Anda di halaman 1dari 12

Maklumat sekolah

Misi Sekolah Kebangsaan Seri Kundang

 Melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik,


kokurikulum, berakhlak mulia, bersikap penyayang,
bertanggungjawab, amanah, berketerampilan dan celik IT agar
berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Visi Sekolah Kebangsaan Seri Kundang

Cemerlang dari segi :

 Kepimpinan dan pengurusan pentadbiran


 Budaya kerja berpasukan
 Akademik
 Kokurikulum
 Disiplin
 Pengurusan diri, akhlak, rohani dan jasmani
 Fizikal sekolah dan persekitaran
Budaya Sekolah

 Bekerja sebagai satu pasukan


 Menepati masa
 Jujur, amanah dan bertanggungjawab
 Tiada ungkapan ”TIDAK BOLEH” sebelum membaca
 Sedia berkhidmat pada bila-bila masa
 Bersikap ”PENYAYANG” terhadap murid dan sekolah
 Sentiasa usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah

Budaya Sekolah

Piagam Sekolah

Bahawa semua guru, kakitangan dan ibu bapa murid SK Seri


Kundang dengan penuh tanggungjawab merancang, melaksana dan berusaha
sedaya upaya bagi memaju dan mencemerlangkan semua murid dalam
akademik, kokurikulum dan sahsiah. Oleh yang demikian, sekolah ini
mempunyai piagam pelanggan yang jitu dan teguh seperti berikut :
 Kami berusaha untuk memberi layanan dan perkhidmatan yang
terbaik dan mesra
 Kami juga ingin mendidik anak didik kami dengan bersungguh-
sungguh selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan :

”PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran, kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara ”.

PERATURAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH

PERKARA 1 : MASA PERSEKOLAHAN

1.1 SESI PAGI


a. Hari Isnin-Khamis - 7.40 pagi hingga 1.00 t/hari
b. Hari Jumaat - 7.40 pagi hingga 12.00 t/hari

1.2 SESI PETANG


a. Hari Isnin-Khamis - 1.10 t/hari hingga 6.30 petang
b. Hari Jumaat - 1.10 t/hari hingga 6.00 petang

1.3 WAKTU REHAT


SESI PAGI
a. Tahun 1 dan 2 - 10.10 pagi hingga 10.30 pagi
b. Tahun 5 dan 6 - 10.40 pagi hingga 11.00 pagi

SESI PETANG
a. Tahun 3 dan 4 - 3.40 petang hingga 4.00 petang
Peraturan Semasa Rehat

 Semua murid hendaklah keluar dari kelas.


 Murid yang tinggal dalm kelas tanpa kebenaran guru akan dikenakan
tindakan tata tertib.
 Makan dan minum hendaklah di kantin sahaja.
 Apabila loceng tamat rehat dibunyikan, semua murid hendaklah segera
berbaris di hadapan kelas masing-masing dengan arahan guru.

PERKARA 2 : KEDATANGAN

2.1 Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya :-


 Pada semua hari persekolahan
 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
 Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum

2.2 Murid yang tidak dapat hadir hendaklah mengemukakan surat akuan
doktor atau surat keterangan daripada ibubapa/penjaga. Tanpa
maklumat tersebut murid dianggap ponteng.

2.3 Murid yang hadir lewat akan dicatat namanya. Jika sebab kelewatan
disengajakan atau cuai, murid berkenaan akan dikenakan tindakan
disiplin.

2.4 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut


akan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga secara bertulis. Jika pihak
sekolah tidak menerima jawapan daripada ibubapa/penjaga, tindakan-
tindakan berikut akan diambil :

 Tidak hadir pada 3 hari pertama, surat makluman akan dihantar.


 Tidak hadir selama 3 hari berikutnya, surat amaran pertama
dihantar.
 Tidak hadir 7 hari berikutnya, surat amaran kedua dihantar.
 Tidak hadir selama 7 hari berikutnya, surat tindakan memotong
nama murid dihantar kepada ibubapa/penjaga. Salinan surat akan
dihantar kepada ibubapa/penjaga. Salinan surat akan dihantar
kepada Bahagian Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Selangor
dan Pegawai Pendidikan Daerah Gombak.
Sebarang rayuan untuk bersekolah semula dirujuk kepada Jabatan
Pendidikan Selangor.

