Anda di halaman 1dari 6

9 Ciri Unggulan,Suami Teladan

Ditulis oleh anonymous


Isnin, 14 September 2009 08:56 -

9 Ciri Unggulan,Suami Teladan

Islam telah menetapkan sistem yang syumul lagi lengkap, pada setiap urusan kehidupan,
sehingga mencakupi hal berkaitan kehidupan berumah-tangga. Kesyumulan Islam ini tidak
memungkinkan timbulnya sebarang pertikaian atau ketidak-puasan antara kedua belah pihak,
setelah Islam menyempurnakan antara kedua mereka segenap tanggung-jawab dan hak-hak
antara mereka. Meskipun timbul beberapa pergeseran atau salah faham dalam rumah-tangga,
itu bukan berpunca dari pincangnya manhaj yang telah dikemukakan oleh Islam, tapi kerana
kita sendiri yang gagal menerapkannya di dalam kehidupan yang sebenar. Untuk menjamin
kesejahteraan hidup berumahtangga, ada beberapa garis-panduan yang telah ditetapkan oleh
al-quran dan sunnah Rasulullah. Imam Al-Ghazali telah mengggariskan beberapa adab-adab
yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi ciri-ciri suami unggulan. Antaranya ialah seperti
berikut: 

1. MAJLIS PERKAHWINAN.... Antara adab pertama ialah si suami hendaklah mengadakan


majlis perkahwinan dengan adab-adab yang murni serta mengelakkan pembaziran yang tidak
diingini, sesuai dengan kemampuan yang ada. Rasulullah pernah bersabda di dalam riwayat
Tarmizi : Memberi makan pada hari yang pertama adalah wajib (wajib diadakan dan wajib
dihadiri) memberi makan pada hari yang ke dua adalah sunnah (suatu yang tidak ditegah, dan
hukum menghadirinya adalah sunnah) dan memberi makan pada hari yang ketiga adalah
sum'ah (riya' serta menunjuk-nunjuk) Wajibnya mengadakan jamuan dan menghadirinya pada
hari yang pertama adalah di sisi mereka yang berpendapat walimah atau mengadakan kenduri
perkahwinan itu wajib atau sunnah muakkad. (Sila lihat sunan Tarmizi) Demikian juga sunnat
mengisytiharkan perkahwinan, dan tiada salahnya bergembira dan berseronok dengan
nyanyian dan pukulan gendang, asalkan adab-adabnya terpelihara. Rasululullah bersabda:
Bezakan antara halal dan haram (maksudnya lelaki dan perempuan halal setelah berkahwin)
dengan suara (nyanyian yang diharuskan, zikir atau ucapan tahniah) dan pukulan gendang.
Demikian juga sabda Rasulullah: Isytiharkan perkahwinan, adakanlah di masjid dan pukullah
gendang. Demikianlah saranan Islam ketika mengadakan keramaian di hari perkahwinan.
Digesa agar mengisytiharkan perkahwinan kedua mempelai yang berkenaan, di samping
mengadakan jamuan makan dengan menjemput tetamu untuk berkunjung sekadar kemampuan
yang ada, serta jauhi pembaziran yang tidak diingini. Demikian juga tidak ditegahkan
mengadakan hiburan yang menepati kehendak agama serta terpelihara dari campur gaul yang
jauh dari adab sopan dan tatasusila.

1/6
9 Ciri Unggulan,Suami Teladan

Ditulis oleh anonymous


Isnin, 14 September 2009 08:56 -

2. BERAKHLAK BAIK TERHADAP ISTERI........ Islam menggesa si suami agar berurusan dan
bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum
wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran : Gaulilah
mereka dengan adab yang baik. Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama
isteri sekira si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan
rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Islam juga menegah suami
mengambil semula pemberian mahar yang telah diserahkan kepada isteri yang pertama,
sekiranya ia berhasrat mengahwini isteri yang kedua, sebagai satu penghormatan kepada
kaum wanita. Allah berfirman : Dan sesungguhnya mereka (isteri isteri kamu ) telah mengambil
perjanjian yang kuat dari kamu. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam adalah
teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan
memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun Baginda tidak pernah memukul
isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak
menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran, agar si isteri tidak mengulangi
kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan
memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah
memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan
ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk
mengubah tabiat buruknya. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam juga pernah menyatakan di
dalam hadis Baginda, agar kita berlemah lembut melayani wanita dan jangan mengasari
mereka : Wahai Anjasyah, perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang
adalah bekas kaca (wanita yang sifatnya lembut) Demikianlah Rasulullah mengumpamakan
kelembutan wanita. Sekiranya si suami tidak bijaksana nescaya, banyak kecelakaan yang tidak
diduga akan menimpa, bahkan sampai tahap runtuhnya rumah tangga.

