Anda di halaman 1dari 5

MEMAHAMI ANAK REMAJA & KOMUNIKASI YANG

BERKESAN (8 APRIL 2011)


Masa remaja dapat dikatakan sebagai masa yang 'tanggung'. Maksudnya, anak tersebut
adalah bukan lagi anak yang masih kecil, tetapi juga bukan orang yang sudah dewasa. Oleh
kerana itu, adalah wajar apabila sesekali anak remaja melakukan suatu tindakan yang keanak-
anakan. Hal yang paling penting orangtua lakukan untuk mendukung anak tumbuh menjadi
orang dewasa adalah bersikap bijaksana. Iaitu, tidak menghina atau melecehkan anak ketika ia
melakukan tindakan yang keanak-anakan.

Sebaliknya, ketika anak melakukan suatu tindakan salah atau keanak-anakan tetapi ia
masih mahu bertanggug jawab atas tindakannya tersebut. Maka, berikanlah dukungan dan
pujian kepadanya. Biarkan anak mengetahui bahwa orangtua sangat bangga atas sikap
tanggung jawab yang dilakukannya tersebut.

Kuncinya, perlakukanlah anak remaja seperti orang dewasa, tetapi mengertilah jika ia
berperilaku seperti kanak-kanak .(Steve Chalke, 2007)

Komunikasi dalam keluarga merupakan salah satu faktor yang boleh mewujudkan keluarga
yang ceria, bahagia dan harmoni. Dengan mewujudkan komunikasi yang berkesan, anak-anak
akan dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa agar mereka menjadi insan yang
bersemangat, progresif, prokatif dan berfikiran positif. Untuk memotivasikan anak-anak, ibu
bapa perlulah menggunakan kaedah komunikasi ynag berkesan agar matlamat dan harapan
kita untuk mewujudkan insan yang berguna dan berakhlak akan tercapai. Oleh itu kaedah
komunikasi untuk meningkatkan motivasi di kalangan anak-anak adalah seperti berikut:

1. Penerangan yang jelas.


Penyelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja
rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa
sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?


b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan
atau kerja.

2. Ganjaran.
Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran
dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan
suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran
boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya.
Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap
usaha yang diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan
maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah
yang mampu menjana motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat.


Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti
perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-
masing.

4. Berikan Perhatian.
Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang
diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya
ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka
lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan
jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka
lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan
tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan.
Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres
mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan penyertaan.


Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti
kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik
dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting
dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti
memasak, mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi keperluan.
Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa
memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua
menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang
kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau
sebagainya.

7. Kepelbagaian Emosi dan watak.


Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman
seseorang. Anak akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan
pendekatan emosi. Anak akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur
kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk
mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat anak terhadap apa
yang mahu anda sampaikan.

8. Terapkan Aspek Kemahiran.


Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang
untuk mereka 'memberi ceramah' atau melayan tetamu yang datang. Juga terapkan kepada
mereka teknik pembelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah
mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran 'boleh' dalam setiap yang dilakukan.

9. Amalkan Prinsip MAT - Mesra, Adil dan Tegas.


Berkomunikasilah dengan mesra dan memberi layanan dan adil dan saksama tanpa memilih
kasih dan dalam masa yang sama tegas dan berprinsip dalam mendisiplinkan anak-anak.

Membina komunikasi berkesan


Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL

KADANG-KADANG setengah perkataan yang diucapkan oleh ibu bapa kepada anak
remaja tidak dapat diterima dengan baik. Malah mengundang banyak masalah, terutamanya
anak-anak remaja yang sedang bermasalah.

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu apa harus dilakukan apabila anak-anak remaja mereka
datang dengan masalah atau perasaan.Setengah ibu bapa langsung tidak membantu
memainkan peranan sebagai kaunselor atau sesetengah itu langsung tidak mahu berperanan
sebagai pembantu atau kaunselor kepada anak mereka sendiri.

Apabila anak remaja mendapati ibu bapa mereka tidak peka dengan masalah mereka, maka
mereka akan mencari alternatif sama ada merujuk kepada guru atau kaunselor di sekolah.Ada
juga yang akan mencari rakan baik atau memasuki mana-mana laman sosial dengan harapan
ada insan yang prihatin akan membantu melegakan tekanan yang dihadapi.

Ibu bapa mempunyai dua alasan yang lumrah digunakan iaitu merasakan tidak pandai atau
tidak berupaya untuk menangani masalah remaja dan kedua, merasakan apa yang
diperkatakan sentiasa tidak diterima oleh anak remaja mereka.

Mengikut kajian dan juga maklum balas daripada remaja, didapati ramai ibu bapa
menggunakan bahasa yang kurang tepat dan kurang senang diterima.Terdapat banyak mesej
yang tidak boleh diterima yang diguna pakai oleh ibu bapa dan di sini dapat dikategorikan
kepada 12.

Kesemua 12 jenis mesej ini merupakan halangan kepada komunikasi berkesan antara ibu
bapa dan anak remaja. Ia boleh memperlahankan, atau menyekat proses komunikasi dua hala
antara anak dan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja.

Terdapat juga tiga kategori mesej yang dianggap sebagai menghukum, menilai,
menjatuhkan atau memandang rendah.

