Anda di halaman 1dari 26

SEJARAH PENULISAN KALIGRAFI ISLAM



Seni merupakan suatu unsur yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Seni

merupakan hasil daripada gambaran yang terdapat dalam pemikiran manusia dan dihasilkan

dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, ukiran, lukisan dan sebagainya. Kesenian Islam

merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada ciri-ciri Islam. Dengan

mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan menghayati

kehalusan seni yang terdapat dalam sesebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja

membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia menggalakkan

perkembangan kesenian tersebut. Namun demikian kebenaran Islam haruslah menepati dan

seiring dengan syariat Allah S.W.T.. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:³Bahawa

sesungguhnya Allah S.W.T itu indah dan kasih kepada yang indah´.

Antara keistimewaan kesenian Islam iaitu dari segi kaligrafinya. Seni kaligrafi Islam atau lebih

sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki

oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan

kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai

keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq

dalam kurun ke tujuh. Akan tetapi, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak

zaman Rasulullah S.A.W. sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman

pemerintahan Islam yang lain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah,

kerajaan Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain zaman. Kesenian kaligrafi ini
mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri.

º Y Y  
Y    Y Y

º Y Y 

Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya

mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam,

membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini

bearasl dari bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan.

Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai

bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat

kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan

hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran

atau hadis Nabi S.A.W. (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar,Jilid 5.2001).

º ºY Y 

Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam.

Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid, seramik kaca selain diukir

diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari

ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat

ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan

Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya (Noraini Muhammad

2009).
Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi

juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan

masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdi dari kalangan orang Arab bahkan

pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan

lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan

perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam (Zulina Hassan 2009).

Terdapat pelbagai jenis bentuk khat yang ditulis. Antaranya ialah khat nasakh, thuluth, rihan,

muhaqqaq, tauqi¶, riq¶ah, diwan, ta¶liq, nasta¶liq dan lain-lain. Namun yang demikian, seni khat

yang tertua ialah khat kufi. Khat nasakh mula terkenal dan diminati mulai abad kelima masihi.

Ia sebenarnya merupakan khat kufi yang diubahsuai oleh Qutabah. Khat ini diperkenalkan

oleh al-Dhahaq bin Iljan. Khat kufi ini berkembang dengan pesat pada zaman pemerintahan

Bani Abbasiyyah. Muhammad bin Muqalan, merupakan salah seorang menteri di Abbasiyyah

yang mahir dalam penulisan khat jenis al-Duri. Diantara ahli khat yang terkenal ialah Ibrahim

al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. Yusuf al-Syujairi

pula merupakan tokoh terkenal dalam bidang ini. Beliau menghasilkan khat jenis al-Riayasi.

Begitu juga dengan al-Hasan al Naqulah, Muhammad al-Samsari, Muhammad bin Asad, Abu

Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab-terkenal kerana telah menulis Al-Quran dengan pelbagai

gaya dan bentuk tulisan. Ada pendapat mengatakan sebanyak 64 buah Al-Quran pelbagai

gaya tulisan tetapi sebahagian besar karyanya hilang atau terbakar), Syeikh Jamaluddin Taqut

al-Mustakami dan ramai lagi tokoh penulis khat yang terkemuka. Seni khat ini diambil alih oleh

orang Mesir, India dan Turki selepas kejatuhan Baghdad. Seni ini menjadi semakin terkenal

sehingga tertubuhnya beberapa institusi khat di pelbagai negara Islam (Zulina Hassan 2009).
º Y Y Y Y 

Terdapat beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah, pendapat

pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah

telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga

kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman,

kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman

kerajaan Saba¶ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari

Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi

yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju

dengan pendapat yang terakhir iaitu kkhat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia

sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah

dan Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke

Madinah, Makkah dan Taif (Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam, Jilid 7.2009)

Tulisan khat dibawa melalui pedagang yang berniaga di Syam dan Iran, terutama Quraisy. Ini

bererti ketika Islam disebarkan, segelintir kecil orang Arab telah pandai membaca dan menulis

walaupun jumlah bilangan mereka adalah terhad sekali. Buktinya tawanan Perang Badar

(musyrikin Makkah) dikehendaki mengajar anak umat Islam membaca dan menulis seramai 10

orang sebelum dibebaskan. Tulisan Arab ini akhirnya diperkenalkan ke seluruh dunia Islam.

Mana-mana negara yang masih tidak mempu sistem tulisan sendiri pada masa itu mengambil

seratus-peratus tulisan Arab menjadi tulisan mereka. Proses ini berlaku begitu cepat seiring

dengan perkembangan pembelajaran Al-Quran (Noraini Muhammad 2009).

