Permukaan Padang
Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisal mengikut peraturan
pertandingan.
Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara
pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan
pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak ‘FIFA Quality
Concept for Artificial Turf’ atau ‘ International Artificial Turf Standard’ kecuali persetujuan
khas diberi oleh FIFA.
Tanda-tanda Padang
Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-
garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.
Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah
garisan gol.
Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di
pertengahan antara dua garisan tepi.
Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15
meter (10 ela) ditanda mengelilinginya.
Ukuran
Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.
Perlawanan Antarabangsa
Kawasan Gol
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter
(6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam
padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan
garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan
gol.
Kawasan Penalti
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam
tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang permainan
sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari dengan garisan gol.
Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.
Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan
garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya.
Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar
kawasan penalti.
Tiang Bendera
Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak
tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru.
Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1
meter (1 ela) di luar garisan tepi.
Lengkok Penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di
dalam padang permainan.
Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan
dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang.
Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang
gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki).
Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak
melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol.
Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol dengan syarat ia
disokong dengan sempurna dan tidak mengganggu penjaga gol.
Keselamatan
Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Gol-gol jenis boleh ubah dibenar digunakan
jika ia memenuhi kehendak ini.
Padang Permainan
Bendera Penjuru
Ukuran Metrik
Ukuran Imperial
Keputusan 1
Di mana kawasan teknikal diwujudkan, ianya mesti memenuhi kehendak yang diluluskan oleh
Lembaga P.B. Antarabangsa yang terkandung dalam publikasi ini.