Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TAHUN SATU

TARIKH 25 OGOS 2008


MASA 11.45 PAGI – 12.45 TGH ( I JAM ; 2 MASA)
TAHUN 1 CEMERLANG
BIL MURID 32 / 32 ORANG
BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
KEGIATAN MENGHASILKAN TOPENG MUKA BERBENTUK BADUT
TAJUK TOPENG BADUT
KONSEP UTAMA MENGGUNTING DAN MENAMPAL
OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-
a) IMPLISIT
1. Menggunakan hasil karya untuk tujuan
yang lebih bermakna.
b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan topeng badut
menggunakan teknik gunting dan tampal (kolaj)
2. Menghasilkan alat permainan mudah.
c) ESTETIKA
1. Menghargai hasil kerja tangan sendiri.
2. Menghargai elemen asas seni reka iaitu
rupa dan warna. Dari segi prinsip seni reka pula
adalah penegasan.
PENGETAHUAN Murid pernah melihat badut pada majlis ulang tahun kelahiran
SEDIA ADA atau di kaca televisyen.
PERSEDIAAN 1. Kertas warna
MURID 2. Pinggan kertas
3. Fiber
4. Gunting
5. Gam
6. Gelung getah atau tali
BAHAN BANTU 1. Boneka badut
MENGAJAR 2. Contoh topeng badut yang telah siap
(BBM) 3. Radio & CD lagu KBSR
4. Komputer riba
5. LCD
BAHAN BANTU Kertas pelbagai warna yang sudah siap dilukis dengan mata,
BELAJAR hidung, mulut dan topi badut.
(BBB)
KBKK Murid dapat menjana idea dalam penghasilan topeng badut
NILAI 1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan
berhati-hati
2. Mengutamakan keselamatan ketika
mengendalikan alatan tajam.

PERKARA BUTIRAN KEGIATAN P&P CATATAN


SET INDUKSI 1. Murid melihat tayangan * BBM –
(5 MINIT) gambar tentang sambutan ulang Komputer riba
tahun kelahiran yang dimeriahkan dan LCD
dengan kehadiran badut.
2. Murid menjawab beberapa * KBKK -
soalan yang diberikan guru menjana idea
berdasarkan tayangan gambar yang
dipertontonkan
S a) Siapakah orang yang mempunyai
rambut berwarna-warni itu?
J a) Badut
S b) Apakah yang dipakai di
kepalanya?
J b) Topi
S c) Nyatakan warna-warna yang dapat
dilihat pada badut itu
J c) Merah, biru, kuning, ungu, jingga,
hijau, hitam

PERKEMBANGAN 1. Murid mendengar penerangan * Strategi


(40 MINIT) daripada guru tentang apa yang pembelajaran
perlu dilakukan terlebih dahulu. - demonstrasi
2. Murid menghasilkan topeng * Murid
badut dengan menggunting bentuk- menjalankan
bentuk dari kertas warna dan aktiviti diiringi
menampalkannya mengikut arahan dengan alunan
guru satu persatu dan langkah demi muzik KBSR
langkah.
3. Murid diingatkan supaya * Nilai -
berhati-hati ketika menggunakan Menitikberatkan
gunting:- keselamatan
 Jangan bergurau ketika
gunting ada di tangan
 Jangan berlari ketika
gunting ada di tangan

* BBM - carta
Langkah-langkah menghasilkan topeng aliran proses
badut cara membuat
topeng badut

1. Sediakan sekeping pinggan kertas berwarna


putih

2. Gunting setiap bentuk mata, hidung, mulut


dan topi dan lekatkan satu persatu pada
permukaan pinggan kertas tersebut.
3. Setelah itu, tampal fiber sebagai rambut
badut. Akhir sekali tampal topi di atas fiber
tersebut.

4. Inilah hasil topeng badut yang telah siap.

KEMUNCAK 1. Murid membuat sesi apresiasi * Strategi


(10 MINIT) terhadap hasil karya rakan mereka. pembelajaran -
3 karya terbaik, 3 karya sederhana Belajar cara
dan 3 karya kurang baik dipilih untuk belajar dalam
diberi kritikan membina supaya memberi
murid yang lemah dapat kritikan dan
memperbaiki kelemahan dan komen.
mempertingkatkan mutu kerja
mereka di masa akan datang. * KBKK -
2. Murid yang menghasilkan Membanding
karya yang baik akan diberi pujian beza
dan karyanya ditampal di sudut seni.
3. Sesi apresiasi ini dapat
memupuk sikap bersaing secara
sihat di kalangan murid supaya
mereka menghasilkan karya yang
lebih baik pada masa akan datang.
PENUTUP 1. Murid memakai topeng hasil
(5 MINIT) kerja masing-masing. Ini bertujuan
supaya mereka merasa bangga
dengan hasil kerja sendiri.
2. Di samping itu guru * KBKK -
bertanyakan beberapa soalan untuk Menjana idea
mengukuhkan lagi kefahaman murid. dalam memberi
S a) Di manakah kita dapat melihat buah fikiran dan
badut selain daripada majlis ulang idea
tahun kelahiran?
J a) Sarkas, karnival dan pusat
membeli-belah
S b) Apakah panggilan badut di dalam
bahasa Inggeris?
J b) Clown

REFLEKSI
P&P pada hari ini berlaku di luar kelas. Saya telah memilih kantin sekolah
sebagai lokasi kerana terdapat meja dan kerusi yang memudahkan murid
untuk menghasilkan topeng mereka. Pada permulaannya, P&P berjalan
lancar namun 30 minit selepas itu keadaan menjadi tidak terkawal dan kelas
saya diganggu oleh murid-murid sesi petang. Saya terpaksa meminta
pertolongan pekerja kantin untuk mengawal keadaan.
P&P pada hari ini sangat mengujakan murid kerana ini adalah pertama kali
mereka menjalankan aktiviti seperti ini. Kesemua murid dapat menyiapkan
topeng pada masa yang telah ditetapkan. Namun saya telah melakukan satu
kesilapan apabila membenarkan murid memakai topeng masing-masing
kerana mereka terlalu teruja dan terus pulang dengan memakai topeng
tersebut. Disebabkan oleh ini saya tidak dapat mencatatkan markah mereka.
Sebagai penyelesaiannya, saya terpaksa menyuruh mereka membawa
kembali topeng tersebut pada kelas yang berikutnya.