Anda di halaman 1dari 5

Ý 




Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum
tertubuhnya Kesultanan Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina
dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai
Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang
berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masehi dan seterusnya menguasai Borneo utara
dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang
berpusat di pulau Java tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri
yang penting.

Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 hingga abad ke-17, sewaktu ia
memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya.
Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang keenam
iaitu Sultan Bolkiah (TM 1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut,
malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh,
Sultan Muhammad Hasan (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat
kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.

Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan
dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh
kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan tradisi, serta
memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain. Pada tahun 1839,
pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan
sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya
"Rajah" Sarawak di Barat Laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya.

Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di Timur
Laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan
British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negara
bawah kawalan British. Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa
British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British, yang menasihati

c
¯
baginda Sultan dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat
tempatan dan agama.

Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali
dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab
British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa
dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Parti Rakyat Brunei dan
dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan
awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan
minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu untuk
membentuk Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah
negara yang merdeka.

Pada 1967, Sultan Omar Ali Saifuddin telah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung
badinda, Hassanal Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi
Menteri Pertahanan Setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh. Sultan Omar Ali Saifuddin
disampiri gelaran Paduka Seri Begawan Sultan ketika baginda turun daripada takhta kerajaan.
Pada tahun 1970, pusat pemerintahan negeri ¬  , telah diubah namanya menjadi
Bandar Seri Begawan untuk mengenang jasa baginda. Baginda mangkat pada tahun 1986.

Pada 4 Januari 1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian Kerjasama
dan Persahabatan. Pada Januari 1, 1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai
kemerdekaan sepenuhnya.

c
º
Ý   
 Ý

Masyarakat Melayu Brunei di Negeri Sabah ini adalah merupakan satu rumpun yang berasal
daripada negara Brunei Darussalam. Sejarah Malaysia juga telah membuktikan bahawa Negeri
Sabah pernah ditakluki oleh kerajaan Kesultanan Brunei sebelum diserahkan kepada Kerajaan
Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1877. Pada masa Sabah berada di bawah pentadbiran
Kerajaan kesultanan Melayu Brunei, masyarakat negara Brunei boleh bergerak bebas ke daerah-
daerah yang berada di bawah pentadbirannya terutama daerah-daerah persisiran di persekitaran
Teluk Brunei iaitu Sipitang, Weston, Beaufort, Membakut, Labuan, Kimanis dan juga Daerah
Papar. Malah masih ada lagi hubungan yang kekeluargaan yang erat antara masyarakat Brunei di
Sabah dengan masyarakat Melayu Brunei di Brunei Darussalam.

Walau bagaimanapun perpindahan masyarakat Melayu Brunei ke Negeri Sabah telah membawa
bersama kebudayaan mereka. Ini jelas dilihat dalam struktur ekonomi, sosial, bahasa dan juga
agama masyarakat Brunei di Sabah. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui nama yang
digunakan oleh masyarakat Brunei di Kampung Benoni iaitu banyak memakai gelaran Dayang,
Awang, Ampuan dan Pengiran hingga ke hari ini. Malah bahasa di kampung ini juga kekal
menggunakan bahasa Brunei dalam pertuturan dan perhubungan mereka sehari-hari.

Penghijrahan masyarakat Melayu Brunei mengikut kedua-dua sumber mengatakan bahawa


bukan hanya tertumpu di bahagian Teluk Brunei sahaja, malah penghijrahan ini diteruskan
hingga ke Negeri Sabah. Ini bermakna penghijrahan masyarakat Melayu Brunei memakan masa
yang lama dan merebak ke daerah-daerah lain di Negeri Sabah, dan salah satunya di daerah
Papar

c
-
Sektor kraftangan adalah salah satu sektor yang menampilkan identiti dan kekayaan warisan
negara dan juga menyumbang ke bidang ekonomi. Di samping itu, sektor tersebut juga mampu
menambah pendapatan kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini

Ý Ý 

×cLampit (Tikar) PMBS Papar


‡ Lampit (Tikar) PMBS Kg. Binsuluk
‡ Tudung Dulang Kota Klias
‡ Topi PMBS Papar
‡ Lawang-Lawangan Kg. Binoni

Ý

Songkok merupakan sejenis ’  tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai
pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok
ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand.
Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti
Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur
menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci.

Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840)
"...berbaju putih bersongkok merah....".

Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan oleh Sukarno.
Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara perkahwinan
atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti hari Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri
uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan
sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

c
£
Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu.

Pada 19 Jun 2008, anggota dewan DAP Gwee Tong Hiang disingkirkan dari dewan majlis Johor
kerana tidak mematuhi kod pakaian pakaian rasmi dan songkok.

c
^