3. MERA'IKAN PERASAAN ISTERI......... Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri


Baginda yang mulia dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra.
Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri, ketika berada di samping isteri.
Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri Baginda, meskipun Baginda
seorang pahlawan yang handal di medan jihad. Sememangnya wanita suka dimanjai dan
dibelai. Rasulullah menghendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat
dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah
diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri
Baginda Saidatina Aisyah, meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan
menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun Baginda masih ada kelapangan
untuk bermesra bersama isteri Baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika.
Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim : Mukmin yang paling sempurna ialah
yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya. Islam
menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan

2/6
9 Ciri Unggulan,Suami Teladan

Ditulis oleh anonymous


Isnin, 14 September 2009 08:56 -

berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan Baginda beradab
sopan bersama isteri Baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah
memberitahu bahawa segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga
diriwayatkan, ketika Baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit,
Baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui tuhannya. Demikianlah
adab Rasul bersama isteri Baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk
bertemu Tuhannya.

4. BERSEDERHANA PADA SIFAT CEMBURU (prihatin)........ Apa yang dimaksudkan dengan


cemburu di sini ialah keprihatinan melampau si suami terhadap tindak-tanduk isteri dan terlalu
mengawasi gerak langkahnya. Islam menegahkan keterlaluan dan melampau dalam menjejaki
tindak-tanduk isteri dan sentiasa menghidu segala kesilapan dan kepincangannya. Islam
menegah kita merisik-risik atau mengintip keaiban isteri, sehingga tertanam rasa buruk sangka
terhadap isteri dan terlalu mengorek rahsia yang tersembunyi. Saidina Ali pernah berkata :
Janganlah kamu terlalu cemburu terhadap isteri kamu sehingga melemparkan prasangka buruk
terhadapnya. Kita juga digesa menasihati isteri dengan penuh hikmah dengan tutur-kata yang
benar-benar berkesan. Jauhi sifat menengking dan mengherdik isteri; dan ini sememangnya
sifat yang sangat tercela. Ada dinyatakan pada khabar yang masyhur : Wanita ibarat tulang
rusuk yang bengkok, sekiranya kamu cuba untuk meluruskannya, nescaya ia akan patah.
Manakala sifat cemburu atau prihatin yang kena pada tempatnya adalah suatu yang terpuji dan
digesa oleh syara', seperti sentiasa prihatin mengawasi isterinya agar sentiasa menutup aurat,
menundukkan pandangan, menjaga batas pergaulan, menjaga kehormatan diri dan lain-lain
lagi. Rasulullah pernah bersabda : Sesungguhnya Allah bersifat cemburu dan mukmin juga
bersifat cemburu, Allah sangat cemburu (sensitif) jika seorang mukin itu mendatangi perkara
yang diharamkan-Nya.

5. BESEDERHANA MEMBERI NAFKAH....... Besederhana dalam memberi nafkah terhadap


isteri bermakna tidak terlalu bakhil dan tidak pula terlalu boros. Perkara yang paling baik ialah
yang pertengahan. Allah berfirman dalam al-quran pada surah Al-A'raf : 31, Wahai anak-anak
Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat
(atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu
melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

3/6
9 Ciri Unggulan,Suami Teladan

Ditulis oleh anonymous


Isnin, 14 September 2009 08:56 -

Demikianlah Islam mendidik para hambanya. Islam tidak menghalang fitrah hambanya yang
sukakan keindahan dan kecantikan, Islam tidak melarang memakai pakaian yang cantik
asalkan kita sanggup menjaga batas-batas yang digariskan oleh syara' dan tidak membazir.
Dan firman Allah dalam surah al-Isra' : 29, Dan janganlah engkau jadikan tanganmu
terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan
sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta
kering keputusan. Apa yang digesa oleh syara' ialah berpatutan dalam membelanjakan nafkah
sesuai dengan keperluan keluarga. 

6. MEMBERI PENDIDIKAN YANG SEMPURNA......... Si suami juga perlu memastikan si isteri


mendapat pendidikan yang sempurna, demi mengelakkan berlakunya kepincangan dalam
rumah tangga dan keretakan yang tidak diduga. Si isteri adalah orang yang paling rapat dengan
anak anak, berbanding suami yang sering keluar rumah untuk mencari rezeki dan nafkah
menanggung keluarga. Jika si isteri jahil dan tiada pengetahuan, bagaimana ia mampu untuk
mendidik anak-anak dengan didikan dan adab-adab yang sempurna. Ibulah orang yang paling
berkesan mendidik anak-anak semenjak kecil, bak kata pepatah : Melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Meskipun anak-anak boleh belajar di sekolah, namun berapa ramai guru yang
mampu melahirkan pelajar berakhlak melainkan sekadar memberi pengajaran secara teori. Ibu
pendidik sebenar anak-anak dan merekalah yang lebih akrab bersama anak-anak. Si isteri juga
perlu mengetahui hukum-hakam agama seperti bersuci, bagaimana melayan suami,
hukum-hakam sembahyang, berpuasa, zakat, haji, hak-hak jiran tetangga, anak anak yatim,
orang miskin dan lain-lain lagi. Si suami juga adalah orang yang paling bertanggung-jawab
menyelamatkan diri dan ahli keluarganya dari api neraka. 

