Anda di halaman 1dari 20

(JXGA

6107)
METODOLOGI PENYELIDIKAN
KUANTITATIF

ISU: PEMBUANGAN BAYI

TAJUK: “Isu Buang Bayi “ Punca dan Penyelesaian : Satu Tinjauan

Remaja Bermasalah di Kuala Lumpur

Nama Pelajar: Mohd.Irwan Bin Mohd. Sazali


(JGA100020)

Norazila Binti Khamis (JGA100022)

1
Sesi:2010/2011

PENDAHULUAN:

Dewasa ini, kita dikejutkan dengan isu pembuangan bayi yang semakin liar

berlaku. Banyak berita tentang pembuangan bayi tersiar di dada-dada akhbar dan kaca

televisyen. Sungguh sadis melihat gejala ini semakin berleluasa merempuhi masyarakat

Malaysia khususnya. Banyak pihak menuding jari sesama sendiri sebab berlakunya

gejala ini. Namun, pada hakikatnya semua pihak terlibat dalam isu ini.

Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak

remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa

atau pahala. Malah ada di antara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan

belajar di kebanyakan institut pengajian tinggi yang memberikan pendidikan yang baik.

Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa

yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan

satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka

yang mementingkan diri sendiri.

Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah

tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan

yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup.

Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti

masjid dan tandas awam menjadi tempat di mana bayi-bayi malang ini ditemui. Kes

pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan
2
untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun

kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan,

namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga

tidak dapat di bendung lagi.

HIPOTESIS:

Kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibubapa menyebabkan remaja kini

terjebak dalam permasalahan seks luar nikah dan meningkatkan kes buang bayi di

Kuala Lumpur.

OBJEKTIF UMUM:

Objektif umum kajian ini adalah untuk membincangkan punca permasalahan isu buang

bayi dalam kalangan remaja bermasalah dan penyelesaiannya bagi membendung

masalah ini berlarutan.

OBJEKTIF KHUSUS:

• Menghuraikan definisi tentang remaja yang bermasalah berkaitan isu buang bayi

• Mengenalpasti punca-punca berlakunya isu buang bayi dalam kalangan remaja

yang bermasalah

3
• Membincangkan beberapa tindakan penyelesaian yang dapat membanteras isu

buang bayi dalam kalangan remaja

• Menentukan sama ada terdapat hubungan antara remaja bermasalah dengan isu

buang bayi dalam kalangan remaja di Kuala Lumpur

FOKUS KAJIAN:

Kajian ini dijalankan untuk melihat punca terjadinya isu buang bayi yang semakin

berleluasa dalam kalangan masyarakat masa kini, terutamanya golongan remaja.

Banyak kes buang bayi yang dikesan oleh pihak berkuasa melibatkan remaja yang

bermasalah dari segi latarbelakang kehidupan mereka. Justeru, berdasarkan kajian ini

lokasi Kuala Lumpur di pilih sebagai kajian kes ini kerana lokasi ini merupakan lokasi

yang semakin pesat membangun dengan pelbagai kemajuan dan kecanggihan. Hal ini

menyebabkan pelbagai unsur-unsur luar yang negatif mudah terserap masuk dalam

kalangan remaja di Kuala Lumpur. Dunia tanpa sempadan ini telah meletakkan

golongan remaja di Kuala Lumpur sebagai kelompok yang sangat bermasalah dari segi

moral dan akhlak mereka.

PERSOALAN KAJIAN:

Golongan remaja yang difahami secara umum ialah mereka yang berumur

antara 12 hingga 21 tahun. Golongan ini merupakan manusia yang sangat penting dan

perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat kerana golongan ini merupakan tonggak
4
harapan tamadun sesebuah bangsa. Justeru, remaja yang bermasalah dalam sesuatu

komuniti menjadi satu rujukan khas dalam mencari titik penyelidikan tentang isu buang

bayi yang terjadi. Remaja yang bermasalah boleh saja terdiri daripada kalangan remaja

yang cemerlang dari segi akademik tetapi tercorot dalam pengurusan sahsiah diri dan

moral. Ramai yang tersilap dengan persepsi bahawa pelajar yang cemerlang akademik

tidak perlu dipantau dari sudut sahsiah, ahkhlak dan moral kerana menyangka mereka

juga berjaya dalam pengurusan sahsiah diri.