PERKARA 3 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian Seragam Sekolah yang lengkap, bersih, kemas, berlencana


dan mempunyai Tanda Nama (Name Tag) hendaklah dipakai pada tiap-tiap
hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan-
lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah
dari rumah ke sekolah sehingga balik ke rumah. Murid-murid yang tidak
berpakaian sekolah lengkap akan dicatat dan boleh dikenakan tindakan
disiplin.

3.1 Pakaian Murid Lelaki


 Seluar bagi murid lelaki ialah seluar panjang warna biru tua. Murid
yang bukan beragama Islam boleh memakai seluar pendek warna
yang sama.
 Sekiranya bertali pinggang, mestilah jenis yang tidak berkepala
besar dan
berhias. Tali pinggang tidak melebihi 1% inci atau 3.75 cm dan
warnanya hitam, biru atau coklat.
 Baju berwarna putih dan berlengan pendek.
 Kasut canvas dan stokin kaki berwarna putih.
 Pada hari jumaat murid lelaki dibenarkan memakai baju melayu
berwarna putih lengkap dengan sampin dan songkok hitam.
3.2 Pakaian Murid Perempuan
 Murid perempuan yang beragama Islam dikehendaki memakai
baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.
 Manakala bagi yang bukan beragama Islam hendaklah memakai
Pinafore Tunik berwarna biru tua dan labuhnya hingga ke lutut.
Blause adalah berwarna putih dan berlengan pendek.
 Tudung digalakkan kepada murid perempuan yang beragama Islam
dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan
berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid yang
memakainya.
 Kasut canvas dan sarung kaki putih.

3.3 Pakaian Seragam Pengawas Sekolah


 Pakaian seragam pengawas lelaki ialah seluar panjang berwarna
biru tua, baju lengan pendek berwarna biru muda dan tali leher
berwarna sama.
 Pakaian seragam pengawas sekolah yang beragama Islam ialah
baju kurung berwarna biru muda, kain berwarna biru tua dan
tudung berwarna biru tua.
 Bagi yang bukan Islam pula ialah Pinafore Tunik berwarna biru tua
labuh sampai ke lutut dan blause biru muda berlengan pendek.

3.4 Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani


 Semua murid hendaklah memakai baju T-Shirt sekolah dan seluar
track bottom berwarna biru tua. Murid perempuan tidak
dibenarkan memakai seluar pendek.
 Kasut hendaklah jenis canvas berwarna putih dan sarung kaki juga
berwarna putih.

3.5 Tanda Nama dan Lencana Sekolah


 Pemakaian tanda nama boleh melahirkan tanda sayang, hormat
menghormati dan kemesraan di kalangan murid, guru dan
kakitangan.
 Lencana sekolah hendaklah dilekatkan di sebelah atas kocek baju
kiri. Tanda nama hendaklah dipakai di sebelah atau atas lencana
sekolah.

3.6 Pakaian Yang Dilarang Dipakai Semasa Persekolahan


 Barang kemas, alat solek, jam tangan yang berwarna-warni,
selipar, pakaian berfesyen dan pakaian yang berlapis-lapis yang
boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan pelajar.

PERKARA 4 : KEKEMASAN DIRI

4.1 Rambut Murid Lelaki


 Pendek dan gunakan krim rambut supaya sentiasa kelihatan kemas.
 Tidak dibenarkan mewarna rambut dan memakai rambut palsu.

4.2 Rambut Murid Perempuan


 Rambut pendek – tidak boleh mencecah bahu
 Rambut pendek – diikat
 Tidak dibenarkan mewarna rambut dan memakai rambut palsu.

4.3 Kuku
 Dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya.

PERKARA 5 : KESELAMATAN MURID

 Utamakan keselamatan diri semasa dalam perjalanan ke sekolah dan


semasa perjalanan pulang ke rumah.
 Dilarang berlari-lari atau berkejar-kejaran di kawasan sekolah.
 Jangan membeli makanan di luar.
 Ibubapa atau penjaga hendaklah memaklumkan pihak sekolah sekiranya
anak/jagaan menghidap penyakit bahaya.

