Anda di halaman 1dari 2

Kata Adjektif

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata
nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu
benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. Kata adjektif juga dikenal
sebagai kata sifat.

A. Jenis-jenis kata Adjektif :

1. Adjektif Jati-
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh:
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan-


Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh:
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.

3. Adjektif Tunjuk-
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh:
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.

4. Adjektif pencerai / pengasingan-


Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira
satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh:
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.

Kata adjektif juga dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;


(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
B. Pangkat-pangkat Adjektif

1. Pangkat biasa-
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh:
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.

2. Pangkat perbandingan-
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh:
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.

3. Pangkat menyangat-
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan
sebagainya.
Contoh:
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.

4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh:
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NUR 'ATIQAH MOHD ZUKHI