Rentetan itu, masalah sosial yang melanda masyarakat bukan saja terkena

kepada orang dewasa tetapi melibatkan para remaja. Fakta yang diperolehi oleh

penyelidik menunjukkan semua jenis masalah remaja bertambah seiring dengan

pesatnya perkembangan industrialisasi dan urbanisasi (Ibrahim Mamat, 1997:23)

Masalah sosial ini wujud apabila remaja melakukan segala bentuk tingkahlaku yang

tidak sesuai, menyimpang dan melanggar norma-norma umum, adat resam dan

undang-undang yang terdapat dalam masyarakat; malahan ada yang sangat

bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan langsung tidak boleh diterima.

Masalah buang bayi merupakan salah satu masalah sosial yang semakin

membarah dalam masyarakat kini. Melihat bayi dibuang seperti sampah, ditinggalkan

di merata tempat, menggambarkan sifat manusia yang semakin kejam hingga sanggup

membunuh sedangkan al-Quran menegaskan tiada siapa yang boleh mencabut nyawa

sama ada dirinya atau orang lain.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila bayi perempuan yang ditanam

hidup-hidup di tanya. Apakah dosanya sehingga dia dibunuh?”

5
(Surah at-Takwir: ayat 8-9)

Permasalahan Kajian:

Rahimi Saad, berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah

bukan bermakna mereka tidak berilmu, tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang.

“Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin

membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival

(dijadikan makanan). “Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan

salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan,”

katanya1.

Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu

Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes

pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes

pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut

berjumlah 83 kes. Seterusnya, pada tahun 2009 pula menyaksikan 79 kes buang bayi

dilaporkan dengan 25 kes bayi lelaki dan 29 perempuan manakala 25 janin yang tidak

dikenalpasti jantina. Manakala daripada Januari 2010 sehingga Ogos 2010 sahaja

terdapat 65 kes pembuangan bayi.2

Menurut statistik rasmi lagi , sejumlah 472 kes buang bayi dilaporkan sejak 2005

sehinggalah ke Ogos 2010. Daripada jumlah tersebut, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd

Zinin mengatakan bahawa 214 bayi yang ditemui masih hidup manakala 258 lagi sudah

1
dipetik daripada Bernama pada 17 Mei 2010.
2
dipetik dari www.scribd.com pada 19 Ogos 2010 jam 10:30 p.m
6
meninggal.3 Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan

bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang

berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi

muda yang dihimpit dengan beberapa tekanan dan masalah disekeliling mereka tanpa

disedari mereka sendiri. Tekanan dan masalah disekeliling ini yang melahirkan generasi

yang bermasalah seterusnya menyumbang kepada golongan remaja yang cenderung

membuang bayi mereka sendiri tanpa rasa belas kasihan.

Golongan yang melakukan jenayah buang bayi ini pula rata-rata merupakan

golongan remaja yang masih mentah tentang resam kehidupan. Hal ini dibuktikan

dengan banyak kes-kes yang dipaparkan di dada akhbar melibatkan golongan remaja.

Berikut merupakan antara petikan-petikan kes yang melibatkan remaja sebagai pesalah

buang bayi:-

“Akibat menyembunyi dan menanam bayi lelaki yang baru dilahirkan pada
12 Mei lalu, seorang remaja, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari dihukum
penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.”
(Berita Harian:17 Jun 2010)

“Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang


baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret
mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini”
(BERNAMA: 18 Mei 2010)

“Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi


lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya.Yang mengejutkan, dia
adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19
tahun.”
(Utusan Melayu:17 Mei 2010)

