Anda di halaman 1dari 13

Cerpen

MEMPIALA SAMPAH

Oleh : Cikgu Salleh

“PERKARA kedua yang ingin saya sampaikan ialah masalah kebersihan...”

Semua pelajar termasuk guru menarik nafas panjang ... seakan-akan mahu menelan

sesuatu yang amat pahit, wajah masing- masing berkerut macam kulit pokok getah tua

berkedut-kedut yang bakal ditebang untuk ditanam semula. Rasa tidak sanggup

mendengarkan masalah tersebut. Sudah jijik mendengarkan persoalan yang serupa .Sudah

diulang berkali-kali. Hari ini masih mahu disebut lagi tajuk itu, topik yang

serupa.Sesiapa pun di dewan itu hamil dengan kebosanan.

“ Sampah didapati bertaburan di kawasan kantin, di dalam bilik darjah, di gazebo,

di celah pokok-pokok bunga, di dalam parit, di depan pintu besar sekolah, malah hampir

setiap sudut di dalam wilayah sekolah ini dihuni sampah. Pagi dikutip, dibersihkan,

tengah harinya muncul lagi sampah, dikutip lagi, petang jam tiga sampah terjongol lagi.

Sungguh menyedihkan. Anda mestilah betul-betul memahami mengapa kita mesti

menjaga kebersihan. Jangan membuang sampah merata-rata. Jika ada pelawat datang

melihat-lihat kawasan sekolah kita, pasti akan membuat kita semua rasa malu kerana kita

tidak tahu menjaga kebersihan. Saya menyeru kepada para pelajar, marilah kita menjaga

kebersihan sekolah kita. Jangan buang sampah merata-rata.”

Ucapan itu adalah bicara yang entah kali ke berapa dilontarkankan oleh hampir

semua seratus sembilan orang guru yang bertugas pada setiap kali majlis perhimpunan

mingguan. Namun masalah sampah, masalah kebersihan kelas, kebersihan kantin,

kebersihan gazebo terus menjadi ‘lalang yang menyucuk mata’ di sekolah yang sudah

lebih seabad usianya itu.


“Saya sangat sensitif dengan perkara ini. Saya fikir kita mesti buat sesuatu untuk

mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah ini sepenuhnya.” Tuan Haji

Kamaruddin melahirkan harapannya kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat hari

itu.Pengetua itu sengaja tidak mahu memberikan apa-apa idea mahupun meminta para

guru sekolah Tun Seri Lanang itu melontarkan idea kerana idea sahaja tidak memberi

sebarang keputusan yang memberangsangkan. Sejak sepuluh tahun sekolah itu dibina

namun masalah sampah masih menjadi isu yang tak habis – habis sepanjang usia sekolah

itu dibina juga.Sekarang masa untuk bertindak.

“Yong Kiam Poh!!!”

“ Saya cikgu.” Sahut Kiam Poh selaku ketua kelas tingkatan 3 Bestari.

“Bersihkan kelas hari ini. Pengetua nak lihat semua kelas dalam keadaan bersih

menjelang tengah hari nanti.” Cikgu Amiruddin guru kelas tiga Bestari menurunkan

arahan pengetua kepada Yong Kiam Poh.

“ Kami dah bersihkan pagi tadi cikgu... masih lagi ada sampah... saya tak tahu

siapa yang buat cikgu” Yong Kiam Poh membela diri sekali gus menunjukkan bahawa

masalah sampah ini memang kena pada batang hidung Cikgu Amiruddin.Cikgu

Amiruddin tahu memang pelajar kelasnya rajin membersihkan sampah, namun pelajar

kelasnya juga rajin menghasilkan sampah.Mereka seolah-lah sebuah kilang maya tanpa

pekerja tetap, tetapi hasil sampahnya lumayan. Itulah masalahnya.Entah dari mana

datangnya sampah-sampah itu. Hampir setiap hari Cikgu Amiruddin melihat pekerja

sekolah melonggokkan berguni-guni plastik hitam yang dipenuhi dengan sampah untuk

disumbat ke dalam perut tong sampah besar di hujung padang sekolah. Yang akan

diangkut pula oleh lori sampah majlis daerah. Tiap-tiap hari.


Petang itu Cikgu Amiruddin mengumpulkan beberapa orang ahli jawatankuasa

kelas 3 Bestari. Sesuatu mesti dilakukan. Masalah sampah ini mesti diselesaikan. Situasi

ini jika dibiarkan boleh mengganggu pengajaran dan pemelajaran. Siapa yang sanggup

belajar dan mengajar dalam bilik darjah yang turut dihuni oleh sampah,sudah tentu tidak

selesa dan memualkan.Bagaimana nak mencapai kecemerlangan jika suasana belajar

yang tidak selesa dan kondusif. Namun bagi Cikgu Amirudin setiap masalah atau krisis

yang berlaku itu memberikan peluang untuk mencipta sesuatu yang baru. Mungkin

‘peluang’akan terhasil daripada masalah yang timbul ini.Cikgu Amirudin merangka-

rangka pelan tindakan dalam mindanya.

“Mari kita adakan sumbang saran untuk mengatasi masalah sampah ini. Kita

mulakan dengan Rezuan” Semua sepuluh biji mata lima orang ahli jawatan kuasa kelas 3

Bestari menuju kepada wajah Cikgu Amiruddin kemudian serentak mengarah ke wajah

Rezuan.

“Kita denda pelajar yang buang sampah merata-rata cikgu” Rezuan menjawab.

“ Siapa yang nak menangkap pelajar yang buang sampah itu ?” segera cadangan

Rezuan itu dilekehkan oleh Siti Rohana pelajar paling comel dalam mereka berlima.

Wajahnya mirip seorang penyanyi terkenal di tanah air. Rezuan terkedu.

“Rohana, jangan terlalu cepat memberi komen kepada cadangan itu, saya tidak

minta awak komen cadangan itu, saya minta kamu beri cadangan...” Cikgu Amiruddin

meredakan keadaan.

“ Kita adakan pertandingan kelas mana yang paling banyak mengutip sampah

diisytiharkan johan kebersihan mingguan cikgu.Lama-kelamaan habis sampah dikutip

kerana kelas tersebut ingin menang,” cadang Suresh. Setelah mata Cikgu Amiruddin
menatap wajah anak remaja yang hitam manis itu. Dua tiga biji jerawat bermukim di atas

pipi Suresh tidak sedikitpun mengganggu wajahnya seperti bintang filem hindustan.

“ Kita adakan pertandingan kebersihan, kita sediakan piala pusingan, setiap

minggu kelas yang menang akan diberi hadiah dan piala pusingan” Low Shi Ting

memberikan ideanya pula. Lima biji kepala yang hampir sama baya kelihatan

mengangguk-angguk.

Pelbagai idea diperoleh setelah selesai sesi brainstorming petang itu. Cikgu

Amiruddin tidak membuat sebarang keputusan. Dia mahu para pelajarnya sama-sama

menilai cadangan mana yang paling berkesan.Inilah masanya mereka menonjolkan

inovasi dan kreativiti mereak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Mereka perlu belajar

berfikir. Pelajar Malaysia kurang kemahiran berfikir kata Profesor Diraja Ungku Aziz

dalam suatu debat perdana siaran langsung di televisyen. Mereka mesti belajar cara

berfikir mengunakan alat-alat kemahiran berfikir seperti ambil kira semua faktor,ambil

kira pandangan orang lain,ambil kira kesan dan akibat, ambil kira kemungkinan lain dan

ambil kira, baik buruk dan yang menarik tentang sesuatu cadangan penyelesaian masalah.

Akhirnya.

“Setuju!!!” kedengaran suatu pekikan bergema menguasai blok K bangaunan

tempat mereka mengadakan perbincangan. Mereka telah mencapai kata sepakat. Cikgu

Amirudin bertindak sebagai fasilitator, menggerakkan minda dan merumuskan hasil

perbincangan mereka. Kini keputusan sudah dicapai, Zairul akan menuliskan segala butir

perbincangan kemudian dijadikan kertas cadangan untuk disampaikan kepada Tuan Haji

Kamaruddin secepat mungkin. Selaku setiausaha kelas 3 Bestari, Zairul perlu

menyiapkan segera tugasan itu. Yong Kiam Poh akan menghantar kertas cadangan
tersebut kepada Tuan Haji Kamaruddin. Siti Rohana, Suresh, Rezuan dan, Low Shi Ting

dan Zairul menunggu dengan penuh debaran memohon restu pengetua. Cikgu Amiruddin

sebenarnya yang lebih berdebar.

Pagi Isnin.Waktu rehat.

“Eh, engkau nampak apa yang aku nampak?” Cikgu Rosnah mengajukan soalan

kepada Cikgu Wahidah yang sedang mengelek buku ringkasan mengajarnya untuk

dihantar ke bilik pengetua.

“ Apa dia?”

“Itu... itu sekumpulan pelajar yang berbaju hijau ada tulisan di bahagian

belakangnya iaitu ‘MESTI BERSIH’.”

“Ya lah, budak mana pulak tu. Mereka buat apa?” Cikgu Wahidah bertanya

semula kepada Cikgu Rosnah.

“Eleh, si Amiruddin tulah yang pandai-pandai menubuhkan pasukan untuk

uruskan kebersihan sekolah ini. Dah sepuluh tahun sekolah kita ini menjadi planet

sampah, dah macam-macam usaha kita buat, tetapi masih gagal. Dia nak tunjuk belang

pulak.” Cikgu Rosnah menjuihkan bibir sambil mengerlingkan matanya untuk melihat

reaksi Cikgu Wahidah dengan harapan muncul frasa yang menyokong saranannya itu.

Sayang Cikgu Wahidah tidak memberi sebarang bahasa isyarat sama ada menyokong

Cikgu Rosnah atau menjadi pembangkangnya.

Para pelajar berbaju hijau simbol kesegaran alam sekitar itu telah menjangka

akan muncul pelbagai andaian, tohmahan, cacian dan sebagainya daripada pelajar lain.

Malah daripada kalangan cikgu sendiri. Walau bagaimanapun Cikgu Amiruddin telah

memberikan azimat kepada mereka supaya memekakkan telinga dan terus melakukan apa
yang mereka rancang. Jangan hiraukan segala cacian. Azimat itu mereka sematkan kejap-

kejap di dalam hati mereka. Niat suci mereka mahu menjadikan kelas mereka bersih,

sekolah mereka bersih, kawasan kantin sekolah mereka bersih, seluruh kawasan sekolah

mereka bersih.

“Hari ini hari promosi, skuad ‘MESTI BERSIH’ akan membersihkan semua

kelas dengan percuma.” Tertera baris perkataan pada iklan yang ditampal pada papan

kenyataaan sekolah. Skuad ‘MESTI BERSIH’ bertugas memastikan agar semua kelas

bersih. Jika mereka dapati ada kelas yang tidak bersih, mereka akan masuk dan

menguruskan kelas tersebut. Oleh sebab penghuni kelas yang tidak tahu menjaga

kebersihan , maka biar kami bersihkan. Mulai hari itu, hampir kesemua kelas di sekolah

Tun Seri Lanang bersih dan ceria malah berbau harum ciptaan bauan asli daripada

koleksi bungaan yang dibungkus dalam kain kasa digantung di penjuru papan hitam.

Perkhidmatan skuad”MESTI BERSIH” menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi.

Malah mereka amat gembira menjalankan tugas tersebut.

Kelas yang kotor akan dibersihkan, imbalannya kelas tersebut dikenakan bayaran.

Sekali bersih dengan sempurna, RM 10.00. Ada kelas yang tak sanggup membayar.

Maka, secara bermuafakat mereka membersihkan sendiri kelas mereka. Bimbang jika

skuad ‘MESTI BERSIH’ masuk mereka akan dikenakan bayaran. Kawasan gazebo pula

telah diberikan kepada pelajar tingkatan 3 Cemerlang untuk mengawasi dan menjaga

kebersihannya. Kawasan gazebo menjadi kawasan angkat bagi kelas 3 Cemerlang. Jika

didapati kawasan gazebo masih penuh dengan sampah, skuad ‘MESTI BERSIH’ akan

masuk, kelas 3 Cemerlang akan dikenakan bayaran. Kawasan kantin pula menjadi

kawasan angkat bagi kelas 3 Teladan, jika pada pandangan skuad “MESTI BERSIH”
kawasan kantin masih belum cukup bersih, maka kawasan kantin tersebut akan segera

dibersihkan, bayaran dikenakan kepada kelas 3 Teladan mengikut kadar yang tertentu.

Begitulah beberapa kawasan lain di dalam daerah sekolah Tun Seri Lanang pasti ada

yang menjadi kawasan angkat.

“Tahniah kepada pelajar kelas 3 Bestari. Anda semua telah menunjukkan suatu

sikap yang positif, sehingga kelas dan sekolah kita kelihatan ceria, Yong Kiam Poh kamu

adalah pemimpin yang berwawasan dan bijak merancang agar sesuatu projek itu berkesan

dan memberi manfaat kepada sekolah.” Tuan Haji Kamaruddin memberikan pujian dan

kata semangat kepada ketua skuad ‘MESTI BERSIH’ yang inovasinya menjadi

kenyataan.

“Terima kasih cikgu.” Yong Kiam Poh bersama-sama kawan-kawannya hampir

serentak mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua.Namun ada sepasang mata

yang memandang dengan penuh kebencian melihat peristiwa itu.Meluat sungguh dia

melihat Cikgu Amiruddin yang memantau segala perkembangan skuad bimbingannya itu

dari jauh.

Pagi itu, Cikgu Yunus mendapat aduan daripada pelajar kelas 2 Gemilang.

Raudah anak Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu mengadu dompet

duitnya yang berisi wang kutipan kelas 2 Gemilang telah hilang. Wang itu baru saja

dikutip, belum sempat diserahkan kepada guru kelasnya.

“Selepas skuad ‘MESTI BERSIH’ masuk, bersihkan kelas, saya dapati dompet

duit saya hilang.” Adu Raudah kepada Cikgu Yunus sambil teresak-esak.Matanya merah

berair malah menjangkit ke hujung hidungnya juga turut memerah. Dia bimbang benar
kerana jumlah wang kurang dua ringgit mencapai angka seratus. Di mana dia akan

mencari ganti. Cikgu Yunus mententeramkan Raudah.

“Siapa lagi, ini tentu skuad ‘MESTI BERSIH’ punya kerja. Selain menyapu

sampah, barang berharga dan wang juga disapu bersih.” Cikgu Rosnah menyampuk

perbualan Cikgu Yunus dengan Raudah. Cikgu Yunus tersentak. Raudah memandang ke

arah Cikgu Rosnah.

“Ya, mungkin sekali, sebab dompet saya kehilangan ketika selepas skuad itu

masuk. Tidak syak lagi”. Raudah menyokong acuman Cikgu Rosnah. Cikgu Rosnah

sejak dari awal lagi tidak berkenan dengan projek tersebut . Terutama kerana kelas 2

Terbilang yang dia menjadi guru kelasnya kerap benar ‘dilawati’ oleh skuad ‘MESTI

BERSIH’ itu. Sakit benar hatinya. Wang sakunya turut keluar kerana membayar

perkhidmatan oleh skuad “MESTI BERSIH”.

“Jangan menuduh sembarangan, kita siasat dulu, nanti saya sediakan laporan. Kita

siasat.” Cikgu Yunus yang berbadan gempal bermisai ala P.Ramlee itu menunjukkan

kewibawaannya. Cikgu Rosnah berlalu dengan pantas membawa muncungnya yang

panjang sedepa itu.

Cikgu Amiruddin gelisah benar. Idea penubuhan skuad yang kini semakin

cemerlang menjalankan tugasnya itu datang dari buah fikirannya bersama-sama

kumpulan Yong Kiam Poh. Kini namanya dan nama skuad itu sudah tercemar. Tuan Haji

Kamaruddin sudah menunjukkan laporan oleh Cikgu Yunus apa yang berlaku. Cikgu

Amiruddin bengang. Dia cuba untuk menyumbang cuaca penuh sinaran kepada sekolah,

gerhana pula pula yang berlaku. Berlaku pada anak Pengerusi PIBG pula itu. Mana dia
nak taruk mukanya. Cikgu Amiruddin menggosok-gosok dahinya berulang kali. Skuad

“MESTI BERSIH” sudah buat hal. Warga sekolah mula memandang negatif kepadanya.

“Kami buat kerja dengan jujur cikgu. Kami tak pernah sentuh barang milik

peribadi mana-mana pelajar.” Yong Kiam Poh bertegas mempertahankan kumpulannya.

“Jika cikgu dapati kami bersalah, kami rela meletakkan jawatan, biarlah sekolah

ini kembali seperti dahulu dengan kekotorannya.” Suresh melepaskan mop lantai yang

sedang dipegangnya.Lantai kelas yang licin berkilat dimopnya membalikkan pantulan

kekecewaannya.

Siti Rohana memandang sekeliling, ke sekitar kawasan sekolah yang sudah

menggondol anugerah 3 K, Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan sejak mereka

beroperasi. Dia sedih, air matanya jatuh tak dapat ditahan. Usaha murni kumpulannya

kini tercalar oleh peristiwa tersebut. Matanya berkaca-kaca, masih lagi memandang

beberapa sudut sekolah yang ceria itu. Tiba-tiba matanya merakam sesuatu.

“Dengan bangganya saya mengumumkan kepada semua warga sekolah Tun Seri

Lanang , sekolah kita telah mendapat johan dalam pertandingan 3 K Peringkat

Kebangsaan tahun ini.” Tuan Haji Kamaruddin membuat pengumuman rasmi keputusan

pertandingan 3K yang disertai oleh SMK Tun Seri Lanang dan 13 buah sekolah lain yang

mewakili tiap-tiap negeri ke peringkat kebangsaan..

“Dipersilakan Cikgu Amiruddin ketua bahagian keceriaan sekolah untuk

menerima piala pusingan yang telah saya ambil di Kuala Lumpur semalam, serta hadiah

wang tunai lima ribu ringgit.” Pengetua membuat pengumuman sambil meniru gaya

pengacara majlis anugerah juara lagu mengumumkan keputusan pertandingan. Dewan


sekolah gamat dengan sorakan para pelajar yang berjumlah seribu tiga ratus orang itu.

Mereka melompat-lompat kegembiraan.

“Saya minta maaf Cikgu Amir, saya yang bersalah,saya yang iri hati dengan

kebolehan dan kejayaan cikgu memimpin skuad “MESTI BERSIH”. Sayalah yang

mereka-reka cerita dompet Raudah yang hilang itu diambil oleh skuad ‘MESTI

BERSIH’, saya saya mengambil peluang untuk memalukan cikgu dan skuad MESTI

BERSIH . Maafkan saya cikgu,” Cikgu Rosnah meluahkan isi hatinya kepada Cikgu

Amiruddin.

“Saya malu kepada cikgu dan rakan-rakan kita di sekolah.”

Ketika pengumuman tentang kejayaan sekolah dalam 3 K Cikgu Amiruddin tiada

di sekolah, dia melawat Cikgu Rosnah yang terlantar di hospital kerana disyaki mengidap

demam denggi.Berita kejayaan mereka disampaikan menerusi SMS yang diterima

daripada Cikgu Yunus.

“Lain kali jaga kebersihan, bukan kawasan sekolah sahaja, malah kawasan rumah

juga, barulah nyamuk segan nak hinggap ditubuh kita.” Cikgu Amiruddin memberikan

“smash” yang tidak dapat diangkat lagi oleh Cikgu Rosnah.

“ Anugerah pemimpin syarikat koperasi terbaik peringkat negeri ialah Yong Kiam

Poh” tepukan bergema lagi. Yong Kiam Poh dipilih oleh sebuah badan penilai koperasi

sekolah-sekolah kerana kebolehan dan kreativiti Yong Kiam Poh memajukan sebuah

syarikat perkhidmatan pembersihan iaitu ‘MESTI BERSIH SENDIRIAN

BERHAD’.Usahanya menjadikan kelas ceria dan selesa membolehkan pelajar belajar

dengan seronok meraih segala ilmu ke puncak kecemerlangan.

“Anugerah Pelajar Contoh disandang oleh Siti Rohana binti Rahmat.”


Rohana dipilih kerana kejujurannya memulangkan semula dompet kepunyaan Raudah

yang dijumpai di sudut bacaan kelas 2 Terbilang. Ketika Raudah membaca buku di situ

dia meletakkan dompetnya sehingga tertimpa oleh buku-buku di situ.Siti Rohana

ternampak dompet itu ketika kumpulan mereka berbincang tentang tuduhan beberapa

pihak terhadap skuad ‘MESTI BERSIH’.

“Kepada semua warga sekolah mari kita mengucapkan tahniah kepada Cikgu

Amiruddin. Kita berterima kasih kepada beliau kerana usaha gigihnya berjaya

membersihkan kawasan sekolah. Kepada skuad “MESTI BERSIH” teruskan

kecemerlangan anda , pihak sekolah sentiasa menyokong aktiviti yang dilakukan semoga

sekolah kita menjadi piawai kepada sekolah-sekolah lain dalam bidang keceriaan. Saya

percaya inovasi kaedah membersihkan persekitaran sekolah idea skuad MESTI BERSIH

bakal menjana kecemerlangan dalam bidang akademik pula.” Tepukan bersemangat para

pelajar terus bergema menerjah ke luar dewan sekolah yang disimbahi cahaya benderang

mentari pagi yang membawa segunung harapan.Sampah-sampah yang dulunya

bermastautin di sudut sudut terpencil sekolah telah hanyut dilanda ombak piala

kecemerlangan.
Biodata Penulis

NAMA SALLEH BIN HASHIM

NAMA PENA CIKGU SALLEH


NO. KAD PENGENALAN 630912 01 5085
TARIKH LAHIR 12.09.1963
PEKERJAAN GURU (Guru Cemerlang BM)
ALAMAT PEJABAT SMK TUN MAMAT,

84900 TANGKAK, LEDANG,

JOHOR.
ALAMAT RUMAH 163, TAMAN TANGKAK JAYA 2,

84900 TANGKAK, LEDANG

JOHOR.
NO TELEFON BIMBIT 013 6449192
NO TELEFON PEJABAT 06 9781245
e- mel salleh.cikgu99@gmail.com
Gambar photo

PENGALAMAN MENULIS Cerpen pertama disiar menerusi Majalah

Dewan Siswa berjudul ‘Pemenang

Sebenar’, beberapa buah cerpen pernah

menghiasi majalah tanah air seperti

Majalah I ‘Nak Ikut’, juga pernah meraih

beberapa hadiah sagu hati dalam

pertandingan menulis cerpen seperti


Sayembara Penulisan Cerpen anjuran DBP

Wilayah Selatan berjudul ‘Asam Pedas,

Naga Sungai Muar’. Berminat dalam

bidang penulisan cerpen berunsur sains

fiksyen. Sedang menyiapkan novel

‘Hikayat Kekasih Alam’ Pernah mengikuti

bengkel penulisan cerpen oleh sifu cerpen

iaitu saudara Zaharah Nawawi. Penulis

lepasan Universiti Malaya ini sekarang

berkhidmat sebagai pendidik di SMK Tun

Mamat, Tangkak, Ledang, Johor.