Anda di halaman 1dari 3

Kursus Pengenalan Kejurulatihan

Tujuan Kursus:
Mencungkil minat dan memberi pengetahuan asas untuk menyediakan barisan
jurulatih permainan ping pong di sekolah dan seterusnya di Daerah Batu Pahat.

Matlamat Kursus:
a) Berkongsi beberapa aspek penting mengenai peranan seorang jurulatih
b) Menerangkan beberapa aspek kemahiran asas yang diperlukan serta
c) Memberi pendedahan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan.

Pengenalan:
Siapakah seorang jurulatih?

Tidak semestinya seorang pemain yang handal tetapi kemahiran dalam permainan
dapat menolong seseorang jurulatih.

Seorang yang berminat dan rela melaburkan masa serta mempunyai pengetahuan
asas tiori dan konsep permainan.

Seorang yang dapat menerangkan keperluan permainan serta dapat


mengenalpasti kesalahan yang dilakukan dan membetulkannya.

Konsep Permainan: Mendapatkan mata dengan cara yang paling mudah. Ini
bermakna pemain hendaklah menguasai beberapa kemahiran asas. Konsep
permainan dengan ini menrangkumi putaran, daya, arah daya dan corak permainan
yang berkesan. Corak permainan yang berkesan bergantung kepada pihak lawan:
Kidal? Penyerang? Kekuatan? Kelemahan?

Tiori Permainan A1: Alat (reket)

Perlu memberi gambaran yang luas – iaitu, jenis-jenis reket yang ada dan yang
boleh digunakan. Walau bagaimana pun, pilihan untuk peringkat permulaan adalah
mengikut kesukaan pelajar.

Menerangkan dengan ringkas jenis-jenis getah yang digunakan dan kesannya.

Memberikan penerangan mengenai berbagai-bagai cara memegang reket.


Mengajar cara yang paling mudah dan ‘seimbang’.

Memberikan konsep bahawa reket ialah sambungan tangan yang memegangnya.


Memberikan beberapa aktibiti yang dapat mengukuhkan konsep tersebut diatas
seperti :
1
 Menadah/memukul bola di depan dari bawah dagu ke atas kepala.
 memukul bola ke dalam bulatan di dinding paras bahu.
 melakukan gerakerja ‘tabit’ di mana reket bermula di bahagian pinggang
dan berhenti di dahi.
Video #1. Melambung bola.

Tiori Permainan A2: Daya dan arah daya.

Perlu menerangkan konsep daya dan arah daya - pergerakan reket.

Memberikan penerangan mengenai arah bola, masa lantunan, tempat permulaan


reket, arah reket, sudut reket serta tempat pertemuan reket dengan bola.

Mengkaitkan konsep fizik (pergerakan, lantunan, putaran dll) dengan pukulan.

Membezakan menadah (block) di mana bola bertemu reket dan memukul (hit) di
mana reket bertemu dengan bola.

Tiori Permainan A3: Koordinasi mata dengan tangan.


Mengenalpasti arah dan kelajuan bola. Mengenalpasti jenis putaran serta
ketinggian bola. Membuat telahan kedudukan bola sebaik sahaja ia melepasi
jaring dan mengerakkan badan untuk menemuinya. Melakukan pukulan di mana
bola dipukul pada tempat dan kedudukan yang terunggul.

Tiori Permainan A4: Pergerakan dan pukulan.


Memberi latihan pergerakan imbangan badan dari depan ke belakang dan
sebaliknya.

Memberi latihan pergerakan imbangan badan dari sisi ke sisi.

Memberi konsep pusingan badan dan latihan yang berkait.

Mengajar dan melatih pergerakan ‘tabit’.

Mengajar dan melatih gergerakan ‘menadah/menolak’.


Video #2 Pukulan forehand / gifs

Tiori Permainan A5: Memulakan servis.


Melatih melambung bola dan menyambut dengan tangan yang memegang reket.

Melatih melambung bola dan memukul dengan reket, daya ke depan / atas.

Melatih melambung bola dan memukul dengan reket, daya ke depan / bawah.

2
Menerangkan kesan ketinggian pertemuan reket dengan bola.

Menerangkan kesan sudut bola dengan reket, sudut bola dengan meja.

Menerangkan kesan sudut reket dan arah pergerakan reket.


Video #3 servis / servis oz

Latihan Kemahiran A6:


Melakukan servis menolak putaran atas garisan tegak dan melintang.

Pukulan ‘forehand drive’.

Pukulan ‘block/push’ (menadah/menolak).

Melakukan servis putaran bawah garisan tegak dan melintang.

Pukulan tolakan putaran bawah.

Pukulan ‘loop-drive’.
Video #4 49 hits / acrobatic

Anda mungkin juga menyukai