3
Dipetik daripada akhbar Utusan Melayu pada 16 Ogos 2010 .
7
Pelbagai punca yang cuba diketengahkan oleh semua lapisan masyarakat dalam

menyalahkan sesama sendiri apabila isu buang bayi ini semakin menjadi-jadi. Datuk

Seri Najib Razak dalam reaksi kepada isu yang semakin serius ini menegaskan bahawa

kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pihak yang

terbabit dengan kes kejam ini. Beliau turut mengatakan bahawa punca sebenar

permasalahan ini adalah dari bidang pendidikan. Dan penyelesaiannya juga turut

membabitkan sektor tersebut. Bagaimanapun, Najib menyerahkan isu ini kepada pihak

polis dan Peguam Negara bagi menangani hukuman bagi pesalahlaku terbabit di

bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan

hukuman mati mandatori4.

Daripada menteri hinggalah kepada pelajar-pelajar sekolah, banyak pihak yang

memberikan respons terhadap isu ini dengan pelbagai bentuk cadangan dan

penyelesaian menurut akal masing-masing. Namun seperti biasa, cadangan yang

diberikan itu adalah lebih kepada bentuk ‘merawat’ daripada ‘mencegah’. Datuk Nik

Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang

Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang

bayi dan jenayah.5Justeru itu, kajian ini mencari dan mengkaji punca dan penyelesaian

yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini daripada berlarutan.

4
Dipetik daripada akhbar Utusan Melayu pada 25 Ogos 2010 .
5
Dipetik daripada akhbar Berita Harian pada 19 Ogos 2010
8
Latar belakang kajian:

Pelbagai pihak cuba mencari punca berlakunya gejala buang bayi ini dalam

kalangan remaja masa kini. Remaja yang tegar melakukan kesalahan buang bayi ini

kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang bermasalah dari segi salah laku

dan moral. Pelbagai teori juga yang diperdebatkan oleh ahli-ahli penyelidik terutamanya

ahli psikologi tentang unsur-unsur yang memperlihatkan banyak sebab penyimpangan

tingkah laku remaja.

Kehidupan remaja banyak terpengaruh oleh unsur-unsur yaang terdapat dalam

masyarakat. Unsur-unsur tradisi seperti keluarga, rakan sebaya, dan sekolah

memainkan peranan besar dalam perkembangan remaja menjadi sebahagian daripada

ahli masyarakat (Ibrahim Mamat, 1997: 31). Menurut Ibrahim Mamat (1997: 36) lagi,

daripada kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar, terdapat hubungan kait secara

langsung antara kemunculan salah laku remaja dengan unsur-unsur baru yang dibawa

masuk dari luar seperti perkembangan sains dan teknologi, urbanisasi, kemewahan dan

media massa.

Fornas (1995) menyatakan bahawa kajian tentang remaja telah bermula sejak

1904 oleh Stanley Hall’s On Adolescence. Banyak kajian telah dijalankan tentang

budaya di kalangan remaja dari pelbagai aspek. Kazuto Kojima (1986) dalam tulisannya

Youth and Television in Contemporary Japan – Analytical Framework, Background and

Characteristic pula menyatakan bahawa hubungan antara remaja dan televisyen adalah

satu subjek yang penting dalam kajian masyarakat kotemporari. Remaja merupakan

9
satu fasa perkembangan fizikal dan psikologi yang berlaku kepada semua manusia

dalam rentetan kehidupan.

Remaja juga merupakan satu kategori sosial, yang diperlihatkan dengan

institutsi social tertentu bermula dengan zaman kanak-kanak dan berakhir apabila tubuh

badan telah berhenti perkembangannya (Fornas, 1995). Ketika peringkat inilah

perasaan ingin mencuba dan ingin merasa sesuatu datang membuak-buak. Antaranya

ialah meniru dan mencuba apa yang ditayangkan di televisyen terutamanya perkara-

perkara yang mendatangkan keseronokan. Perasaan ini tidak salah, namun remaja

perlu bijak menapis perkara yang ditiru, sama ada mendatangkan kesan yang positif

atau negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media massa ke

atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah

surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat

memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup

yang tidak sihat seperti “black metal”, “punk”, dan sebagainya. Kesemua ini telah

menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan

Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan

tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri

televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan

rakyat negara ini terutama remaja dan belia. Jika rakyat Amerika menukar tabiat

mereka, kita meneladaninya.

