Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Awal Tamadun Manusia di Tanah Melayu

Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu

di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak.

Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah

penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama

‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.

Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan

batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih

terpelihara dengan baik.

Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan

terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih

kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding

Gua Tambun seperti di bawah.