7. BERADAB MENGGAULI ISTERI ...........Sebelum si suami menggauli isterinya (berjima')


Islam menyarankan agar dimulakan dengan membaca Bismillah… serta membaca surah
al-Ikhlas dan doa-doa yang lain. Demikian juga disunatkan melakukan hubungan suami isteri
pada malam Jumaat, sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa
sallam. Rasulullah juga menegah suami hanya mementingkan diri sendiri dalam melalakukan
hubungan seks sehingga mengabaikan kepuasan isteri, sebaiknya si suami bijaksana

4/6
9 Ciri Unggulan,Suami Teladan

Ditulis oleh anonymous


Isnin, 14 September 2009 08:56 -

membangkit syahwat isteri sehingga kedua-duanya bersama merasai puncak seks. Islam juga
menegah suami menggauli isteri ibarat haiwan, yang melampaui batas-batas kemanusiaan.
Demikianlah kehebatan Islam dalam mengatur kehidupan penganutnya sehingga perkara yang
menyangkut hubungan suami isteri turut dinyatakan garis panduannya, untuk menjamin
kebahagiaan hidup muslim. Islam juga menganjurkan si suami menggauli isteri selang empat
hari sekali dan inilah yang paling sederhana. Islam menegah suami mendatangi isteri ketika
haidh dan sebelum mandi hadas, kerana bahaya kotoran yang terkandung pada diri wanita,
yang tidak perlu dinyatakan di sini. Ahli sains telah mengakui darah kotoran tersebut boleh
mengakibatkan pelbagai penyakit kelamin. Selepas mengauli isteri disunatkan berwudhu
sebelum tidur dan juga sebelum makan. 

8. TIDAK MEMBOCORKAN RAHSIA ISTERI........ Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam


memuliakan rahsia kehidupan suami isteri, serta menghormati rahsia isteri dalam hubungannya
bersama suaminya. Diriwayat oleh Imam Ahmad dan Muslim, bahawa satu perbuatan yang
sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang
lain. Hubungan suami isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumah tangga yang perlu
dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. 

9. KESETIAAN .......Antara kemurniaan dalam kehidupan berumah-tangga ialah kesetiaan. Kita


boleh meneladani bagaimana kesetiaan Rasul terhadap Khadijah, meskipun Baginda telah
mengahwini Aisyah yang jauh lebih muda daripada Khadijah. Ketika seorang tua yang bernama
Juthamah Al-Muzaniah pernah datang menemui Rasul, Aisyah bertanya kepada Rasul
siapakah wanita tersebut, yang membuatkan Rasul menyambutnya sedemikian rupa. Rasul
menjawab : Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama Khadijah. Lantas Aisyah
berkata : Tiada wanita yang paling aku cemburui di kalangan wanita di alam maya ini melainkan
Saidatina Khadijah. Rasulullah sering mengingati Khadijah, sehingga Aisyah mengeluh dengan
berkata, seakan tiada wanita lain di dalam dunia ini melainkan Khadijah. Lantas Rasulullah
menjelaskan kepada Aisyah : Khadijah adalah wanita yang sangat mulia dan bijaksana. Dia
beriman denganku di saat semua manusia kufur denganku, ia membenarkan kata-kataku ketika
semua manusia mendustaiku, ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kafir menyekatku.

5/6
9 Ciri Unggulan,Suami Teladan

Ditulis oleh anonymous


Isnin, 14 September 2009 08:56 -

Rasulullah dikurniakan anak ketika bersama Khadijah, dan kesemua anak Rasulullah adalah
dari benih Khadijah. Rasulullah juga memperolehi segala-galanya bersama Khadijah dan
Baginda tidak mengahwini wanita lain,selama Baginda bersama Khadijah, kecuali setelah
Khadijah dijemput Tuhan, barulah Rasulullah mengahwini Saidatina Aisyah. Ini semualah yang
menyebabkan ingatan Rasul terhadap Khadijah terlalu kukuh, sehingga membuatkan Aisyah
merasa cemburu. Demikianlah Rasulullah menghargai ikatan yang pernah ditautkan bersama
Khadijah, selama sekitar 25 tahun hidup sebumbung dengannya serta mengingatinya,
meskipun Rasulullah telah mengahwini Aisyah yang jauh lebih muda, dan ini semua tidak
mampu untuk mengikis ingatannya terhadap Khadijah. Demikianlah agungnya erti sebuah
kesetiaan.Inilah antara ciri-ciri unggulan suami teladan yang telah digariskan oleh Imam
Al-Ghazali serta ulama' lain sebagai kewajipan suami dalam memenuhi tuntutan kehidupan
berumah tangga. Sekiranya kesemua ciri-ciri ini berjaya dilaksanakan, nescaya kehidupan
aman tenteram dan jauh dari segala unsur-unsur yang boleh merenggangkan hubungan suami
isteri serta menggugat keharmoniannya. 

Sumber Rujukan Utama : 

1.Al-Usrah al-Muslimah - Dr. Abdul Hakam Al-Sa'idiy. 

2.Asbab al-Sa'adah al-Zaujiyyah - Imam Al-Ghazali. 

3.Adab al-Khitbah Wa al-Zifaf - Abdullah Naseh Ulwan.

6/6