10
Sebald (1997) menyatakan bahawa media massa moden mempunyai kuasa

mensosialisasi golongan muda. Antara media massa ini, televisyen mempunyai

pengaruh yang paling besar. Kajian longitudinal terhadap remaja (Gebner et. al., 1980;

Morgan, 1987; Morgan et. al., 1990) menunjukkan bahawa televisyen mempunyai

pengaruh bebas terhadap sikap bergantung kepada masa menonton (Gerbner, 1998).

Hasil kajian ini menunjukkan kepada kita bahawa kesan media bukanlah kecil dalam

kehidupan seharian. Rentetan itu, banyak aksi-aksi porno yang mengghairahkan telah

diikuti oleh para remaja masa kini setelah menonton televisyen.

Manual Latihan Fasilitator Prostar (2001) melaporkan 4.6% daripada seramai

1,900 pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur yang berumur antara 16 hingga 18

tahun telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian Remaja dan AIDS pada

tahun 1996 yang membabitkan 4,347 remaja berusia antara 13 hingga 25 tahun pula

mendapati 6% daripada sampel pernah terlibat dengan seks bebas. Angka ini pastinya

telah berganda pada tahun 2006 dan pastinya terus meningkat sekiranya tidak

dibendung secara bersama dari sekarang. Penjelasan kepada keadaan ini antara lain

ialah pendedahan media asing yang berleluasa kepada remaja. Kekangan ilmu agama

dan amalan menjadikan pengaruh ini lebih kuat daripada yang dijangkakan dan

menjadikan agama, budaya tradisi dan norma yang disanjung kian dilupakan.

Sikap-sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran remaja

dan peras ugut adalah antara sikap yang dipelajari daripada televisyen. Siri-siri seperti

detektif, peguam dan orang tahanan yang lari dari penjara, meninggalkan kesan ke atas

remaja dan kanak-kanak, khususnya kepada mereka yang mengalami masalah

psikologi. Kini didapati ramai penduduk negara ini khususnya di Lembah Klang yang
11
memiliki lebih daripada dua peti televisyen di rumah mereka dan ini membolehkan

remaja menonton televisyen tanpa dikawal ibu bapa. Bagaimanapun televisyen

bukanlah faktor tunggal ke arah keruntuhan moral kerana persekitaran dan keadaan

turut menyumbang kepada gejala itu.

Penyakit sosial buang bayi ini sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Ia

disebabkan oleh banyak faktor, antaranya adalah suasana persekitaran yang berubah

secara mendadak terutamanya dengan pengaruh media massa dan elektronik yang

saban hari memaparkan tentang eksploitasi terhadap wanita dan kebebasan remaja

yang keterlaluan yang banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang

baru meningkat remaja. Dengan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu

bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau pengaruh dari rakan sebaya ini semua

sebab terjadinya masalah sosial yang kian sukar dibendung lagi.

Faizah Abdul Rahim(1996/1997) menerusi kajian beliau Pembuangan Bayi Di

Kalangan Masyarakat Kini, Perbandingan Dengan Zaman Jahiliah. Pembuangan bayi

dalam masyarakat kini mempunyai perbezaan dengan Zaman Jahiliah. Zaman Jahiliah

merupakan zaman di mana manusia masih jahil dan tidak menerapkan nilai-nilai Islam

dalam kehidupan mereka. Mereka membuang bayi perempuan pada zaman Jahiliah

kerana mengganggap bayi perempuan menyusahkan dan membawa malang kepada

keluarga. Disebabkan persepsi negatif ini maka masyarakat Jahiliyah membuang bayi

mereka. Pembuangan bayi ini menjadi sebagai amalan kehidupan mereka. Walau

bagaimanapun, masyarakat zaman sekarang membuang bayi mereka kerana telah

melakukan kesalahan dengan mengandung sebelum tiba waktu yang sepatutnya. Ada

12
di antara mereka yang mengandung sebelum berkahwin menyebabkan mereka tiada

jalan lain selain membuang bayi tersebut.

Berlainan pula dengan Farhana Ab Manang (2009/2010) menerusi Kesalahan

Pembuangan Bayi Menurut Perspektif Islam Dan Undang-Undang membuktikan

bahawa pembuangan bayi ini merupakan sebuah kesalahan dalam perspektif Islam

malahan dari sudut perundangan negara. Kajian beliau ini, memfokuskan terhadap

definisi dan pandangan umum tentang kesalahan membuang bayi ini tanpa merujuk

pada peringkat umur. Beliau mengkaji tentang kesalahan yang dikira dari sudut agama

Islam apabila seseorang itu membuang bayinya. Membuang bayi merupakan kesalahan

yang berat dalam penguatkuasaan undang-undang.

Berdasarkan Masalah Pembuangan Bayi Di Lembah Kelang : Satu Tinjauan

Menurut Sosio-Perundangan Islam hasil penyelidikan Normaiza Abdul Rahim (1995)

memperlihatkan satu kajian kes yang melibatkan sebuah lokasi yang telah dipilih.

Pembuangan bayi menurut sosio-perundangan Islam merupakan satu kesalahan yang

perlu segera dibanteras agar kesucian dan kemurnian agama Islam tidak dicemari

dengan gejala ini.

Siti Hajar Abu Bakar Ah (2006) dalam bukunya yang bertajuk Kebajikan

Sosial:Aplikasi dalam Perkhidmatan Manusia membincangkan mengenai kepentingan

peranan institusi kebajikan sosial dalam mempengaruhi kesejahteraan hidup manusia.

Sebarang kelemahan daripada insitusi kebajikan ini akan memberi impak negatif

kepada sistem sosial masyarakat dalam negara ini. Setiap anggota masyarakat yang

terlibat dalam perkhidmatan kebajikan sosial harus melaksanakan tanggungjawab

13
mereka dengan penuh dedikasi serta masyarakat setempat harus memahami fungsi

sebenar badan kebajikan ini supaya masalah sosial seperti pembuangan bayi dapat

ditangani.

Christina S.C Lee dan Sharon E. Beatty (2002) dalam Journal of Consumer

Marketing telah membincangkan mengenai pengaruh membuat keputusan dalam

keluarga dan kesannya kepada remaja. Hal ini dibincangkan di bawah tajuk Family

Structure and Influence In Family Decision Making. Jurnal ini lebih menumpukan

kepada peranan mengikut jantina terutama peranan ibu dalam membuat keputusan

mendidik anak-anak. Menurut Lee dan Betty lagi, keputusan seorang anak juga perlu

diberi perhatian bagi mengelakkan anak tersebut merasa tidak dihargai dan melakukan

sesuatu di luar batasan sosial. Tambahan pula, terdapat sesetengah keluarga moden

yang lebih suka anak-anak mereka membuat keputusan tetapi tidak memberikan

bimbingan yang betul dalam memilih dan membuat keputusan yang tepat. Perkara ini

juga akan menjejaskan sesebuah institusi keluarga tersebut.

Punca dan penyelesaian dalam mengatasi masalah ini masih lagi tidak dikaji

oleh penyelidik-penyelidik lain. Perkaitan antara remaja yang bermasalah dengan gejala

ini juga menjadi tanda tanya sesetengah pihak yang semakin buntu dengan rencaman

ini. Remaja yang bermasalah yang lazimnya bercirikan demografi di bandar sering

menjadi rujukan mahupun telunjuk apabila isu buang bayi ini semakin melarat. Pelbagai

punca cuba di ketengahkan pihak-pihak tertentu, antaranya berpunca daripada latar

belakang keluarga, agama, media massa dan sebagainya lagi. Seiring dengan itu juga,

banyak langkah penyelesaian yang timbul berdasarkan punca yang wujud, antaranya

dari sudut pihak kerajaan, institusi pendidikan, keluarga dan sebagainya lagi.
14
KESIGNIFIKAN KAJIAN:

Kajian yang dilakukan ini mempunyai kepentingan yang cukup tinggi kepada

sosiobudaya masyarakat, agama dan negara. Seperti yang diketahui umum, kes buang

bayi di negara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, kajian yang

menyeluruh perlu dilakukan supaya langkah penyelesaian yang efektif dapat diperolehi.

