Anda di halaman 1dari 10

 

PERKEMBANGAN DASAR LUAR

NEGARA SELEPAS MERDEKA 

 Tunku Abdul Rahman (1957–1970), dasar luar Malaysia - pro-Barat dan antikomunis

 Tun Abdul Razak Hussein (1970–1976), pembangunan dan integrasi sosial - hubungan
diplomatik - tanpa mengira ideologi politik.

 Tun Hussein Onn (1976–1981), kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.

 Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1981–2003) hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-
dasar sebelumnya. Selain itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa .

Mengapa Perlu ada Dasar Luar? 

 Persekitaran Geostrategik
 Struktur Politik Negara 
 Demografi 
 Keselamatan Negara 
 Faktor Sejarah 
 Faktor Ekonomi 
 Undang-undang Antarabangsa 
 Faktor Globalisasi 

objektif-objektif dasar luar negara

1. Untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena


antarabangsa;

2. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia;

3. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui


dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

4. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di


peringkat antarabangsa

5. Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua
bidang;

6. Memupuk hubungan baik serta  meningkatkan  kerjasama  dengan  negara-negara lain.


Kementerian Luar Negeri 
objektif kementerian

1. Menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara-
negara  asing  dan  pertubuhan-pertubuhan  antarabangsa.  Hubungan ini merangkumi
bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.

2. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing.

3. Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri.

4. Mengendalikan aktiviti perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, konsular,


keselamatan dan

Apa itu Kerjasama Serantau

Asean juga telah mengambil langkah dengan mewujudkan Komuniti Asean menjelang tahun
2020

 Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara aman melalui rundingan.

 Menangani cabaran-cabaran yang merentasi sempadan yang boleh memberi kesan


negatif kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

 Memastikan supaya tidak wujud di rantau ini sebarang senjata pemusnah besar-besaran
dan supaya rantau ini bebas daripada ancaman senjata tersebut.

 akan dapat mewujudkan satu   pasaran   tunggal   dan   pusat   pengeluaran   setempat  
di   mana   barangan, perkhidmatan, pelaburan, buruh dan modal untuk pelaburan boleh
beraliran secara bebas di antara negara Asean.
 mewujudkan  kawasan  perdagangan  bebas  (FTA) antara Asean dengan negara-negara
jiran seperti Repulik rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New
Zealand.

 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

 ASEAN 8 Ogos 1967,

 Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan ASEAN di Bangkok.


 dianggotai 10 buah negara termasuk, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar.

Kejayaan-kejayaan yang Dicapai oleh ASEAN

 Konsep Zone of Peace and Neutral (ZOPFAN)

 Konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ)


Konsep ini membawa maksud seluruh rantau ASEAN adalah bebas senjata dan dari ujian
senjata nuklear.

 Projek Ekonomi
Kerjasama dalam bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea, projek vaksin
Hepatitis B dan sebagainya.  Bagi  aspek  integrasi  ekonomi, ASEAN pasti boleh
berbangga apabila berjaya menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama yang akan
dilaksanakan oleh enam negara menjelang 2007 iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand,
Singapura, Filipina dan Brunei, manakala empat lagi negara anggota iaitu Laos, Kemboja,
Myanmar dan Vietnam akan dilaksanakan pada 2012.

 Kerjasama dalam Bidang Sosial dan Kebudayaan


Merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan dan telekomunikasi. Sukan SEA,
Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran berita dan penyiaran
TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB.Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1996.

 Kerjasama Pendidikan  
berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari negara anggota.
ASEAN telah menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
Pelaksanaannya telah diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAN seperti RESCAM
untuk melatih guru sains dan matematik di Pulau Pinang, RELC meningkatkan prestasi
penguasaan bahasa Inggeris di Singapura, INOTEC di Filipina penyelidik pertanian dan
TROMPED di Negara Thai kesihatan awam. bekerjasama dalam bidang penyelidikan
penyakit-penyakit seperti Denggi, Hepatitis dan Coxsakie B.

 Penubuhan  Wawasan  ASEAN  2020  bagi  mewujudkan rantau  ekonomi  ASEAN yang


mempunyai daya saing yang tinggi, maju dan stabil dengan memastikan kebebasan
kemasukan barang-barang, perkhidmatan, pelaburan, modal dan pembangunan
ekonomi serta mengurangkan kemiskinan.

 ASEAN+3.   
Kerjasama antara ASEAN, Korea, Jepun dan China. Melalui ASEAN+3 i membentuk
sebuah Komuniti Asia Timur (East Asia Community). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
telah menggariskan tiga pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan kerjasama
ekonomi dengan ASEAN. Tiga pendekatan
o meneruskan integrasi ekonomi secara lebih meluas,
o mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang dan
o mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.

Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC)

ditubuhkan pada tahun 1971. Organisation of Islamic Conference    (OIC)

dianggotai oleh 57 buah negara Islam Asia,  Timur  Tengah  dan  Afrika 

Matlamat Penubuhan 

 mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam bidang   seperti   sosial,   ekonomi,  
sains   dan   teknologi,   pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan syiah
Islam.

 membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia. OIC juga akan menjadi
rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam
sejagat.

Peranan Malaysia dalam OIC

 Penubuhan Bank Pembangunan Islam.

 Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan.

 Mmenyokong perjuangan rakyat Palestin.

 Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia-Herzegovina.

 Membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan
pembangunan.

 Malaysia  juga  telah  membuat  pelaburan  di  beberapa  buah  negara  OIC  seperti Petronas di Iran.

 Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan
Musabaqah al-Qur’an pada tiap-tiap tahun.

Komanwel

merupakan pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan British.


Keanggotaan - Dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British, termasuk Malaysia.
Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Matlamat Penubuhan – Untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan


ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara
bekas jajahan British.

Peranan Malaysia dalam Komanwel


1. masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu
Apartheid di Afrika Selatan. Dalam Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel
(CHOGM) di Bahamas (1985) dan di Vancouver (1987), menyarankan badan dunia 
menangani  isu-isu  ketidakadilan  perdagangan  dunia,  penjajahan politik dan ekonomi
serta masalah Apartheid.

2. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Isu yang
dibincangkan ialah isu Apartheid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan
kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan
Kampuchea dan isu alam sekitar. Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar
a. Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar.
b. Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang
membangun.
c. Pengurangan pencemaran laut.
d. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.
3. Faedah kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi,
pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Dalam bidang pertahanan, misalnya
Malaysia mendapat bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas
kemerdekaan.
4. Mengadakan    latihan    ketenteraan    bersama    dengan    beberapa    buah    negara
Komanwel. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju dalam
Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barangan
Malaysia. Melalui skim ini, cukai bagi barangan Malaysia direndahkan dan secara tidak
langsung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan negara
lain di pasaran luar.
5. Pengenalan Rancangan Colomb0. mendapat khidmat   nasihat   mengenai   pendidikan,  
pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, misalnya
negara Komanwel telah memberi nasihat dalam penubuhan maktab-maktab perguruan,
A- level, HSC dan dalam bidang sosial pula, perpaduan negara-negara Komanwel telah
disalurkan melalui aktiviti sukan, iaitu Sukan Komanwel yang mana Malaysia telah
menjadi tuan rumah pada tahun 1998
6. negara-negara OIC turut memajukan pendidikan penubuhan universiti-universiti Islam
seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya.

7. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak Persidangan dan Mesyuarat
yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa Menteri-Menteri Luar Negara Islam
Mengenai Keganasan [1-3 April 2002], Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone  [13-14 Jun
2002], Mesyuarat susulan peringkat pegawai kanan mengenai Pelancongan [5-7
September 2003], Sidang Ke-27  Menteri-Menteri  Luar  OIC [27 Jun  2000], Sidang
Kemuncak  Ke-10  OIC [16-18 Oktober 2003], dan berbagai mesyuarat lain di peringkat
Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC.

8. mengadakan Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar OIC Mengenai Timur   Tengah  
pada   bulan   April   2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq. 

Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai Delegasi OIC Peringkat Menterii  


menggesa   Kuartet   mengambil   langkah   segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

K-15
terdiri daripada Algeria, Argentina, Brazil, Chile, Egypt, India, Indonesia, Jamaica, Kenya,
Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe.

Objektif Penubuhan 
K-15 diwujudkan untuk memupuk lebih kesefahaman dan faedah kerjasama di antara negara
membangun terutama sekali dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi.

PBB

Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.

Objektif Penubuhan 
menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh
campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.

mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Untuk itu, kerjasama dalam pelbagai
bidang adalah diperlukan.

PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia, iaitu

1. Perhimpunan Agung PBB


2. Majlis Keselamatan

Untuk melaksanakan agenda PBB beberapa sekretariat ditubuhkan seperti:

a. WHO;
b. ILO;
c. UNESCO;
d. IMF;
e. UNPROFOR;
f. UNISOM;
g. UNCTAD.

Penglibatan Malaysia dalam PBB

1. memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu


pembangunan dunia.
2. menjadi pemimpin ICDATT, membanteras penyalahgunaan dadah.
3. terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di
Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).

Kerjasama Selatan-Selatan (KSS)

Tujuan Ditubuhkan 

KSS ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi negara-negara


membangun dan mengelakkan tekanan daripada negara-negara maju seperti AmerikaSyarikat,
Jepun dan Britain.

Tekanan negara maju biasanya dalam penguasaan pasaran terhadap bahan-bahan mentah dari
negara membangun

Oleh itu, bahan mentah negara membangun sukar menembusi   pasaran luar.

Dalam hal ini, negara maju akan membelinya dengan harga yang   murah dan fenomena ini jika
dibiarkan akan menyebabkan negara membangun semakin miskin.