 Y   Y   Y Y  


Y  
Seni khat lahir serentak dengan kelahiran Islam. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.W.

sejak awal lagi telah dicatatkan oleh para sahabat pada daun kayu, tulang dan sebagainya

sehinggalah Al-Quran itu sempurna diturunkan selama 23 tahun. Ini bererti seni khat

diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni

khat dalam sejarah perkembangan Islam adalah yang paling utama dan mengatasi cabang

seni yang lain (Noraini 2009).

Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan

yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era

baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam. Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah,

seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi

perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Dengan turunnya lima ayat pertama kepada

Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra¶ ( bacalah ),maka penulisan telah

memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara Kemudian turun

pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan

memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam

kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas (Mohd Bakhir 2007).

Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan

mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar

anak-anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya

mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka.

Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tunjuk

ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis.
Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin

Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah. Beliau

juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-

bahasa tersebut (Mohd Bakhir 2007).

Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk

tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja

dan lain-lain lagi. Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf

yang berbagai-bagai itu. Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul

khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah

s.a.w dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas

kepada huruf-huruf dalam bahasa arab. Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat

adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq,

Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian,

Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit dan ramai lagi

Setelah itu kewafatan Nabi S.A.W, seni penulisan khat ini tidak terhenti sebegitu sahaja akan

tetapi ianya semakin berkembang di setiap zaman bermula dari zaman Khulafa¶ al-Rasyidin,

zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah, zaman Islam di Mughal, Andalus dan lain-lain lagi. Pada

awal tertubuhnya kerajaan Umaiyah, tulisan kaligrafi digunakan untuk keperluan administrasi

negara. Pada perkembangan selanjutnya, tulisan ini terus diabadikan di dinding-dinding

bangunan istana, kubah-kubah masjid, diukir di mimbar-mimbar dan beberapa tempat yang

lain. Peralatan peperangan seperti pedang dan lembing serta barangan seramik juga tidak

terlepas dari lakaran kaligrafi indah ini (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar,Jilid 5.2001).
å Y  YYY 
Y  YY    YY
 

Khat Jawi atau tulisan Jawi Arab adalah nama baru yang diletakkan kepada tulisan atau huruf

Arab yang ditulis di Kepulauan Melayu. Perkataan Jawi berasal dari perkataan Jawa,

memandangkan khat Arab mula bertapak di Kepulauan Jawa. Justeru tidak menjadi satu

keunikan apabila disebut dengan nama Jawi kerana ia dinisbahkan kapada Jawa. Khat Jawi

memain peranan penting dalam memartabatkan masyarakat Nusantara. Ini bermakna

masyarakat Nusantara tidak mempunyai apa-apa khat sebelum khat Arab atau khat Jawi.

Maka tidak mustahil kalau dikatakan tanpa tulisan Jawi, masyarakat Nusantara masih berada

di tahap kejahilan. Tanpa penulisan mereka tidak dapat mempelajari sesuatu ilmu kerana

setiap ilmu perlu ditulis terlebih dahulu sebelum ia dihafaz. Sesudah kemasukan Khat Arab

maka satu revolusi berlaku, diantaranya ialah masyarakat Nusantara mula mempelajari huruf-

huruf tersebut. Pengenalan tersebut memberi satu kekuatan baru kepada mereka untuk

mempelajari al Quran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama Islam. (Mohd Bakhir

2007).

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ahli-ahli sejarah telah menyatakan bahawa bangsa

Arab di antara kaum yang paling banyak menjalankan perdagangan dan perniagaan mengikut

jalan laut. Ini bermakna tidak keterlaluan kalau dikatakan merekalah yang telah mempelopori

dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan Islam. Seorang sarjana

Islam Muhammad ibn Jarir Abu Ja`far al-Tabari (310H/920M) telah menegaskan bahawa

sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab telah pun belayar berulang alik dari Cina ke

negara-negara Arab. Mereka belayar melalui Selat Melaka di tengah-tengah Kepulauan

Melayu. Dengan penjelasan di atas, adalah telah dikenalpasti bahawa khat Arab telah sampai

ke Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam di awal kurun ke 2H.dan mula tersebar di
beberapa kawasan di Acheh. Semenjak itu, khat Arab ini telah mula menarik minat ramai

penduduk untuk mempelajarinya dan ianya semakin dan terus berkembang (Mohd Bakhir

2007).

[ Y   Y  
Y Y  

Di Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh pertemuan Batu Bersurat di Terengganu

telah membuktikan bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun

lagi. Ia telah bermula sekitar kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab telah

terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu. Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu.