Masalah buang bayi ini mampu meruntuhkan institusi keluarga, institusi masyarakat dan

institusi negara. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji akan menyentuh berkenaan

punca-punca terjadinya gejala buang bayi ini dan sekali gus memberikan langkah-

langkah penyelesaian yang dapat digunakan bagi mengatasi masalah ini. Oleh itu, hasil

kajian ini dapat memberi gambaran sebenar gejala yang dihadapi ini dan secara

langsung dapat mengatasi gejala ini hingga ke akar umbi.

METODOLOGI KAJIAN:

Sesebuah penyelidikan dan kajian yang mahu dilakukan mestilah melalui proses

metodologi kajian. Hal ini demikian kerana bagi memastikan sesuatu bidang ilmu yang

mahu dikaji tersebut tercapai dengan jayanya. Selain itu, metodologi kajian ini dilakukan

bagi memastikan kajian yang dihasilkan sistematik dan lebih bermanfaat dari pelbagai

segi. Kaedah kajian adalah kaedah bagaimana seorang pengkaji mendapatkan

maklumat yang bakal dianalisis dan dikaji dalam kajiannya. Perancangan awal perlu

dibuat sebelum melakukan kajian kerana banyak halangan dan cabaran yang akan

ditempuhi oleh pengkaji. Tambahan pula, perancangan yang teliti dan sistematik dapat
15
menjamin kualiti kajian yang baik dan kajian yang dilakukan dapat mencapai objektif

yang diingini.

Kaedah kepustakaan merupakaan satu kaedah yang paling kerap digunakan

oleh pengkaji dalam melakukan kajianini. Kaedah ini membantu pengkaji membuat

pemilihan tajuk dan teori serta hipotesis yang sesuai dengan kajian. Selain itu, kaedah

kepustakaan membantu pengkaji mendapatkan data yang diperlukan bagi membantu

kajian yang dilakukan. Kaedah kepustakaan bukan sahaja berbentuk buku tetapi

merangkumi pelbagai bahan lain antaranya ialah majalah, jurnal, latihan ilmiah, tesis,

rencana, artikel dan lain – lain. Selain itu, pencarian di OPAC di perpustakaan juga

merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk melihat kajian lepas yang

berkaitan dengan tajuk.

Pencarian ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bakal dianalisis dan

maklumat mengenai retorik,ucapan dan beberapa konsep yang berkaitan dengan tajuk

kajian. Hal ini demikian kerana bagi melancarkan kerja – kerja kajian supaya lebih

teratur dan sempurna. Lokasi yang dipilih oleh pengkaji adalah perpustakaan. Antara

perpustakaan yang menjadi pilihan pengkaji mendapatkan data ialah perpustakaan

Utama Universiti Malaya, perpustakaan Zaba, perpustakaan Akademi Pengajian

Melayu, Perpustakaan Muzium Negara, Perpustakaan Negara dan perpustakaan Awam

Negeri. Selain itu, pengkaji juga mendapatkan data di Arkib Negara.

Kaedah Kajian Lapangan juga digunakan oleh pengkaji dengan menggunakan

borang kaji soal selidik. Para responden terdiri daripada masyarakat di sekitar kuala

lumpur terutama remaja dan ibu bapa yang sesuai dengan peringkat kajian ini. Borang

16
kaji soal selidik yang dimuatkan dengan soalan-soalan yang ringkas dan tepat

digunakan sebagai satu kaedah pengumpulan data. Kemudian, data yang diperolehi

akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Hal ini demikian kerana

penggunaan perisian tersebut akan memudahkan kerja pengkaji dalam penganalisisan

data. Kaedah ini bersesuaian dengan kajian pengkaji yang bersifat kuantitatif.