Keadaan ini juga menyebabkan negara membangun terpaksa berhutang dengan negara maju
yang mengenakan syarat yang membebankan negara membangun.

Penubuhan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1981 di Zimbabwe.

Antara resolusi yang dikemukakan bagi penubuhan KSS ialah:

1. Memperbaiki keadaan ekonomi negara membangun.


2. Mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah yang disebabkan tekanan
negara maju.
3. Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun.
4. Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukakan syor untuk
mengelakkan tekanan negara maju.
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)

ditubuhkan pada 1989 adalah disebabkan peningkatan ketidak bergantungan diantara ekonomi
negara-negara Asia-Pasifik dan menggambarkan anggaran separuh daripada perdagangan
dunia.

Malaysia berperanan menjadi pengerusi kepada mesyuarat dan aktiviti APEC pada tahun 1998.

Objektif Penubuhan

1. Bertujuan untuk mengekal dan mengawal peningkatan ekonomi di rantau ini dan dunia;

2. Meningkatkan matlamat positif dengan mengalakkan pengairan barang, perkhidmatan,


modal dan teknologi;

3. Membangunkan dan menguatkan sistem perdagangan terbuka pelbagai hala;

4. Mengurangkan sekatan; dan

5. Menyelaraskan perdagangan barang dan perkhidmatan dengan prinsip ‘General


Agreement on Tariff and Trades (GATT)‘.

Tiga kekuatan APEC adalah liberalisasi perdagangan dan pelaburan; kemudahan perdagangan
dan pelaburan; dan kerjasama ekonomi dan teknikal.

NAM

“the Non-Aligned Movement”, yang juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara


Berkecuali,

diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,
Yogoslavia.
Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua
kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu.

Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat atau
Blok Timur. Dalam hal ini, NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan,
keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam
hal-ehwal negara lain.

Peranan Malaysia dalam NAM 


Menjadi pengerusi NAM. Melalui pertubuhan ini ia berperanan untuk memberikan kepimpinan
yang jitu bagi mewakili negara-negara anggotanya yang majoritinya adalah negara  –  negara 
membangun untuk terus  bersuara;  dan mengambil langkah-langkah yang praktikal serta
berkesan kearah mengekalkan   keamanan   dunia,   dengan mempromosikan  keamanan 
melalui  platform-platform politikal, melalui pendekatan diplomasi pelbagai hala  
(multilateralism), terutamanya; melalui badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB. Malaysia juga berperanan memberikan tumpuan
kepada isu-isu seperti ekonomi dan perdagangan, Kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan
dan pembasmian kemiskinan serta  pembangunan  sosial  dan  kemanusiaan  yang  bersifat 
sejagat  serta  isu-isu  yang berkepentingan kepada NAM.

Mengapa Malaysia sebagai Pengerusi NAM?

1. Keupayaan Malaysia di dalam memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang
mempersoalkan keberkesanan NAM setelah berakhirnya Perang Dingin;

2. Kebolehan Malaysia untuk merangsang perpaduan serta penyatuan sesama negara-


negara anggota dalam keadaan dimana mereka menghadapi tekanan daripada negara-
negara maju yang lebih berkuasa dan berpengaruh;

3. Keberkesanan Malaysia di dalam mempromosi serta menguatkan lagi mekanisma


diplomasi pelbagai hala bagi menghadapi kecenderungan ke arah penyelesaian secara
unilateral oleh kuasa-kuasa besar, seperti Amerika Syarikat; dan

4. Keupayaan untuk menyuarakan dan mempromosikan kepentingan negara-negara


sedang membangun dalam aspek-aspek hubungan antarabangsa khususnya dalam
bidang politik, ekonomi, perdagangan dan sosial.
5. Keupayaan  Malaysia  memperkenalkan  Pelancaran  “Portal  e-Sekretariat  NAM” pada 
Mac  2004  yang  bertindak  sebagai  pengkalan  data  kepada kesemua isu berhubung
NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta koordinasi mempercepatkan proses 
membuat  keputusan  dan  merapatkan  jurang  perbezaan digital serta perpaduan di
antara negara anggota NAM. Inisiatif ini diambil kerana kita  sedar bahawa  ICT 
memainkan  peranan  penting di dalam pembangunan ekonomi terutama sekali di
dalam konteks globalisasi, dimana kebanyakan negara anggota NAM agak terkebelakang
di dalam bidang tersebut.

6. Penganjuran   Mesyuarat   Khas   Peringkat   Menteri   NAM   Mengenai   Palestin   di


Putrajaya  pada  13  Mei  2004,  sebagai  reaksi  segera  kepada  pergolakan yang
meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan Mesyuarat Peringkat Menteri NAM
mengenai Palestin di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004 baru-baru ini. Pada
mesyuarat tersebut, persetujuan telah dicapai keatas deraf Pernyataan mengenai
Palestin yang kemudiannya digabungkan ke dalam Dokumen Muktamad.

Anda mungkin juga menyukai