Berhampiran dengan batu tersebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah

Allah yang mirip khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan

menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan (Noraini Muhammad 2009).

Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh, tulisan ini diukir

diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi turun temurun

dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan

tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga

diukir dengan ayat Al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam

Melayu, seni khat diabadikan diatas duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan

Muzaffar Syah (1455-1459). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677),

wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, mop mohor, pingat dan bintang

kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat Al-Quran. Khat yang

diabadikan diatas tenunan songket dan hiasan menambahkan lagi keunikan penggunaan khat

di Malaysia. Pameran khat juga sering diadakan di Malaysia dibawah anjuran Pusat Islam,
Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan sebagai tanda kebangkitan

kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam. Diantara ahli

khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Syed Abdul Rahman al-Attas. Khat beliau

diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Masjid Jamek, Bangunan

Parlimen Malaysia, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), koleksi Sultan Johor dan

lain- lain lagi (Zulina Hassan 2009).

Î Y  

Maka kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan di dalam Islam dan di antara

kesenian yang digalak oleh Islam ialah Seni Khat Arab. Nabi s.a.w. telah memberi penekanan

terhadap seni khat, sekalipun Baginda seorang Ummi. Syeikh Ali Abd Rahman al-Kelantani

pernah menulis, Nabi S.A.W pernah bersabda, yang memberi maksud memberi penekanan ke

arah tersebut berdasarkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w. dalam sabdaNya: ³Apabila kamu

menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka cantikkanlah tulisan kamu sebagai membesar

keagungan Allah S.W.T..´ Dan di dalam Hadith yang lain Nabi s.a.w. telah bersabda: ³Apabila

kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka panjangkan tulisan al-Rahman sebagai

membesar keagungan Allah S.W.T..´ Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua lapisan

masyarakat ia boleh dianggap sebagai eset yang sangat berharga bagi generasi Muslim akan

datang. Malah ia merupakan anugerah khusus daripada Allah S.W.T. kepada insan yang

tersemai di dalam jiwanya ciri-ciri kesenian. Oleh yang demikian pembelajaran khat Arab

harus diperkenalkan semula di semua peringkat pengajian bermula dari sekolah sehinggalah

ke peringkat yang lebih tinggi.


!YY"

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia

bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum

kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui

proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah,

seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya

Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini

sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan

khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran

peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun

kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas.

Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan

sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang

menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.

Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman

ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab

menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia

bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat

dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat

Kufi mula dilupai atau kurang diminati.

#Y#Y"

Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan

Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan
al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus

menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah,

komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan

bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu

"Y"Y$Y"Y"

‡ Nasakh Klasik

Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat

terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan

kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana

terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga

kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia

yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)

‡ Nasakh Akhbar

Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai

dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana

penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la

juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media

elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer..

Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan

sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti

menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-
Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-

Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.

Y"Y%Y $

Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering

menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat

lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini

apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah:

1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.

Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan

rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh

disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan

perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat

yang lain.

2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan

Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan

dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.

3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.

Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil

atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban,

2000)
Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan

atau membukukan al-Qur¶an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama

Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di

dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur¶an.

Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah

kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan

khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur¶an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat

Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur¶an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat

Nasakh.

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia

bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui

proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah,

seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu

Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu

kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal

terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas.

Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai

proses pengindahan menyeluruh.

Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai µKhat Nasakh Atabik¶. Khat ini pada dasarnya

lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah

dan kanak ± kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas

sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon

jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan
mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan

mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi .

Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan

kadar 1mm saiz pena."

Y 
Y


Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf

menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar

mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi

pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu

tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai

banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf,

agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini

ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.

Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth

yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-

sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih

besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada

kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang

penanya (Qadi al-Askar Mustafa ¶Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia

menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-

tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali

yang biasa kemudian dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi
atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti

photocopy, komputer dan sebagainya.

Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala

yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak

digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku.

Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak

benar ± benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.

Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang

sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini

dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat

nasakh maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk

tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni,

muraqqa¶at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang

memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang

tersusun.

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia

boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi

empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan

pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau

lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan

bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang

mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang

mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-
struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber

yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu

amalan yang tidak wajar.

Y 
Y &'

Khat Riq¶ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman

pemerintahan Kerajaan µUthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini

ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan

kakitangan kerajaan.

Riq¶ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah

bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat

Nasakh. Penggunaan khat Riq¶ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan

nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam

penerbitan buku, majalah dan akhbar.

Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq¶ah dipelajari oleh murid-

murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat,

urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam

akhbar.

Y 
Y 

Masyarakat Iran terutamanya dari golongan Samaniyah, sejak dahulu lagi amat berminat

dengan kesenian yang merupakan warisan turun-temurun datuk nenek mereka. Mereka

menulis menggunakan sejenis khat yang dinamakan khat Bahlawi sebelum kedatangan

Islam ke Parsi. Nama khat ini diambil daripada perkataan Bahla sebuah tempat antara

Asfahan dan Azerbaijan.


Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam

telah kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan

Arab dan dinamakan dengan khat Ta¶liq. Hakikatnya, orang Iran telah mengambil khat al-

Qirmuz, iaitu khat yang digunakan untuk penulisan al-Qur¶an pada masa itu dan kemudian

menamakannya khat Ta¶liq. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah tulisannya

yang asal diambil daripada khat al-Tahrir, khat Riq¶ah dan khat Thuluth.

Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik,

kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta

memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik

serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan

kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang

penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya.

Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta¶liq, khat Syekestah, khat Farsi

Mutanazir, khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi¶rat. Antara penulis khat yang terkenal

dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As¶ad al-Yasari, dan

penulis buku kaedah khat Qawa¶idul Khat µArabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi.

Daripada Abu Zar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ϧ
˳δ
˴Σ
˴ ϖ
˳ Ϡ˵Ψ
˵Αα
˴ Ύ͉Ϩϟ΍ ϖ
˶ ϟ˶Ύ˴ Χ˴ϭ ˬ˴ΎϬ˵Τ˸ϤΗ˴ Δ˴ Ϩ˴ δ
˴ Τϟ΍ Δ˴ Ό˴ ϴ͋δ
˴ ϟ΍ ϊ˶ Β˶ ˸Η΃˴ϭ ˬ˴Ζ˸Ϩϛ˵ Ύ˴Ϥ˵Μ˸ϴΣ
˴ Ϳ
˴ ΍ϖ
˶ Η͉˶·

Maksudnya:
³Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah

kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya

(kejahatan tadi). Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang

baik´

Y 
Y(

Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat pada zaman

pemerintahan Kerajaan µUthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah

dan menentukan ukuran tulisan khat Diwani. Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas

negeri Qostantinopal ditawan oleh Sultan µUthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857

Hijrah.

Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan. Seterusnya,

tulisan ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat. Kebiasannya tulisan khat

Diwani ini digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta

surat menyurat rasmi dan pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil

dan untuk hiasan.

Khat Diwani terbahagi kepada 2 jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum).

Akan tetapi, khat Diwani biasa yang banyak digunakan dan diamalkan oleh penulis-penulis

khat terkenal berbanding khat Diwani Mutarabit. Asas bentuk bagi kedua-dua jenis khat
Diwani ini adalah berbentuk bulat dan melengkung. Ianya ditulis dengan cara yang lembut

dan mudah dibentuk mengikut kehendak penulis. Keistimewaan khat Diwani dapat dilihat

pada kesenian bentuk hurufnya yang melengkung dan memerlukan kemahiran penulis khat

itu menulisnya dengan lembut dan menepati kaedah. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan

Syed Ibrahim merupakan antara penulis khat yang terkenal dengan khat Diwani.

Y 
Y(Y

Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan

'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat

ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk

tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat

kepada kerajaan asing.

Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa

geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa

bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.

Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali

Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan

menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang

indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula

biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan.

Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan

penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan
perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar

untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam

menghasilkan sesebuah karya.

Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan

huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.

Y 
YY

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil

bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia.

Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan

bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di

mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.

Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada

bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun

bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi

pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan

menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris

dan juga alat jangka lukis.


Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai

identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-

huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk

yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang

sesuai dalam teks.

Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke

puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang

Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman

pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171

Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang

memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi

Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir

dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi.

Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi

Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur,

khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta¶assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal.

Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka

cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap

sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang

terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad

'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan
penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunan-bangunan

sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini

Y 
YY

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil

bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia.

Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan

bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di

mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.

Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada

bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun

bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi

pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan

menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris

dan juga alat jangka lukis.

Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai

identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-

huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk

yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang

sesuai dalam teks.


Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke

puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang

Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman

pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171

Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang

memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi

Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir

dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi.

Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi

Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur,

khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta¶assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal.

Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka

cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap

sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang

terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad

'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan

penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunan-bangunan

sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini