung di pasar malam tersebut, yang aku akan membeli anak patung yang
ditawarkan petang tadi sewaktu Pak Man lalu depan rumahku. Aku katakan pada
Pak Man yang malam ini aku akan pergi bersama Ayah dan Ibu ke pasar malam dan
aku akan membeli anak patung itu.

Tapi kerana Ayah masih belum balik lagi tentu Pak Man sudah pun menjualnya pada
orang lain.

Pak Man, maafkan Mira ye!. Besok pagi pagi Mira akan tunggu Pak Man depan
rumah Mira dan minta maaf pada Pak Man kerana Mira tak dapat pergi ke pasar
malam semalam. Kali ini Mira yang akan minta maaf dulu sebab Mira yang berjanji,
selalunya Pak Man yang terlebih dulu minta maaf bila Pak Man tengok Mira sudah
menunggu di depan rumah menanti suratkhabar yang Mira pesan itu.

Pak Man selalu cakap,”maafkan Pak Man, Mira, hari ini Pak Man terlambat,” padahal
sebenarnya Pak Man tak lambat pun cuma aku yang terlalu cepat menunggu.

“Pak Man tak mau kecewakan Mira kerana Mira sudah berpesan pada Pak Man
yang kalau boleh hantar suratkhabar cepat cepat sebelum Mira pergi ke sekolah.
Cuba kalau betul betul Pak Man lambat tentu Mira akan kecewa. Pak Man tak mau
kecewakan harapan orang kerana memang susah untuk menyembuhkan hati orang
yang kecewa kecuali kita minta maaf dengan tulus ikhlas pada orang yang telah kita
kecewakan itu.”

Tiba tiba aku teringatkan Ayah aku. Aku amat sedih sekali kerana selama ini belum
pernah sekali pun Ayah minta maaf padaku, bila Ayah tidak dapat melayan
kehendakku kerana mungkin Ayah menganggap yang anaknya ini masih kecil, tentu
tak tau apa itu perasaan sedih, kecewa atau kecil hati.
Aaa…ah. Aku tak nak bersangka buruk pada Ayah walaupun sebenarnya aku
sangat kecewa dengan sikap Ayah tapi aku tidak ingin menyimpan kekecewaan itu
didalam hatiku. Bahkan hatiku selalu terbuka untuk memaafkan ayah.

Tiba tiba hati Mansur menjadi hiba dan sayu lalu dia menangis bila membaca
tulisan Mira yang terakhir itu.

Mansur mendekati Mira, anaknya di tempat tidurnya. Dia merenung wajah Mira
sambil mengusap usap rambutnya.

Dengan linangan air mata Mansur berbisik ke telinga Mira,”Mira anakku sayang,
maafkan ayah nak, Mira memang mempunyai hati emas. Ayah memang tidak
pernah minta maaf pada Mira atas janji-janji yang tidak pernah Ayah penuhi
padamu, nak. Dan Ayah selalu menganggap yang Mira sudah melupakannya, sebab
setiap pagi Ayah tengok wajah Mira begitu ceria dan selalu tersenyum.”

“Tapi Ayah silap, itu cuma lakonanmu semata dan yang pasti Mira masih tetap
menyimpan dan masih mengingatinya dalam tulisan tulisanmu ini.”

“Entah sudah berapa banyak kekecewaan yang ada didalam hatimu nak,
seandainya Mira masih lagi tidak dapat memaafkan Ayah.”

“Ayah akan menunggumu sampai esok pagi untuk meminta maaf padamu, Mira.......”
TANGISAN YANG MENGAKHIRI SEBUAH KEHIDUPAN 2

Suasana sunyi dan sepi menyelubungi perkarangan wad ICU Hospital Besar
Singapura, dimana Tuan Zaidi ditempatkan. Pak Mat dan keempat empat isteri
Tuan Zaidi kelihatan termangu, melayani perasaan masing masing.

“Siapa waris kepada Encik Zaidi bin Omar?” Tiba tiba seorang doktor melayu yang
baru keluar dari wad ICU bertanya. “Saya”. Keempat empat isteri Tuan Zaidi
menjawab secara serentak. “Saya perlukan hanya seorang waris sahaja untuk
menandatangani surat kebenaran pembedahan ini.” Kata doktor itu lagi.

Masing masing tercengang dan saling berpandangan antara satu sama lain, apabila
doktor menerangkan yang Tuan Zaidi perlu dibedah dengan segera kerana dia
mengalami barah paru paru yang amat serius sekali. Memandangkan Fatimah, isteri
yang pertama jadi dialah yang lebih berhak untuk menandatangani surat kebenaran
tersebut.

Penantian itu suatu penyiksaan buat keempat empat isteri Tuan Zaidi dan juga Pak
Mat. Fatimah berdoa didalam hatinya,”Ya Allah, Kau selamatkanlah suamiku ini.
Kau sembuhkanlah penyakitnya itu. Aku pohon padamu dengan sepenuh hatiku.
Kau tolonglah aku Ya Allah.” Sehingga pukul 9.00 malam masih belum mendapat
apa apa berita dari bilik pembedahan.

Tiba tiba,”Puan puan semua, saya mohon maaf bagi pihak hospital. Kami sudah
berusaha semampu kami tapi nampaknya penyakit suami puan sudah terlalu serius.
Jadi saya sarankan supaya puan puan semua bawalah dia pulang sahaja.”

Mendengar kata kata doktor itu, mereka semuanya menangis hiba…..

Selang beberapa bulan kemudianTuan Zaidi merasakan yang dia akan menemui
ajalnya dalam jangkamasa yang terdekat. Dia pun mula memikirkan tentang segala
kemewahan hidupnya selama ini dan mula berfikir, "Sekarang aku ada 4 isteri, tapi
bila aku mati nanti aku akan tinggal keseorangan. Alangkah sunyinya aku nanti!"
Dia pun memanggil keempat empat isterinya satu persatu. Mula mula dipanggil
isterinya yang keempat. "Abang sayangkan Anna melebihi daripada isteri isteri
Abang yang yang lain. Abang beri Anna pakaian yang istimewa dan paling
berharga, serta berbagai bagai kemewahan yang lain. Sekarang Abang dah
terlantar sakit dan akan mati tak lama lagi, hanya satu yang Abang nak Tanya.
Adakah Anna akan ikut sama untuk menemani Abang?"

"Tak mungkin. Abang dah mati dan Anna masih lagi hidup. Mana ada orang yang
masih hidup ikut masuk dalam kubur sama sama dengan orang yang dah mati.”
Lancang sekali isteri keempatnya itu menjawab, kemudian terus beredar
meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawapan yang di terimanya itu sungguh
menyayat hatinya, bagaikan pisau telah menghiris jantung hatinya.

Kemudian dipanggilnya pula isterinya yang ketiga, "Abang dah curahkan segala
kasih sayang Abang pada Maria sepanjang hayat Abang. Dan sekarang Abang
sedang sakit menunggu maut saja, sudi tak Maria ikut bersama Abang kedalam
kubur untuk temankan Abang?"

"Abang ni dah gila agaknya!" jawab isteri ketiganya dengan tegas bercampur marah.
"Hidup ini lebih baik di sini. Didalam dunia ni. Bukannya dalam kubur! Maria akan
berkahwin lagi setelah Abang mati." Hancur lebur perasaan Tuan Zaidi bila
mendengar jawapan tersebut.

Tuan Zaidi tidak berputus asa lantas terus memanggil isteri keduanya pula seraya
berkata, "Abang selalu mengadu hal kepada Ifah dan minta bantuan Ifah bila Abang
ada masalah, dan Ifah pula selalu menolong Abang bila Abang dalam kesusahan.
Untuk kali terakhirnya Abang masih perlukan bantuanmu lagi, Ifah.” “Apa dia,
cakaplah bang?” Ifah bertanya lembut. Dalam hatinya merasa amat belas sekali
melihat penderitaan suaminya yang tersayang itu. “Bila Abang dah mati nanti, boleh
tak Ifah ikut bersama Abang kedalam kubur. Boleh Ifah temankan Abang. Taklah
kesunyian Abang nanti.”
Mendengar permintaan suaminya itu yang dianggapnya tak masuk akal, Latifah
segera menjawab." “Maafkan Ifah bang, kalau selama ini Ifah tidak pernah
kecewakan Abang tapi kali ini tidak mungkin Ifah dapat menolong Abang lagi kerana
kita hidup sudah berbeza alam. Abang berada dialam kubur dan Ifah pula masih lagi
hidup didunia ini. "Paling jauh pun, Ifah Cuma boleh temankan Abang setakat
menghantar Abang ke kubur sahaja". Jawapan isteri keduanya itu, datang seperti
halilintar yang membelah langit dan Tuan Zaidi merasa sungguh kecewa dengan
jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isternya itu.

Dalam kesedihan dan kekecewaannya terhadap jawapan yang diberikan oleh ketiga
tiga isterinya itu, dengan tiba-tiba satu suara memanggilnya dan berkata, "Imah akan
tinggal bersama Abang. Imah akan ikut kemana saja Abang akan pergi untuk
menemani Abang selamanya." Fatimah, isterinya yang pertama itu menyatakan
kesanggupannya dengan linangan airmata.

Tuan Zaidi mendongak keatas, dan dilihatnya isteri pertamanya berada di situ. Dia
kelihatan amatlah kurus kering, seolah-olah telah lama kebuluran tak makan.

Dengan perasaan yang amat sedih dan kesal sekali, Tuan Zaidi pun berkata,
"Kesian Abang tengok Imah. Abang sepatutnya mengambil berat terhadap Imah
sewaktu Abang masih sihat dulu! Abang lebih pentingkan isteri isteri Abang yang
lain yang langsung tidak berguna lagi ketika Abang sakit ni. Sekarang Abang rasa
sudah terlambat Imah…. Sudah terlambat….Abang menyesal !menyesal……..,” luah
Tuan Zaidi dengan kuat sekali. Penyesalannya sudah tidak berguna lagi saat itu.

Tiba tiba kata kata itu terhenti….. Tuan Zaidi sudah kembali kerahmatullah dengan
perasaan kecewa. Fatimah melaung dengan sekuat hatinya,”Abang, Abang.......
maafkan Imah bang, maafkan Imah...Imah tak sempat untuk menjaga Abang disaat
saat akhir hidup Abang. Fatimah terus menangis dengan hibanya. Dia begitu
kecewa sekali dengan sikap madu madunya yang lain itu. Tidak
berperikemanusiaan langsung. Pak Mat yang sejak tadi berdiri disisi Tuan Zaidi
turut sama menangis mengenangkan nasib masa depan Tuan Zaidi……
Sejak kematian suami mereka ketiga tiga isteri Tuan Zaidi merasa bebas dari
sebarang ikatan. Setelah harta peninggalan Arwah Tuan Zaidi dibahagi bahagikan
menurut hukum faraid, isterinya yang kedua, Maria pun berkahwin lain. Manakala
Suzanna dan Latifah pula kembali kepangkuan keluarga masing masing.

Tinggallah Fatimah seorang diri di rumah banglo dua tingkat itu bertemankan Pak
Mat, drivernya. Fatimah selalu sahaja bersedih sehingga makan, pakainya pun
sudah tidak terurus lagi.

Akibat terlalu rindu dan sedih mengenangkan arwah suaminya, akhirnya Fatimah
pun meninggal dunia......