Bibliografi

Abdul Rahman Md. Aroff. 1999.Pendidikan Moral : Teori Etika Dan Amalan Moral.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

17
Ahmad Azam Abdul Rahman. Media Massa Barat Dan Penghinaan Terhadap Islam.:
Bengkel Peranan Media Massa dan Sastera Untuk Pembangunan Ummah (28
Jan 2003 : Kuala Lumpur) : Paper 2 (6p.)

Ahmad Adnan Mohammad. 1986. Masalah Sosial Belia Bandar. Kuala Lumpur.

Akim Buntat. 1984. Masalah Sosial dan Latihan Dalam Perniagaan Orang Asli di
Malaysia. Kuala Lumpur.

Amran Kasimin. 1993. Masalah Sosial dan Hubungannya dengan Didikan Agama.
Kuala Lumpur : Dinie Publishers.

Arumugam. 2004. Pendidikan Moral : Tingkatan 5 : Buku Teks Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Bertens, K. (Kees), 1936-, (2003).Etika Dan Moral : Untuk Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Charles H. McCaghy et. al. 7th ed. 2003. Deviant Behavior : Crime, Conflict, And
Interest Groups. United States of America.

Christina K. C. Lee and Sharon E. Beatty. 2002. Family Structure and Influece In Family
Decision Making. Journal Of Consumer Marketing, Vol 19, No. 1. United States
of America.

Ibrahim Mamat. 1997. Memimpin Remaja Sekolah: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ishak Isjoni. 2002. Masalah Sosial Masyarakat. Indonesia : Unri Press.

18
Khoo Kay Khim. 1937. Masalah Sosial dan Politik di Malaysia : Kumpulan Esei
Mengenai Isu Semasa. Kuala Lumpur : Gateway Publishing House.

Laurence Steinberg. 1999. Adolescence, Fifth Edition. The McGraw-Hill Companies,


Inc.United States.
Mc Whirter. 1998. At – Risk Youth: A Comprehensive Response, Second Edition. The
Mc Whirters. California.

Mohamed Hatta Shaharom. 2003. Psikologi dan Kaunseling Remaja: Panduan Remaja
Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn
Bhd.

Nur Munirah Teoh Abdullah. 2002. Pendidikan Moral:Tingkatan 4 : buku teks. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahimin Affandi Abd. Rahim. Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia:Suatu
Tinjauan Dari Perspektif Islam .Jurnal Usuluddin. 1999: 10: 125-134.

Robiah Kulop. 2002. Panduan Membimbing Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Sayed Abd. Rahman Sayed Mohd. 1996. Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan
Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Pelbagai Pihak. Majalah Malaysiana. Kuala
Lumpur.

Siti Hajar Abu Bakar Ah. 2006. Kebajikan Sosial : Aplikasi Dalam Perkhidmatan
Manusia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Sumber dari Internet :

http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Media_massa_Malaysia Diambil pada 1 September


2010
19
http://ms.wikipedia.org/wiki/Black_Metal Diambil pada 15 September 2009

www.zappafly.com/kesan+budaya+barat+di+malaysia.html Diambil pada 16 September


2010

www.scribd.com/doc/.../Pengertian-Masalah-Sosial-Remaja diambil pada 18 September


2010

asnahhamid.blogspot.com/ diambil pada 18 September 2010

www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2079 diambil pada 20 September 2010

www.mbnk.org/download/masalah.pdf diambil pada 1 Oktober 2010

mutiaraislam.wordpress.com/.../masalah-sosial-di-kalangan-remaja-punca-dan-
penyelesaian/ - diambil pada 1 Oktober 2010

digg.com/news/offbeat/Masalah_Sosial_Remaja_Malaysia diambil pada 1 Oktober 2010

20