Ramai ibu bapa berpendapat bahawa mesej begini penting untuk menunjukkan atau
mengajar dan membetulkan atau memperbaiki apa kesalahan yang dilakukan oleh anak tetapi
tidak kepada penerimanya (si anak):

* Menghukum, mengkritik, menuduh atau menyalahkan.


Contohnya; “kau ni malas” atau “dah besar macam ini pun masih buat kerja bodoh” atau “bila
bercakap suka menipu” atau “bodohhh pakai seluar pun tak pandai londeh macam orang berak
dalam seluar”
* Melabelkan, name-calling (memberi nama gelaran).
“Apa halnya perangai macam budak kecil saja?” atau “cakap pun tak betul macam budak
cacat” atau “jangan takut macam pondan pulak”

* Mentafsir (Interpreting), menganalisis atau mendiagnosis.


“Jangan cuba buat helah aku tahu kau nak lari dari tugas ya?” atau “jangan buat-buat sakit,
mak tahu…”

Manakala terdapat dua jenis mesej yang digunakan ibu bapa untuk meredakan keadaan
agar anak merasa lebih selesa walaupun tidak realistik, menyelesaikan masalah atau mengelak
ia menjadi lebih serius.

* Memberi pujian, bersetuju atau memberi penilaian positif.


“Jangan risau mak dan ayah rasa kau ni patut dapat jadi pengawas” atau “anak abahkan lawa
ramai orang nak?”

* Simpati, memberi harapan, konsul.


“Janganlah risau mak pun sama juga masa mak dulu…” atau “nanti sampailah tu jangan risau
ayah pasti…”

Banyak dari kalangan ibu bapa yang suka menggunakan halangan di bawah ini apabila
menggunakan mesej dengan anak remaja, iaitu menggunakan soalan dengan harapan untuk
mendapatkan penjelasan.

* Menyoal, interrogate, cross-examining.


“Siapa yang yang kasi, beri tahu ayah nama budak itu?” atau “Kenapa adik ikut budak yang
poteng?” atau “Sebab apa tak minta izin dulu?”

Kategori 12 pula mengandungi mesej yang digunakan oleh ibu bapa untuk mengubah cerita
atau subjek atau cuba lari daripada masalah sebenar.

* Sarkastik, gurauan, menarik diri atau mengalih.


“Ok papa faham jom kita cakap benda lain lah yang lebih baik…” atau “tak elok sebut masa
makan ni” atau ” padan muka siapa suruh cari pasal.”

Ramai ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak remaja bermasalah atau tidak
bermasalah telah menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada 12 halangan di atas. Malah
ramai yang tidak menyedari, ia akan memberi kesan yang kurang baik kepada anak-anak
mereka dalam menyediakan ruang untuk berinteraksi dan meluahkan perasaan serta tekanan.

Apabila anak remaja sedang mengalami masalah, sama ada masalah peribadi atau di
sekolah, maka segala yang dituturkan dan dicakapkan oleh ibu bapa akan diandaikan oleh
anak sebagai kurang selesa, sama juga dengan mesej pujian akan menjadi kurang kena
jadinya.
Apabila keadaan menjadi serba salah dan tidak kondusif, maka ibu bapa boleh membantu
dengan cara yang lebih konstruktif iaitu:

* Mendengar secara pasif – dengan tidak berkata-kata (berdiam) juga merupakan satu
bentuk komunikasi penerimaan. -
Remaja tidak dapat bercakap mengenai masalah mereka apabila ibu bapa pada masa sama
turut bercakap.

* Tunjuk dan buktikan yang kita bersamanya -


Berdiam ada ketikanya kurang membina kepercayaan remaja yang kita sebenarnya
mendengar mereka. Oleh itu, setidak-tidaknya kita mesti menunjukkan isyarat tanpa lisan
seperti angguk, memfokus mata atau memegang tangan sambil mendengar dengan empatik

* Pembuka/door opener –
tidak cukup sekadar mendengar dan mengangguk sahaja tetapi ibu bapa boleh bertindak
dengan lebih berkesan dengan memberi laluan seperti “Ok dan mungkin Ani nak cerita lebih
lanjut lagi dan Mama mendengar ni” atau “bagusnya anak mama ni apa lagi yang…” atau
“nampaknya anak mak ni ada… mungkin kena kongsi dengan mak siapa kawan lelaki tu…”

Kita diberikan dua telinga dan satu mulut, jadi adalah lebih berkesan dengan memberikan
lebih tumpuan kepada kemahiran mendengar dan lebih berhati-hati apabila bercakap, kerana
lontaran perkataan itu boleh menyinggung perasaan si pendengar itu seperti pepatah Melayu
“Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata akan binasa.”

Selain itu, kemahiran mendengar juga perlu dipelajari dan keikhlasan dalaman adalah
sangat penting dalam menghulurkan bantuan. Ibu bapa disarankan supaya bangun malam
meminta dengan Allah SWT supaya hati dilembutkan untuk perubahan kepada kebaikan dan
segala usaha kita dalam mendidik anak cuma 10 peratus dan selebihnya adalah ketentuan
Allah. Maka, usaha, doa dan tawakal. Semoga Allah memberikan hidayah. Insya-Allah.

WALLAHUA’LAM.