Tuhan ku….
Andainya ini satu anugerah dariMu
Ku terima dengan Ikhlas
Walau hanya keparahan hati yang ku tanggung
Tetap terselit kemanisan yg sukar utk dimengertikan
Terima kasih tuhan kerana masih sudi
Memberi aku rasa ini
Rasa-rasa yang terlalu indah bila dikenang
Terlalu sayang untuk ku buang
Terlalu mahal untuk ku lupakan
Anugerah terulung untuk insan seperti aku