PERKARA 6 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

1. Kelas
 Memelihara kebersihan dan keceriaan kelas
 Peralatan dan keperluan di dalam kelas hendaklah dijaga
 Pastikan kelas bersih dan kemas sebelum pulang
 Sediakan senarai semak kebersihan

2. Kawasan Sekolah
 Menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
 Pungut sampah sarap dan kemas sebelum pulang
 Dilarang meludah merata-rata
 Dilarang memetik bunga yang sedang kembang

3. Tandas
 Menggunakan tandas dengan betul dan bersih
 Dilarang membuang benda di dalam lubang tandas
 Dilarang membasuh dan membuang minyak, sisa makanan di
dalam tandas.
 Dilarang menconteng tandas
 Jimatkan air
 Tidak dibenarkan menceroboh tandas guru.

4. Papan Kenyataan
 Sentiasa membaca maklumat yang dipaparkan
 Tidak dibenarkan menyentuh atau meminda berita

5. Pondok dan Sudut Bacaan


 Susun semula bahan bacaan
 Tidak dibenarkan mengambil bahan bacaan
PERKARA 7 : KAWASAN LARANGAN

 Tidak dibenarkan masuk ke tempat-tempat atau bilik-bilik tertentu


kecuali dengan kebenaran.

PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN

 Murid hendaklah menghormati dan mengenal guru dan kakitangan


sekolah
 Ucapkan salam
 Menjaga tingkahlaku, tutur kata dan budi bahasa yang baik
 Menjaga nama baik guru dan kakitangan sekolah.

PERKARA 9 : PERHIMPUNAN KHAS (ISNIN) / AKTIVITI


KOKURIKULUM

 Semua murid diwajibkan hadir dan berbaris mengikut kelas dan jantina.
 Semua murid diwajibkan hadir setiap aktiviti kokurikulum samada kelab,
persatuan dan unit beruniform.

PERKARA 10: KEBENARAN KELUAR KELAS

 Menggunakan pas keluar (1 pas hanya untuk seorang murid sahaja ).

PERKARA 11: KEBENARAN KELUAR SEMASA PERSEKOLAHAN

 Hanya ibubapa/penjaga dan saudara mara sahaja yang dibenarkan


mengambil murid semasa persekolahan.

PERKARA 12 : PERTUKARAN SEKOLAH


 Ibubapa sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran murid dengan
menggunakan borang khas.

PERKARA 13 : YURAN/BAYARAN BUKU KERJA

 Yuran dan bayaran mestilah dijelaskan mengikut tarikh yang telah


ditetapkan

PERKARA 14 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS/PEPERIKSAAN

 Warganegara Malaysia dan berkelayakan sahaja


 Semua pelajar diwajibkan menghadiri ujian/peperiksaan

PEKARA 15 : BUKU KERJA / BUKU RAMPAIAN


 Buku mestilah besih dan tidak koyak

PERKARA 16 : KERJA RUMAH / KELAS TAMBAHAN

 Siapkan semua kerja rumah yang diberi


 Diwajibkan hadir pada setiap kelas tambahan

PERKARA 17 : PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

 Wajib mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan

PERKARA 18 : PERATURAN PERPUSTAKAAN / BILIK


TAYANGAN

 Tidak dibenarkan membawa beg sekolah dan makanan


 Tidak dibenarkan membuat bising
 Pastikan perpustakaan dan bilik tayangan dalam keadaan bersih

PERKARA 19 : MURID DEMAM / SAKIT


 Memaklumkan kepada guru kelas atau guru yang bertugas harian
 Ibubapa sahaja yang dibenarkan mengambil murid yang sakit
 Serahkan surat sakit kepada pihak sekolah

LAMPIRAN
GAMBAR SEKOLAH DAN PERSEKITARANNYA

Pemandangan dari luar

Kantin
Surau Bilik darjah

Perpustakaan

Bilik guru

Anda mungkin juga menyukai